Anda di halaman 1dari 3

TRANSFORMASI MEMBENTUK NEGARA SEJAHTERA

Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi , Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan , Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada warga dewan pembuka tirai.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya muliakan. Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Transformasi Membentuk Negara Sejahtera. Sidang hadirin dan hadirat sekalian, Pada masa kini sering kali kita lihat perihal Transformasi di dada dada akhbar, kita dengar di corong corong radio, kita tonton di televisyen dan kita juga sering kali terdengar orang-orang sekitar kita yang membicarakan topic berkenaan TRansformasi. Namun adakah kita benar-benar mengerti maksud sebenar ungkapan ini? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Transformasi ini? Yang pasti ianya bukan berkaitan dengan robot transformer yang anda lihat dalam filem dan tidak juga berkaitan dengan transformer elektrik. Jadi, Warga dewan sekalian tahu? Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, Transformasi ini ditakrifkan sebagai perubahan bentuk iaitu sama ada sifat, rupa atau keadaan. Manakala sejahtera pula ditakrifkan oleh kamus dewan sebagai aman dan makmur, senang dan tenteram serta terpelihara daripada bencana. Daripada takrifan ini kita boleh ungkapkan bahawa transformasi membentuk Negara sejahtera ialah suatu perubahan yang berlaku akan membentuk keamanan dan kesejahteraan Negara. Siding dewan yang saya muliakan, Transformasi atau perubahan adalah sesuatu yang perlu berlaku dan ianya perlu berlaku kearah kebaikan dan memberi manfaat. Tentu sekali kita tidak mahu perubahan yang mendatangkan bala dan masalah. Jika membicarakan tentang perubahan atau

transforamsi ini kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat contohnya, amalannya dan kebaikannya. Lihat sahaja di bandaraya miri ini, betapa banyaknya perubahan yang telah berlaku. Dahulu bandar kecil, kini Bandar besar. Dahulu tiada lapangan terbang, kini lapangan terbang tersergam indah didirikan. Dahulu hanya ada kedai kecil, kini miri ada banyak pusat membeli belah. Jadi apakah siknifikannya disini? Transformasi perlu berlaku agar kesejahteraan rakyat dapat dicapai. Pembangunan ini didirikan agar rakyatnya dapat hidup dengan senang dan selesa. Pelbagai infrastruktur dibangunkan agar rakyat tidak ketinggalan untuk menikmati pembangunan seperti Negara lain didunia. Kehidupan menjadi mudah, senang, dan selesa. Untuk hal ini kita perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana melalui dasar-dasarnyalah barulah kita dapat menikmati pembangunan ini. Jadi Program Transformasi Kerajaan (GTP)adalah merupakan suatu yang signifikan dengan arus pemodenan yang berlaku. Dalam program ini telah disenaraikan enam bidang keberhasilan utama Negara yang perlu kita capai agar wawasan 2020 yang dirancangkan akan Berjaya dan memberi manfaat yang besar dan bermakna kepada seluruh penduduk di Malaysia. Apabila transformasi berlaku dengan baik dan bermanfaat maka penduduk sekaliannya akan gembira kerana segalanya senang, mudah dan memberi kepuasan. Maka marilah sama-sama kita bekerjasama dan memberi sokongan untuk menjayakan program ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, Ingin saya tegaskan disini bahawa transformasi ini bukan untuk Negara sahaja tetapi perlu juga perlu berlaku pada diri kita sendiri. Sebelum kita mahu Negara ini mengalami transformasi, kita perlu memastikan diri kita secara insaniahnya berubah agar kita dapat menanam sikap yang positif yang baik dan yang bermanfaat. Jika sebelum ini kita sentiasa was-was dengan jiran kita, maka sekarang selepas habis sahaja pertandingan pidato ini kalian pergilah untuk bersapa dan bertanya khabar dengan mereka agar kita dapat memupuk semangat kejiranan. Jika sebelum ini kita kurang keyakinan diri, maka berilah peluang kepada diri untuk berusaha dengan lebih gigih agar kalian yakin dengan diri sendiri. Dan jika sebelum ini kalian seorang yang hanya mendengar maka sekarang ini kalian perlu bersuara dan suarakanlah pendapat anda itu dengan selantang-lantangnya tetapi dengan saluran yang betul. Transformasi diri atau individu ini perlu agar kita dapat memupuk nilainilai positif yang mana akan memberi kebaikan kepada diri. Selepas individu itu ditransformasikan maka barulah Negara dapat menjalani transformasi yang bermanfaat dan seterusnya mensejahterakan rakyatnya. Kita perlu mengubah cara pemikiran agar seiring dengan kehendak semasa. Kita perlu mengubah peribadi diri agar berfikiran jauh kehadapan, mengambil segala peluang yang ada, sentiasa berpandangan positif dan berani untuk mengambil risiko. Dengan ini barulah kita akan mampu bergerak seiring dengan masyarakat lain di dunia ini. Marilah kita semua bersatu dan berpadu tenaga untuk menjayakan agenda transformasi negara demi kesejahteraan rakyat dan negara. Warga dewan yang dihormati,

Setiap individu di Malaysia ini adalah merupakan asset penting Negara yang mampu memberi sumbangan dalam menjana pembangunan Negara. Jadi warga dewan sekalian, anda semua adalah harta Negara yang amat bernilai. Bersama-samalah kita bergerak seiring dengan transformasi untuk kesejahteraan Negara. Sekian sahaja pidato saya pada hari ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai