Anda di halaman 1dari 18

SISTEM BEKALAN ELEKTRIK

1. Voltan tinggi - Voltan bekalan masuk yang diterima dari


TNB adalah 33 kilovolt (Kv) atau 11 (Kv), tiga fasa,
tiga wayer (tiga wayer fasa tanpa neutral),
lazimnya melalui kabel bawah tanah. Bekalan jenis
ini biasanya untuk penggunaan elektrik yang besar.

2. Voltan rendah 3 fasa - Voltan bekalan 415V, tiga
fasa, 4 wayer (3 wayer fasa dan satu wayer
neutral), melalui kabel bawah
tanah atau talian atas. Selalunya untuk
pengguna sederhana.

3. Voltan Rendah 1 fasa - Voltan bekalan 240V, satu
fasa, 2 wayer ( 1 wayer fasa dan 1 wayer
neutral), lazimnya
melalui talian atas walaupun ada yang melalui
kabel bawah tanah.

TUJUAN PENYELENGGARAAN
ELEKTRIK (SERVIS)

a. Supaya pemasangan sentiasa dalam keadaan selamat digunakan
b. Mengurangkan kos penyelenggaraan
c. Mengurangkan gangguan bekalan
d. Dapat memanjangkan jangka hayat peralatan elektrik dan tahan
lama
e. Memenuhi kehendak Peraturan Elektrik 1994


PERATURAN ELEKTRIK 1994 (Bahagian
IV seksyen 110)

(1) Sesuatu pemasangan hendaklah disenggarakan dalam
keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan
hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah
bahaya.
(2) Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut
cara yang dikehendaki didalam sub-peraturan (1) hendaklah
terletak pada pemunya, pengurusan atau ejennya, mengikut
mana-mana yang berkenaan
(3) Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik,
hendaklah diperiksa dan diuji oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap LIMA TAHUN, atau pada
bila-bila masa yang diarahkan oleh Pengarah
(4) Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan
hendaklah diperiksa, diuji dan ditentuukur oleh orang
kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap DUA TAHUN,
atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Pengarah
(5) Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang
bertindak dibawah kawalan orang kompeten, boleh
mengusahakan untuk menjalankan apa-apa pembaikan,
penggantian, penservisan atau pembersihkan mana-mana
kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pepasangan
(6) Tiada kerja atau pengendalian dibawah kawalan orang
kompeten boleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah
dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang dibawah
kawalannya


PENDAWAIAN (Urgent to know)

1. Semua wayer hendaklah mengikut saiz dan jenis yang dibenarkan.
2. Pastikan semua punca elektrik mempunyai wayer bumi (hijau) walaupun
alat seperti lampu mentol bulat tidak perlu dibumikan.
3. Wayer-wayer hendaklah kemas terikat di dinding atau mana-mana
bahagian bangunan. Jika longgar ia hendaklah diikat kembali dengan
baik. (Wayer longgar kerap terjadi pada alatan elektrik dan ia
mengakibatkan alatan terbakar dan cair)
Pembumian Elektrik (PERLU
BACA!!! PENTING !!!)
http://www.youtube.com/watch?v=2I ifJ ZnTDR4


Pembumian adalah penebat elektrik yang terbaik dan terselamat di muka bumi jika
pemasangannya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga
iaitu berjulat kurang dari 0.5 Ohm.
(Ohm adalah unit yang diguna bagi mengukur julat pembumian).
Kebanyakan kediaman di julat pembumiannya adalah melebihi 10 Ohm dan ini menyebabkan
sistem keselamatannya tidak mampu berfungsi dengan optimum bagi melindungi nyawa dan
harta benda dari masalah elektrik. Bagi yang telah mempunyai kesedaran tentang perihal
tersebut dinasihatkan untuk membuat pengujian pembumian di kediaman anda.
Kebiasaannya kebanyakan kediaman hanya ditanam dengan 1 atau 2 rod pembumian sahaja
yang setiap satunya berukuran 6 kaki dan ini tidak mencukupi bagi mendapatkan bacaan yang
tepat. Kebiasaannya kami perlu menanam lebih dari 8 rod iaitu lebih dari 48 kaki ke dalam
tanah untuk berjaya mendapatkan bacaan kurang dari 10 Ohm. (Kawasan yang terdapat
banyak komputer / alatan elektronik wajib di bawah 0.5 Ohm).



Tanam hanya 2 rod (10 atau 12 kaki dalam) pembumian tetapi memperoleh
bacaan kurang dari 10 Ohm.

