Anda di halaman 1dari 15

INTRODUCTION TO

HOSPITALITY
2.0 LODGING
2.3 Hotel management and the operation
PENGENALAN
 Di dalam pengurusan hotel terdapat 2 bahagian utama yang menggerakan aktiviti dan
operasi hotel tersebut. Tujuannya adalah untuk melancarkan operasi di hotel dan
memastikan setiap jabatan lebih focus dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
 Terdapat dua bahagian utama di hotel yang dikenali sebagai bahagian hadapan (Front
of the house) dan bahagian belakang ( Back of the house)
 Bahagian hadapan bertanggungjawab menjalankan operasi hotel dan akan
berhubung secara langsung dengan pelanggan atau tetamu hotel. Contohnya
penyambut tetamu.
 Bahagian belakang adalah bertanggungjawab menjalankan kerja – kerja pengurusan
sesebuah hotel seperti jualan dan pemasaran
STRUKTUR ORGANISASI HOTEL
GENERAL MANAGER

EXECUTIVE
ASSISTANT
MANAGER

FRONT OF THE BACK OF THE


HOUSE HOUSE

JUALAN DAN
FRONT OFFICE
PEMASARAN

HOUSEKEEPING KEWANGAN

PENYELENGGARAA
F&B
N

KITCHEN KESELAMATAN
JABATAN FRONT OFFICE
 Jabatan ini diketuai oleh Pengarah Operasi Front Office. Jabatan ini dikenali sebagai
nadi sesebuah hotel dan merupakan jabatan yang paling penting kerana ia
merupakan tempat pertama yang dikunjungi tetamu apabila datang ke hotel.
 Jabatan ini juga berhubung secara langsung dengan semua jabatan yang terdapat di
hotel.
 Fungsi – fungsi Jabatan Front Office
- menerima dan mendaftarkan tetamu
- mengalu – alukan tetamu dengan sikap dan layan yang baik
- memberi maklumat, pesanan, kunci dan sebagainya
- menerima aduan dari tetamu
- menerima pembayaran
CARTA ORGANISASI JABATAN FRONT OFFICE
JABATAN HOUSEKEEPING

 Jabatan Housekeeping diketuai oleh seorang eksekutif yang berperanan merancang dan
membahagikan tugas para pekerja. Di jabatan ini, kerjasama sesame kakitangan adalah
penting kerana ia mengamalkan konsep bekerja dalam kumpulan.
 Jabatan ini bertanggungjawab dalam menguruskan hal – hal berkaitan housekeeping seperti
mnjaga kebersihan persekitaran hotel.
 Pekerja yang bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan bilik dikenali sebagai
chambermaid.
 Tugas – tugas pengemas bilik (chambermaid):
- memastikan bilik berada dalam keaadan baik
- memastikan bilik – bilik dan ruang utama berada dalam keadaan bersih dan teratur
- memastikan keperluan asas seperti sabun dan tuala sentiasa ada
CARTA ORGANISASI JABATAN HOUSEKEEPING
JABATAN MAKANAN DAN MINUMAN (F&B)

 Di dalam industry perhotelan, jabatan ini diketuai oleh Pengurus Makanan dan
Minuman yang mempunyai pengalaman dalam pembentukan menu, pemasaran dan
kawalan kos makanan.
 Fungsi utama jabatan ini adalah menyediakan perkhidmatan manakanan dan
minuman kepada tetamu yang dating menginap dan pelanggan yang dating ke hotel.
 Jabatan ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti restorant, bankuet, bar,
perkhidmatan bilik (room sevice), dewan majlis dan coffee house.
CARTA ORGANISASI JABATAN F&B
JABATAN DAPUR (KITCHEN)

 Jabatan ini adalah bertanggungjawab di dalam penyediaan makanan.


 Ia diketuai oleh Executive Chef yang mampunyai kemahiran tinggi dalam bidang
kulinari. Beliau dibantu oleh sous chef, chef de partie dan commis.
 Di jabatan ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya cool kitchen, banquet,
ala carte, butcher, dessert kitchen
 Bertanggungjawab menyediakan makanan untuk pekerja di bahagian lain.
CARTA ORGANISASI JABATAN DAPUR (KITCHEN)
BACK OF THE HOUSE
1) JABATAN JUALAN & PEMASARAN (MARKETING)

 Jabatan ini bertanggungjawab menerima tempahan untuk kumpulan konvensyen


dan ahli perniagaan. Matlamat utama jabatan ini adalah untuk menjual bilik,
ruang mesyuarat dan semua perkhidmatan yang disediakan oleh hotel.

2) JABATAN PENYELENGGARAAN (MAINTENENCE)

 Bertanggungjawab menyelenggara bangunan hotel dan peralatan untuk


keselamatan tetamu dan pekerja hotel. Ketua jurutera mengetuai jabatan ini
serta perlu mempunyai lata belakang yang berkaitan pendawaian dan
sebagainya. Perlu bersedia 24 jam di hotel mengikut giliran.
3) JABATAN KEWANGAN
 Jabatan ini akan diketuai oleh pengarah dan dibantu oleh pengurus dan kerani yang
lain. Jabatan ini membantu hotel dalam mengawal kewangan dan memberi nasihat
berkenaan keluar masuk wang. Jabatan ini bertanggunjawab dalam menguruskan
pembayaran gaji pekerja dan membayar semua bil – bil hotel.

4) JABATAN KESELAMATAN

 Jabatan ini bertanggungjawab dalam menerapkan prosedur dan polisi


keselamatan di setiap bahagian hotel. Ia diketuai oleh ketua keselamatan dan
perlu bekerjasama dengan ketua – ketua di jabatan lain dalam menyediakan
polisi dan prosedur keselamatan. Memastikan keselamatan pelanggan dan
pekerja terjamin.

Anda mungkin juga menyukai