Anda di halaman 1dari 1

Sao La Tours

OPEN
Family Tours And Activities

Search

Usaha-Usaha Memajukan
Industri Pelancongan

Uploaded by athivyah

 58% (12) · 51K views · 4 pages


Document Information 

Copyright
Download
© Attribution now (BY-NC)
Non-Commercial 
Available Formats
DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd

Share this document


Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan
industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor pelancongan juga perlu
dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat menarik yang
terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di
Cameron Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu pelbagai
usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan
Facebook
sendiri mahupun agensi yang berkaitan. Twitter
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menambah kemudahan
pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan


pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi
yang mereka sukai. Sebagai contohnya, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke
Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke
Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong
asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabila

Email
berkunjung ke Malaysia.

Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chalet
perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang
yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat
pelancong. Sebagai contohnya, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej
Did you find this document useful?
penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong
menginap di hotel tersebut.Justeru, sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan, jumlah
pelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan
kedatangan pelancong baru.

Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan
aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik,
kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar
negara. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi
menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha mempromosikan negara ini
juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan
maklumat tentang pelancongan di negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong
Is this content inappropriate? Report this Document
memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di
Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan
secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek
kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan
diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi
memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana bagi
membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti bank,
insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti ini
mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
yang diminati.

Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah
dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara ini
harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang
dianggap “duta pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin
mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat
perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa menunjukkan bangsa”.
Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing

ADVERTISING

Heineken
Sponsored

WWW.GOODTIMES150.COM
Good Times Cam LEARN MORE
Good Times never stop with the Good Times…
Cam. All you gotta do is show us your good times

ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di
sepanjang hidup mereka.

Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit, agensi-agensi pelancongan


perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan baru. Konsep pelancongan perlu
diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti “ekopelancongan”,
pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini
sesuai dengan pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”. Jika pelancongan versi baru ini tidak dicuba
di negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada industri pelancongan
tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan
antarabangsa seperti Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah
pelancong berkunjung ke Malaysia.

Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, jika usaha yang dilakukan amat
kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi
benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan
dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan
cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia
untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan

Sepanjang panjang tahun 2008, Malaysia telah dikunjungi oleh 22 juta orang pelancong
menyumbangkan pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Oleh itu, langkah-langkah perlu
diambil untuk memajukan lagi industri ini.

Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong adalah dengan
mengadakan prasarana pelancongan yang selesa, jimat, mencukupi dan mudah. Penyediaan hotel,
chalet, tandas, pengangkutan, bekalan air dan elektrik adalah penting untuk pembangunan industri
pelancongan. Kerap berlaku pelancong terkandas atau terlewat sampai ke destinasi akibat masalah
pengangkutan, misalnya untuk ke Taman Negara dan lain-lain destinasi di pedalaman. Kerap berlaku
juga masalah tandas yang terhad dan berbau busuk, selain bekalan air dan elektrik yang kerap
meragam. Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke sini.

Berdasarkan rekod Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC), pelancong asing yang datang ke sini
bukan sekadar untuk menikmati keindahan alam semula jadi negara, bahkan juga untuk membeli-belah.
Oleh itu, pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini.
Selain itu, peraturan-peraturan imigresen perlu dilonggarkan kepada mereka yang berhasrat melancong
ke negara ini. Manakala pusat-pusat perkhidmatan tukaran wang asing perlu ditambah dan disediakan di
lokasi-lokasi yang strategik seperti di hotel, pusat pelancongan dan pekan-pekan kecil. Dengan adanya
kemudahan-kemudahan ini, para pelancong akan tertarik untuk berkunjung ke Malaysia.

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah mengadakan kempen-kempen dan promosi
pelancongan. Kementerian Pelancongan boleh mengadakan kempen ini di dalam atau di luar negeri.
Pusat-pusat penerangan pelancongan serta rombongan-rombongan kebudayaan dan kesenian ke luar
negara harus ditambah. Ini bertujuan mendedahkan keindahan alam semula jadi dan keunikan hidup
masyarakat berbilang kaum di negara ini kepada masyarakat luar. Manakala pelancong dalam negara
pula boleh ditarik dengan mengadakan kempen-kempen pelancongan menerusi media ataupun risalah.
Program seumpama Cuti-cuti Malaysia oleh TV3 perlu diteruskan agar masyarakat mengetahui
keindahan negara kita. Ini sekali gus akan mendorong mereka untuk melancong dan berehat di sini.

Di samping itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil bagi menjamin kepuasan dan
kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dengan gelagat
segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu, Unit Keselamatan
Pelancong perlu ditubuhkan untuk membantu pihak polis menangani jenayah ke atas pelancong.
Kejadian-kejadian rogol, mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut, rompak dan tipu harus
ditangani secepat mungkin. Ini perlu dilakukan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini dan
memelihara imej negara.

Langkah menarik pelancong juga boleh dilakukan dengan mengadakan pameran kejohanan sukan
bertaraf dunia. Im termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula
Satu dan Kejohanan Lumba Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu
dirancang dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap dan
meluas. Kesannya, kedatangan pelancong ke negara kita juga akan berterusan tanpa menunggu musim-
musim tertentu sahaja. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan pulangan yang diperoleh danpada
kedatangan pelancong ke negara kita.

Kesimpulannya, memang diakui pelancongan merupakan suatu industri yang cukup berpotensi dan
begitu menguntungkan. Namun, dalam keghairahan menarik pelancong, kita janganlah lupakan kesan
buruk yang boleh menimpa masyarakat kita seperti gejala `black metal’, seks bebas dan minum arak.

Share this document


    

You might also like

Document 3 pages

7 Langkah Memajukan Industri


Pelancongan Negara
Daud Rosee
No ratings yet

Document 5 pages

karangan pelancongan
Jane Lee
No ratings yet

Document 6 pages

karangan pelancongan
Rahani Abas
100% (2)

Magazines Podcasts

Sheet music

Document 4 pages

Karangan Bahasa Melayu


(Usaha-usaha Memajukan…
Industri
eryca Pelancongan
lee hue pei Negara)
75% (4)

Document 9 pages

pelancongan
Anonymous 2iAZjPE6
No ratings yet

Document 2 pages

Usaha Menggalakkan
Kemajuan Pelancongan…
Negara.docx
Parthipan Munisamy
No ratings yet

Document 5 pages

Contoh Karangan Cemerlang


PMR
Hoo Sweeying
No ratings yet

Document 3 pages

Cara -Cara Memajukan Industri


Pelancongan Di M'Sia
fyee123
81% (81)

Document 2 pages

Usaha Memajukan Sektor


Pelancongan
Ng Hong Tee
83% (6)

Document 2 pages

Bmutkspm.blogspot.com-
Karangan SPM Bahagian B…
Usahausaha
Amirah Azman Untuk Memajukan
Sektor Pelancongan Negara
60% (5)

Document 1 page

Kepentingan Industri
Pelancongan Kepada Malaysia
Ahmad Fauzi Shahrudin
No ratings yet

Document 7 pages

Isu Pelancongan
shaharuddinpjj
No ratings yet

Show more

About Support

About Scribd Help / FAQ

Press Accessibility

Our blog Purchase help

Join our team! AdChoices

Contact us Publishers

Invite friends
Social
GiYs

Scribd for enterprise Instagram

Twitter
Legal Facebook

Terms Pinterest

Privacy

Copyright

Cookie Preferences

Do not sell or share my


personal information

Get our free apps

Audiobooks • Books • Documents • Magazines •


Podcasts • Sheet music

Language: English

Copyright © 2023 Scribd Inc.

Family Tours And Activities


Experience The Best Things To Do In Vietnam On A
Vietnam Private Tour

Sao La Tours Open

Anda mungkin juga menyukai