Anda di halaman 1dari 3

KESAN2 NEGATIF INDUSTRI PELANONGAN KEPADA MASYARAKAT Keindahan alam semula jadi seperti Pulau Langkawi, Genting Highlands,

Pulau Sipadan, Tasik Kenyir dan Taman Negara begitu mengagumkan para pelancong. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila 12.77 juta orang pelancong telah mengunjungi destinasi pelancongan di seluruh negara kita. Hasilnya, kerajaan telah berjaya memungut RM24 bilion daripada industri in Namun, di sebalik keghairahan kita mengaut keuntungan, beberapa kesan negatif juga timbul ekoran industri pelancongan yang berkembang pesat. Antara kesan buruk yang timbul akibat perkembangan industri pelancongan ialah iakunya pembaziran. Walaupun industri ini menguntungkan, tetapi kos yang digunakan utuk mengindahkan kawasan-kawasan pelancongan terlalu tinggi. Untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia, pihak kerajaan dan swasta terpaksa melabur sebanyak RM4.5 bilion. Kos yang terlalu tinggi ini tentulah lebih bermanfaat dan bererti seandainya disalurkan untuk memenuhi keperluan rakyat yang lebih mendesak. Contohnya, membina lebih banyak rumah kos rendah untuk mereka yang masih tidak berumah. Dengan cara ini, kehidupan masyarakat kita, terutamanya di kalangan mereka yang miskin dan terabai akan lebih terjamin. Selain itu, industri ini juga turut memberi kesan buruk kepada para penduduk di kawasan-kawasan yang akan dimajukan sebagai destinasi pelancongan. Contohnya, ramai tuan tanah dan pengusaha chalet di Pantai Kok, Pulau Langkawi terpaksa melepaskan hak milik mereka kepada pihak-pihak tertentu untuk dibangunkan hotel lima bintang, padang golf dan pusat rekreasi. Walaupun pampasan diberikan, namun mereka sukar memulakan hidup baru tanpa tanah berpotensi seperti itu. Fenomena ini bukan sahaja akan menjadikan mereka tidak bertanah, bahkan lebih malang lagi apabila pampasan yang diterima itu lesap dalam sekelip mata. Akhirnya, mereka akan hidup menderita dan terumbang-ambing di tempat sendiri. Industri pelancongan juga turut memberi kesan buruk kepada masyarakat tempatan. Ini kerana para pelancong asing, terutamanya telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan selera tempatan. Ini termasuklah perbuatan bercumbu dan berbogel di tepi-tepi pantai. Selain itu, ada juga kalangan pelancong yang meminum arak dan melakukan seks dengan pasangan tanpa nikah. Unsur-unsur negatif ini tentulah mudah mempengaruhi pemikiran para remaja tempatan. Laporan Utusan Pengguna tentang gelagat anak muda Pulau Langkawi yang berseronok dengan meminum arak di tempat terbuka merupakan bukti betapa nilai-nilai hidup asing telah berjaya merobohkan benteng iman mereka yang masih mentah. Selain itu, kepesatan perkembangan industri pelancongan telah mewujudkan banyak kes jenayah yang dilakukan oleh penduduk tempatan. Kedatangan pelancong asing dengan pelbagai penampilan ke negara ini telah mendorong mereka untuk menipu, mencuri, merompak dan merogol. Hal ini terbukti apabila berbagai-bagai media kita sering melaporkan tentang kehilangan bagasi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perkara yang sama juga berlaku apabila Berita Harian melaporkan kisah seorang warga Britain yang terpaksa membayar 350 kepada seorang pemandu teksi untuk perjalanan dari KLIA ke Salak Tinggi. Kes-kes jenayah ini boleh menjejaskan imej negara pada pandangan negara lain. Akhir sekali, perkembangan industri pelancongan turut memberi kesan buruk kepada pembiakan flora dan fauna di negara kita. Alam semula jadi negara yang cantik telah dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan lokasi pelancongan. Pembinaan chalet, rumah tumpangan dan prasarana lain

telah menyebabkan banyak pokok yang terpaksa ditebang seperti yang berlaku di Pusat Peranginan Stong, Jelawang, Kelantan. Pembangunan sekitar Tasik Kenyir dan Tasik Pedu pula telah menyebabkan banyak kawasan daratan ditenggelami air. Eksploitasi ini boleh mengganggu pembiakan flora dan fauna di tempat tersebut. Kesimpulannya, banyak kesan negatif yang timbul ekoran perkembangan pesat industri pelancongan. Namun, keburukan ini tidak seharusnya mematahkan semangat kita untuk terus bergiat dalam industri ini. Keindahan negara kita sewajarnya dimanipulasikan seoptimum mungkin demi meraih pendapatan untuk pembangunan negara.

TAJUK LAIN

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramai pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini. Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempattempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik ramai pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada. Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan. Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.

Anda mungkin juga menyukai