Anda di halaman 1dari 1

KEBAIKAN SEKTOR PERLANCONGAN

Hal-hal yang berkaitan dengan sektor pelancongan kerap menjadi bahan paparan di media massa. Pihak kerajaan sedang berusaha untuk memajukan sektor pelancongan negara. Malaysia mampu memajukan sektor pelancongan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan indah. Terdapat beberapa kebaikan jika Malaysia dapat memajukan sektor pelancongan. Kebaikan pertama sektor pelancongan ialah ia dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan ini dianggarkan hampir sejuta orang. Peluang pekerjaan ini adalah dalam bidang pembinaan tempat-tempat pelancongan dan perkhidmatan perhotelan. Dengan wujudnya peluang pekerjaan, kadar pengangguran rakyat di negara ini akan berkurangan. Selain itu, sektor pelancongan juga dapat menambahkan pendapatan rakyat. Rakyat yang mempunyai pekerjaan dalam sektor ini akan mendapat gaji yang sekaligus dapat digunakan untuk menyara diri dan keluarga. Pengusaha hotel juga dapat menambahkan pendapatan dengan kehadiran lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Pendapatan rakyat yang bertambah ini akan dapat menaikkan taraf hidup rakyat seterusnya dapat memajukan negara. Kemajuan sektor pelancongan negara juga akan dapat menambahkan pendapatan kerajaan. Sekiranya pelancong asing yang datang ke Malaysia banyak berbelanja pastinya dapat memberi keuntungan kepada para peniaga. Justeru, pendapatan kerajaan akan bertambah dengan pertambahan cukai pendapatan daripada keuntungan para peniaga. Kerajaan juga akan mendapat keuntungan daripada tukaran wang asing yang dibawa oleh pelancong asing. Di samping itu, sistem pengangkutan negara juga akan bertambah balk. Hal ini kerana pihak kerajaan akan membina sistem pengangkutan yang lebih baik untuk memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara bergerak. Sistem pengangkutan yang balk ini juga dapat merangsang perkembangan sektor ekonomi yang lain seperti sektor perkilangan dan pertanian. Pembinaan sistem pengangkutan yang baik ini juga turut memudahkan rakyat menjalani kehidupan seharian. Sektor pelancongan ini juga akan menaikkan nama negara di mata dunia. Hal ini kerana negara yang maju dalam sektor pelancongan lazimnya merupakan sebuah negara yang aman dan maju. Malaysia juga akan menjadi contoh kepada negara lain, khususnya negara yang sedang membangun. Oleh itu, rakyat Malaysia patut berbangga dengan pencapaian negara sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai