Anda di halaman 1dari 45

TEMA 11

Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan

    * mengedarkan risalah tentang keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Malaysia,


misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah,
pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya.
    * memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara.
    * memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi , perhubungan,
pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan dan sebagainya.
    * meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun,
menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong.
    * menawarkan pakeh pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong
luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita.

Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara


-Kesan Positif

    * dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara
kita
    * dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk tempatan-
mengurangkan pengangguran
    * dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil
kraftangan, seramik, dan sebagainya.
    * dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
    * dapat menyemaikan perasaan akan negara dalam kalangan rakyat
    * dapapt memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari
negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia serta meningkatkan
imej negara di mata dunia

-Kesan Negatif

    * mencemarkan kebudayaan masyarakat tempatan- pelancong menyebarkan budaya kuning


yang mudah mempengaruhi golongan remaja
    * penduduk tempatan mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang
      -contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal
kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang
lebih mahal
    * menular penyakit AIDS- penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun
1990
    * beban perbelanjaan kerajaan meningkat- berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan
terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan
dan menampung kos hidup penagih dan pesakit
    * membazirkan wang- untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan
promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya
    * masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan
berhibur- dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia
Perkembangan Industri Pelancongan

    * kemudahan infrastruktur ditambah- misalna lapangan terbang dan kedai bebas cukai-
tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan
    * kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong
      -contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat
perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai
tempat yang ebrsejarah kepada pelancong
TEMA-11

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula
jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan
industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu
dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara
kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset
penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi
tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat
bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramai
pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan
prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung
ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar
memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk
memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong
yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu,
kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa
buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati
keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan
sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan
perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi
faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan
penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan
tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorong
seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negara
memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang
tumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan
negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan
penginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar


menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini,
khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang
menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet,
buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain
itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik
untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh
pelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada
dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit
dalam nenarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap
sampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada
suatu hari kelak.
Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik
ramai pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis
kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu
menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang
baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu
tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan
kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang
berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di
negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan
rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan
oleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai
aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan
acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan
memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara
membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong.
Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai
pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata
wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun
terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam
usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan
kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar
sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya,
tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita
kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya.
Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama
kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.
TEMA-10

Pengenalan Gayong“..KERIS KU HUNUS, TANGAN KU JULANG..” 

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa
Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur
dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di
kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.

Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau,
Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat.
Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk
memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-
16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan
senjata disertakan.

Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka.


Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja
diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan
rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa
Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung
Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu
sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ketika pendudukan Portugis, hulubalang-hulubalang
Melaka telah melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong
inilah yang digunakan ketika menentang Portugis.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, hulubalang-hulubalang Melaka


terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Selepas itu,
mereka mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan Kepulauan Melayu unutk
mencari perlindungan. Dengan cara inilah Silat Seni Gayong telah berkembang dengan
meluas, terutama di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang
bertanggungjawab menghidupkan kembali kesenian lama ini di Tanah Melayu.

Ada satu riwayat masyhur berkenaan tujuh anak raja Bugis yang amat ditakuti dan dihormati
di seluruh Makasar, Riau, Siak dan pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan
keperkasaan mereka yang tiada tertanding ketika itu. Mereka telah belayar menjelajah ke
serata Kepulauan Melayu untuk mencari penempatan baru. Salah seorang daripada mereka
ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Beliau
merupakan moyang kepada Dato’ Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed
Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan
berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.
Sejarah Silat Seni Gayong

“seGAYONG, seGENGGAM, sePADU”

Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman bin
Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal
bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok
Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed
Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah
keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia.

Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu
dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan
ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan
tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali
lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang
ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau,
Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang
dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng
Ambok Solok.

Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan
telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan
penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau.

Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu:

Tapak Gayong(permulaan tapak silat),

Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong),

Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata),

Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang),

Seni Yoi (buah pukulan),

Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan

Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi
dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti
(Tingkatan I – VI).

 
TEMA-9

Kerjaya.
Semua orang tentu mempunyai aspirasi kerjaya masing-masing. Ia
sebuah aspek yang amat penting dalam kehidupan seseorang itu. Ia
menentukan kejayaan seseorang dalam hidup ini. Jadi, seseorang itu
haruslah memilih kerjaya yang baik untuk dirinya. Untuk berjaya dalam
sesuatu kerjaya, seseorang harus mempunyai minat dalam kerjaya itu.
Tidak gunanya memilih sesuatu kerjaya yang tidak diminati. Dan juga
seseorang itu tidak perlu membuang masa untuk menukar kerjaya atau
sebagainya.
Bagi saya, saya meminati bidang forensik. Saya telah meminati bidang
ini sejak saya berumur 11 tahun. Saya mengetahui tentang adanya
bidang kerjaya ini apabila saya menonton siri televisyen ‘CSI’. Saya
bercita-cita untuk menjadi seorang pakar forensic bila saya dewasa
kelak. Ruang lingkup kerjaya ini ialah mengkaji tubuh mayat. Ia sama
juga seperti seorang koroner. Seorang pakar forensic diberi tugasan
penentuan identifikasi mayat. Kerja ini boleh dibuat dengan mengkaji
tulang-tulang dan tengkorak. Sekarang pemeriksaan forensik lebih
berkembang dan lebih luas. Ini kerana kes-kes pembunuhan lebih
kompleks berbandingkan dahulu. Identifikasi rangka ataupun sisa tubuh
penting untuk mendapatkan infomasi yang penting supaya pembunuh
dapat diberkas. Sekarang, teknologi amat canggih. Dengan
menggunakan mesin-mesin yang tertentu seorang pakar forensic boleh
menggunakan sesisa kulit daripada jasad orang yang dibunuh dan boleh
mendapatkan infomasi yang tertentu. Infomasi ini ialah seperti
perkiraaan umur mereka, bentuk tubuh ataupun pertalian ras. Seorang
pakar forensik juga boleh mendapat tahu perkiraan waktu kematian dan
penyebab kematian.
Untuk menjadi seorang pakar forensik, saya harus mempunyai
kemahiran am iaitu biologi. Ia amat penting kerana saya harus
mengetahui dengan lebih lanjut tentang subjek itu. Kemahiran khusus
seperti osteologi ataupun dentisi juga penting. Dengan kemahiran khusus
ini saya boleh mengenalpasti jasad-jasad dengan tulang ataupun gigi
mereka. Osteopologi perlu kerana ia penting untuk memastikan bahawa
tulang yang mungkin dijumpai itu ialah manusia ataupun bukan.
Saya harus bermula bersedia sekarang supaya saya boleh mencapai
aspirasi saya untuk menjadi seorang pakar forensik. Langkah pertama
ialah untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin pangkat ‘A1’ untuk
peperiksaan peringkat ‘O’ saya. Jika saya berjaya mendapatkan
keputusan yang diingini saya, akan senanglah untuk diterima politeknik
ataupun maktab rendah yang menawarkan kursus yang diingini. Saya
lebih selesa jikalau saya diterima politeknik daripada maktab rendah.
Saya rasa politeknik menawarkan lebih banyak pengalaman daripada
maktab rendah. Walaupun lebih senang untuk belajar di menara gading
jika saya ke maktab rendah, saya akan tetap memilih untuk belajar di
politeknik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bidang
forensik, saya boleh mencari artikel-artikel di internet ataupun boleh
mengujungi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku tentangnya.
Manfaat peribadi kerjaya ini ialah gajinya boleh dikatakan lumayan juga
jika seseorang itu betul-betul mahir dalam kerjaya ini. Kes-kes
penjenayahan boleh mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Jadi
jika sebuah kes yang amat rumit dapat diselesaikan, seseorang itu akan
berasa bangga dengan kejayaannya dan berasa puas hati kerana kerja
kerasnya berhasil.
Seorang pakar forensik berpeluang untuk memberikan banyak
sumbangan kepada negara mereka. Kerana kerja merekalah, para
pembunuh dapat diberkas dan mereka dapat membuat negara mereka
lebih selamat.
TEMA-5

Punca-punca Pencemaran Udara


 Punca Pencemaran Udara

1. PENDAHULUAN

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam
semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani
pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian
mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu
lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.

2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya


elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan
kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang
berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang
mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab
mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar,
terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan
boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,
pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan
mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas
ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi
yang tinggi.  

3. KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir
kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi
bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap
teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan,
kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan
pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam
tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan
meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan
pengangkutan awam yang cekap.
4. PENJANAAN KUASA 

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli,
minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35
dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia
menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional
manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

5. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan
perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja
menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair
penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya
menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC
juga adalah punca pencemaran udara.

6. PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel
jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca
jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di
sekitarnya.

 
TEMA-7

Peranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan   Negara

Pendahuluan

Kepimpinan mahasiswa diertikan sebagai kepimpinan yang diasaskan oleh rasa


tanggungjawab untuk menjaga kemaslahatan umum. Ia juga dikatakan sebagai medan latihan sebelum
terjun ke medan sebenar. Apa pun yang mahu disampaikan dalam pembentangan ini adalah berkaitan
Peranan Mahasiswa Sebagai Generasi Pelapis Kepimpinan Negara.

Negara kita diakui mempunyai kepelbagaian kaum yang cukup berbeza dengan diakui
keunikan dan keindahan kerana kekuatan perpaduan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang, kaum, pegangan agama, kebudayaan dan lain-lain yang menjadikan antara negara unik di
dunia ini.

Dalam sedar ataupun tidak, golongan belia (mahasiswa) kini merupakan kelompok terbesar
dalam populasi masyarakat di Malaysia – ia informasi baik untuk masa depan negara kerana
mempunyai banyak tenaga, idea serta penggerak muda yang akan meneruskan agenda pembangunan
Negara.

Menurut perangkaan, 9.8 juta daripada 24 juta rakyat Malaysia berada dalam julat umur antara
15 hingga 40 tahun, dan 46 peratus daripadanya berada dalam lingkungan usia antara 15 hingga 24
tahun.

Persediaan Mahasiswa Bergelar Pemimpin Negara

Jadikan Diri Orang Berilmu

Dalam perkembangan dunia sekeliling ilmu pengetahuan kini menjadi modal kehidupan yang amat
berharga. Nilai ilmu itu sendiri adalah merupakan asas dalam mewujudkan suasana kehidupan yang
lebih baik dan sempurna. Justeru generasi mahasiswa tidak boleh tertinggal dan terpengaruh dengan
gejala yang hanya menyekat kemaraan bagi meneruskan pencarian ilmu. Ilmu itu perlu dicari dan
difahami dengan sebaiknya. Ilmu itu tidak akan bermakna jika ia tidak disertakan dengan pemahaman
yang mendalam mengenainya.