BAGAIMANA ???

Terdapat satu cara yang kotor bagi mendapatkan bacaan tepat tersebut walaupun
hanya dengan menanam 2 rod pembumian.
Begini caranya :
Kontraktor elektrik akan menanam 2 rod pembumian dan di
sekeliling rod tersebut akan ditaburkan dengan berkilo gram garam lalu tanah
dikambus. Dalam beberapa hari kesan sampingan dari taburan garam tersebut akan
menjadikan tanah begitu rendah nilai rintangannya. Dan apabila ujian dijalankan
kebiasaannya julat pada meter penguji pembumian akan menunjukkan julat kurang
dari 10 Ohm dan pengujian berjaya. Kontraktor ambil duit dan balik manakala
pelanggan beranggapan mereka telah benar-benar selamat dari bahaya masalah
pembumian elektrik.

Apakah RISIKONYA???

Kebiasaannya selepas 3 bulan apabila kandungan garam tadi telah
habis sistem pembumian tadi tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya dan ia berada
di dalam keadaan julat bacaan yang tidak diketahui. Pembumian tersebut tidak
berfungsi dengan optimum. Apakah akan terjadi jika besi dicampur dengan garam?
ia akan berkarat. Berkemungkinan rod pembumian tersebut akan lebih cepat rosak
dan semakin kurang fungsinya.
Rod tersebut hanya mampu menahan kebocoran arus ke bumi pada julat yang kecil
sahaja. Jika rumah mengalami kebocoran arus elektrik yang besar seperti panahan
kilat atau petir yang teramat kuat, rod yang pendek (kebiasaannya pemaju
perumahan menanam 5 kaki dalam sahaja. Kami menanam sehingga 60 kaki
dalam) tersebut tidak dapat menyerap arus bocor yang terlalu tinggi lalu
membalikkan semula arus tadi ke dalam litar elektrik di dalam rumah.
Kebiasaannya ELCB / DB Elektrik akan Tripped / jatuh ke bawah, membuatkan
rumah menjadi Black Out. Tetapi tahukah anda, jika kejadian tersebut sering
berlaku dan berulang-ulang, ELCB akan mudah rosak terutama ELCB Gred C
yang rendah kualitinya. ELCB akan mula menjadi kurang sensitif dan kepekaan
menjadi lambat. Musibahnya adalah, barangan elektrik akan terbakar dan rosak.
Kebiasaannya ia melibatkan barangan elektronik seperti Televisyen, Komputer,
Hand Phone dan lain-lain.

Selepas ini akan telah dapat jawapan mengapa Downlight / lampu kalimantang,
alatan elektrik di kediaman anda cepat rosak? Kadang-kala terkena renjatan
elektrik apabila menyentuh badan (body) peralatan elektrik? Wayar terbakar dan
yang paling teruk adalah litar pintas? ANDA TELAH MEMPEROLEH
JAWAPANNYA.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT !!!

Berikut adalah beberapa fakta berkaitan pembumian elektrik :

Peraturan Elektrik 1994 Mengenai Pembumian
1. Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman, peti suis, peti fius,
bingkai gear suis yang berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana
janakuasa, penukar, rectifier dan motor, peti dan teras berlogam bagi mana-
mana pengubah (transformer), dan bingkai dan penutup logam bagi mana-
mana peti sejuk, dapur memasak dan kelengkapan elektrik lain
termasuklah apa-apa perkakas domestik, kecuali yang digolongkan sebagai
binaan kelas II, hendaklah dibumikan dengan berkesan.
2. Sistem membumi hendaklah disambungkan ke bumi dan disenggarakan
dengan berkesan





Kami telah memperolehi julat 0.6 Ohm. Hanya Juruelektrik
yang pakar sahaj mampu mendapatkan julat sebaik itu.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Ohm?

Apakah itu Ohm? Ohm adalah unit untuk mengukur tahap rintangan elektrik di sesebuah rumah / bangunan.
Semakin tinggi rintangan bermaksud semakin tidak selamat sistem elektrik di sesebuah rumah. Peraturan
menetapkan rintangan maksima (tertinggi) untuk sesebuah rumah adalah setinggi 10 Ohm. Mengapa 10 Ohm?
Rintangan yg terbaik dan sempurna adalah 0.0 Ohm tetapi julat tersebut amat sukar untuk diperolehi oleh
kontraktor elektrik, jadi Suruhanjaya tenaga meletakkan 1 julat maksima iaitu tidak boleh melebihi 10 Ohm. 10
Ohm sama dengan 10/100 atau 10%. Bermakna jika berlaku kilat yang teramat kuat, 90% kilat tersebut akan
diserap terus ke dalam tanah yang berfungsi sebagai penebat. Dan 10% dari kilat tadi akan return atau masuk
semula ke rumah. Kesimpulannya 10% tidaklah terlalu tinggi dan mungkin tidak mampu merosakkan televisyen,
peti ais dan barnagan elektrik di dalam rumah. Kebanyakan rumah sistem pembumian elektriknya adalah
melebihi 10 Ohm, berkemungkinan juga melebihi 90 Ohm. Andainya rumah tersebut rintangan elektriknya adalah
90 Ohm, bermakna apabila berlaku kilat yang teramat kuat, hanya 10% sahaja kilat tadi akan diserap ke dalam
tanah dan 90% lagi akan return atau masuk ke dalam rumah. Dengan kapasiti kilat sebegitu (90%) ia mampu
untuk membuatkan DB Elektrik di rumah rosak lalu kilat yang kuat tadi akan terus menyambar barangan elektrik
anda seperti Televisyen, komputer, lampu, kipas dan lain-lain. Kini anda pastinya telah memahami mengapa
barangan elektrik di dalam rumah terbakar dan rosak apabila kilat kuat menyambar? Berbalik pada kerja kami di
sini, kami telah berjaya mendapatkan julat rintangan yang terendah iaitu 0.6 Ohm. Bermakna, Jika berlaku kilat
yang amat kuat, 99.4% kilat tadi akan diserap terus ke dalam Tanah dan hanya 0.6% (tidak sampai 1%) sahaja
kilat tadi akan return atau masuk semula ke dalam rumah. 0.6% kilat yang return tadi amat-amat kecil dan tidak
berbahaya sedikitpun. Ia juga tidak mampu untuk merosakkan walaupun sebiji lampu. Kini sistem elektrik di
rumah pelanggan kami ini lebih selamat dari sebelumnya. INSYAALLAH
SOKET PLUG 13 AMP

Gantikan suis-suis dan soket yang pecah, rosak atau terdapat kesan-kesan terbakar
dengan yang baru. Gunakan dari jenis yang bermutu tinggi kerana mutu yang
rendah akan membahayakan anda dan harta benda. Jangan lupa mematikan bekalan

sebelum memulakan kerja.



Jika anda tidak terlatih dan tidak yakin dapatkan orang yang
berkelayakan untuk membuat kerja-kerja tersebut. Sambungan yang
salah dan cara ujian yang salah akan membahayakan semua orang.
LAMPU KALIMANTANG /
PENDAFLOUR










1. Lampu pijar adalah sangat mudah senggaraannya, hanyan
mentol jika telah terbakar, walaupun
begitu jika pemegang mentol sudah pecah atau rosak ia perlulah ditukar kepada yang
baru.

2. Lampu pendaflour mengandungi cok, starter, tiub, kapasitor/kondensor, pemegang
tiub dan wayer-
wayer. Komponen yang perlu diganti selalunya ialah cok, starter, tiub dan kapasitor.
Lampu jenis ini
mempunyai rangka yang diperbuat dari logam oleh itu ia mesti disambung kepada
wayer bumi
pemasangan. Perhatian lebih harus diberi kepada cok disebabkan ia mengeluarkan
haba yang banyak dan
boleh menjadi penyebab kebakaran. Terdapat cok yang kurang bermutu
dipasaran, elakkan dari
menggunakannya sebab ia mudah terbakar.

3. Cok mempunyai dua punca sambungan dan ia tidak mempunyai kutub, ini
bermakna wayer hidup (live) boleh masuk
dan keluar dari mana-mana punca.

4. Kapasitor kadang-kadang terjadi litar pintas didalamnya dan dalam kes-kes
tertentu ia boleh terbakar
atau meletup. Penggunaan kapasitor hanyalah untuk
memperbaiki faktur kuasa dan lampu pendaflour
boleh berfungsi tanpanya.
Kipas Angin








1. Kipas-kipas ini perlu dibumikan, pastikan wayer buminya baik dan ada
keterusan. Semua kipas mempunyai gelong didalamnya dan ia
menghasilkan banyak haba dan boleh menjadi punca kebakaran
2. Kipas jenis ini mempunyai kapasitor untuk memulakannya. Jika kipas tidak
berpusing sedangkan bekalan ada, selalunya disebabkan kapasitor rosak.
Gantikan dengan kapasitor yang baru
3. Kipas siling yang telah lama (lima tahun keatas) hendaklah diperiksa
braketnya, getah bolt dan nut, pin keselamatan, tali keselamatan (safety
rope). Selalunya disebabkan geseran terlalu lama bahagian besi tersebut
menjadi haus dan boleh jatuh dan menimpa orang. Kipas yang bergoyang
perlu diperiksa selalu sebab ia menjadikan bahagian-bahagian gantungan
kipas mudah haus
4. Bahagian lain ialah alatatur (regulator), ia perlu dibumikan. pendawaiannya
adalah satu wayer hidup masuk dan satu wayer keluar pergi ke kipas. Kipas
siling tidak memerlukan pengudaraan. Penyelenggaraan biasa ialah
mencuci bilah kipas daripada habuk dan sawang. Habuk menjadikan kipas
kotor dan berat. Ini memerlukan lebih tenaga untuk menjalankannya
5. Kipas dinding dan meja memerlukan pengudaraan untuk bahagian dalam
motornya. Oleh itu ia perlu dibersihkan dari sawang dan habuk supaya
udara dapat bebas melalui bahagian dalam motor untuk menyejukkannya.
Semburan atau sedutan angin adalah cara mudah untuk membersihkannya
KEADAAN YANG PATUT DIELAKKAN
!!!

1. LEBIH BEBAN ( 1 Point soket plug di guna dengan pelbagai
alatan elektrik. Cth :
Extension Wire )

2. LAMPAU PANAS ( Alatan elaktrik diguna terlampau lama
)
3. PERCIKAN API (SPARKING) ( Penyambungan kabel
/ wayar longgar. Perlu disevis dan diketatkan )
4. SAMBUNGAN LONGGAR ( Akan menyababkan
sparking, kabel terbakar, kabel putus & litar pintas )
5. SENTUHAN TIDAK BAIK (BAD CONTACT) (
Pada terminal sambungan telah wujud plug seperti terminal bateri
kereta & disebabkan penggunaan alatan yang berkualiti rendah )
6. PENGALIR DIBAWAH TEGANGAN (UNDER
STRAIN)
7. LEMBAPAN (MOISTURE) ( Terdapat kebocoran punca
air berhampiran pendawaian. Kebiasaannya atap bocor & air
bertakung di atas siling )
8. PEMBUMIAN TIDAK BERKESAN ( Pemeriksaan
kabel dan rod pembumian perlu dilakukan setiap kali memasuki
rumah baru / rumah yang telah lama )
9. PENGALIR NEUTRAL LITAR BUKA (
Pemeriksaan perlu dilakukan pada Neutral link box pada meter
TNB kediaman )
10. USIA PENGALIR TERLALU LAMA ( Pendawaian
berusia lebih dari 20 tahun perlu ditukar dengan pendawaian yang
baru )
Kerosakan Biasa yang berlaku di kediaman

1. LITAR PINTAS
2. LITAR BUKA
3. BEBAN LEBIH (KILOWATT)
4. SUHU LEBIH / TERBAKAR
5. KEMASUKAN AIR / LEMBAPAN
6. PANAHAN PETIR
7. BOCOR KE BUMI
8. ROSAK KE BUMI
9. SAMBUNGAN LONGGAR
10. PERALATAN / KOMPONEN ROSAK
11. SELALU TERPELANTIK (TRIPPING)
12. SINGLE PHASING
13. TURUTAN FASA TERBALIK


MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN DB
AUTOMATIK BERKUALITI TINGGI ???

Menukar Baru DB Elektrik berkualiti tinggi



Pelanggan menghadapi masalah ELCB tidak trip / jatuh ke bawah apabila berlaku
kerosakan elektrik atau litar pintas. Telah terdapat kabel yang terbakar dan rosak.
Salah satu puncanya adalah kerana DB Elektrik (lebih dikenali dengan bahasa
kampungnya Automatic) yang digunakan / dipasang oleh kontraktor terdahulu
yang berkuality rendah dan bercampur aduk. Kualiti jenis tersebut mudah rosak
dan mungkin kurang sensitif dari jenis yang berkualiti tinggi. Setelah ditukar
kepada DB Elektrik yang berkualiti tinggi (jenama Hager), DB Elektrik dirumah
pelanggan tersebut lebih efektif dan sensitif, lebih selamat dan lebih tahan lama.
Tahukah anda kebanyakan DB Elektrik di rumah anda menggunakan jenis yang
berkualiti rendah? Tidak percaya? Sila periksa. Tidak tahu atau tidak pasti?
Hantarkan gambar DB Elektrik anda ke email saya
:mah.bayu.engineering@gmail.com. Ianya percuma. Jika benar anda juga petut
menukarnya sebelum risiko elektrik menyerang anda.

