Anda di halaman 1dari 1

Dalam menuju Wawasan 2020, sector pelancongan penting sebagai penjana ekonomi

Negara. Malaysia perlu memajukan sector ini kerana pengunjung-pengunjung dariluar


Negara sentiasa mengambil kesempatan mengunjungi tempat-tempat menarik di sini.
Malaysia juga telah dianugerahkan dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati.

Destinasi pelancongan yang unik dan menarik perlulah sentiasa dipelihara dan dipulihara
agar sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran. Selain itu, destinasi ini perlulah
dilengkapi dengan kemudahan awam seperti telefon awam,tandas awam, dan sebagainya.
Kemudahan ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan baik untuk kegunaan para
pengunjung.

Tambahan lagi, pihak yang terlibat perlulah mempromosi secara agresif dan
menyediakan pakej yang menarik untuk para pengunjung. Hal ini dapat menarik minat
pengunjung untuk melawati sesuatu tempat pada masa akan dating. Pwgawai-pegawai
pelancongan perlulah menghebahkan keistimewaan negara kepada pelancong asing untuk
menarik perhatian mereka melawati negara kita.

Di samping itu, pegawai pelancongan hendaklah mempunyai jaminan keselamatan dan


keadaan politik yang stabil. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan ramai pelancong asing
untuk melawati tempat-tempat menarik dinegara kita. Apabila sesebuah negara kacau
bilau akibat masalah ekonomi, pelancong asing akan menjadi takut untuk berkunjung ke
negara tersebut.

Kesimpulannya, Malaysia wajar memanfaatkan sektor pelancongan untuk menambahkan


pendapatan negara. Malaysia juga perlu membuka peluang kepada pelancong asing untuk
melawati tempat-tempat yang menarik di sini. Malaysia perlu mengambil langkah yang
pragmatis agar sektor pelancongan dapat dimajukan dan terus berkembang.

Anda mungkin juga menyukai