Anda di halaman 1dari 2

Industri pelancongan mampu menjana pendapatan negara.

Bincangkan usaha-usaha untuk memajukan industri industri pelancongan di negara kita.


(30m)

Pendahuluan:
+ve /- ve Sektor pelancongan merupakan sektor penting yang dapat menjadi pemangkin
kepada penjanaan pendapatan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia
memiliki hutan hijau yang terpelihara, kawasan pantai yang cantik, dan pulau-pulau
yang indah serta kebudayaan yang unik menjadi daya tarikan kepada pelancong.
-ve / +ve Meskipun begitu, lantaran pandemik Covid-19 melanda sejagat dunia, sektor
pelancongan semakin terjejas. Fenomena ini telah menatijahkan ramai pengusaha
dalam sektor ini mengalami kesempitan hidup.
Kehendak Justeru, persoalan yang kini berlegar dalam benak kita ialah, apakah usaha-usaha
untuk memajukan industri pelancongan negara kita?

Isi (1):
Ayat idea Antara usaha untuk memajukan industri pelancongan termasuklah pihak kerajaan
utama perlulah menyediakan prasarana yang lengkap dan moden.
Huraian Prasarana yang dimaksudkan adalah seperti kemudahan sistem perhubungan yang
(sebab / baik yang menghubungkan tempat-tempat pelancongan serta tempat penginapan
bagaimana) yang selesa.
Contoh / Umpamanya, pihak kerajaan seyogianya membina jalan raya dan lebuh raya supaya
Huraian jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain akan disingkatkan. Bukan itu
sahaja,tempat peningapan dengan harga munasabah seperti inap desa ataupun hostel-
hostel juga perlu disediakan oleh pihak kerajaan.
Unsur Sekiranya kemudahan prasarana disediakan, maka tidak hairanlah hal ini akan
KBAT menarik minat pengunjung untuk datang melancong ke tanah air kita.
Ayat Secara intihanya, prasarana yang lengkap dan moden yang disediakan oleh pihak
Penegasan kerajaan mampu memajukan industri pelancongan.

Isi (2):
Ayat idea Pada masa yang sama, untuk memajukan industri pelancongan, pihak swasta boleh
utama bersinergi dengan pihak kerajaan bagi mengadakan kempen dan promosi besar-
bearan.
Huraian Kempen dan promosi sepatutnya nalar dilancarkan melalui media cetak dan media
(sebab / elektronik.
bagaimana)
Contoh / Perkara ini bertujuan untuk memperkenalkan kawasan pelancongan yang menarik
Huraian terutamanya di desa-desa serta mendedahkan keunikan hidup masyarakat berbilang
ras di negara ini kepada masyarakat luar.
Unsur Seandainya pelancong asing terdedah kepada promosi-promosi dan kempen yang
KBAT dianjurkan, maka kemungkinan besar hal ini dapat menggamit hati mereka untuk

BM ETYT 2021
datang melancong ke negara kita sekali gus mereka akan merasai keistimewaan
Malaysia sebagai firdaus pelancongan.
Ayat Sudah terang lagi bersuluh bahawa kempen dan promosi yang diadakan akan
Penegasan memajukan industri pelancongan..

Isi (3):
Ayat idea Dalam nada yang berbeza, bagi memajukan industri pelancongan, masyarakat
utama sepatutnya menerima kehadiran pelancong dengan penuh mesra.
Huraian Secara amnnya, pelancong lebih cenderung untuk melancong ke negara yakni
(sebab / masyarakat memperlihatkan amalan berbudi bahasa dan bersopan santun kepada
bagaimana) mereka.
Contoh / Biar kita ambil contoh, anak watan Negara Matahari Terbit sememangnya terkenal
Huraian dengan amalan budi bahasa mereka dan kadar pelancongan ke negara tersebut adalah
tertinggi antara negara Asia. Oleh itu, penduduk Malaysia sepatutnya senantiasa
melemparkan senyuman yang manis, menggunakan bahasa sopan dengan nada suara
yang rendah, dan menghulurkan pertolongan kepada pelancong asing.
Unsur Andai kata amalan berbudi bahasa diamalkan, maka nescaya amalan tersebut akan
KBAT bermain di bibir pelancong asing dan sekembali mereka ke negara asal, mereka akan
memperkatakan budaya rakyat Malaysia kepada kenalan-kenalan mereka.
Ayat Bergelanggang di mata orang banyak bahawa golongan marhaen wajar menerima
Penegasan kehadiran pelancong dengan ramah supaya pelancong tertarik untuk melancong ke
nusa tercinta kita.

Penutup:
Ayat Secara tuntasnya, industri pelancongan sememangnya mampu menghasilkan
penyimpul pendapatan yang lumayan kepada negara, malahan dapat memperkenalkan
(TEMA) Malaysia pada pandangan buana.
Cadangan Maklumlah, segala usaha yang dijalankan akan menjadi sia-sia sahaja seandainya
semua pihak tidak mengambil berat tentang perkara ini.
Harapan Moga-moga dengan wujudnya usaha yang mapan ini, maka sudah tentunya industri
pelancongan negara kita akan berkembang maju saban tahun.

BM ETYT 2021

Anda mungkin juga menyukai