Anda di halaman 1dari 7

FOR INTERNAL USE: KONSULTAN KOMUNITI KOPPIM

FAQ:
UNTUK PROSPEK (SEBELUM MENJADI AHLI)

Q1: KENAPA SAYA PERLU JADI AHLI KOPPIM?

❏ KoPPIM adalah platform penyatuan kuasa ekonomi pengguna Islam di Malaysia.

❏ Kami menyasarkan 1 juta ahli untuk memberi impak pengguna yang besar dalam
menguasai pasaran.

❏ Kumpulan yang menguasai pasaran akan menjadi menguasai ekonomi.

Q2: APAKAH FOKUS KOPPIM?

KOPPIM adalah singkatan kepada Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia.

Kata kuncinya adalah Pembangunan.

3 fokus utama KOPPIM adalah:

1. Pembangunan Pengguna Islam


2. Pembangunan Usahawan Islam
3. Pembangunan Ekosistem Ekonomi Islam

Q3. APAKAH STRATEGI PEMBANGUNAN PENGGUNA ISLAM KOPPIM?

Malaysia mempunyai hampir 30 juta penduduk, 70 peratus atau 21 juta adalah pengguna
beragama Islam.

KoPPIM mencari 1 juta pengguna Islam yang ingin berjuang secara aktif untuk ​menunaikan
kewajipan Fardhu Kifayah dan membantu perubahan kepada sistem ekonomi bebas riba
yang adil dan saksama.

❏ Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di tanah air sendiri


❏ Kemakmuran ekonomi dikongsi bersama T10: M90 : B0
Q4. APAKAH STRATEGI PEMBANGUNAN USAHAWAN ISLAM KOPPIM?

❏ Peranan utama KOPPIM adalah untuk mewujudkan ruang dan peluang untuk pejuang
ekonomi Islam seperti anda.

❏ Kerjasama strategik dengan CF Business School untuk melahirkan 100,000 Usahawan


Islam LUAR BIASA dalam masa 10 tahun - 2030.

❏ Program Pendidikan Keusahawanan Islam


❏ Pra-Syarat
❏ Lulus Program Diploma Profesional Entrepreneurship UK 12 bulan
❏ Pengambilan 4 kali setahun (Januari | April | Julai | Oktober)

❏ Program Bimbingan Keusahawan Islam


❏ Usahawan Pelatih berumur 18 tahun
❏ Usahawan Perintis berumur 20-25 tahun
❏ Usahawan Protege berumur 25-60 tahun

❏ Program Usahawan Mentor Islam


❏ Usahawan Islam berjaya, pendapatan tahunan perniagaan RM10 juta setahun
❏ Ingin membantu usahawan pelatih untuk berjaya
❏ Berkongsi Ilmu bermanfaat

FOKUS PEMBANGUNAN KEUSAHAWAN ISLAM

FASA 1: 2020 - 2025

❏ Usahawan Retail | MALAKAT GROCER


❏ Usahawan Food Security | LADANG MALAKAT
❏ Usahawan E-Commerce | MALAKAT.com

FASA 2: 2022 - 2027


❏ Usahawan Pengurusan Hartanah | MALAKATPROPERTIES.com
❏ Usahawan Servis Kereta | MALAKAT AUTO CITY
❏ Usahawan Klinik Kesihatan | MALAKAT CLINIC
❏ Usahawan Wanita | SANDARI SPA
Q5. APAKAH STRATEGI PEMBANGUNAN EKOSISTEM EKONOMI ISLAM?

Pengguna dan Usahawan Islam yang menjadi penyumbang zakat, sadaqah jariah (INFAQ) dan
wakaf adalah penggerak Utama Pembangunan Ekosistem Ekonomi Islam.

Peranan KOPPIM adalah sebagai penyelaras antara pengguna, usahawan dan badan-badan
kerajaan untuk mencapai objektif bersama.

Langkah 1: Perangi RIBA dengan NORIBA INFAQ


❏ Sumbangan minima RM10 sebulan
❏ www.Noriba.io

Langkah 2: Berbelanja runcit di dalam ekosistem ekonomi MALAKAT


❏ Setiap ahli belanja runcit minima RM500 sebulan
❏ Mendapat manfaat pembeli sebagai ahli ClubMALAKAT.com

Langkah 3: Kembali kepada Emas sebagai matawang Ahli


❏ Membuka akaun emas dengan MALAKATpay.com
❏ Menggunakan perkhidmatan MALAKATpay.com untuk membuat dan menerima bayaran

Langkah 4: Menyantuni Asnaf


❏ Apabila ekonomi dipegang oleh orang ISLAM, menyantuni golongon Asnaf adalah
kewajipan utama masyarakat penyayang
❏ Program Usahawan B40 kepada B0
❏ Misi Zero Asnaf 2030
FAQ:
UNTUK MENGAKTIFKAN AHLI KOPPIM
(SELEPAS LULUS SEBAGAI AHLI)

Q1. APAKAH TANGGUNGJAWAB UTAMA SAYA SEBAGAI AHLI KOPPIM?

Kami sediakan satu Pelan Tindakan​ ​3S​ untuk setiap ahli KOPPIM
SUMBANGAN
❏ Sumbangan ZAKAT pendapatan setiap tahun kepada Pusat Pungutan Zakat Negeri.
❏ Sumbangan INFAQ strategik kepada NORIBA. Minima RM10.00 sebulan untuk
menjadi ASBAB menerima bantuan dan barakah ALLAH SWT.
❏ Kita gunakan sumbangan ahli untuk memperkasakan projek sosial berimpak tinggi
seperti Free Yourself from RIBA 2030 dan ZERO Asnaf 2030.

SIMPANAN
❏ Simpanan strategik - dari simpanan yang sedia ada di ASB, Tabung Haji, Unit-unit
Pelaburan Amanah (Unit Trust), Pindahkan minima RM12,000 kepada simpanan di
KOPPIM untuk pelbagaikan portfolio pelaburan anda.

❏ Untuk ahli yang muda dan baru mula dalam kerjaya kami sarankan simpanan minima
RM100 sebulan. Dan tingkatkan simpanan bulanan apabila pendapatan ahli bertambah.
Anda akan mengambil masa 10 tahun | 120 bulan untuk mencapai simpanan strategik
sebanyak RM12,000 - sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

SOKONGAN
❏ Sokongan strategik - menjadi pelanggan Brainy Bunch, Raudhah City, Malakat Mall,
Malakat Grocer dan sektor ekonomi strategik yang bakal diceburi oleh KoPPIM.

❏ KoPPIM akan mewakili kepentingan pengguna Islam dalam sektor-sektor strategik dan
memulangkan hasil dalam bentuk dividen tahunan kepada ahli.

Ahli KoPPIM teruskan kitaran tindakan​ 3S​ anda sehingga kita menguasai pasaran ekonomi.
Q2. APAKAH PELUANG SAYA UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN SAMBILAN SEBAGAI
AHLI KOPPIM?

Program Affiliate Ahli KOPPIM

Affiliate itu adalah program memperkenalkan ahli baru melalui ahli yang sedia ada. Dengan satu
rujukan kepada ahli baru Tuan/Puan layak untuk mendapat komisyen sebanyak RM10.

Setiap Ahli yang faham strategi dan matlamat pembangunan KOPPIM akan berusaha dan
membantu sedaya upaya untuk mencapai kekuatan 1 juta ahli di dalam masa yang terdekat.

Strategi “MAKE MUSLIM GREAT AGAIN”


❏ Pembangunan Ahli mengikut Kawasan
❏ 222 kawasan Parlimen
❏ 5,000 ahli di setiap kawasan Parlimen

Perlaksanaan
❏ Pengurus KOPPIM di lantik untuk mentadbir urus setiap kawasan Parlimen
❏ 10 Sukarelawan KOPPIM dipilih untuk melatih ahli baru setiap kawasan Parlimen

Contoh Perlaksanaan
❏ 10 Ahli sedia ada di setiap kawasan Parlimen diaktifkan
❏ 10 Ahli sedia ada x 12 ahli baru = 120
❏ 120 x 12 ahli baru = 1,440 ahli
❏ 1,440 x 12 ahli baru = 17,280*

*sasaran kita 5,000 ahli di setiap kawasan Parlimen

Q3. ADAKAH KOPPIM MENYEDIAKAN BANTUAN/SUMBANGAN KEPADA PENIAGA


KECIL?

KOPPIM menyediakan bimbingan perniagaan kepada Usahawan B40. Dan bantuan modal
perniagaan kepada Usahawan Asnaf di setiap kawasan parlimen.
FAQ :
BIRO PERKHIDMATAN AHLI KOPPIM

Q1. BAGAIMANA UNTUK MENAMBAH SYER AHLI DI DALAM KOPPIM?

Semua urusan termasuk menambah simpanan pelaburan Ahli boleh dilakukan di atas talian
melalui akaun ahli KOPPIM - www.koppim.com.my

Q2. BILAKAH DIVIDEN AKAN DITERIMA OLEH AHLI KOPPIM?

❏ Tahun kewangan KOPPIM berakhir pada 31hb Disember setiap tahun


❏ Pembentangan prestasi kewangan KOPPIM kepada mesyuarat ALK Januari setiap
tahun
❏ ALK akan menentukan kadar dan jumlah dividen yang akan diterima oleh ahli KOPPIM
❏ Kelulusan pembayaran dividen perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia
❏ KOPPIM menjangka ahli akan menerima dividen pada akhir bulan Mac setiap tahun

Q3 . APAKAH PROSEDUR SEKIRANYA AHLI KOPPIM MENINGGAL DUNIA DAN WARIS


INGIN MENDAPAT KEMBALI SIMPANAN PELABURAN AHLI?

Akaun anggota akan dibekukan dan semua langganan syer akan diserahkan kepada bahagian
agensi yang menguruskan harta-harta yang tidak dituntut (Amanah Raya Berhad). Pewaris
adalah individu yang akan menguruskan syer anggota yang telah meninggal dunia.

Q4. BOLEHKAH AHLI MEMBUAT “PEMBAYARAN BERULANG” DENGAN PIHAK BANK


UNTUK MELANGGAN SAHAM AHLI SECARA BULANAN?

Ahli boleh membuat pembayaran berulang (recurring payment) melalui perkhidmatan yand
disediakan oleh Raudhah Pay. Kita sedang melakukan integrasi sistem KOPPIM dengan
Raudhah Pay untuk mengaktifkan perkhidmatan ini.

Perkhidmatan ini akan bermula pada bulan Disember.


Q5. ADAKAH SETIAP AHLI AKAN MENDAPAT SIJIL ATAU KAD KEAHLIAN KOPPIM?

Bukti yang diguna pakai di KoPPIM adalah menggunakan langganan syer ahli. Buat masa ini,
KoPPIM tidak bercadang untuk menyediakan sebarang sijil atau kad keahlian kepada anggota
KoPPIM.

Ahli KOPPIM disarankan untuk menjadi Ahli Kelab MALAKAT dan memohon untuk mendapat
pra-bayar Kad Mastercard. Permohonan Kad ini akan mula dibuka pada Februari 2021.

Q6. BOLEHKAH SYARIKAT | KOPERASI | PERBADANAN MELANGGAN SYER KOPPIM?

Buat masa ini, hanya individu yang dibenarkan untuk melanggan syer KoPPIM

Di masa hadapan, KOPPIM bercadang untuk menjadi Koperasi Kelas Menengah. Jika
cadangan ini diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koperasi-koperasi boleh
bergabung dan menjadi Ahli KOPPIM.

Q7. ADAKAH KOPPIM MENYEDIAKAN SEBARANG PINJAMAN UNTUK AHLI?

KoPPIM tidak bercadang untuk menyediakan sebarang pinjaman untuk Ahli.

Strategi KOPPIM untuk ahli adalah dengan membangunkan aset kewangan (simpanan
pelaburan) minima RM100 sebulan. Ini boleh dicapai melalui penambahan pendapatan
sebagai usahawan berjaya atau sebagai pekerja yang produktif di dalam ekosistem ekonomi
Islam.

*Pinjaman tidak digalakkan untuk Ahli KOPPIM untuk sebarang tujuan. Ini adalah
permulaan kepada perangkap DAJJAL.

Anda mungkin juga menyukai