Anda di halaman 1dari 1

Penyambut tetamu penting dalam sesuatu majlis

Seperti yang kita tahu dalam majlis, penyambut tetamu memainkan peranan penting untuk
tetamu-tetamu yang hadir. Penyambut tetamu atau 'usherette' merupakan individu yang
ditugaskan untuk berperanan sebagai penyambut, penunjuk arah dan pengiring tetamu ke tempat
duduk .

Penyambut Tetamu Yang Baik

Penyambut tetamu penting sebagai pendokong imej sesuatu majlis, jadi amat penting penyambut
tetamu menonjolkan imej dan bertingkah laku baik apatah lagi jika majlis mempunyai tetamu
jemputan yang penting


Kritertia penyambut tetamu yang baik ialah :
Memiliki perwatakan yang baik dan menarik .
Tingkah laku sopan dan berbudi bahasa.
Pergerakan pantas - mampu melaksanakan tugas dengan cekap
Sabar dan tidak cepat marah
Mahir dalam teknik menyambut iaitu tatacara menyambut dalam pelbagai situasi
Sentiasa melemparkan senyuman
Tahu susunan tempat duduk
Mengetahui aturcara majlis
Tahu protokol
Bidang Tugas

Untuk memastikan majlis berjalan lancar, setiap penyambut tetamu bidang tugas mereka .
Penyambut tetamu mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kelancaran majlis .

Tugas-tugas penyambut tetamu adalah
Mengenali / mengetahui tetamu yang akan hadir
Menyambut ketibaan tetamu
Menunjuk dan mengiringi tetamu ke tempat duduk
Memberi apa-apa maklumat yang diminta tetamu
Membantu tetamu dalam pelbagai hal yang mampu
Menjaga ketenteraman majlis
Menjaga keselesaan tetamu

Anda mungkin juga menyukai