Anda di halaman 1dari 2

TIADA seinci pun ruang kosong di masjid.

Setiap rumah ibadah


sentiasa penuh dengan jemaah yang datang untuk beriktikaf dari
siang ke malam. Begitu juga, tiada golongan fakir dan miskin, jauh
sekali kejadian jenayah berlaku di dunia ini.

Itulah gambaran kasar jika membayangkan ganjaran pahala


dikurniakan oleh Allah secara tunai kepada individu yang melakukan
kebaikan dan amal soleh.

Asasnya, ini kerana Allah SWT menjanjikan pelbagai ganjaran


berlipat ganda bagi orang yang melakukan kebaikan antara seperti
dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud: “Perumpamaan (nafkah
yang dikeluarkan oleh) orang menafkahkan hartanya di jalan Allah
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh
tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan
(ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas
(kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah : 261)

Dalam kiraan mudah, dengan hanya mengeluarkan sedekah RM10,


kita akan memperoleh sebanyak RM7,000 sebagai ganjaran.
Begitulah seterusnya bagi setiap sedekah dihulurkan akan
digandakan sebanyak 700 ganjaran daripada Allah. Siapa yang tidak
mahu?

Namun itu hanya gambaran. Realitinya tidak, sebaliknya apa yang


berlaku, masjid tersergam indah tetapi hanya untuk perhiasan,
bilangan fakir miskin semakin bertambah saban tahun, pelbagai
gejala keruntuhan akhlak, rasuah dan maksiat terus berleluasa
setiap hari.

Ini semua tidak lain tidak bukan kerana sifat kecintaan manusia
terhadap kesenangan dan kemewahan dunia sehingga meletakkan
urusan akhirat sebagai pilihan terakhir. Ini kerana mereka
memandang remeh urusan akhirat yang dianggap tidak
mendatangkan apa-apa keuntungan zahir.
Hakikatnya, segalanya sudah menjadi perancangan-Nya. Allah
sengaja menyembunyikan dan menangguh pahala umat Islam bagi
menguji keimanan dan ketakwaan umat Islam dalam masa sama
melihat keikhlasan setiap manusia beribadah kerana Allah.

Menurut pendapat seorang ulama, jika pahala diberikan Allah dalam


wujud material, pasti dunia tidak mampu menampung seluruh
pahala umat Islam. Ini kerana dunia terlalu kecil dan sempit untuk
menampung semua ganjaran tersebut. Ini mengapa ganjaran pahala
ditangguhkan pada hari akhirat yang tiada batasan keluasannya.

Anda mungkin juga menyukai