Kenapakah kita memerlukan generasi yang berilmu, kerana dalam melaksanakan setiap
perubahan dan menangani perkembangan semasa, ilmu berperanan sebagai pengimbang dalam
memberikan panduan kehidupan. Tanpa ilmu pengetahuan yang disertai dengan pemahaman tidak
mungkin akan dapat kita perolehi sesuatu perubahan dan pembaharuan yang lebih baik dan sempurna.

Kita juga akan dihormati kerana faedah dan juga manfaat ilmu itu sendiri. Ilmu yang dapat
mengangkat kualiti dan kebaikan kehidupan adalah ilmu yang dapat dimanfaatkan.
Keikhlasan Dalam Memimpin

Keikhlasan amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswa


seolah memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai. Masa perlu
dibahagikan, kewangan juga perlu dikorbankan dan privacy diri diketepikan sementera waktu untuk
memastikan amanah kepimpinan dilunas dengan baik.

Semua itu memerlukan kata kunci dalaman yang namanya adalah keikhlasan. Mana mungkin
pengorbanan yang ditagih tersebut mampu untuk dilaksanakan sekiranya tidak dipasakkan dalam hati.
Justeru, bicara atas nama keikhlasan tidak perlu dipanjangkan perbincangannya tetapi ia seharusnya
diukir kemas di dalam hati.

Hati-hati dalam meniti lorong berduri kepimpinan. Jangan sampai susah payah dan pengorbanan yang
dibuat langsung tiada hasilnya kerana tidak didasarkan kepada keikhlasan. Keikhlasan juga adalah
ubat dan penawar kepada keletihan kerana keyakinan bahawa setiap pekerjaan yang ikhlas
dilaksanakan akan di nilai.

Yang paling penting ikhlas perlu mengepalai setiap langkah dan kerja buat kita seharian kerana tugas
kepimpinan ini akan semestinya dilihat orang dan diperkatakan samada positif ataupun negatif.
Ikhlaskan niat di hati.

Kuatkan Jati Diri

Pengaruh sekeliling yang sering berubah dan bermacam caranya, mestilah ditangani dengan sebaiknya,
hal ini penting agar suasana dan pengaruh sekeliling yang tidak begitu sesuai dan selari dengan konsep
kehidupan bernegara dapat di tangani dengan sebaiknya. Kita perlu bekerja keras untuk menyekat
gejala-gejala negatif sambil juga berusaha dengan bersungguh-sungguh menyuburkan nilai-nilai yang
selaras dengan falsafah kehidupan di negara kita, Melayu Islam Beraja.

Perubahan dan globalisasi yang berlaku bukanlah merupakan alasan untuk kita menerima apa
saja yang datang adalah merupakan pembaharuan. Pembaharuan tidak semestinya menjadikan
globalisasi itu asas untuk membelakangkan kehidupan beragama. Kita perlu mempertahankan nilai-
nilai orang kitani yang pelikat dengan kehidupan beragama yang betul lagi sempurna. Pengaruh
pembaharuan bukanlah bererti ia perlu kita ambil kesemuanya, namun perkara yang baik dapat
dijadikan sandaran akan tetapi yang kurang baik mesti kita hindarkan.

Peranan ilmu pengetahuan yang difahami dan dihayati mestilah kita jadikan sebagai asas yang
akan membantu kita dalam mewujudkan pembaharuan diri yang lebih teguh. Ilmu pengetahuan dan
pendidikan yang tinggi biarlah menjadi asas ke arah pembinaan insan yang lebih berkualiti tinggi. Kita
perlu berpegang kepada identiti sendiri, di samping tidak boleh menyempitkan ruang ke arah
kemajuan, yang penting bagi kita adalah sensitiviti bangsa. Jika sensitiviti kita tumpul maka ia akan
menghakis rasa cemburu. Jika ini terhakis maka akan mudahlah segala pengaruh negatif mencorakkan
kehidupan dan pemikiran kita.

Inilah senario yang memerlukan penelitian dan penghayatan serius, isu-isu sedemikian inilah
memerlukan bidang pendidikan yang lebih sempurna dan kemas kini.
TEMA-7

Pembangunan modal insan remaja sasaran utamanya


Oleh: PROF DR. SIDEK BABA

MODAL insan menjadi indikator atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah negara.
Negara-negara yang maju menjadikan pembangunan modal insan sebagai sasaran utama.
Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama dalam strategi membangunkan modal
insannya. Para remaja atau tenaga muda menjadi sasaran penting pembangunan modal insan
kerana para remaja mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Pada diri
remaja, terdapat dinamika diri untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi
membentuk zaman dan kemajuan

Ada negara yang maju tidak memiliki sumber hasil bumi yang banyak. Negara ini bergantung
kepada modal insannya. Banyak negara orang Islam mempunyai sumber hasil bumi yang kaya
seperti minyak, gas dan uranium. Tetapi amat lemah dalam pembangunan modal insannya.
Akibatnya negara yang memiliki modal insan yang berkualiti, akan mencapai tahap
pembangunan yang tinggi. Sementara, negara orang Islam yang kaya dengan hasil buminya
tetapi lemah dalam pembangunan modal insannya, negara itu tidak melakukan apa-apa pada
hasil kekayaan sumbernya, malah kadang-kadang dieksploitasi oleh negara yang memiliki
modal insan yang berkualiti.

Malaysia sedang memberikan tumpuan membangunkan modal insan, tidak saja di kalangan
remaja atau generasi mudanya tetapi juga memberi keutamaan ke arah pendidikan sepanjang
hayat. Institusi pengajian atau pendidikan berkembang bermula di peringkat rendah
sehinggalah di peringkat pengajian tinggi. Ia tidak saja ditaja oleh kerajaan tetapi juga oleh
pihak swasta. Prasarana pendidikan di Malaysia sangat berkembang dan para remaja
mempunyai peluang yang sangat luas untuk membina bakat diri supaya lahir sebagai modal
insan yang berkualiti.

Modal insan berkualiti tidak saja memiliki upaya ilmu dan ketrampilan yang sifatnya semasa
dan canggih tetapi ia tidak menolak kepentingan nilai, etika sebagai asas pedoman. Tanpa
nilai dan etika remaja akan nantinya kehilangan pedoman dan petunjuk tentang sesuatu yang
baik atau buruk, bermanfaat atau membawa akibat buruk, halal atau haram, berguna atau
sebaliknya supaya kehidupan dewasanya nanti akan menjadi lebih sejahtera dan baik.

Di peringkat remajalah asas pembangunan modal insan patut di bina. Para remaja adalah
manusia yang berangan-angan tinggi. Tukarkan angan-angan menjadi cita-cita. Remaja juga
suka berkhayal dan membina imaginasi. Terjemahkan khayalan dan imaginasi kepada
idealisme dan faham mengenai realiti. Remaja juga suka mencuba dan ingin dihargai.
Jelmakan sikap ingin mencuba kepada kegiatan yang kreatif dan memberi makna kepada
kehidupan. Para remaja juga suka berhibur dan berpoya-poya. Alihkan perangai suka berhibur
kepada hiburan yang tidak melalaikan dan sikap berpoya-poya kepada sikap menghargai
masa. Remaja yang berkualiti ialah remaja yang sentiasa ada disiplin diri. Disiplin diri boleh
menjadikan remaja mempunyai daya saing tinggi, fikirannya kreatif dan reflektif, suka
berbincang benda-benda yang mempunyai manfaat, cintakan ilmu pengetahuan dan selalu
menghubungkan faktor hari depan dengan faktor kualiti dirinya.

Para remaja harus ada keinsafan bahawa faktor-faktor masa lalu dalam pembangunan modal
insan adalah tidak sama dengan faktor ilmu dan ketrampilan pada masa kini. Ali bin Abi Talib
umpamanya, menasihatkan supaya generasi muda dididik dengan ilmu yang sesuai dengan
zamannya. Ia bermakna sifat zaman berkembang sekali gus membawa perkembangan ilmu
dan ketrampilan. Manusia terus berfikir untuk mencari dan meneroka sesuatu yang baru.
Sekiranya para remaja tidak ada jiwa penerokaan ia bermakna kemajuan tidak akan
berkembang. Apabila kemajuan berfikir, berilmu dan daya kreatif tidak ada, kita tidak akan
mampu menyumbang apa-apa terhadap orang lain. Sebaliknya kita menjadi manusia
pengguna terhadap apa yang orang lain bangunkan.

Sebagai remaja Islam, untuk maju , asas-asas yang fundamental dalam pembangunan diri
adalah amat perlu sebelum para remaja mengembangkan bakatnya dalam bidang-bidang yang
bakal membawanya kepada kepakaran dan keahlian. Remaja Islam harus terlebih faham dan
kukuh akidahnya terhadap Pencipta. Memahami secara ilmu kepentingan akidah terhadap
remaja boleh menjadikan remaja orang-orang yang beriman dan bertakwa. Iman dan takwa
adalah asas yang sangat penting menjadikan remaja orang-orang yang beradab dan bersyukur.

Remaja juga harus faham tentang maksud ibadah dalam Islam dalam erti kata yang luas.
Ibadah tidak hanya dalam batas solat atau puasa, tetapi bagaimana faktor solat dan puasa
menjadi faktor penggerak yang menjadikan remaja orang-orang yang memiliki jiwa hamba
yang tinggi di mana asas patuh, taat, akur dan tunduk menjadi landasan membangunkan
kualiti diri. Inilah maksud rukuk dan sujud dalam solat. Para remaja harus membangun akhlak
diri di samping memahami pentingnya faktor syarak dijadikan pedoman dalam melakukan apa
saja dalam hidup ini.

Maksud rukuk dan sujud dalam solat umpamanya mendidik kita supaya patuh kepada perkara
yang benar dan baik, taat kepada kepimpinan yang baik, akur kepada pentingnya keadilan dan
ketulusan dalam hidup dan tunduk kepada keputusan dan peraturan yang memberi kebaikan
kepada manusia. Maksud mengamalkan puasa menjadikan kita orang-orang yang bertakwa
ialah bagaimana dengan puasa menjadikan kita menginsafi bahawa kawalan hawa nafsu amat
penting. Membiarkan hawa nafsu bermaharajalela menyebabkan ramai remaja terjebak dalam
salah laku dan maksiat. Mendidik nafsu supaya menjadi jinak dan dapat digunakan ke jalan
yang fitrah seharusnya menjadi matlamat remaja. Oleh itu solat dan puasa adalah sesuatu yang
amat fundamental bagi remaja amalkan dan hayati supaya akan terbina jiwa-jiwa yang
muttaqin yang menjadi asas terhadap pembinaan modal insan.

