Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-32

KOPERASI SERI BERUAS BERHAD TAHUN 2014


Tarikh
Masa
Tempat

: Hari Sabtu 14hb Jun 2014


: Jam 9.00 pagi
: Dewan Inderawati Beruas, Perak.

Kehadiran Anggota

a) Anggota Lembaga
b) Anggota
Jumlah

15 orang
214 orang
229 orang

Turut Hadir

a) Tuan Hj. Kamarudin Bin On


Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak

A. MAJLIS PERASMIAN
1. Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis
Majlis telah diacarakan oleh Tuan Hj Omar Bin Sharif, beliau mengalu-ngalukan kehadiran anggota dan mengucapkan terima
kasih kepada Tuan Hj. Kamarudin Bin On selaku Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak yang mewakili Tuan Hj Zainun
Hamzan Bin Stapa, Tuan Pengarah SKM Negeri Perak kerana sudi hadir untuk merasmikan serta memeriahkan lagi majlis
Mesyuarat Agung Tahunan pada pagi ini.
2. Bacaan Doa
Disempurnakan oleh: Encik Ahmad Rofaie Bin Zahidin.
3. Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi KSBB, Tuan Hj.Baharudin Bin Montil.
Bagi pihak Anggota Lembaga beliau mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang
berkesempatan hadir pada hari ini bagi menunaikan tanggungjawab tersebut. Begitu juga kepada Tuan Hj. Kamarudin Bin On
yang sudi hadir bersama bagi merasmikan mesyuarat agung pada kali ini.
Sebelum meneruskan ucapan beliau menjemput semua hadirin yang hadir untuk membacakan Surah Al-Fatihah untuk
disedekahkan kepada saudara-saudara yang telah terlebih dahulu meninggalkan dunia sepanjang setahun yang lalu, semoga
roh mereka diberkati oleh Allah SWT. Al-FatihahAmin ya rabbal aalamin.
Alhamdulillah, pada pagi ini beliau bagi pihak Anggota Lembaga akan membentangkan beberapa laporan mengenai koperasi ini
sepanjang setahun yang lalu. Seperti semua anggota sedia maklum jumlah pendapatan koperasi pada tahun lalu telah menurun
dengan agak banyak iaitu RM907,371.85 berbanding RM1,523,702.67 pada tahun 2013 dan setelah ditolak perbelanjaan
pentadbiran dan faedah pinjaman jangka panjang keuntungan bersih yang diterima adalah sebanyak RM400,530.12. Maka
jumlah ini akan diagih-agihkan kepada beberapa Kumpulan Wang yang wajib dibayar dan selebihnya akan dimasukkan ke
tabung-tabung yang telah disediakan untuk manfaat kepada semua anggota. Selain dari itu Anggota Lembaga Koperasi telah
pun bersetuju untuk mencadangkan kepada mesyuarat agung hari ini supaya Dividen untuk anggota bagi tahun 2013 diluluskan
sebanyak 10% yang akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM203,556.82. Walau bagaimanapun kesemua bantuan serta
sumbangan yang layak diterima oleh anggota masih terus berjalan seperti biasa malah Mesyuarat ALK yang lalu telah bersetuju
mengekalkan saguhati kehadiran mesyuarat agung hari ini pada kadar RM300.00 seorang.

