Anda di halaman 1dari 4

Asalamualaikum.

Yg. Dihormati tuan pengacara majlis


Yg. Berbahagia, En. Shamoodin bin Abd Halim Pengarah LPP Negeri Johor
Yg. Berusaha Tn. Haji Abd Manan bin
Yg. Berusaha Pengurus-Pengurus Besar PPK
En. Rizaluddin bin Abd Wahid PB PPK Mersing
Cik Norzaini binti Mohamed Zain PB PPK Kota Tinggi Timur
En. Fairulnizam bin Maskon PB PPK Pengerang
En. Mohd Faizal bin Hailani PB PPK JB. Sealatan
En. Mohd Rusdi bin Ghani PB PPK Endau Sbg Tuan Rumah
En. Mazmul Azan bin Ismail PB PPK JB. Timur
En. Shahrul Nizam bin Ahmad PB PPK Kulai
Pn. Mihazriza binti Mohd Misli PB PPK Kota Tinggi
Semua Anggota Pejabat PPD Johor Timur
Semua Pengurus-Pengurus Bahagian
Semua Anggota LPP
Tuan/puan yang dihormati sekelian.

Pertama-tama nya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat


Allah swt, kerana dengan izinya kita dapat bersama-sama berkumpul di
dewan yang berbahagia ini untuk satu majlis yang besar ertinya pada kita
semua, iaitu majlis perjumpaan dan amanat tahun baru 2013 daripada Yg
Berbhg tuan pengarah LPP Johor.
Sebelum itu saya mewakili seluruh warga LPP di PPD Johor timur
merakamkan setinggi terima kasih kepada pengarah yang sudi
melapangkan masa untuk bersama-sama kita pada pagi ini. Untuk itu kita
berikan satu tepukan gemuruh kepada pengarah kita sebagai tanda
terima kasih kita. Ini merupakan satu penghargaan kepada kita semua
warga LPP di PPD Johor Timur.

Tuan/Puan yg dihormati sekelian.


Rasanya belum terlambat saya mengucapkan selamat tahun baru kepada
2013 kepada tuan/puan semua. Rasanya tahun 2013 yang telah bermula
dan kita tempuh bersama dengan cabaran yang lebih besar. Kita perlu
menoleh kebelakang, tahun 2012 yang telah meninggalkan kita dengan
banyak janji dan tekad yang belum kita dapat laksanakan. Ini bukan
sekadar dari segi rutin wajib kerja hakiki kita untuk memacu PPK kita
supaya lebih maju dan berjaya selaras dengan teck line kita Lahir
Peladang Prograsif. Tetapi dari segi janji kita kepada Allah swt untuk
meningkatkan amal dan takwa sebagai hambanya. Kerana setiap kerja
yang kita laksanakan adalah amal, asalkan kita niatkan dan ikhlas kerana
Allah swt.
Disamping itu 3 ikrar yang telah kita sama-sama ikrar kan, iaitu Aku Janji,
Akta Rahsia Rasmi dan Ikrar Intergriti Perkhidmatan Awam, bukan stakat
baca tetapi di hayati sebagai landasan kita sebagai penjawat awam untuk
melaksanakan tugas masing-masing.
Terima kasih juga kepada semua PB, Pengurus Bahagian dan seluruh
anggota pengurusan PPK kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang,
dalam menguruskan PPK masing-masing dalam tahun 2012, dengan
memperlihatkan keuntungan yang membanggakan dan ada yang telah
bergelar PPK Jutawan. Daripada Mes PPD Ptg Semalam hanya 1 ppk yang
masih belum menunjukkan keuntungan. Bagi PPK yang masih belum
mencapai keuntungan, dan masih tercari-cari kata kekunci, itu merupakan
satu cabaran, yang memerlukan kesabaran yang tinggi disamping
berusaha dengan lebih gigih, dan berdoa tanpa berputus asa. Kata
pepatah, sebenarnya adalah lebih mudah untuk kita bangun daripada
kegagalan, daripada kita mengekalkan dipuncak kejayaan.
Tuan/Puan yang dihormati.
Tahun 2013 tahun cabaran, kerana senario eksport minyak sawit yang
dijangka lemah. Utusan Msia 16 Jan 2013 Prospek eksport minyak sawit
tempatan dijangka lemah pada tahun 2013 didorong oleh kurang daya
saing daripada minyak sawit Indonesia serta kelembapan permintaan dari
cina dan Pakistan. Diunjurkan harga minyak swit mentah MSM tahun ini
adalah sekitar RM 2,600/ tan matrik berbanding RM 2,900/tan metric pada
tahun 2012. Oleh yang tersebut PPK-PPK yang bergantung penuh kepada
Kelapa sawit perlu membuat lebih berhati-hati dalam membuat
percaturan perniagaan, supaya tidak terperangkap dengan harga sawit
yang dijangka tidak menentu.