Kekuatan tamadun Islam pada masa lalu bermula daripada tradisi bina insan yang sepadu
yang menyebabkan lahirnya ulama-ilmuan besar, pemikir-pemikir yang agung dan jiwa
pelopor yang tinggi. Ia menyebabkan kualiti modal insan tidak saja berkembang dalam
budaya zikir, iaitu menghubungkan diri dengan Allah tetapi membangunkan budaya fikir yang
amat perlu bagi manusia mengaturkan hidup. Tradisi bina insan berkualiti menghasilkan
tokoh-tokoh seperti Ibn Sina, al-Khawarizmi, al- Battani, Ibn-Haytem, Ibn-Nafis, az- Zahrawi,
al-Biruni dan ramai lagi yang di peringkat remajanya menghafaz al-Quran, memahami
pelbagai bahasa, menekuni bidang tafsir dan agama dan pada zaman dewasanya
mengembangkan bakat kepeloporannya dalam bidang perubatan, matematik, astronomi, pakar
mata, pakar ilmu darah, pakar bedah dan pakar ilmu falak.

Remaja Islam hari ini tidak hanya harus nostalgik atau kagum dengan pencapaian silam umat
Islam tetapi harus bersikap reflektif mengenainya supaya jiwa dan pemikiran reflektif subur
ke dalam dirinya. Bagaimana pencapaian silam memberikan dorongan kepada remaja Islam
bahawa umat Islam pernah maju dalam semua bidang dan menyumbang kepada terbangunnya
tamadun Eropah. Hari ini umat Islam terhina di mana-mana, diperlakukan sesuka hati, dijajah
minda dan budaya hidupnya dengan budaya popular Barat hingga menyebabkan sebahagian
besar tenaga remajanya hilang jati diri, memeluk budaya Barat seerat-eratnya dan memandang
rendah agama dan tradisinya dan akhirnya menjadi si Tenggang kepada sejarah dan tamadun
silamnya.

Dalam proses bina insan remaja harus mempunyai tekad dan azam untuk menjadi bangsa atau
umat penyumbang. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai matlamat tersebut, melainkan para
remaja harus bersedia dengan disiplin diri dan tekad yang terancang dan usaha yang
bersungguh-sungguh menjadi orang Islam yang baik sekali gus membangunkan bakat diri
dengan ilmu-ilmu yang fundamental dan menjurus ke dalam bidang yang menuntut kepakaran
dan keahlian. Percayalah, asas inilah yang menjadi asas terbaik dalam pembangunan modal
insan supaya para remaja bakal menjadi warga penyumbang bukan saja terhadap negara
Malaysia yang dicintai tetapi penyumbang kepada umat Islam dan juga umat manusia.
TEMA-7

Melahirkan modal insan berkualiti


Selaras dengan usaha Kerajaan untuk memastikan negara ini muncul sebagai sebuah negara
maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidang
pendidikan tetap diberikan penekanan. Ia cukup penting kerana untuk menjadi sebuah negara
maju kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita
bersaing di peringkat global.

Menyedari kepentingan tersebut dan masa yang semakin suntuk untuk memenuhi impian
tersebut dalam tempoh 10 tahun akan datang, Kerajaan bersetuju untuk merombak sistem
pendidikan negara dengan memberikan lebih penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri,
kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.

Untuk mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM29.3 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2011
– satu jumlah yang agak besar iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 24.9 peratus berbanding
tahun lalu sebanyak RM25.5 bilion. Taburan peruntukan tersebut kali ini nampak lebih
menyeluruh dan agak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Bagi memastikan matlamat tersebut dicapai, Kerajaan sudah pun meluluskan dana sebanyak
RM6.4 bilion bagi membina dan manaik taraf sekolah-sekolah, asrama-asrama, peralatan serta
memertabatkan profesion guru. Pada masa yang sama tambahan sebanyak RM213 juta turut
disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar
serta guru cemerlang.

Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
membentangkan bajet lalu, Kerajaan tidak akan berkira dalam soal pendidikan dan tidak akan
berkompromi dengan kualiti sistemnya. Segala macam kemudahan akan disediakan bagi
membolehkan mereka bersaing. Beliau turut menegaskan bahawa bidang pendidikan harus
bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang
kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara. Di tangan mereka ini lah letaknya masa
depan negara.

Buktinya Kerajaan menyediakan dana pembangunan sebanyak RM250 juta kepada sekolah
bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, sekolah bantuan
modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara. Tidak dilupakan pendikan Islam di
mana Kerajaan setuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat
sama ada di peringkat rendah atau menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.

Begitu juga dengan peruntukan sebanyak RM576 juta bagi menyediakan tenaga pengajar
terlatih dan berkualiti di mana peruntukkan dalam bentuk biasiswa itu bertujuan memberi
ruang kepada guru untuk melanjutkan pengajian.

Mengenai usaha mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris – kerajaan bersetuju untuk


mengambil 375 guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia di mana guru-guru
tersebut akan ditugaskan untuk membantu guru-guru tempatan yang mengajar mata pelajaran
tersebut dengan memberikan pendedahan kepada mereka mengenai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

Diperingkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk
Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata). Ia bertujuan untuk mendedahkan
kanak-kanak kepada pelbagai cabang ilmu yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka.
Pendedahan di peringkat awal ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih pintar
apabila memasuki usia persekolahan sebenar.

Menariknya, peruntukkan besar dalam bidang pendidikan itu juga turut disertai dengan
pemberian multi vitamin kepada penuntut sekolah rendah di seluruh negara. Tujuannya ialah
bagi memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan cergas dan mudah untuk menerima
pembelajaran di sekolah-sekolah. Pemberian multi vitamin itu adalah sebagai langkah
tambahan kepada pojek Susu Sekolah 1 Malasyaia yang dilancarkan sebelum ini.
TEMA-7

Memupuk Patriotisme
 
Menghadapi keadaan di atas, bagaimanakah patriotisme dapat dipupuk dan
diterapkan di kalangan generasi muda kita?
 
 
Bagi generasi muda di Malaysia, idea patriotisme termaktub di dalam Dasar
Pembangunan Belia Negara (sebelum 1997, Dasar Belia Negara) dan
mendasari Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkan
pada lewat 1990-an.
 
 
Kini dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikelolakan
kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan. Dalam dasar dan melalui
program ini peningkatan patriotisme dan semangat kesukarelawanan
digalakkan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.
Melalui kegiatan-kegiatan tersebut perasaan simpati, bertimbang rasa dan
cinta kepada bangsa dan negara akan bercambah dan berkembang.
 
 
Dalam perkara ini, pertubuhan-pertubuhan belia dan sukarela yang lain
harus memainkan peranan aktif mereka. Seluruh prasarana, struktur, dan
rangkaian kerja belia yang telah wujud sekian lama boleh dimanfaatkan
sebaiknya. Dengan program-program yang menarik dan yang boleh
mendatangkan kesan positif, para remaja belia kita sepatutnya dapat
digemblengkan untuk kegiatan-kegiatan demikian.
 
 
Satu kegiatan lain yang boleh dipertimbangkan ialah pendidikan
kepenggunaan. Ini bertujuan menyedarkan belia agar menjadi pengguna
yang baik dan berhemat. Isu kepenggunaan amat penting bagi generasi
muda kerana mereka sering merupakan sasaran penting pihak industri dan
pengeluar barangan. Pelbagai bentuk tarikan, nilai dan selera baru dicipta
atau diadakan untuk mempengaruhi dan memperdaya remaja belia agar
membeli atau terus berbelanja. Itu sebabnya jika pendidikan kepenggunaan
dapat dijadikan suatu program utama dan tersebar luas di kalangan remaja
belia ia mampu membantu pembangunan ekonomi kita di samping
memanfaatkan kehidupan remaja belia sendiri.
 
 
Di sini perlu diingat bahawa pendidikan kepenggunaan yang dikaitkan
dengan patriotisme tidak semestinya bermakna kita cuba mengelakkan
remaja belia memilih barangan dan perkhidmatan tempatan berbanding
dengan dari yang luar. Selaku pengguna yang bijak remaja belia tentu
diharapkan dapat menilai dan menentukan mutu (kualiti) keluaran
tempatan berkenaan – bermutu tinggi atau rendah atau tidak bermutu –
dan memilih yang bermutu.
 
 
Ketika kemelesetan ekonomi, ada dibangkitkan soal perlunya menggalakkan
remaja belia kembali ke “tanah hijau”. Dicadangkan agar pertubuhan-
pertubuhan belia di desa khususnya menjalankan kegiatan-kegiatan
pertanian dan penternakan dengan galakan dan bantuan oleh pihak-pihak
yang boleh memberikan pelbagai kemudahan. Perkara ini wajar diberi
perhatian segera. Kemampuan menyediakan keperluan makanan sendiri
mesti dipertingkatkan agar bangsa dan negara kita tidak mudah diperkotak-
katikkan oleh kuasa-kuasa dagangan dan politik antarabangsa, lebih-lebih
lagi dalam keadaan krisis atau ketegangan perhubungan.
 
 
Begitu juga dengan kegiatan-kegiatan yang menjurus kepada
pemuliharaan kemampanan sistem ekologi dan alam sekitar.
Masalah kekeurangan air yang sering dihadapi negara sepatutnya
menyedarkan kita tentang betapa pentingnya manusia mengurus anugerah
Tuhan dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab. Sekadar
menyalahkan kemarau atau El Nino kerana kekurangan air di dalam
sesebuah negara tropika yang banyak hujan ini tentulah sesuatu yang tidak
masuk akal.
 
 
Projek-projek pembangunan dan pembinaan yang boleh menyebabkan
kehakisan dan meruntuhkan tempat kediaman dan bangunan, serta
memusnahkan harta benda juga suatu fenomena buatan manusia yang
sepatutnya lebih dapat dikawal kini. Malangnya, pihak-pihak yang
bertanggungjawab masih bersikap acuh tak acuh, atau mengemukakan
pelbagai alasan dan terus memperjudikan nyawa dan kehidupan rakyat.
 
