Anda di halaman 1dari 22

DHC 2123 TOURISM MANAGEMENT

CHAPTER 3: IMPLICATIONS OF TOURISM


Dalam topik ini kita akan mempelajari implikasi dari 4
perkara berikut;

EKONOMI
01 Analyze implications of tourism from economic aspects

SOSIO BUDAYA
02 Analyze implications of tourism from socio-cultural aspects.

ALAM SEKITAR
03 Analyze implications of tourism from environmental aspects.

PENILAIAN
04 Analyze implications of tourism from assessment aspects.
EKONOMI
Implikasi pelancongan terhadap ekonomi
Impak Kebangsaan, Tempatan Dan Ser- Mengukur Impak Ekonomi.
antau.
Situasi ini berlaku apabila wang yang di-
Sumbangan kepada KDNK (Keluaran
belanjakan pelancong berada di destinasi
Dalam Negara Kasar. Pada masa kini, sek-
01 tor perkhidmatan menjadi penyumbang 02 yang dikunjungi dalam bentuk bayaran,
faedah dan gaji. Ini dapat dilihat apabila
kepada KDNK negara. Keadaan ini sejajar
rakyat dari sebuah negara melancong ke
dengan perkembangan ekonomi negara
sebuah destinasi yang terletak di negara
yang memasuki era tempatan dan serantau.
lain. Mereka berbelanja di destinasi tersebut
Namun keadaan ini berubah disebabkan
meliputi penginapan, kemudahan, perkhid-
pendemik covid-19 menyebabkan industry
matan, makanan dan minuman serta mem-
pelancongan sangat terkesan akibat penu-
beli belah. Isu yang wujud dari situasi ini
tupan sempadan antarabangsa yang
adalah pengaliran wang dari negara asal
memaksa pemain idustri menanggung
kesebuah negara lain yang memberi pen-
kerugian yang amat serius
garuh terhadap kadar tukaran mata wang
EKONOMI
Implikasi pelancongan terhadap ekonomi

Kesan pengganda dan kebocoran

Kesan pengganda iaitu memajukan sektor


ekonomi yang lain. Contohnya ialah kema-
03 juan yang dicapai oleh sektor pelancongan
turut membantu memajukan sektor ekonomi
yang lain seperti industri kecil dan seder-
hana (batik, kraftangan dan sebagainya).
EKONOMI
Implikasi pelancongan terhadap ekonomi

Analisis Kos Dan Faedah

Kedatangan pelancong ke destinasi pelan- Akhir sekali, kemudahan pelancongan


congan mewujudkan permintaan terhadap seperti taman rekreasi dan tapak perkela-
04 infrastruktur dan kemudahan bagi menam- han. Penduduk yang tinggal disekitar desti-
pung kehendak pelancong. Oleh itu, desti- nasi menikmati pembangunan secara tidak
nasi pelancongan yang terletak di kawasan langsung. Sebagai contoh, penduduk Kam-
luar bandar disediakan kemudahan infras- pung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit
truktur seperti jalan raya, bekalan air, menerima infrastruktur dan kemudahan
bekalan elektrik dan sistem telekomunikasi. masyarakat yang berkualiti akibat pemban-
Selain itu, kemudahan masyarakat seperti gunan pelancongan di Taman Negeri Perlis.
sekolah, pusat kesihatan, pusat keagamaan (Johan Afendi Ibrahim, 2005)
dan dewan.
EKONOMI
Implikasi pelancongan terhadap ekonomi

Sumber Kewangan Untuk Pelancongan Pendapatan yang diperoleh digunakan bagi


pembangunan negara seperti menyediakan
Kemasukan pelancong menyumbangkan kemudahan awam dan memperbaiki
pendapatan kepada negara. perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat
05 Contohnya, sumbangan pelancongan dan pelancong. Perkembangan pelancon-
kepada ekonomi Malaysia sebanyak RM gan yang mampu menjanakan pendapatan
17,355.4 juta (2000) meningkat kepada RM lumayan menggalakkan penglibatan pelba-
31,954.1 juta (2004) (Tourism gai pihak melabur dalam industri ini. Pelabu-
Malaysia,2006). ran tertumpu dalam pembangunan resort,
Perolehan pendapatan berpunca daripada penginapan, makanan dan minuman,
perbelanjaan pelancong meliputi pengina- perkhidmatan, pengangkutan,kemudahan
pan, makanan dan minuman, pengangku- lain dan sebagainya. Di Malaysia,
tan, membeli-belah serta cukai yang dike- penglibatan swasta dalam pelancongan
nakan terhadap pengusaha premis (pengi- amat digalakkan kerana membantu kera-
napan, agensi pelancongan, restoran, pusat jaan melaksanakan pelbagai pembangunan
membeli-belah dan agensi pengangkutan). dan mencapai dasar yang ditetapkan
EKONOMI
Implikasi pelancongan terhadap ekonomi

Pembiayaan Dan Geran

Kementerian Pelancongan, Seni dan Bu- Contohnya ialah membina baru atau
daya Malaysia (MOTAC) menyediakan ke- menambah, meluaskan dan mengubah suai
06 mudahan pembiayaan berbentuk pinjaman pelancongan dan hartanah bersejarah
iaitu Tabung Khas Pelancongan (SFT3) (seperti hotel, motel, chalet, rumah persing-
yang dikendalikan oleh Bank Perusahaan gahan, rumah rehat, homestay, bengkel
Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad kraf, kedai / galeri / pusat pameran dan
(SME Bank). Tujuan TKP ini adalah untuk muzium kraf).
menyokong usaha Kerajaan dalam mem-
bangun kan industri pelancongan di kalan-
gan usahawan industri kecil dan sederhana
(PKS) untuk menyumbang ke arah pendap-
atan negara.
EKONOMI
Implikasi pelancongan terhadap ekonomi

Kos Dan Faedah Politik

Politik yang tidak stabil boleh menjejaskan


07 imej negara. Para pelancong dari luar ne-
gara akan berasa takut untuk datang ke
sesebuah negara yang mempunyai masalah
politik. Perkara ini dapat mengurangkan
pendapatan kepada negara. Masalah politk
dalam sesebuah negara berkait dengan fak-
tor keselamatan apabila di negara berke-
naan. Oleh itu, adalah menjadi kemestian
bagi sesebuah negara untuk menjaga politik
bagi mengekalkan kunjungan jumlah pelan-
cong yang ramai. Contohnya adalah
rusuhan yang berlaku Selatan Thailand.
SOSIO BUDAYA
Implikasi pelancongan terhadap sosio budaya

Perubahan Sosiobudaya
01 Sememangnya pelancongan sentiasa beiringan dengan pertumbuhan hotel, pusat hiburan seperti
disko, pub dan kasino dan berbagai keseronokan yang lain. Oleh sebab itulah pelancongan
dikatakan menjadi suatu ancaman kepada negara apabila banyak budaya yang kurang baik dibawa
masuk oleh para pelancong yang datang

Budaya Dan Faedah Sosial


02 Di samping itu, sektor pelancongan turut dapat mengetengahkan budaya tradisional negara kita
kepada pelancong-pelancong asing. Sebenarnya, pelancong –pelancong asing amat tertarik akan
budaya tradisional yang ada di negara kita. Jadi, mereka sanggup mengeluarkan masa dan wang
mereka untuk melancong ke negara kita. Di negara kita yang berbilang kaum, pelancong asing da -
pat menikmati pelbagai jenis tarian tradisional seperti tarian ngajat, tarian singa, tarian joket, dan
sebagainya. Pelancong asing juga dapat menikmati berbagai-bagai jenis permainan tradisional di
negara kita. Misalnya permainan tradisional seperti wau, congkak, gasing dan lain-lain amat dige -
mari oleh pelancong asing. Sudah terang lagi bersuluh, sektor pelancongan memang dapat
mengetengahkan budaya tradisional negara kita kepada orang ramai.
SOSIO BUDAYA
Implikasi pelancongan terhadap sosio budaya
Kesan Hubungan Antara Budaya Dengan Masyarakat Tuan Rumah
Selain itu, industri pelancongan juga dapat memperkaya budaya negara kita. Budaya dan amalan
03 yang baik dalam kalangan pelancong yang datang ke negara kita patut dicontohi dan diamalkan
oleh rakyat kita. Sebagai contohnya, amalan membaca dalam kalangan pelancong yang datang
dari Barat dapat menjadi teladan yang baik kepada penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk tem -
patan juga akan mengikut jejak langkah mereka untuk mengamalkan budaya membaca dari se -
masa ke semasa
Kesan Hubungan Antara Budaya Dan Pelancong
Kesan positif pelancongan terhadap budaya tempatan ialah industri pelancongan dapat membantu
04 dalam memupuk persefahaman antara masyarakat sejagat. Melalui pelancongan, kita berpeluang
berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelancong asing. Penduduk di negara kita dapat berinter -
aksi dan berkomunikasi dengan pelancong asing yang datang ke negara kita untuk mengetahui
keadaan politik, sosial, dan ekonomi negara mereka. Mereka pula akan mengetahui budaya serta
amalan yang unik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Contohnya, amalan “rumah terbuka”
yang diamalkan oleh segelintir rakyat negara kita. Jadi, fitnah yang berkaitan dengan negara kita
dapat dilenyapkan dan pelancong asing yang datang ke negara kita juga akan bertambah. Jelaslah
bahawa sektor pelancongan dapat membantu dalam memupuk persefahaman antara masyarakat
sejagat.
ALAM SEKITAR
Implikasi pelancongan terhadap alam sekitar

Kesan Alam Sekitar Yang Positif


01
Kebaikan daripada kewujudan aktiviti alam sekitar boleh digunakan untuk melindungi alam semula
jadi, hidupan liar, dan pelbagai jenis spesis di hutan di samping dapat membantu penduduk tem -
patan menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun dan berpendidikan dengan menyedari akan
kepentingan memelihara sumber yang ada di hutan semula jadi.

Bukan sahaja masyarakat tempatan yang memperolehi faedah daripada aktiviti aktiviti alam sekitar
tetapi ia juga memberi manfaat yang besar kepada pelancong yang datang dari seluruh dunia untuk
mengambil peluang menghargai dan berada dalam persekitaran semulajadi yang dilindungi.

Disamping itu, ia boleh memberi motivasi kepada penambahan penetapan kawasan semula jadi un -
tuk tujuan pemuliharaan dan perlindungan pada masa akan datang seperti di kawasan ekopelan -
congan baru yang akan dibangunkan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang untuk pemuliharaan
bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia (Rafflesia Keirri).
ALAM SEKITAR
Implikasi pelancongan terhadap alam sekitar

Kesan Alam Sekitar Yang Negatif


02
a) Kemusnahan kawasan hutan
Perkembangan arus permodenan menyebabkan banyak pembangunan berlaku. Untuk memenuhi
permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru diterokai untuk membina penempatan baru
untuk dijadikan kawasan pelancongan. Hal ini akan menyebabkan habitat kehilangan tempat ting -
gal.

b) Pencemaran air
Aktiviti pelancongan yang berhampiran dengan kawasan air seperti pantai dan pulau juga akan
memberi impak terhadap kualiti air. Pelepasan sisa kumbahan daripada hotel, resort dan chalet ke
laut akan menyebabkan air laut tercemar. Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan kemerosotan
kualiti air laut.
ALAM SEKITAR
Implikasi pelancongan terhadap alam sekitar

Kesan Alam Sekitar Yang Negatif


02
c) Pencemaran air bawah tanah
Selain itu, air bawah tanah juga turut mengalami masalah yang sama. Perkembangan daripada ak -
tiviti pelancongan pertanian membawa kesan kepada kualiti air bawah tanah. Walaupun aktiviti ini
tidak memberikan sumbangan besar kepada masalah kemerosotan kualiti air bawah tanah berband -
ing aktiviti pertanian, namun jika ia berterusan lama-kelamaan memberi kesan kepada air bawah
tanah yang terdapat di kawasan tersebut. Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia seperti
baja organik dan inorganik untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan memberi kesan kepada
paras air bawah tanah sekiranya sebahagian nutrien meresap melalui tanah. Baja ini merupakan
jenis yang mudah diserap oleh tanah dan biasanya sering dikaitkan dengan pencemaran. Walau
bagaimanapun, sebahagian daripada nutrien telah diserap oleh tanah dan digunakan oleh tum -
buhan.
ALAM SEKITAR
Implikasi pelancongan terhadap alam sekitar

Kesan Alam Sekitar Yang Negatif


02
d) Masalah hakisan dan tanah runtuh
Aktiviti pelancongan juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanih. Hakisan tanah berlaku ak -
ibat daripada aktiviti seperti peneresan dan perataan cerun bukit untuk membina kawasan perangi -
nan dan kemudahan. Aktiviti yang dijalankan tanpa mengikut spesifikasi yang betul boleh mengaki -
batkan kepada berlakunya peningkatan kadar hakisan. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh
cerun-cerun bukit tidak lagi mempunyai tumbuhan pelindung, keadaaan ini menyebabkan struktur
tanih menjadi longgar. Ini akan menyebabkan kepada berlakunya hakisan oleh percikan air hujan
dan aliran air permukaan menjadi tinggi kerana tumbuhan semula jadi tidak lagi dapat berfungsi se -
bagai pintasan bagi setiap titisan air hujan yang turun. Kurangnya akar-akar banir menyebabkan ia
gagal berfungsi menyekat pergerakan air permukaan
ALAM SEKITAR
Implikasi pelancongan terhadap alam sekitar