Di bawah adalah gambar selepas dan sebelum penukaran DB Elektrik :






FIUS MASUKAN UTAMA ( CUT OUT )























Informasi ini adalah amat penting kepada setiap individu dan perlu diambil serius
kerana setiap rakyat Malaysia tinggal di

dalam rumah / bangunan kediaman. Saya syorkan kepada anda supaya memeriksa
Cut Out yang berada bersebelahan meter

TNB samada ia mematuhi spesifikasi selamat yang telah ditetapkan oleh TNB
ataupun tidak. Mungkin cut out anda telah

dipasang secara bypass dengan cara merentang wayar kasar diantara terminal cut
out seperti di dalam gambar. Jika ia

berlaku kepada anda, anda disyorkan supaya mengambil tindakan pantas membaiki
cut out tersebut sebelum ia berisiko

membahayakan keselamatan nyawa anda dan harta benda. Spesifikasi TNB bagi fius
cut out tersebut adalah 63 Amp. Di

dalam fius tersebut telah dipasang sehelai wayar halus yang mempunyai ketahanan
membawa beban elektrik hanya sekuat

63 Amp. Apabila beban meningkat melebihi 63 Amp wayar halus di dalam fius cut
out akan putus kerana lebihan beban

(overload) telah berlaku justeru telah berjaya menyelamatkan barangan elektrik
anda seperti televisyen, peti sejuk,

komputer, mesin basuh dan lain-lain dari rosak.
Tetapi apabila anda telah meminta Juruelektrik yang tidak kompetan dan
tidak berintegriti membaiki fius cut out yang telah

rosak / putus tadi, mereka tidak menggantikan fius yang telah rosak
kepada fius yang baru, tetapi telah membuat bypass

dengan cara merentang wayar yang tebal / kasar ke terminal cut out.
Mengapa ianya BAHAYA ??? Wayar bypass yang

dipasang tadi mungkin terlalu tebal dan kasar berbanding wayar di dalam
fius sebenar yang lebih halus. Wayar sebenar di

dalam fius telah di ukur tahap ketahanannya di kilang iaitu hanya sekuat
63 Amp sahaja, tetapi wayar bypass yang telah

dipasang oleh juruelektrik terlalu besar dan tidak dapat dipastikan tahap
kekuatan boleh bawa wayar bypass tadi. Mungkin

juga sekitar 400 Amp. Apa akan terjadi jika overload yang berlaku di rumah
anda adalah 120 Amp tetapi wayar bypass tadi

mempunyai ketahanan 400 Amp ??? Jawapannya adalah, wayar bypass
yang tebal dan kasar tadi tidak akan putus dan

memungkinkan kabel-kabel elektrik di dalam rumah anda tidak dapat
menahan haba yang terlalu panas lalu terbakar dan

barangan elektrik anda juga mungkin akan rosak. Kerosakan dan
kebakaran akan lebih berisiko sekiranya DB Elektrik

Automatik anda juga mengalami kerosakan.
KABEL ELEKTRIK - SPESIFIKASI,
JENIS & KUALITI

Ramai diantara pengguna kini, sistem
pendawaian elektrik di rumah mereka cepat rosak diantara tepoh kurang dari 10
tahun. Tahukah anda sebenarnya sistem elektrik di rumah mempunyai ketahanan
sehingga melebihi 20 tahun? Bagaimana? Dan mengapa ianya cepat rosak diantara
tempoh masa 5 hingga 10 tahun?
Antara sebab utamanya adalah pengguna tiada pengetahuan tentang material kabel
/ wayar yang digunakan oleh juruelektrik / pendawai / kontraktor..




Kabel yang baik, pada penebatnya harus BERCETAK ciri-ciri seperti dalam gambar di
bawah iaitu :-

Jenama Kabel
Saiz Kabel
Certificate
PVC
SIRIM
Kekuatan Tahan Panas Kabel (450/750V)

Kabel yang mempunyai kualiti yang rendah biasanya pada penebat kabel tersebut
TIDAK BERCETAK.
Selepas ini janganlah mudah terpesona dengan harga MURAH yang diberikan oleh
Juruelektrik kerana mungkin ada udang disebalik batu.

Anda mungkin juga menyukai