 
Bagi generasi muda, program ekologi dan alam sekitar boleh merupakan
suatu proses pendidikan dan penghayatan nilai murni yang berjangka
panjang. Kegiatan-kegiatan seperti mendaki bukit, jungle trekking, kempen
cintakan flora dan fauna, berkelah di tepi sungai, laut atau padang lapang,
menyelam untuk menikmati keindahan di dasar laut, berkayak, berakit,
meneroka gua, berkhemah di dalam rimba, berjalan dan bersiar-siar di tepi
tasik, selain bergotong-royong menanam pokok, serta melawan
penghakisan dan pencemaran, boleh dilakukan secara terancang dan
berterusan. Kegiatan-kegiatan yang menarik dan popular ini boleh
dijalankan oleh pelbagai pertubuhan dan kumpulan (belia, sukan dan
rekreasi), penduduk, sekolah, jabatan dan lainnya), malah oleh keluarga
sendiri.
 
 
Kebiasaan dengan kegiatan-kegiatan sebegini memupuk perasaan sayang
dan bangga kepada tanahair. Jika dilakukan secara kolektif, ia juga
menyemai rasa sepunya dan keazaman untuk sama-sama menjaga
khazanah alam yang tak ternilai ini.
 
 
Di samping itu pertubuhan-pertubuhan yang prihatin harus terus-menerus
menganjurkan wacana ilmu dan intelektual yang dapat melibatkan
generasi muda dalam perdebatan, polemik dan permasalahan serta isu-isu
semasa. Penglibatan remaja belia dalam kegiatan ini akan menggalakkan
keprihatinan sosial dan sikap bertanggungjawab terhadap bangsa dan
negara di kalangan mereka.
 
 
Melalui wacana ilmu dan intelektual maka pengetahuan dan kefahaman
mereka tentang sesuatu isu dan permasalahan negara akan meningkat dan
ini dapat mendorong komitmen yang lebih tinggi untuk menyumbang
kepada negara.
 
 
Jika pandangan, perasaan dan fikiran generasi muda ini diberi perhatian
dan dihargai sewajarnya maka mereka tentunya berasa penting dan lebih
yakin untuk menjadi peserta yang aktif dalam hal-hal kenegaraan dan
kepentingan bersama.
 
 
Sudah tentu patriotisme mesti dipupuk sejak seseorang masih kecil (di
rumah) dan di bangku sekolah lagi. Di sini peranan ibu bapa, ahli-ahli
keluarga serta guru-guru amat penting. Begitu juga peranan penting yang
dapat dan harus dimainkan oleh sistem pendidikan, media cetak dan
elektronik, seni-budaya, serta sistem politik (etika dan cara berpolitik, isu-
isu yang diperdebatkan, dasar-dasar parti, dan sebagainya), dalam
memupuk patriotisme di kalangan generasi muda.
 
 
 
TEMA-7

Pendidikan Aset Berharga Membina Generasi Wawasan


Friday, 22 May 2009 00:37

Pendidikan merupakan elemen yang sangat penting bagi membangunkan dan memajukan
negara. Tamadun-tamadun yang besar terdahulu telah dibina dengan kemajuan pendidikan
yang luar biasa. Tamadun Rom, Parsi, China, India dan Islam adalah tamadun yang maju
dalam pelbagai aspek kehidupan.

Tamadun China yang telah lama wujud sangat dikenali ramai.Menariknya di dalam sejarah
Islam, seruan menuntut ilmu ini dikaitkan juga dengan mencarinya hingga ke negeri
China. Di  zaman  Nabi,  China  sudah  cekap membuat  kertas,  bahan  letupan,  barang 
tembikar dan lain-lain.  Tentu  ilmu  yang  disuruh  tuntut di China adalah  berkenaan  ilmu-
ilmu  yang lain daripada Islam dan sangat bermanfaat kepada ummah. 

Tamadun Islam juga telah mencetuskan kepesatan penemuan-penemuan baru dalam pelbagai
bidang kemajuan dunia, merubah paradigma masyarakat dunia terhadap kehidupan dan
memberi nafas baru terhadap erti kehidupan. Umat Islam pernah muncul sebagai suatu bangsa
yang berilmu kerana amalan agama Islam yang menggalakkan umatnya mempelajari semua
cabang ilmu pengetahuan. Islam menyuruh umatnya  mempelajari  berbagai-bagai bidang
ilmu bagi mendekatkan diri mereka kepada pencipta. 

Oleh itu perkataan  pertama  yang  disampaikan  kepada Nabi Muhammad  SAW  ialah "
Iqrak" yang bermaksud  "Baca".  Rahsia di sebalik turunnya wahyu ini ialah Allah SWT tidak
memerlukan sistem lain untuk membangunkan umat manusia kerana wahyu Ilahi dijamin oleh
Allah SWT sehingga ke hari kiamat dan tidak ada lagi selepas ini. 

Pendidikan adalah suatu yang dinamik, sentiasa berubah dan bersifat progresif. Negara yang
menguasai dinamika pendidikan akan menguasai kunci kejayaan dan dapat mencipta
teknologi baru. Finland umpamanya telah melebarkan penguasaan teknologi komunikasi ke
seluruh dunia melalui jenama “Nokia”. Finland juga terkenal kerana digolongkan antara
negara yang bersih daripada amalan rasuah. Percaya ataupun tidak, tahap pendidikan di
Finland sangat mementingkan guru yang berkualiti dan nisbah guru pelajar adalah sangat
praktikal. Kelayakan guru sangat tinggi dan sangat dihormati kerana guru adalah pembimbing
generasi negara pada masa depan. Bayaran mereka juga memuaskan dan kebajikan dijaga
dengan baik. 

Jepun dan Jerman adalah dua buah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis rekaan
dan produk berkualiti bertaraf dunia. Sistem pendidikan kedua-dua buah negara ini
menekankan kepada penguasaan ilmu dan teknologi. Elemen ini terbukti mampu memacu
pembangunan negara dalam tempoh yang singkat. 

Walaupun Jepun mengalami kemerosotan maruah yang teruk selepas Perang Dunia Kedua,
tetapi negara ini dapat membina kembali maruah mereka dengan sangat pantas. Pembinaan
negara Jerman juga terserlah dengan kualiti dan jenama yang diperlihatkan kepada dunia iaitu
Mercedes dan BMW. 

Hala tuju pembangunan negara wajar disesuaikan dengan sistem pendidikan bagi menghadapi
cabaran-cabaran baru seperti membangunkan sistem pendidikan yang menggabungkan latihan
dan ilmu, mengurangkan kegagalan pencapaian di peringkat rendah dan menengah serta
mengukuhkan pencapaian institusi pengajian tinggi tempatan. Negara-negara maju umumnya
mempunyai rakyat yang berpendidikan kolej dan universiti lebih ramai. Kesan pendidikan
yang seharusnya diberi perhatian ialah mampu melahirkan individu yang rasional dalam
berfikir dan adil membuat keputusan. 

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) meletakkan pembangunan insan sebagai tumpuan


untuk memperkasakan sistem pendidikan dan latihan negara. Peruntukan yang sebanyak
RM45,149 juta adalah untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran dan
pengetahuan bagi melahirkan tenaga kerja yang produktif.  

Tambahan pula Malaysia akan mencapai status negara maju 14 tahun yang akan datang.
Jangka masa ini akan diisi oleh generasi muda yang berada dalam masyarakat kita yang
sedang ghairah meniti perkembangan usia dan mereka inilah yang akan merasai sepenuhnya
nikmat negara maju. Merealisasikan Wawasan 2020 adalah suatu tugas yang penuh
kebertanggungjawaban di atas bahu semua pihak khususnya peneraju pendidikan negara.
Sembilan cabaran Wawasan 2020 yang sebahagian besarnya berkaitan pembangunan modal
insan bermula dengan cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu dan
berakhir dengan cabaran membentuk masyarakat yang makmur. 

Membentuk pelajar yang berpendidikan lebih sukar daripada pelajar yang bersekolah. Proses
persekolahan seharusnya melahirkan pelajar yang berpendidikan. Dua tahun di tadika, enam
tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah tidak bermakna dapat
melahirkan individu yang berpendidikan. Bersekolah juga dapat melahirkan pelajar
berpendidikan malah kadangkala terdapat kegagalan dalam proses berkenaan kerana pelajar
menjadi ”burung kakak tua” yang mengulangi pemikiran orang lain dan memberi penekanan
terhadap proses mengingat. 

Membentuk masyarakat yang berpendidikan harus bermula dengan perubahan dalam sistem
pendidikan dan sikap terhadap pendidikan. Proses pendidikan di sekolah lebih bererti jika ia
memberi makna yang sangat menarik terhadap guru dan pelajar. Ini bermakna maksud
sebenar pendidikan adalah mencari kebenaran. Bukan sekadar mendapat ilmu tetapi adalah
memberi ”simpati” terhadap kepintaran dan kebijaksanaan. Pendidikan juga bukannya
mengumpulkan seberapa banyak fakta dan pelbagai objek material tetapi membangunkan sifat
”simpati” yang dipandu oleh kepintaran dan kebijaksanaan. Oleh itu, hasil akhir proses
pendidikan yang harus memberikan manifestasi falsafah, moral dan keprihatinan sosial.
Peranan pendidikan ialah membangunkan individu sebagai salah seorang ahli pemikir dalam
masyarakat bagi mengukuhkan budaya, tradisi dan nilai. Ilmu dan ”bersimpati” terhadap
kepintaran dan kebijaksanaan ini mampu menghubungkan diri individu dan masyarakat
dengan dunia luar yang dihuni. Kehidupan akan menjadi lebih menarik kerana pengalaman
hidup akan merapatkan kita dengan dunia yang ada di sekeliling. 

Memberi kesedaran terhadap kepentingan pendidikan adalah usaha yang berterusan dan perlu
bersungguh-sungguh. Masyarakat perlu dididik bagaimana hendak menggunakan ilmu
pengetahuan bagi kebaikan mereka sendiri, untuk masa depan dan mewujudkan nilai di dalam
diri dan kehidupan mereka. Kesedaran ini akan memacu semangat untuk berkorban mencari
ilmu. Ketinggian ilmu akan memberi kelebihan kepada individu berkenaan kerana
penguasaannya terhadap ilmu pengetahuan.  
Kelemahan dan kurang cemerlang di dalam hidup bermasyarakat adalah disebabkan nilai
hidup mereka.  Tetapi orang Islam tentu tahu  bahawa  Allah SWT tidak  akan  mengubah
nasib mereka sehinggalah  mereka  mengubahnya  sendiri.   

”Sesunguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum kecuali mereka mengubah
keadaan diri mereka sendiri”. (Surah Ar-Ra’d : 11) 

 Yang  perlu diubah ialah nilai hidup. Nilai hidup yang dikehendaki adalah suci dan murni
supaya  umat Islam akan menjadi orang yang beruntung dan berjaya di dunia dan akhirat. 

Membetulkan sikap terhadap pendidikan merupakan satu cabaran. Sistem pembelajaran


negara yang masih mengekalkan kaedah pengajaran pasif dan penilaian prestasi yang
ketinggalan tidak akan memberi kelebihan kepada generasi muda. Jika perlu, kerajaan boleh
membentuk persekitaran kelas yang lebih selesa dan sempurna bagi merangsang proses
pembelajaran. Kaedah berasaskan Sigmud Freud yang menitikberatkan hukuman dan dendaan
tidak lagi sesuai kerana masyarakat dan ibu bapa perlu membentuk satu pasukan yang
berkesan bagi membangunkan pendidikan anak-anak mereka sendiri. 

Pendidikan yang seharusnya diutamakan ialah penguasaan ilmu pengetahuan dalam semua
bidang bagi mengelakkan penjajahan minda, ekonomi, budaya dan gaya hidup. Kemampuan
menguasai pelbagai disiplin ilmu akan mengurangkan kebergantungan negara kepada pakar-
pakar luar. Ulama-ulama Islam terdahulu menguasai pelbagai bidang kepakaran pada satu
masa. Mereka menguasai ilmu perubatan dan pada masa yang sama mendalami ilmu sosial,
sejarah, fizik, astronomi dan sebagainya. Ketika Christoper Columbus hendak berangkat
mencari benua Amerika, beliau berjumpa Raja Sepanyol dengan dikepitnya helaian-helaian
peta dunia. Siapa yang menghasilkan peta dunia tersebut? Sejarah kejayaan gemilang kerajaan
Islam Andalusia adalah pemangkin kepada keberanian Columbus mencari jalan baru untuk
penjelajahan.  

Modal insan adalah teras kepada pembangunan sesebuah negara. Pembangunan aspek modal
insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi
cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran
berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri, masyarakat dan negara.
Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan
dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang
menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing-
masing. 

Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Modal insan yang berkualiti merupakan
elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”. 
Pembentangan Bajet 2007 telah memberi peruntukan yang besar kepada pembangunan modal
insan iaitu sebanyak 21 peratus yang merangkumi RM6.7 bilion untuk pendidikan rendah,
RM6.2 bilion untuk pendidikan menengah, RM10.4 bilion untuk pengajian tinggi dan
RM10.1 bilion bagi program latihan. Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat
membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan
pengetahuan. 

Pendidikan yang sesuai bermakna individu belajar untuk memberi tindakbalas yang positif
terhadap persekitaran dan budaya, menghargai kebebasan dan kemerdekaan diri serta
memahami kepentingan terlibat secara aktif dalam masyarakat dan budaya mereka.
TEMA-4

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'
(bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-
kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun
patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap
seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa
dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait
rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan
satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu
memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik
nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif
terhadap 'tanah air' bangsa lain).

Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar
bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan
negaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut Amerika
Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan
bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa
seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan
kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam
pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik
tertentu, seperti menghormati bendera.

Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme
ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi
penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan
upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya
patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali
bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera,


menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat
bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan
kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan
semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak boleh
dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidak
merendah-rendahkannya.

Sesetengah pihak menegaskan bahawa (tidak seperti nasionalisme moden, iaitu pembentukan
negara abad ke-19), authentic patriotism (seperti yang ditunjukkan perkataan bahasa Latin
'pater') mestilah berasaskan suatu bentuk genofilia dan perkongsian nenek moyang.

Tahap patriotisme berubah-ubah sepanjang masa, dan berbeza-beza di kalangan komuniti


politik. Biasanya, keamatan patriotik lebih tinggi apabila negeri diancam oleh pihak luar.
TEMA-4

MENGHARGAI PENGORBANAN PERAJURIT

SUASANA aman di negara ini membolehkan kita bangun pagi dengan rasa tidak takut dan
dapat bekerja secara aman. Kita juga boleh berniaga dan mengaut keuntungan tanpa bimbang
sebarang keadaan yang tidak menentu.

Selain itu, kita juga dengan selesa dapat membina keluarga yang sihat dan menghantar anak-
anak ke sekolah. Malah kita yakin masa depan anak-anak ini akan turut terjamin. Mereka pasti
dapat mengecapi keselesaan hidup turun-temurun.

Keadaan ini dapat diwujudkan kerana ada kalangan kita yang menjadi anggota keselamatan
bagi memelihara keamanan negara.

Kita harus faham bahawa bidang ketenteraan bukan merupakan satu pekerjaan atau kerjaya
biasa. Ia memerlukan komitmen, semangat, malah pengorbanan tinggi dengan
mempertaruhkan nyawa untuk keselamatan semua pihak.

Mereka yang menyertai pasukan keselamatan harus mempunyai sifat patriotik yang tinggi
kerana wang ringgit tidak dapat memberi nilaian padanya.

Pengorbanan mereka ini dapat dilihat dengan adanya anggota tentera yang gugur dan cacat
anggota. Maka, apabila keadaan ini berlaku, keluarga mereka yang terdiri daripada balu dan
anak-anak turut melakukan pengorbanan besar.

Bukan itu saja, dari segi amalan ketenteraan, berbanding dengan pekerjaan lain, seseorang
anggota tentera harus bersara awal daripada perkhidmatan mereka.

Selain itu, tugas ketenteraan yang tidak mengenal masa dan tempat turut menuntut
pengorbanan diri dan keluarga yang tinggi.

Perubahan kerjaya dalam umur pertengahan ini seringkali menyukarkan mereka sedangkan
anak-anak baru saja membesar dan memerlukan pembiayaan yang semakin meningkat.
Kesemua ini merupakan pengorbanan anggota tentera.

Sepanjang sejarah, negara ini amat terhutang budi kepada pengorbanan perajurit. Ketika
pengganas cuba menguasai negara, para perajurit telah melakukan banyak pengorbanan untuk
mempertahankan negara daripada jatuh ke tangan komunis.

Malah kejayaan para perajurit melindungi rakyat daripada dizalimi komunis membolehkan
negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Maka apabila pengorbanan perajurit berjaya mematahkan keganasan komunis dan


menamatkan Darurat pada 31 Julai 1960, maka tarikh itu menjadi Hari Pahlawan yang
disambut setiap tahun hingga ke hari ini.

Namun begitu, selepas Darurat, perajurit-perajurit kita terus berkorban di hutan-hutan untuk
menghapuskan saki-baki komunis hinggalah mereka meletak senjata pada tahun 1989.
Kini, pasukan keselamatan mesti terus berjaga-jaga dan memelihara keamanan negara
daripada apa saja ancaman yang boleh timbul untuk merosakkan kehidupan rakyat.

Sesungguhnya, tidak ada apa yang dapat membalas pengorbanan perajurit-perajurit itu. Ini
kerana pengorbanannya teramat tinggi nilainya. Mereka juga berjuang dengan ikhlas dan tidak
mengharapkan balasan yang setimpal.

Apa yang diharapkan hanyalah sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk mengisi Tabung
Hari Pahlawan.

Justeru, sebagai rakyat yang tahu berterima kasih dan sedar tentang tanggungjawab, kita
semua, baik secara individu mahupun organisasi dan syarikat mestilah menyahut Rayuan Hari
Pahlawan dengan menghulur sumbangan seikhlasnya.

Sesungguhnya, sumbangan yang kecil itu besar ertinya kepada hati nurani kita yang sedar
tentang harga perdamaian, keamanan, keselamatan dan kemakmuran negara.
TEMA-4

Apa tu patriotik? Patriotik merupakan semangat kebangsaan cinta akan negara. Umumnya kita
tahu kalau nak bicara pasal patrotik ni, mesti akan dibincangkan masa nak dekat dengan hari
kemerdekaan negara dan juga pelbagai lagi cintakan negara.

Sebenarnya tak cukup tu. Apa yang aku tengok sekarang ni, rakyat negara kita tak sayangkan
negara sendiri. Mana tidak, apa – apa yang dilakukan oleh pelbagai pihak selalu
diputarbelitkan, disisih mahupun diperleceh!

Sejak pemerintahan dibawah Perdana Menteri ke enam, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, pelbagai cara digunakan untuk menyatupadukan dan menyemai perasaan cinta rakyat
Malaysia kepada negara. Bukan dibawah pemerentahan Dato’ Najib sahaja, bahkan semasa
semua era pemerintahan Perdana Menteri, mereka akan cuba mengubah perasaan sayang dan
cinta rakyat kepada negara.

Cuba kita lihat dalam konteks yang mudah, bagaimana rakyat Malaysia yang kononnya cinta
akan negara sendiri menyokong produk buatan Malaysia? Seringkali, produk buatan Malaysia
dijadikan dan dianggap sebagai produk kedua dalam negara terutamanya sambutan rakyat
Malaysia terhadap kereta nasional negara, Proton.

Dari dulu lagi, semasa proses penubuhan Proton Tun Dr. Mahathir sebagai pengasas Proton
menerima pelbagai kritikan dan sindiran dari dalam negara sendiri, seperti “Nak buat jarum
pun nak harap barangan China, inikan nak buat sebuah kereta” dan apabila terhasilnya produk
automotif negara pertama iaitu Proton Saga, sekali lagi ia mendapat sindiran diejek dengan
ejekan “kereta tin milo” dan lain – lain lagi.

Setelah lebih 20 tahun kewujudan Proton sejak kelahiran Proton Saga, Proton mempunyai
evolusi tersendiri dan menghasilkan pelbagai produk yang hebat seperti yang terbaru, wajah
baru Persona Elegence yang dilancarkan pada pertengahan Mac 2010. Apa kata rakyat pada
kereta buatan Malaysia?
Seperti yang selalu kita dengar, bila terjadi pelbagai kerosakan pada kereta kita, mesti
perkataan “Alah, biasalah kereta Malaysia”, “Proton memang macam tu” dan pelbagai lagi.

Cukuplah dengan contoh produk kebangsaan negara, Proton dari itu kita dapat
membayangkan kesetiaan, sayangnya rakyat pada negara dan juga semangat patriotik rakyat
kita. Kerajaan dah buat pelbagai cara untuk membantu rakyat tetapi rakyat yang tak mahu
menghargai apa yang diberikan oleh kerajaan.