Oleh yang tersebut kita semua perlu membuat pilihan-pilihan lain, untuk
menyokong perniagaan PPK. Sebagaimana yang disarankan oleh
pengarah kita dalam banyak platform, iaitu menyarankan supaya PPK
terlibat secara langsung dalam Program Pengeluaran Makanan. Tapi saya
lihat kebanyakan daripada kita apabila di ajukan dengan kertelibatan
dalam Tanaman Makanan, kita dah lemah semangat, mati sebelum
berjuang.
Saya rasa kita tidak perlu berilusi yang besar-besar. Sebagai contoh, yg
telah diusahakan oleh PPK Parit Raja. Dimana dipilih satu unit, dan setiap
ahli unit diberikan 20 pokok cili sentil. Ahli terutama yang wanita perlu
menjaga menyiram dsb, dan ppk mengutip hasil yang dipetik oleh setiap
ahli. Tapi dengan projek ini, nampak simple, tapi memberikan impak yang
besar, kpd ppk dan ahli. Dimana objektif penubuhan ppk tercapai, iaitu
dapat meningkatkan pendapatan disamping hubungan ahli dan ppk
semakin rapat. Juga objektif untuk turut sama menyumbang dalam
pengeluaran makanan Negara tercapai. Dan projek ini mendapat
perhatian daripada kementerian dan menjadi model untuk dikembangkan.
Dan saya harapkan blue print Prgm Pengeluaran Makanan Pertubuhan
Peladang Negeri Johor yang mana setiap PPK sediakan merupakan janji
kita untuk terlibat secara langsung dlm prgm pengeluaran makanan
negeri Johor. Blue Print ini telah di sampaikan kepada KP oleh pengarah
kita, dan menjadi contoh kpd lpp lain deseluruh Negara.
Tuan/puan yang dihormati,
Kejayaan sesuatu organisasi adalah bergantung penuh kepada seluruh
anggotanya. Oleh yang tersebut saya berharap sangat kepada semua
anggota di PPK, bekerja lah sebagai satu kumpulan, sebagai satu
keluarga. Pengurus Besar, sebagai pemimpin dan pengurus dan semua
anggota sebagai yang dipimpin. Buatlah sesuatu keputusan yang dibuat
secara koliktif dengan bermasyuarah. Semua org boleh menegur dan
ditegur, tetapi cara yang berhemah. Saya percaya kalau semua anggota
faham dan malaksanakan tanggungjawab masing-masing, perjalanan PPK
tersebut akan baik dan lancar. Kalau nk bincang masalah dgn saya pun
boleh, kalau x layak, pengarah kita ada dengan pintu sentiasa terbuka.
Tn Pengarah, sebenarnya GM-GM saya di PPD timur sangat komited,
walaupun kadang-kadang arahan sy melalui tel sahaja, maklum lah
jawatan nya banyak, tetapi sgt berkesan. Masalah sikit2 tu biasa lah,
sedangkan lidah lagi tergigit kan. Ini kan pula beristeri 2.
Ini terbukti dimana dalam Karnival Sukan PPNJ yang lalu, PPD Timur telah
mendapat kemenangan berganda, iaitu johan sukan dan johan tilawah. Ini

bukan suatu yang mudah atau kebetulan, tetapi memerlukan


perancangan dan kerjasama yang tinggi daripada setiap PPK. Sy harap
semangat ini berkekalan, walaupun sy x tau memangku sampai bila. Tapi
kalau Allah Taaala kata mangku terus dgn jawatan alhamdulilah jugak..
Tuan/puan
Sy rasa setakat ini ucapan aluan saya, sekali lagi saya mengucapkan
setinggi tahniah dan terima kasih kepada Tn Pengarah yang dapat hadir
bersama kita pada pg ini, juga kepada tuan puan yang dating dari jauh
Kulai , Johor Bahru, Kota tinggi, Pengerang dan Mersing.
Sekali lagi saya berdoa semuga kita semua di limpahi kesihatan dan PPK
kita sentiasa maju dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai