Anda di halaman 1dari 12

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
berkat keamanan dan keharmonian bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini dewan
kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk
dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,


Usul pada hari ini berbunyi, ‘_________________________________________’

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.


Pertama, izinkan saya melakukan penakrifan usul secara literal. Perkataan “industri”
dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran
untuk menghasilkan barangan, manakala perkataan “mangkin” bermaksud unsure yang
mempercepat atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan
bahawa “Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara” bermaksud pendidikan
yang berasaskan perusahaan merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan
negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini.
Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala
Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh
pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan
hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan
diterima secara konsesnsus.

Tuan Yang Dipertua,


Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya
katakan bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan
hasil pertanian. Yang kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan
industri dapat memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan
pertanian. Saya yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini beserta justifikasi yang
akan kami kemukan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan
hujah-hujah palsu yang akan dikemukan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,


Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita
mempunyai tanah yang luas dan subur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil
yang lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada
negara maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh
berkeadaan sedemikian ? Sampai bilakah kita harus meminta-meminta ?
Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,
Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun,
misalnya, selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia
kerana negara itu maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak
langkah Jepun dalam bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat
pembangunan negara, kita harus beranjak daripada negara pertanian kepada negara
perindustrian.

(wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,
YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah
berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya, ialah
sedarkah pihak-pihak kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi
krisis makanan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian ? Saya
bimbang nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua,


Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukan
itu. Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara pertanian kepada negara
perindustrian, bukan bermakna kita tidak menumpukan perhatian kepada bidang
pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang pertanian yang berasaskan perindustrian.
Kita harus sedar bahawa sudah lama kita mengalami kerugian yang besar. Banyak wang
negara yang mengalir ke negara asing kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang perindustrian.

Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang


keperluan kita sendiri walaupunkita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya
berupaya menjadi pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan
seumpamanya dengan harga yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang
siap dengan harga yang berlipat ganda. Alangkah ruginya kita !

Tuan Yang Dipertua,


Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian
dengan melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak
semata-mata tidak bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi.
Untuk mencapai matlamat itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu
diberikan keutamaan. Usaha ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pendidikan industri. Oleh
yang demikian, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran
Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah pula,
diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun 2002 mata pelajaran
Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.
Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini
menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri
pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan
pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yang
diperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada
pelancong dari negara luar.

Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negara
Malaysia ke seantero dunia. ( Ayat topik ) Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula
1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan
peminat sukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah
bagi sukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan ‘’Malaysia
Boleh’’ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf
antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruh
dunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Ini
membuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkan
kedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara
meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa, ”Sambil Menyelam Minum
Air”.

Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang
asing masuk ke negara kita. (Ayat topik). Pelancong yang datang dari negara luar terpaksa menukar
mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini
dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaran mata wang asing. Mata
wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport
barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapat keuntungan daripada pernigaan
yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negara kita bukan sahaja menguntungkan
entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat
tempatan dari luar negara.

Sektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. ( Ayat topik ). Barangan
kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat
berpatutan. Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik,
seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan
cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan
Malaysia seperti batik, kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga
atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri
kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraftangan
tempatan.

Sektor pelancongan dapat memajukan bidang perniagaan di Malaysia. Pelancong asing yang datang
ke Malaysia memerlukan tempat penginapan, makanan dan minuman, perkhidmatan
pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari
makanan sama ada makanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi
pilihan yang amat banyak sama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan
selera yang besar dan berhawa dingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan.
Mereka juga boleh menikmati hidangan makanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di
atas air. Sambil menikmati makanan, mereka dapat menghirup panorama yang amat cantik dan
menghirup udara segar di tepi laut. Permintaan yang tinggi terhadap makanan ini mewujudkan
peluang perniagaan yang luas kepada usahawan tempatan. Pusat-pusat penginapan juga giat dibina
bagai cendawan tumbuh selepas hujan di kawasan peranginan seperti di pulau dan tepi pantai.
Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap
secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah
kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional
dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk bergerak dari satu
lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan pengusaha bidang pengangkutan seperti
bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan. Tidak
dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah ruah kepada peniaga yang ringan
tulang.

Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia
luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik
seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang
mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat
pelancong asing. Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi
pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit,
makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba
permainan tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain.
Pakaian tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan songket boleh cuba
dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal
pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke
negara kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor
pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara Malaysia.

Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama dari segi
ekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta.
Utusan Malaysia 09 April 2001

INDUSTRI PELANCONGAN PENJANA BARU EKONOMI - Lidah


Pengarang

PADA tahun lalu, kira-kira 10.2 juta pelancong melawat negara ini - angka tersebut
melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia.
Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur
- selepas China dan Hong Kong.

Malah Asia Timur diramalkan akan terus menyaksikan peningkatan jumlah pelancong
daripada 110 juta pada tahun lepas kepada 192 juta pada tahun 2005. Apakah Malaysia
akan terus mengecapi 10 peratus daripada jumlah pelan-cong tersebut?

Semua ini menunjukkan betapa industri pelancongan mampu menjanakan pendapatan


yang besar bagi ekonomi negara. Pada tahun lalu, industri pelancong menjanakan hasil
sebanyak RM18.81 bilion (AS$4.95 bilion). Apakah industri ini berupaya menyaingi
industri elektronik dan elektrik sebagai penyumbang utama kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar Malaysia?

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangunkan industri pelancongan diberi
penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa,
kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan
keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah
pelancong yang melawat Malaysia.

Ini kerana kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen
dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta
ringgit) di dalam dan luar negara. Ia sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita'
(pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia.

Kalau baik `cerita'nya, baiklah hasilnya. Begitu jugalah sebaliknya. Pelancong-pelancong


yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang
semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi
galakan yang terbaik.

Tetapi, apakah para pelancong yang melawat Malaysia mempunyai `cerita-cerita' baik
tentang negara ini?

Jika diperhalusi, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong
ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem
pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan
dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para
pelancong.

Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk
memajukan lagi industri pelancongan kita. Bagaimanapun, sikap kita menerima aduan
para pelancong dengan lewa dan tanpa rasa prihatin menambahkan lagi `cerita-cerita'
buruk tentang Malaysia. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik
kepada pelancong.

Malah siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua
kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program
bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan
pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan
tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil mungkin bersetuju jika dikatakan bahawa fungsi dan
tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak pada bahu
kementeriannya sahaja. Namun, kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang
lebih besar dan penting dalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita'
yang menarik dan menggembirakan dari Malaysia.
Pelancongan akan ditingkatkan

MELAKA 19 Jun - Kerajaan akan meningkatkan usaha menyemarakkan industri pelancongan


yang dikenal pasti antara bidang utama dalam 12 sektor penjana ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, industri itu muncul sebagai enjin utama
menjana pertumbuhan ekonomi negara sejak sekian lama malah sehingga tahun lalu, ia kekal
menyumbang sembilan peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurutnya, pada masa ini, industri pelancongan menyumbang RM115 bilion kepada KDNK
sekali gus mewujudkan dua juta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Kita juga berhasrat meningkatkan kedudukan kita menjadi antara 10 teratas dalam bentuk
sumbangan kepada sektor pelancongan terutama di peringkat global menjelang tahun 2015 nanti,"
katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Resort dan Spa Philea Ayer Keroh yang turut
dihadiri isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
di sini hari ini.

Resort dan Spa Philea dimiliki Majestic Hotel dan Resort Sdn. Bhd. telah dibangunkan dengan
pelaburan RM140 juta bagi pembinaan resort yang menyediakan 201 bilik, 180 vila, 19 unit suit
dan dua unit vila diraja.

Selain itu, menurut Perdana Menteri, tahun lalu, negara mencatatkan pertumbuhan pelancongan
yang menggalakkan dengan kedatangan 23.6 juta pelancong dan menghasilkan pendapatan
RM53.4 bilion

"Angka ini amat berbeza dengan 5.5 juta pelancong yang dicatatkan pada tahun 1998 yang hanya
menyumbang sebanyak RM8.5 bilion.

"Jumlah tersebut juga menunjukkan kita sudah berjaya melakarkan pencapaian yang
membanggakan," kata beliau.

Sementara itu, beliau berkata, Melaka berjaya menjadi destinasi pelancongan yang semakin
popular apabila menawarkan lebih banyak pusat tarikan baru sejak dua tahun kebelakangan ini.

Katanya, negeri ini kian terkenal di peringkat antarabangsa kerana popularitinya sebagai negeri
warisan sejarah selain menawarkan pelbagai kemudahan pelancongan bertaraf dunia.

Beliau berkata, antara kemudahan pelancongan yang terbaru disediakan ialah Lapangan Terbang
Antarabangsa Melaka Batu Berendam yang dilengkapi dengan kemudahan moden.

"Sektor penerbangan mempunyai kesan gandaan besar iaitu 12.5 kali. Bayangkan betapa besarnya
nilai sampingan yang boleh dicapai jika kita dapat membawa masuk sejumlah sejuta pengunjung
melalui lapangan terbang baru ini," katanya.
Majukan Industri Pelancongan Untuk Pasaran Istimewa Tertentu - Najib

MELAKA, 19 Jun (Bernama) -- Industri pelancongan negara bukan sahaja perlu dimajukan
secara umum tetapi hendaklah mencari pasaran istimewa tertentu yang boleh meningkatkan
keupayaan dan daya tarikannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pada tahun lepas, negara mencatatkan pertumbuhan pelancong amat
memberangsangkan dan Malaysia merupakan antara tiga negara di dunia memperlihatkan
pertambahan pelancong.

"Kementerian Pelancongan menganggarkan bahawa kita mengalu-alukan ketibaan seramai 23.6


juta pelancong, yang menghasilkan pendapatan berjumlah RM53.4 bilion," katanya ketika
berucap pada majlis perasmian Philea Resort and Spa di Ayer Keroh di sini Sabtu malam.

Beliau berkata angka itu ternyata amat berbeza sekali dengan bilangan 5.5 juta pelancong dan
pendapatan sebanyak RM8.5 bilion yang dicatatkan pada tahun 1998.

Katanya industri pelancongan menyumbang sebanyak sembilan peratus kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dan sektor itu merupakan antara 11 sektor yang dikenal pasti sebagai
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Menjelang 2015, industri itu dijangka menyumbang sebanyak RM115 bilion kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menghasilkan sebanyak dua juta peluang pekerjaan.

Najib berkata kerajaan berhasrat menarik "pelancong berkualiti" menginap selama lapan malam
dan membelanjakan antara RM4,000 hingga RM5,000 secara purata bagi setiap kunjungan.

Pada masa kini, pelancong secara am menginap selama 6.7 malam dan membelanjakan RM2,300
secara purata bagi setiap kunjungan.

Mengenai industri pelancongan di Melaka yang disifatkan mempunyai potensi besar, Najib
berkata dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan meluluskan peruntukan supaya "Melaka
River Cruise" dipanjangkan lagi.

Projek pelancongan Sungai Melaka kini kira-kira sepanjang empat kilometer bermula dari Taman
Rempah dan berakhir di Quayside, di Muara Sungai Melaka.

"Tak tahu sama ada (akan dipanjang) dua atau tiga kilometer supaya pengalaman bagi pelancong
lebih bermakna lagi," kata Najib, yang menyusuri Melaka River Cruise dalam lawatan
terakhirnya di Melaka pada 4 Feb lepas.

Philea Resort dan Spa adalah sebuah log resort terbesar di Asia yang dibangunkan di kawasan
seluas enam hektar dengan kos sebanyak RM140 juta yang dimiliki oleh Majestic Hotels dan
Resorts Sdn Bhd.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, isteri perdana menteri
Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengarah Urusan Majestic Hotels dan Resorts Sdn Bhd, Tan Sri
KK Chai.

Langkah untuk mempertingkatkan pelancongan kesihatan


Sektor pelancongan kesihatan di Malaysia mencatat pertumbuhan pesat sejak kira-kira
sedekad lalu. Satu daripada kunci daya saing Malaysia dalam sektor itu sebenarnya ialah
dari segi kos. Secara puratanya kadar kos rawatan perubatan di sini ialah hampir 90
peratus lebih rendah daripada di amerika Syarikat dan mungkin 50 peratus berbanding di
Singapura.
Dengan teknologi yang tidak kurang hebatnya, pusat perubatan khususnya hospital
swasta di Malaysia mampu menjadi pilihan utama warga asing datang mendapatkan
rawatan. Dalam jangka panjang, pertambahan jumlah mereka pastinya memberi lebih
ruang kepada pengusaha hospital swasta di negara ini untuk meningkatkan teknologi
khidmat yang ditawarkan. Hal ini kemudiannya, secara langsung dapat melonjakkan
tahap kepakaran serta teknologi yag seterusnya memberi pelbagai kesan limpahan dalam
banyak sektor lain. Indusri pelancongan akan dimajukan dengan menawarkan
perkhidmatan saringan perubatan , diagnostik, oftalmologi, pembedahan saraf dan
ginekologi selain perkhidmatan kesihatan seperti homeopati, spa, refleksologi, dan
rawatan radisional.
Industri pelancongan bakal mengalami penigkatan ketara berbanding tahun sebelumnya
kerana pelancongan berasaskan kesihatan berjaya menjana pendapatan berjumlah RM
330 juta dengan peningkatan pesakit asing seramai 430 000 orang. Menurut laporan
Ekonomi 2009/2010 yang dikeluarkan baru-baru ini, ketibaan pelancong kesihatan
melonjak hampir 10 kali ganda daripada 39 114 orang pada 1998 kepada 374 063 pada
2008 dan jumlah yang dijana daripada peningkatan itu adalah daripada RM 14.1 juta
kepada RM 299.1 juta. Bagi tempoh 2006 hingga 2010, industri pelancongan kesihatan
dianggarkan memperoleh pendapatan tukaran asing berjumlah RM 2 bilion dengan
kehadiran pesakit asing dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Timur
Tengah, dan Bangladesh. Oleh itu, adalah amat penting untuk Malaysia merebut peluang
dalam sektor perkhidmatan pelancongan kesihatan kerana dianggarkan akan berkembang
antara 136 bilion hingga RM 240 bilion pada peringkat global pada tahun hadapan

PELANCONGAN
A. Sepintas Lalu

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan
keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun
2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang
menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9
Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia.
Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China
dan Hong Kong.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja
dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri
berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini.

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-
usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu
seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem
pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada
jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan
(melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara.
Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-pengalaman) para
pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik
melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka.
Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu
teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan
kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang
baik kepada para pelancong.

Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri
pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan
sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan
tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di
dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan mengatakan bahawa fungsi dan
tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya sahaja.
Namun, kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan penting dalam memastikan
para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang menarik dan menggembirakan dari Malaysia.

Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan.
Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri
pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis
Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen
Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri
pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor
awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor
swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen
pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen
serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan
memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta
bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang
kepada industri ini.

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat- tempat awam hinggalah kepada
mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-
kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi
pelancong dalam negeri.


Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan
keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat
mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara.
Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru
bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan
sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian
untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula
jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

KEPENTINGAN PELANCONGAN

Pendapatan negara + RM? .


Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.

Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur /


kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan
terbang.

Menggalakkan industri kraftangan / desa.


Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

Anda mungkin juga menyukai