Tak kesah apa jua perbezaan fahaman Politik, kita kena pentingkan semangat patriotik dan
cintakan negara. Kalau kita tak sayangkan negara senndiri, siapa yang akan jaga negara kita?
Mat Indon? Mat Bangla? Pekerja Nepal yang berlungguk dalam negara kita?
TEMA-4

Mengurus Kejayaan

1. Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar
dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menu
rut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat
yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus
kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan.

2. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada


kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial,
budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah
peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya
masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapa,i dapat
dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu
juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan
atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

3. Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran


Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus
kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga
6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh
dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan
92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8
peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94
peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada
70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah
menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002.
Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada
perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti
dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak
bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan.

4. Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang
bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan,
salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan
dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media,
kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum.

Komitmen Kerajaan Malaysia


5. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total.
Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial
telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia
masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan
agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan
berterusan.

6. Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Mataysia telah pun melaksanakan sebelas
rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga
Pelan Jangka' Panjang, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000), dan Dasar Pembangunan Wawasan
(DPW) (2001-2010).

7. Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh
semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan
Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi
pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara yang
diisytiharkan pad a 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum serta membangunkan sebuah masyarakat yang adil,
demokratik, liberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pad a tahun 1991
mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan
sendiri serta cabarancabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan
aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan
Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di
Malaysia sehingga ke hari ini.

TEMA-1

Semangat kejiranan
................(ubah suai supaya sesuai dengan SPM)
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-
akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini
diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan
semangat ini dan kepentingannya.

.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran


bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini
semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi,
ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan
kerana memang ada kepentingannya.

.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di


kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua
pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan
rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini
mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang
bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu
menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan
mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan
berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

.............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran


semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik
sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula
mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta
meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting
dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat
hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin
dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat
kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan.


Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan
amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang
saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi
titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah


yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus
diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri
"siapakah jiran kita?
TEMA-1

Manusia kini tidak mementingkan semangat kejiranan, mereka bersifat bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing.
Peribahasa ?bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing? sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada
masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatah
tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri
dan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini amat
membimbangkan kerana semnagat kejiranan, yakni semnagat yang dipunyai oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga
kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat.

Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada
itu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskan
buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan masyarakat kita. Namun demikian, pada masa yang sama,
pendidikan juga telah mengakibatkan masyarakat mula berubah perspektif terhadap kehidupan, terutamanya generasi muda.
Contohnya, melalui pendidikan, golongan belia mula memperolehi jawatan tinggi dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, mereka
berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain. Mereka pula hanya mementingkan kebahagiaan dan
kepentingan sendiri. Maka, mereka menumpukan semua masa mereka untuk mencari kepuasan diri dan melupakan
tanggungjawab sosial mereka terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan.

Selain itu, perkembangan masyarakat kota melalui penghijrahan kampung dan proses urbanisasi juga merupakan satu faktor
yang lain. Kehidupan di kota amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung. Masyarakat desa yang
mementingkan semnagat kejiranan dan kerjasama mula pupus dengan perkembangan bandar-bandar yang mempunyau
pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan. Sebagai contoh, kita seringkali melihat penduudk kampung bergotong-royong
unuk membina jambatan, membersihkan kawasan sekeliling dan sebagainya. Sikap sebegini tidak langsung wujud di
kalangan warga kota kerana mereka terlalu sibuk dan hidup dalam suasana persaingan yang amat snegit.

Justeru, perbezaan sikap masyarakat juga telah disebabkan oleh pengaruh norma-norma kebaratan. Kita sedia maklum
bahawa pengaruh barat meresap ke dalam kehidupan dan kebudayaan kita melalui perkembangan media massa. Kebudayaan
dan cara hidup Barat yang mengagung-agungkan kebebasan individu, sikap materialistik dan mementingkan hak peribadi
sebelum masyarakat sentiasa dipaparkan dalam rancangan televisyen dan radio. Masyarakat tempatan pula terlalu ingin
mengikuti cara hidup barat yang liberal supaya dipandang sama taraf dari segi kemajuan sosial. Malangnya, ini telah
menyebabkan kita menggadaikan nilai-nilai tradisional yang menyeru supaya kita mempertimbangkan kepentingan masyarakt
dalam melakukan sesuatu perkara.

Teknologi juga telah menjadi satu lagi faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan semnagat kejiranan. Ini keran,
dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli masyarakat
yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksmili dan Internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk
berhubungan. Ekoran daripada itu, kita hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan sikap ramah-tamah. Sebaliknya, kita
menjadi kera sumbang dan hanya mampu berkomunikasi engan orang lain dengan bantuan teknologi. Jelas bahawa semangat
kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat tidak boleh berhubung antara satu
sama lain dengan baik.

Struktut perumahan moden juga menyukarkan penanaman semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita. Kebayakan
rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar. Hai ini jauh berbeza dengan rumah-rumah
di kampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran daripada rumah jiran yang lain.

TEMA-1
Konsep kejiranan lemah punca jenayah pecah rumah di musim
perayaan

2010/09/09
KUALA LUMPUR: Konsep kejiranan yang lemah adalah antara punca kejadian jenayah
pecah rumah terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Kebiasaannya pada hari itu, masyarakat Islam di ibu kota khasnya akan meninggalkan rumah
untuk satu jangka masa yang agak panjang untuk pulang berhari raya di kampung masing-
masing.
Oleh itu, kecenderungan untuk berlaku jenayah seperti pecah rumah dan kehilangan
kenderaan amat besar, demikian menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner
Abdul Rahim Abdullah.
Katanya, walaupun kegiatan pecah rumah terutama pada musim perayaan masih ada tetapi
kegiatan mencuri kenderaan jarang berlaku kerana kepekaan oleh jiran-jiran tetangga.

"Seorang penyamun memerlukan dua atau tiga minit untuk memecahkan pintu kereta dan
tempoh waktu itu jiran-jiran terdekat dan peka sempat untuk menahan penyamun tersebut,"
katanya ketika di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, walaupun terdapat rondaan yang kerap semasa musim perayaan tetapi
jika tiada keprihatinan jiran ia menyukarkan pihaknya untuk mendapatkan maklumat.

"Rondaan kerap dilakukan pada waktu siang dengan cara berjalan kaki, menaiki motosikal
atau MPV dan jika berjalan kaki lebih memudahkan kerana pantauan yang teliti di dalam
sesebuah rumah jelas dilihat," katanya.
Beliau berkata, selain keprihatinan jiran tetangga, wujudnya balai polis bergerak yang menjadi
pusat operasi di kawasan-kawasan panas akan mengelakkan berlakunya sebarang jenayah.

"Pada musim perayaan, balai tersebut diletakkan secara kekal dan pihaknya akan memantau
kenderaan yang keluar dan masuk terutama pada waktu malam dan sesiapa yang dilihat
mencurigakan akan ditahan dan diperiksa," katanya.

Beliau juga menasihatkan semua warga Kuala Lumpur yang ingin pulang ke kampung supaya
jangan meninggalkan barang yang berharga di dalam kereta bagi mengelakkan sebarang
kejadian jenayah

TEMA-1
PENGARUH FACEBOOK DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KINI

Perubahan teknologi telah membawa kepada perubahan gaya hidup. Kini dunia dirasakan
semakin sempit kerana apa yang berlaku di hujung dunia sana; hujung dunia disini telah
mendapat tahu dalam beberapa saat sahaja. Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC
Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut
dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012. Daripada jumlah itu, perkhidmatan
laman web rangkaian sosial di Malaysia telah mencatatkan penggunaan sebanyak 66 % pada
bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura (74.3%) dan Korea Selatan
(68%). Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi
bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh
dunia. Ia semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang
melayari alam siber dan dunia komunikasi maya. Ia begitu mendapat perhatian di seluruh
dunia kerana ia merupakan cara berkomunikasi yang paling menjimatkan dalam menjalin
kembali hubungan dengan sahabat lama yang terpisah dan mendapat kawan baru hanya
dengan berada dalam talian tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Selain itu ia juga popular
dikalangan mereka yang terlibat dalam perniagaan dimana ia digunakan bagi mempromosi
dan menjual barangan atau perkhidmatan.

Secara amnya, laman web rangkaian sosial merujuk kepada perkhidmatan yang membenarkan
individu membentuk komuniti sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti.
Secara keseluruhannya, kini terdapat lebih kurang 170 laman web rangkaian sosial yang
popular dan aktif digunakan oleh pengguna Internet seluruh dunia seperti Facebook, Twitter,
Myspace, Friendster dan sebagainya. Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang
popular seperti Facebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa
aplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan
yang aktif digunakan seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta
Pacmee. Kebanjiran laman web sosial ini telah membawa perubahan besar kepada dunia
perhubungan dimana ia digunakan secara meluas bukan sahaja oleh remaja malah pemimpin
negara sendiri bagi memudahkan mereka berkomunikasi serta saling menyampaikan pendapat
dan pandangan. Tidak semata-mata menyediakan platform perbincangan atau pertukaran
pesanan di antara ahli, kehadiran laman-laman ini turut menawarkan pelbagai medium
interaksi moden. Ia termasuklah aplikasi perbualan dalam talian, perkhidmatan emel, paparan
video, pembinaan blog dan perkongsian fail.

Merujuk kepada kamus Dewan bahasa edisi keempat 2005, laman web sosial boleh diertikan
sebagai satu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis mengikut format
HTML, Javascript, ASP atau PHP dan ia bertujuan untuk bersosial. Seperti mana yang kita
ketahui laman web sosial telah menjadi satu medium pengantara di antara dua orang individu
untuk saling berkomunikasi dengan mempunyai tujuan yang tertentu (Azizan Kadir 2010).

Mengambil contoh laman interaktif Facebook, ia kini memiliki 350 juta pengguna di
peringkat global. Fenomena Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh
dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak,
remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan
mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini. Facebook
yang mula diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg seorang pelajar di Universiti Harvard pada 4
Februari 2004 telah menjadi fenomena seluruh dunia apabila berjaya mengumpulkan lebih
150 juta pengguna berdaftar dalam masa beberapa tahun dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat
turun setiap hari. Facebook pada asalnya merupakan laman web kampus sehingga la ia dibuka
kepada orang ramai pada 2006. Sehingga kini menurut Compete.com, Facebook telah
mengalahkan pesaing utama laman sosial mereka seperti Myspace dan Twitter dan
Friendster.

Bagaimanapun setiap perkara ada pro dan kontranya. Facebook serta laman sosial lain juga
tidak terlepas dari menghadapi isu ini. Tidak dinafikan penggunaan facebook boleh membantu
mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang dan menambah kenalan baru.
Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, univeristi, kolej ataupun di
tempat kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari pengaruh, menambah
kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat, sekadar
berkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawan-kawan lama dan macam-macam
lagi.

Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di
seluruh dunia. Sebagai contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh memperkenalkan
produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian
facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain
melalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat.

Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target
pasaran. Oleh itu, apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau
membangunkan perniagaan, iainya amat mudah. Ini kerana facebook menjadikan kumunikasi
tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari
jutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama facebook
mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru
kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini
laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama facebook Kita juga boleh mengetahui
tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan dalam
facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang sesuai di tempat yang menarik, pasti
ramai yang akan memberi cadangan yang menarik. Melalui facebook juga kita boleh
mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang masalah. Pasti
ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan
dijadikan panduan dalam kehidupan.

Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan
atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online.
Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan
sunyi.

Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akan
mendapat keburukan melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang
paling ketara ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna
facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama
rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik kerana
pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan
menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaian
pengguna menggunakan facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang
rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik
dengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat
tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu taksub
dengan facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang
tidak dapat dijangkakan. Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut. Facebook yang
digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada

semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya
seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar.
Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran fitnah yang dikenakan ke
atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.

Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah di


ruangan facebook dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan
menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah. Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang
(UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan mahasiswa yang tidak
memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positif
namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat
(E.Pendidikan.com). Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak untuk bermain
Games Online. Waktu ini sebaiknya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah.

Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti facebook
bukan perjuangan semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana mereka
takut dengan pihak polis. Barangkali dengan penggunaan facebook, dapat menutup maklumat
peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook adalah satu medium yang digunakan
untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini bukanlah satu cara yang
terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan cara
yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan.
Penyalahgunaan laman web sosial boleh menyebabkan seseorang dijatuhkan hukuman dan
bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika ditanya kepada pakcik±pakcik di kedai kopi, makcik±makcik dipasar dan juga
budak±budak sekolah, kebanyakkan mereka memang tahu apa itu facebook. Facebook bukan
sahaja tempat untuk menghubungkan talian yang telah lama terputus, namun medium ini
boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat menjatuhkan maruah seseorang
individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini. Tidak ketahui
apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar
gagal mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook. Tidakkah
mereka sedar bahawa apa yang ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca
diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir bahawa bukan semua daripada mereka
dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka? Contoh paling dekat sekali seperti Hani
Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini antara manusia ±
manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat
didalam shout box facebook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang
yang bodoh tetapi mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan±kenyataan yang bodoh
di dalam facebook? Mereka tidak terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan
memecahbelahkan kaum atau menguris hati seseorang individu bahkan akan mengundang
padah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia mungkin tidak senang
duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang
menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh±hegeh
merayu kepada orang ramai agar tidak memaparkan komen±komen kurang ajar mereka di
internet dan juga Adukateruna, yang sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah
kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan hanya mementingkan perasaan
mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa yang mereka
lakukan. Usaha menjatuhkan seseorang melalui facebook sebenarnya menunjukkan
kelemahan dan ketidakberaniaan seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri
bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran tetap akan berpihak kepada yang benar
dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap selepas ini tiada isu±isu
seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan menulis
yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti
perlu dijaga, dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis,
bukannya nafsu menguasai akal. Ingat segala yang ditulis di facebook sekarang dipantau oleh
pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda semua melempiaskan amarah atau
pendapat anda di facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak menjadi isu kelak.

Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, facebook memang sangat baik
digunakan untuk dakwah mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh
serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan,
peniaga dan yang seumpama dengannya memanfaatkan jaringan maya di internet dengan
sebaik mungkin. Pengguna facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di
samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan
melalui facebook ini melalui perbincangan, forum atau isu yang menarik yang boleh
dibincangkan bersama rakan-rakan. Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering
diartikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ajakan secara
konvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun
khutbah-khutbah yang dilakukan ahli agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan
teknologi komunikasi yang tidak terbendung lagi, maka aktiviti syiar juga berkembang sesuai
dengan era ini. Saat ini, melalui apa yang disebut jejaring media, facebook adalah salah
satunya (Yanuardi Syukur, 2009).

Selain daripada itu, penghantaran nota kuliah dan perkongsian ilmu pengetahuan yang baru
boleh diwujudkan melalui facebook. Video-video yang menarik dan bermanfaat boleh
dikongsi bersama rakan-rakan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada dan mengetahui
mengenai perkembangan isu semasa di seluruh dunia. penggunaan facebook secara berhemah
mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran dapat diterapkan
dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu-
isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. dengan itu, secara tidak langsung
perbincangan antara mahasiswa telah pun berlaku.

Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu
pengetahuan apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait
dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar
negara. Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup masyarakat
dunia, kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti Google namun
apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara
terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman
mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan ketahui.

TEMA-6
Usah abaikan riadah
 

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS

BERSUKAN atau beriadah sering dikaitkan dengan dengan meningkatkan kesihatan dan
kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan “akal yang sihat datang daripada badan yang
sihat”.

Islam juga menggalakkan umatnya kuat dan sihat seiring dengan sepotong hadis riwayat
Imam Bukhari, sabda Rasulullah SAW, Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan
disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah… Malah sukan memanah dan berkuda juga
adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan antara
akal dan kesihatan jasmani adalah sangat rapat.

Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas
dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan,
bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.

Walaupun istilah kuat sangat subjektif maksudnya, namun tidak dapat dinafikan bahawa
manusia yang lebih kuat, sihat dan berani akan lebih diho kepadanya.

Kalau tidak masakan sejak dahulu lagi, manusia sering menganjurkan pertandingan beradu
kekuatan baik untuk menentukan taraf dalam masyarakat mahupun syarat untuk menjawat
sesuatu pangkat.

Sihat adalah keperluan

Mempunyai badan yang sihat adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Manusia adakalanya
menggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk mencari sesuap nasi, justeru memiliki
badan yang kuat dan sihat adalah suatu kemestian baginya.

Bukan itu sahaja, pelajar mahupun pekerja memerlukan badan yang sihat untuk menggalas
tanggungjawab masing-masing. Pendakwah juga mesti memiliki badan yang cergas dan
minda yang cerdas kerana tanggungjawab mereka juga tidak mengira batasan tempat dan
waktu.

Terdapat pandangan bahawa beriadah adalah sangat menyusahkan, mengambil masa serta
badan menjadi letih. Pandangan ini harus ditepis kerana kebaikan beriadah dan bersukan
adalah amat banyak.

Pertama, ia meningkatkan pengaliran darah dalam badan, mengeluarkan peluh dan seterusnya
menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Banyak kajian menunjukkan kebaikan beriadah, walaupun setakat berjalan kaki kerana ia
membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan lebih baik dan mengawal stamina tubuh.

Malah tekanan juga dikatakan dapat dilepaskan melalui beriadah dan bersukan.

Apabila badan sihat, minda menjadi lebih segar, fokus dan perasaan lebih ceria seterusnya
dapat dimanfaatkan untuk keluarga, masyarakat, organisasi dan negara.
Kedua, beriadah dan bersukan boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
Kegiatan-kegiatan sukan yang dilakukan bersama-sama dengan orang lain mampu memupuk
semangat kekitaan dan toleransi.

Lebih-lebih lagi apabila dilakukan dengan keluarga, hubungan keluarga menjadi lebih erat
dan teguh. Aktiviti sukan pada hujung minggu misalnya, dapat melepaskan penat lelah kerana
kesibukan sepanjang minggu.

Melalui sukan juga integrasi kaum juga dapat dipupuk. Kita lihat banyak acara sukan dan
riadah yang dianjurkan dengan penyertaan pelbagai kaum, dan ini dapat menjadi medium
yang berkesan untuk penyatuan kaum dan membina semangat patriotisme.

Ketiga, mengelak remaja daripada terjebak masalah sosial dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan. Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggung
tanggungjawab seperti seorang dewasa.

Justeru, banyak masa lapang remaja kadangkala diisi dengan aktiviti yang kurang berfaedah
seperti melepak, merempit, bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong.

Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masa
berlaku.

Alangkah baiknya sekiranya masa-masa ini dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah
dan memberi manfaat.

Jika dimanfaatkan betul-betul, sukan dapat membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan
berdaya saing.

Banyak lagi kebaikan beriadah yang mungkin sudah kita ketahui, cuma yang kadangkala
menghalangnya adalah akibat kekangan ruang, masa dan rasa. Walau apa pun, bak kata
pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Sekiranya kita tidak menyedari kepentingan bersukan dan beriadah, masih tidak terlambat
untuk kita mula beriadah dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Gunakan masa sihat sebelum sakit, dan untuk sihat kita perlu penjagaan dan amalan hidup
yang baik.

Kesihatan fizikal, bersama-sama kekuatan mental dan spiritual menjadikan seorang remaja
lebih berdisiplin, ceria, bermotivasi, berdaya saing dan bersiap siaga.

Potensi remaja sebeginilah yang bakal membangun generasi akan datang ke arah masyarakat
yang maju dan bersedia menghadapi apa jua cabaran yang datang.

TEMA-6

hosmu menulis -
[!#Artikel#!]Merokok hobi mahal tapi mengancam kesihatan
Merokok hobi mahal tapi mengancam kesihatan
Oleh Hafizah Iszahanid

MUNGKIN anda merokok kerana sudah biasa berbuat begitu sejak remaja. Mungkin juga
anda merokok kerana melepaskan tekanan perasaan dan ingin cepat kurus (bagi
perempuan). Tapi percayalah, merokok bukan saja hobi mahal tetapi juga mengancam
kesihatan.

Hanya satu perkataan saja boleh menjelaskan mengapa jumlah perokok tidak berkurang,
walaupun hebahan mengenai risiko merokok dibuat secara meluas - ketagihan.

Rokok mengandungi nakotin dan seperti mana heroin dan dadah berbahaya yang lain,
tubuh dan minda menjadi ‘mesra’ dengan nikotin dalam rokok yang menyebabkan tubuh
berasa normal dengan merokok dan berasa sebaliknya jika tidak merokok. Mungkin
kerana itu, dianggarkan di Malaysia seorang perokok menghisap 2,000 batang setahun!
Daripada kajian WHO pula, penduduk Malaysia membelanjakan 30 peratus pendapatan
untuk membeli dua kotak rokok sehari.

Mungkin iklan rokok yang selalu muncul dengan imej sofistikated, anggun atau
menggunakan model cantik jelita menjadi tarikan utama. Malah jangan tidak tahu,
sekitar 1940-an, iklan rokok menunjukkan doktor mencadangkan rokok kepada pesakit
sebagai cara menenangkan diri.

Lebih hebat daripada itu, laporan tahunan Tabung Tindakan Kanak-Kanak Bebas
Tembakau di Amerika, mencatatkan industri tembakau menyumbangkan lebih dari US$2
million kepada calon persekutuan pada pusingan pilihanraya 2003-2004, manakala lebih
dari US$200,000 dalam pusingan pilihanraya 2005-2006.

Begitupun, sejauh mana kehebatan yang ditonjolkan dalam iklan dan di luar iklan,
sebagai manusia yang waras tidak mungkin kesihatan digadaikan.

Tidak ada alasan fizikal yang menyebabkan anda merokok - badan tidak memerlukan
tembakau sebaliknya memerlukan makanan, air, tidur yang cukup dan senaman.
Sebaliknya, banyak kimia dalam rokok seperti nikotin dan cyanide sebenarnya racun
yang boleh membunuh jika diambil dalam dos yang tinggi.

Kerana itu, bagi mereka yang merokok buat kali pertama biasanya akan terasa sakit dan
terbakar di tekak dan paru-paru dan sesetengah orang mungkin muntah.

Merokok dalam tempoh yang lama akan menjejaskan kesihatan dan mengehadkan
keupayaan untuk menikmati kehidupan yang aktif. Sebatang rokok boleh mengurangkan
lima hingga 20 minit jangka hayat penghisapnya. Bayangkan jika anda merokok sejak 35
tahun lalu.

Bagi lelaki bergelar bapa yang merokok, sekumpulan penyelidik yang diketuai Kimberly
Yolton dari Pusat Kesihatan Alam Sekitar Kanak-Kanak, Hospital Kanak-Kanak Cincinati
melaporkan dalam Persidangan Persatyan Akademi Pediatrik, asap rokok walaupun amat
kecil boleh menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak terutama kesukaran belajar,
membaca dan mengira.

Justeru, jika anda tidak gentar berhadapan dengan risiko penyakit barah atau radang
paru-paru, mungkin anda tidak mahu anak anda berhadapan dengan masalah dalam
pembelajarannya.

Fakta:
Keburukan merokok:
~Kulit tidak sihat, mengecilkan saluran darah justeru membataskan oksigen dan nutrisi
masuk ke kulit. Kajian di Itali mengaitkan tabiat merokok meningkatkan risiko sakit kulit
psoriasis.
~Nafas, rambut dan pakaian berbau busuk.
~Menurunkan tahap persembahan (bagi atlit)
~Risiko kecederaan yang besar, tempoh penyembuhan yang panjang.
~Peningkatan risiko penyakit

Tembakau boleh menyebabkan:


Barah - Bibir, rongga mulut dan farinks, esofagus, pankreas, larink, paru-paru, trakea
dan bronkus, pundi kencing, ginjal dan lain lain organ kencing.

Penyakit Kardiovaskular:

Penyakit berkaitan jantung:– Tekanan darah tinggi, penyakit berkaitan salur darah,
penyakit Sistem Pernafasan:

Pneumonia dan influenza, bronkitis dan emphysema asma, Halangan kronik laluan udara.

Bayi dengan berat badan ringan, gangguan sistem pernafasan, kematian mengejut,
kanser paru paru dan penyakit lain akibat asap rokok basi.

sumber Pusat Racun Negara, USM

TEMA-6

Sukan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian
di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan
manusia sama ada sebagai pesertaSukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar
kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga
menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum
istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

 Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.


 Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran


(benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

 Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya


untuk melindungi empayar Rom.
 Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan
sebagainya.
 Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya
untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa
kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan
kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini
akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan
peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh
berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan
kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukan
Rencana utama: Sejarah sukan

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan
sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah
untuk mengkaji sukan dan manusia.
semangat kesukanan

Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati
semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau
pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta.
Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan
kesedihan.

Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan
daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan
mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti
rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal
BMX, meluncur dan sebagainya.

Profesionalisme dan peraturan sukan


Rencana utama: Sukan profesional

Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah
membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di
mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih
menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah
orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian
masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.

Jenis-jenis sukan
Rencana utama: Senarai sukan

Salah satu cara mengelaskan sukan ialah berdasarkan tujuan sukan itu.

Lumba
 dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...)
 tenaga manusia (lumba lari, renang,... )
 tenaga luar (perahu layar, F1,...)

Lawan
 pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...)
 gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...)
 kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat olahraga...)

Pencapaian
 pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...)
 kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru...)
 sasaran (menembak, golf, memanah,...)

Gabungan semua
 Olahraga
TEMA-6

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputi hobi
masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancing ikan.
Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakah faedah-
faedah mengenai hobi berjoging?

Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluh
semasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian
Kesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa
bersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidak
bersukan lebih senang diserang penyaikit. Oleh sebab itu, “badan sihat, otak cerdas”. Kenapa
tidak?

Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambil
tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu,
aktiviti tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskan
badan berbanding dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagai
jenis bahan kimia yang tidak baik terhadap badan kita.

Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyak
orang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal ini
terjadi demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjoging
sangat berfaedah kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapi
oleh pekerja, mereka bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkan
tekanan. Kita tidak dapat menyiap kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekanan
yang tinggi. Dalam keadaan yang tiada tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengan
cepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak dapat boleh dinafikanbahawa aktiviti
berjoging dapat mengurangkan tekanan.

Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu
emas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akan
berasa bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untuk
mengurangkan perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupun
pusat hiburan. Hal ini pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjoging
merupakan aktiviti yang berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergi
berjoging bersama-sama. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosan
remaja di rumah malah dapat mengunakan masa lapang dengan berfaedah.

Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang
bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang
baik?, Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada
kita buat selama-lamanya. Oleh sebab itu, janganlah kita membazirkan masa. Gunakan masa
lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan
pelbagai faedah.

TEMA-6

Aktiviti riadah lazimnya dilakukan oleh masyarakat tidak kira muda mahupun tua pada masa-
masa yang terluang. Selepas penat belajar atau bekerja, apa-apa sahaja kegiatan riadah seperti
berjoging, bersukan, berkelah atau sekadar berbasikal dengan rakan-rakan sudah cukup
memadai. Sesetengah masyarakat gemar pergi ke taman-taman bunga atau sekadar berjalan-
jalan di kawasan sekeliling rumah untuk melakukan aktiviti ini. Bagi golongan yang
berkemampuan, pusat-pusat kesihatan dan gim-gim sering menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi
bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Asalkan yuran yang dikenakan
berpatutan, mereka sanggup mengeluarkan belanja. Namun begitu, pengusaha-pengusaha
pusat jagaan kesihatan tidak wajar menahan lukah di penggentingan dengan mengenakan
bayaran yang terlalu tinggi semata-mata untuk kepentingan diri.
Namun begitu, penglibatan masyarakat dalam aktiviti riadah ternyata masih kurang
memberangsangkan. Kesannya, pelbagai isu seperti masalah obesiti, terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak yang kini kian kerap terpapar di dada-dada akhbar. Hal ini amat
membimbangkan pihak ibu bapa kerana keadaan ini mampu menjejaskan kesihatan anak-anak
mereka. Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

Ceramah-ceramah dan kempen bertemakan kesihatan dan kebaikan beriadah patut diadakan
oleh pegawai kesihatan. Melalui cara ini, masyarakat akan sedar betapa pentingnya
penglibatan mereka dalam aktiviti riadah. Pihak Kementerian Kesihatan harus mengadakan
ceramah-ceramah dan kempen kesihatan di setiap negeri di Malaysia bagi menunjukkan
betapa seriusnya masalah ini. Aktiviti-aktiviti riadah yang bersesuaian untuk mengekalkan
kesihatan juga wajar diketahui oleh orang ramai supaya mereka tidak menganggap bahawa
aktiviti riadah merupakan satu kegiatan yang meletihkan. Dengan cara ini, tindakan proaktif
akan diambil oleh masyarakat yang mengambil berat tentang kesihatan mereka.

Selain itu, tempat-tempat beriadah seperti gymnasium dan taman rekreasi harus diperbanyak
khususnya di kawasan luar bandar. Memang tidak adil jika penduduk di bandar sahaja yang
mendapat peluang untuk menikmati kemudahan yang sempurna sedangkan penduduk di
kawasan pedalaman hanya sekadar berlari di atas batas-batas sawah atau di kawasan lapang
yang turut menjadi tempat lembu dan kerbau berkubang. Ibu bapa juga perlu memberi teladan
kepada anak-anak dengan sering membawa mereka beriadah daripada hanya terperuk di
rumah dan menonton televisyen. Anak-anak pasti akan berasa seronok apabila dapat beriadah
bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargaan
juga dapat dieratkan.

Pihak media massa turut perlu memainkan peranan untuk memupuk minat beriadah dalam diri
masyarakat dengan melancarkan kempen-kempen kesihatan secara berterusan. Kempen serta
iklan-iklan melalui televisyen perlu menggunakan cogan-cogan kata serta memberi gambaran
yang lengkap dan berkesan hasil setiap aktiviti riadah yang dilakukan. Pihak Kementerian
Pelajaran pula patut menegaskan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang sering diabaikan oleh pelajar-pelajar sekolah. Kebanyakan sekolah memberi
tugas mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kepada guru-guru yang tidak
berpengalaman dalam aktiviti senaman. Oleh sebab mata pelajaran dipandang ringan, para
pelajar akan kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti senaman dengan berkesan.

Natijahnya, usaha yang berterusan daripada semua pihak baik kerajaan mahupun badan bukan
kerajaan(NGO) harus diambil supaya masyarakat berminat untuk menjalankan aktiviti riadah.
Apalah gunanya kita bekerja keras pada waktu siang dan pada waktu malam untuk
mengumpul harta sedangkan kesihatan diri diabaikan. Harta dapat dicari, namun nyawa dan
kesihatan tubuh badan merupakan aset yang paling bernilai dan perlu dihargai.

Anda mungkin juga menyukai