Beliau meneruskan ucapan dengan melaporkan pihak pengurusan telah melaksanakan kerja-kerja penebangan pokok sawit dan
penanaman semula di Ladang Raja Hitam secara berperingkat. Untuk fasa pertama seluas lebih kurang 100 ekar tanah telah
dikerjakan pada awal tahun lalu. Proses penanaman semula ke atas ladang tersebut telahpun dijalankan, In shaa Allah kawasan
ini akan mula mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Berikutan itu pendapatan koperasi akan
mengalami sedikit kemerosotan pada tahun ini, oleh itu pihak pengurusan berharap semua ahli akan dapat memahami keadaan
kewangan koperasi supaya sekiranya peratus sumbangan dikurangkan di masa-masa yang tertentu, berdasarkan kepada
kedudukan semasa kewangan koperasi. Bagi fasa kedua dan seterusnya kerja-kerja penebangan dan penanaman semula akan
dilaksanakan setelah perancangan rapi yang mengambilkira aspek kos, tenaga kerja, masa dan cuaca dilakukan. Mengenai
tanah-tanah koperasi, alhamdullillah aset hartanah koperasi di ladang Buruk Bakul, ladang Pintu Gerbang dan ladang Paya
Besar telah bertambah tanpa pembiayaan pinjaman. Pertambahan hartanah ini dilihat sebagai pelaburan, serta penambahan
pendapatan koperasi berikutan tanah-tanah ini telah ditanam pokok sawit.
Bulan Mei 2014 yang lalu merupakan genap satu tahun perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu beroperasi. Pihak pengurusan
dan semua anggota hendaklah memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana perniagaan ini telah mendapat
sambutan yang agak menggalakkan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dari pihak pengurusan kepada pihak SKM kerana
pinjaman RM5juta yang diluluskan sebagai tambahan modal pusingan telah banyak membantu perniagaan ini untuk terus
berkembang. Dalam tempoh dari 22/05/2013 hingga 12/06/2014 jumlah pelanggan yang diterima telah mencecah kepada 523
orang dengan jumlah pengeluaran pinjaman sebanyak RM3,876,503.60. Hasil daripada itu koperasi telah mendapat Bayaran
Balik Pinjaman sebanyak RM1,504,211.39 dan Upah Simpan kira-kira RM152,790.93. Buat masa ini, jumlah pendapatan yang
diperolehi hanya mampu menampung kos perbelanjaan perniagaan ini sahaja, keuntungannya akan mula dicapai apabila
perniagaan ini telah masuk ke tahun ketiga selepas dilancarkan seperti mana yang dirasai oleh koperasi-koperasi lain yang
menjalankan perniagaan ini. Beliau menjemput semua anggota untuk berdoa agar perniagaan Ar-Rahnu ini akan terus berjaya
dan menjadi pendapatan terbesar kepada koperasi ini selepas kelapa sawit. Promosi secara berkala telah dilaksanakan oleh
pihak koperasi, walau bagaimanapun sokongan daripada semua anggota untuk turut mempromosikan perniagaan ini kepada
saudara-mara dan rakan-rakan yang lain supaya membuat gadaian emas di kedai Ar-Rahnu yang menjalankan urusniaga
berlandaskan Islam adalah amat bermakna.
Sepertimana biasa pada mesyuarat agung kali ini, seramai lima (5) orang anggota lembaga akan gugur mengikut giliran.
Mereka terdiri daripada beliau sendiri, Tuan Hj. Baharudin bin Montil, En Zahiddin bin Hj Zamri, En Taharen bin Abd Malik, Tn Hj
Omar bin Sharif dan Tn Hj Lamsah bin Mohd Baki. Adalah difahamkan kesemua mereka ingin menawarkan diri untuk dipilih
semula kecuali Tn Hj Lamsah bin Mohd Baki.
Dalam kesempatan ini juga beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu koperasi ini dalam
menjayakan perniagaannya. Sebelum menyudahi ucapan, beliau sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Tn Hj Kamarudin bin On selaku Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak yang mewakili Tuan
Pengarah SKM Negeri Perak kerana sudi untuk merasmikan mesyuarat agung pada kali ini.
Akhir kata beliau bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi memohon ampun dan maaf kiranya terdapat kesilapan dan kesalahan
yang telah dilakukan semasa memegang jawatan ini selama tempoh setahun yang lalu.
Sekian. WASSALLAM.
3. Ucapan Perasmian daripada Ketua Penolong Pengarah SKM Negeri Perak, Tuan Hj Kamarudin bin On.
Beliau memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada pihak koperasi di atas kesudian menjemput beliau merasmikan
majlis ini. Untuk ucapan, beliau hanya mengulas sedikit ucapan pengerusi KSBB, laporan mesyuarat kali ke-32 ini dan laporan
kewangan tahun 2013 serta beberapa perkara lain yang beliau ingin sampaikan kepada semua anggota yang hadir pada
mesyuarat ini.
Beliau meneruskan dengan memaklumkan pihak SKM sentiasa mengikuti perkembangan koperasi ini serta koperasi-koperasi
lain. Beliau lihat banyak kemajuan dan peningkatan yang telah dilaksanakan oleh koperasi ini. Setiap anggota dan pihak
pengurusan telah menjalankan tanggungjawab dan komitmen dengan baik, hal ini adalah penting kerana tanggungjawab ini
menentukan corak kemajuan dan kejayaan sesebuah koperasi. Syabas dan tahniah beliau ucapkan. Seterusnya untuk
makluman semua anggota, SKM melaksanakan Dasar Koperasi Negara. Tahun ini merupakan pelaksanaan Dasar Koperasi
Negara ke-2 di mana bidang ekonomi utama yang sedang ditekankan dan ditingkatkan adalah seperti:2

a) kewangan
b) pemborongan dan peruncitan
c) kesihatan dan penjagaan diri
d) pertanian asas tani dan perladangan
e) pelancongan
Berdasarkan laporan beliau dapati koperasi ini telahpun menjalankan beberapa bidang ekonomi yang disebut iaitu kewangan di
mana pihak koperasi terlibat di dalam perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pemborongan dan peruncitan dan perladangan
kelapa sawit. Setakat ini, di Negeri Perak terdapat 6 buah koperasi yang menjalankan perniagaan pajak gadai Islam secara
sendirian dan 3 buah lagi secara francais bersama Rakyat Management Services Sdn Bhd di bawah jenama Ar-Rahnu
XChange. Beliau menambah perniagaan pajak gadai Islam adalah satu alternatif serta merupakan fardhu kifayah kepada umat
Islam untuk mendapatkan wang tunai ataupun modal dengan kadar segera tanpa faedah serta sebagai tempat yang selamat
untuk menyimpan emas dengan hanya membayar upah simpan sahaja. Hasil rekod pihak SKM, masih belum ada lagi koperasikoperasi yang menjalankan perniagaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini yang mengalami kerugian. Oleh itu beliau menyeru
semua anggota supaya terus menyokong serta tidak gusar dengan perniagaan yang dijalankan ini.
Beliau meneruskan ucapan dengan memaklumkan pihak SKM adalah suruhanjaya yang bertanggungjawab di dalam memberi
panduan dan khidmat nasihat berkenaan perniagaan runcit. Hal demikian SKM juga turut terlibat di dalam Program Transformasi
Kedai Runcit (TUKAR). Oleh itu sekiranya terdapat anggota-anggota yang berhasrat untuk menubuhkan koperasi atau yang
telah terlibat di dalam koperasi lain yang berminat untuk turut serta di dalam program ini, anggota hanya perlu hubungi pihak
SKM di wilayah berdekatan. Program ini merupakan program di mana kedai-kedai runcit yang dijalankan secara kecil-kecilan
ditransformasikan kepada sebuah pasaraya. SKM juga amat menggalakkan koperasi-koperasi menjalankan bidang
pelancongan. Galakan adalah seperti pinjaman semaksima RM10juta untuk menjalankan perniagaan bidang ini. Contoh-cotoh
aktiviti perniagaan ini adalah seperti homestay, chalet ataupun hotel bajet. Antara koperasi yang menjalankan bidang ini ialah
Koperasi Guru-Guru Melayu Larut, Matang, Selama dan Dinding Taiping Bhd di mana Hotel Taiping Perdana di Taiping Perak
merupakan hotel milik koperasi tersebut. Mereka telah membuat pinjaman TMP-SKM sebanyak RM5juta daripada pihak SKM
sebagai modal pusingan hotel tersebut. Beliau amat menggalakkan agar koperasi ini turut terlibat di dalam bidang tersebut.
Untuk pengetahuan semua anggota, bidang ekonomi yang masih lagi perlu dipertingkatkan serta perlu lebih banyak diceburi
oleh sektor koperasi ialah perusahaan asas tani/kecil. Malaysia masih lagi bergantung dengan hasil asas tani yang diimport
daripada negeri lain. Dari sudut positifnya, ini merupakan satu peluang yang perlu direbut oleh koperasi-koperasi di Malaysia
agar masalah bergantung ke atas hasil import semata-mata dapat diatasi.
Di akhir ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada koperasi ini kerana tetap mencapai keuntungan walaupun keuntungan itu
susut berbanding tahun sebelum ini. Sekiranya koperasi ini berhasrat untuk memberi dividen yang lebih tinggi pihak SKM tiada
halangan ke atas pemberian dividen tersebut kerana pihak SKM pernah meluluskan peratusan dividen sehingga 50%, pihak
koperasi hanya perlu membuat permohonan sahaja. Hal demikian relevan dengan konsep dan prinsip sesebuah koperasi itu di
mana keuntungan dirasai oleh semua anggota tiada yang berkecuali. Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari koperasi ini kerana menjemput beliau bagi merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan lafaz
Bismillah, beliau merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 tahun 2014 (jam 10.17 pagi).

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-32 Tahun 2014 telah dimulakan pada jam 10.25 pagi dengan kehadiran seramai 229 anggota
yang melebihi korum untuk bermesyuarat.
B. MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN
AGENDA 1
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-31 Tahun 2013
Minit telah dibentangkan oleh Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri selaku Setiausaha. Pengesahan minit telah diterima sebulat suara
atas
3

Cadangan: Puan Zaiton Binti Abdul Wahid


Disokong: Puan Rokiah Binti Hussin
AGENDA 2
Membentang dan Menerima Laporan Anggota Lembaga 2013/14
Laporan berkenaan telah dibentangkan oleh Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri selaku Setiausaha. Laporan ini juga telah diterima
sebulat suara atas
Cadangan: Encik Muhammad Azman Bin Nor
Disokong: Tuan Hj Abdul Hamid Bin Sharif
AGENDA 3
Menimbang dan Meluluskan Akaun Teraudit Koperasi Berakhir Pada 31.12.2013 serta Menimbang dan Menerima
Laporan JK Audit Dalaman Tahun 2013
Akaun koperasi telah sempurna diaudit oleh Kamarul Azhar Consultant dan telah dibentangkan oleh Encik Taharen Abd.Malik
selaku Bendahari. Akaun teraudit 2013 dan Laporan JK Audit Dalaman ini juga telah diterima sebulat suara atas
Cadangan: Puan Rokiah Binti Hussin
Disokong: Puan Noraini Binti Abdul Majid
AGENDA 4
Menimbang dan Meluluskan Pembahagian Keuntungan bagi Akaun Teraudit Koperasi berakhir pada 31.12.2013
Encik Taharen Bin Abd.Malik selaku Bendahari telah membentangkan pembahagian keuntungan tahun 2013 bagi pihak Anggota
Lembaga seperti berikut:Dividen 2013 10%
Honorarium Lembaga
Tabung Pendidikan Anggota
Tabung Kebajikan Anggota
Tabung Jariah Am & Khairat Kematian
Tabung Kebajikan Am

RM
RM
RM
RM
RM
RM

203,556.82
22,500.00
23,831.54
23,831.54
23,831.54
23,831.54

Pembahagian keuntungan ini telah diluluskan dengan sebulat suara atas


Cadangan: Encik Mohamad Bin Pilus
Disokong: Tuan Hj Abdul Hamid Bin Sharif
AGENDA 5
Memilih Anggota-anggota Lembaga Koperasi Yang Gugur Mengikut Giliran
Semua anggota lembaga lama yang gugur mengikut giliran telah dicalonkan semula untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga
tahun yang akan datang.
Mereka adalah seperti nama-nama berikut:Bil
1
2

Nama ALK
Tuan Hj Baharudin Bin Montil
Encik Zahiddin Bin Hj Zamri
4

3
4
5

Encik Taharen Bin Abd Malik


Tuan Hj Omar Bin Sharif
Tuan Hj Lamsah Bin Mohd Baki

Empat daripada lima nama di atas telah dilantik semula menjadi Anggota Lembaga KSBB kecuali Tuan Hj Lamsah Bin Mohd
Baki yang digantikan oleh Tuan Hj Ab Rahim Bin Sharif atas
Cadangan: Encik Muhammad Azman Bin Mohd Nor
Sokongan: Encik Mohd Radzi
AGENDA 6
Meluluskan Perlantikan Juru Audit Luar Untuk Mengaudit Akaun-Akaun Koperasi 2014
Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik Kamarul Azhar Consultants untuk mengaudit akaun-akaun koperasi bagi
tahun 2014 atas
Cadangan: Encik Muhammad Azman Bin Mohd Nor
Disokong: Puan Rokiah Binti Hussin
AGENDA 7
Menimbang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan bagi Tahun Kewangan 2015
Encik Taharen Bin Abd.Malik selaku Bendahari telah membentangkan Anggaran Belanjawan 2015 untuk diluluskan.
Mesyuarat telah bersetuju dan menerima anggaran tersebut sebulat suara atas
Cadangan: Encik Mohamad Bin Pilus
Disokong: Encik Yusuf Bin Mohd Nordin
AGENDA 8
Menimbang dan Meluluskan Skop dan Had Maksima Pelaburan Koperasi
Mesyuarat telah bersetuju had maksima pelaburan koperasi sebanyak RM 10 juta atas
Cadangan: Tuan Hj Abdul Hamid Bin Sharif
Disokong: Encik Mohd Radzi
AGENDA 9
Menentukan Had Maksima Keterhutangan Koperasi Iaitu Had Keterhutangan Bebas Sebanyak RM15 juta dan Had
Keterhutangan Projek Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) Sebanyak RM15 juta
Mesyuarat juga sebulat suara telah bersetuju jumlah had keterhutangan koperasi adalah sebanyak RM 30 juta di mana had
keterhutangan bebas adalah sebanyak RM15 juta dan had keterhutangan Projek Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) juga sebanyak
RM15 juta atas
Cadangan: Puan Rokiah Binti Hussin
Disokong: Puan Wan Mazenah Binti Wan Nurizan

AGENDA 10
Membentangkan cadangan permohonan bantuan pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan cadangan permohonan bantuan pembangunan SKM atas
Cadangan: Encik Mohd Radzi
Disokong: Sebulat Suara
AGENDA 11
Melantik Satu Jawatankuasa Terdiri Daripada 6 Orang Anggota dan 4 Orang Anggota Lembaga Untuk Menentusahkan
Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Tahun 2014
Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik mereka seperti berikut untuk menganggotai Jawatankuasa di atas:Anggota
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Nama
Nama
Nama
Nama
Nama
Nama

:
:
:
:
:
:

Encik Muhammad Azman Bin Mohd Nor


Tuan Hj Mohamad Mahaidin Bin Mohtar
Cik Hjh Narizah Binti Mohamad
Puan Rokiah Binti Hussin
Puan Wan Mazenah Binti Wan Nurizan
Puan Zaiton Binti Abdul Wahid

Cadangan: Encik Mohd Radzi


Sokongan: Puan Noraini Binti Abdul Majid

Anggota Lembaga
a)
b)
c)
d)

Nama
Nama
Nama
Nama

:
:
:
:

Tuan Hj.Baharudin Bin Montil


Encik Zahiddin Bin Zamri
Encik Taharen Bin Abd. Malik
Tuan Hj Omar Bin Sharif

Cadangan: Puan. Rokiah Binti Hussin


Sokongan: Puan Noraini Binti Abdul Majid

AGENDA 12
Membahas Usul-usul
Tiada usul yang diterima. Walau bagaimanapun pada sesi ini Tuan Pengerusi menjemput para anggota untuk mengemukakan
pandangan atau cadangan untuk kemajuan koperasi ini. Encik Mohd Radzi telah menawarkan diri dan membuat cadangan
seperti berikut:1. Beliau mencadangkan usul untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung adalah usul tergempar di mana usul tersebut
dikemukakan ketika mesyuarat berlangsung. Hal demikian mengikut surat jemputan, usul hendaklah dikemukakan
seminggu sebelum mesyuarat diadakan. Walau bagaimanapun berikutan surat jemputan sering lewat (kesilapan pos
dan sebagainya) beliau serta anggota lain tidak dapat mengemukakan sebarang usul.
2. Beliau juga mencadangkan supaya pihak pengurusan mempertimbangkan supaya setiap anggota diberi pilihan sama
ada dividen yang diperuntukan itu dikeluarkan oleh anggota atau dimasukkan ke dalam syer untuk cukupkan saham
kepada RM10,000.00. Hal ini berikutan sewaktu pihak pengurusan membuat pelawaan untuk menambah saham
kebanyakan anggota tidak berkesempatan serta tidak punya wang lebihan untuk berbuat demikian. Dengan pilihan
seperti yang dicadangkan anggota dapat menambah saham mereka sedikit demi sedikit kerana bergantung kepada
pilihan anggota sama ada untuk memasukkan semua atau separuh dividen yang diterima untuk mencukupkan saham.
Cadangan ini turut disokong oleh Encik Muhammad Azman Bin Mohd Nor

Bagi cadangan-cadangan yang dikemukakan itu tadi,Tuan Hj Baharudin selaku Tuan Pengerusi dan Encik Abdul Sukor selaku
Anggota Lembaga menjelaskan pihak Anggota Lembaga akan membuat kajian secara terperinci dan mendalam kemudiannya
akan dibentangkan untuk kelulusan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga akan datang.
PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama kepadanya sehingga dapat
menyelesaikan mesyuarat agung dengan jaya dan sempurna serta memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan. Beliau telah
menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan KSBB kali ke-32 ini pada jam 11.05 tengahari.
Minit dicatit oleh : Cik Nor Husniyah Binti Mohd Rashid
Disemak semula oleh : Encik Zahiddin Bin Hj. Zamri
Disemak oleh:
Bil

NAMA

1.

TUAN HJ. BAHARUDIN BIN MONTIL

2.

ENCIK ZAHIDDIN BIN HJ. ZAMRI

3.

ENCIK TAHAREN BIN HJ. ABD.MALIK

4.

TUAN HJ. OMAR BIN SHARIF

5.

ENCIK MUHAMMAD AZMAN BIN MOHD NOR

6.

TUAN HJ MOHAMAD MAHAIDIN B. MOHTAR

7.

CIK HJH. NARIZAH BT. MOHAMAD

8.

PUAN ROKIAH BT. HUSSIN

9.

PUAN WAN MAZENAH BT WAN NURIZAN

10.

PUAN ZAITON BT. ABDUL WAHID

TANDATANGAN

Anda mungkin juga menyukai