Kesan Alam Sekitar Yang Negatif


02 e) Pencemaran udara

Udara turut tercemar dengan pembebasan asap yang mengandungi gas karbon monoksida dan
sulfur dioksida. Perkembangan sektor perkhidmatan pengangkutan seperti bas dan teksi menjadi
faktor utama. Misalnya di kawasan ramai pelancong seperti Port Dickson kerana kemudahan
seperti ini disediakan. Asap kenderaan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan udara ter -
cemar. Selain itu, akan mewujudkan masalah pencemaran udara. Peningkatan kepada pengelu -
aran penggunaan perkhidmatan ini boleh membawa kepada penipisan lapisan ozon. Apabila aktiviti
ini berterusan lama-kelamaan akan memberi impak yang besar kepada kesan rumah hijau
PENILAIAN
Implikasi pelancongan terhadap penilaian
Langkah Perlindungan

01 Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan
mencegah pencemaran alam sekitar. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 diwujudkan dan mula diku -
atkuasa pada 1 April 1988. Akta ini berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas
kenderaan, kumbahan dan bahan buangan kilang

Pembangunan Mampan
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang
02 tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan.
Pembangunan mampan dan pelancongan mampan mempunyai persamaan dalam aspek
memenuhi keperluan (individu atau pelancong) dan penggunaan sumber jaya secara optimum
seperti tanah, air, tumbuhan dan tarikan pelancongan lain.
Bagi mencapai tahap kemampanan bagi dua aspek ini, sumber jaya pelancongan yang sedia ada
perlu digunakan bagi memenuhi kepuasan pelancong.
Walaupun begitu, penggunaan sumber jaya ini perlu melalui proses perancangan yang selari
dengan PEK supaya dapat menyumbangkan kesan positif terhadap ekonomi, alam sekitar
dan sosial serta dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan (Ibrahim & Ahmad, 2012).
PENILAIAN
Implikasi pelancongan terhadap penilaian
Persaingan Dan Isu Konflik

03 Persaingan yang tinggi dikalangan pengusaha dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan
kepada pelancong boleh mewujudkan keadaan yang tidak sihat disesebuah destinasi. Bagi memas -
tikan produk laku dijual, mereka menggunakan pelbagai strategi yang tidak sihat seperti sabotaj,
mengunakan khidmat kumpulan kongsi gelap bertujuan melenyapkan pesaing. Apabila situasi ini
berlaku, pelancong yang mengunjungi destinasi tersebut berasa tidak selesa dan selamat dise -
babkan gangguan yang wujud. Mereka meninggalkan destinasi ini dan mengunjungi ke destinasi
yang lebih selamat. Jika keadaan ini tidak dikawal, destinasi yang ditinggalkan pelancong men -
galami kemerosotan pembangunan pelancongan dalam jangka masa panjang.
PENILAIAN
Implikasi pelancongan terhadap penilaian
Inisiatif Badan Kerajaan Dan Organisasi
a) Melengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan
04 Antara langkah yang diambil ialah dengan melengkapkan kemudahan dan prasarana pengangku -
tan dan perhubungan di negara kita. Sebagai contoh, keretapi laju (ETS) adalah salah sebuah pro -
jek pengangkutan yang berkaitan dengan bidang pelancongan ini. ETS yang jauh lebih laju dari -
pada keretapi biasa dapat menarik pelancong untuk menaikinya untuk menuju ke destinasi berjarak
jauh di Malaysia. Ia dapat menjimatkan masa para pelancong dan masa tersebut boleh digunakan
untuk melakukan aktiviti pelancongan.

b) Penganjuran Karnival pelancongan


Langkah yang seterusnya ialah dengan penganjuran pelbagai acara dan juga karnival. Karnival
pelancongan adalah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan sesebuah negara ke mata
dunia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) bertanggungjawab dalam
merangka karnival ini. Dalam karnival seumpama ini, banyak perkara diketengahkan seperti tem-
pat-tempat menarik, kepelbagaian makanan dan juga kebudayaan masyarakat yang pelbagai
kaum. Terdapat juga pakej-pakej pelancongan yang kompetitif disediakan kepada masyarakat an -
tarabangsa. Selain daripada membuat karnival, KPKM telah membuat projek pelancongan. Dalam
projek ini, terdapat sukarelawan pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku , pelancongan pelajar,
pelancongan pendidikan, agro-pelancongan dan pelancongan sukan.
PENILAIAN
Implikasi pelancongan terhadap penilaian

Inisiatif Badan Kerajaan Dan Organisasi


04 c) Memperkenalkan produk pelancongan
Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6: 1991-1995), kerajaan telah bekerjasama dengan pihak
swasta dalam membangunkan produk-produk pelancongan baru. Kemudian, pada tahun 1994, ker -
ajaan sekali lagi melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1994 (TMM 94) dengan menawarkan 170
program dan acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraftangan, perayaan kebangsaan, sukan,
konvensyen dan pameran.
Thank you
Harap bermanfaat

Anda mungkin juga menyukai