Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERBAHASAN USUL PENDIDIKAN

“TRANSFORMASIPEMBANGUNAN SEKOLAH LUAR


BANDAR SEIRING ERA PEMBELAJARAN DIGITAL
MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA“

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN

PARTI WARISAN SE-MALAYSIA

BAHAGIAN P.189 SEMPORNA.

03HB. DISEMBER 2023


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat sejahtera dan selamat pagi

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan

Yang Berhormat sidang dewan yang hadir pada hari ini.

Selaku , Izinkan Saya membentangkan usul “ Transformasi Pembangunan


Sekolah Luar Bandar Seiring Era Pembelajaran Digital Memacu Pertumbuhan
Ekonomi Negara” Usul ini menekankan terhadap 2 indikator utama iaitu Pendidikan
Memainkan Peranan Utama Dalam Pertumbuhan Ekonomi Dan Pembangunan
Sesebuah Negara serta Penekanan Terhadap Pembangunan Sekolah-Sekolah Daif
Luar Bandar seiring pembelajaran Digital. Saya percaya bahawa selepas
perbahasan sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal diluluskan.

Tuan Yang Dipertua, Dan Sidang Dewan Yang Dimuliakan,

Pendidikan ditafsirkan sebagai proses mendidik individu atau mempelajari sesuatu secara
formal, non-formal dan informal. Teknologi untuk pendidikan ialah set peralatan dan sumber
yang membantu menyelesaikan masalah atau memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
Manakala, Pembelajaran Digital merupakan satu kaedah pendekatan pendidikan yang
mengaplikasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (Maimun Aqsha Lubis
et al., 2021). Pembelajaran digital dalam transformasi pendidikan negara adalah suatu proses
pengadaptasian teknologi digital dalam pendidikan bagi para pendidik mencapai objektif-
objektif semasa proses pembelajaran dan pemudahcara dalam PdPc yang dijalankan. Justeru
itu, bagi mewujudkan keseimbangan dari segi pendidikan misalnya kurikulum, sahsiah
termasuk pembangunan dan infrastruktur sekolah perlu khususnya sekolah-sekolah daif perlu
diberikan keutamaan melalui pembinaaan prasarana baharu khususnya di Sabah dan
Sarawak agar pembelajaran berasaskan pendidikan digital mampu berkembang seiring
dengan arus pendidikan semasa. Pendek kata, usul kali ini secara mudah bererti bahawa
Transformasi Pembangunan Sekolah Luar Bandar Seiring Era Pembelajaran Digital
Memacu Pertumbuhan Ekonomi Negara

Yang Dipertua,

Hujah utama Pendidikan memainkan peranan utama dalam pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Sekiranya rakyat tidak mempunyai akses atau
penyediaan pendidikan yang sempurna dan berkualiti, maka peluang mereka menikmati
kemajuan ekonomi akan terjejas.Pembangunan dan kemajuan negara pada hari ini adalah
hasil dari kebijaksanaan dan perancangan rapi yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam
usaha menjadikan negara ini maju dan makmur. Bagi memastikan usaha ini dapat berterusan
sudah pasti pembangunan modal insan yang berteraskan pendidikan dan ilmu pengetahuan
perlu dilaksanakan secara efektif dan berkesan. Falsafah Pendidkan Negara ada menyatakan
bahawasanya perkembangan seseorang individu itu harus dinilai dari semua aspek seperti
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya. Dunia pendidikan kini telah jauh berubah
mengikut peredaran zaman jika dibandingkan 10 tahun yang lalu. Anak-anak pada masa kini
dilihat semakin bijak dan pandai. Namun adakah kecemerlangan ini akan dapat kita kekalkan?
Sistem Pendidikan negara kita dewasa ini jika dilihat seolah-olah telah menjadikan anak-anak
sebagai satu eksperimen atau uji kaji dalam menentukan dasar-dasar baru yang ingin
diperkenalkan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil kira perkara-perkara penting selaras
dengan situasi semasa dalam usaha menjadikan pendidikan di negara ini diiktiraf dan bertaraf
dunia. Sebarang perubahan dasar pendidikan yang ingin dilaksanakan perlu dikaji sedalam-
dalamnya dengan melihat kesan di masa hadapan ditakuti nanti yang di kejar tak dapat yang
dikendong keciciran.

Tuan Yang Dipertua Dan Sidang Dewan sekalian ,

Menyedari Pendidikan merupakan aset yang penting kepada negara dan yang perlu ada
kepada kita semua, justeru mengapakah kemudahan sistem pendidikan di Semporna
khususnya masih belum mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam dasar Pendidikan
Digital iaituu ntuk melahirkan pelajar yang celik digital yang berdaya saing menerusi
peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mendepani cabaran revolusi industry
4.0? Jika dilihat keadaan kemudahan di setiap sekolah yang ada di daerah ini, memang masih
jauh ketinggalan. Lalu bagaimanakah nasib anak-anak jati Semporna dalam menghadapi
segala cabaran dunia kerjaya akan datang yang mana situasinya sudah mengadaptasikan
segala bentuk teknologi.

Sidang Dewan dimuliakan sekalian,

Merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan oleh


Kementerian Pendidikan asas utamanya ialah memastikan setiap institusi pendidikan
terutama pada peringkat sekolah mempunyai infrastruktur mencukupi bagi pelaksanaan
kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.

Input pendidikan meliputi guru, peruntukan kewangan, peralatan pengajaran serta program
sokongan perlu diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan
antara sekolah di bandar dan di luar bandar.

Namun, agak menyedihkan apabila laporan media menyebut masih wujud sekolah yang
terpinggir daripada arus pembangunan. Sekolah yang dimaksudkan ialah sekolah daif yang
mana bangunan sekolah tersebut adalah bangunan lama, uzur, tidak selamat dan mempunyai
masalah fizikal seperti kebocoran bumbung, pendawaian elektrik dan bilik darjah yang usang.

Pelaksanaan projek sekolah daif merupakan titik perubahan yang mana ianya melibatkan
penggantian bangunan sekolah yang lama, yang telah uzur dan tidak selamat untuk diduduki.
Pemilihan projek sekolah daif ini adalah berdasarkan bangunan sekolah di mana keadaan
fizikalnya tidak sempurna, tidak berfungsi, dan tidak selamat digunakan.

Di dalam pemilihan projek sekolah daif ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menggunakan tanda aras berdasarkan sistem skala iaitu Skala 1 hingga 7 di mana Skala 7
merupakan keadaan bangunan yang paling tidak selamat iaitu tidak sempurna, tidak berfungsi
dan berisiko digunakan yang boleh mendatangkan ancaman atau bahaya berbentuk
kecederaan, kecelakaan atau kehilangan nyawa manusia. Sekolah-sekolah tersebut telah
mendapat pengesahan. Jika sekolah ini mempunyai bangunan daif, bagaimana kita ingin
memberi jaminan akses pendidikan terbaik kepada anak-anak dalam membentuk
kemenjadian mereka pada masa hadapan?

Sehubungan dengan itu, para perwakilan yang bersidang pada hari ini menggesa agar
beberapa langkah dan usaha perlu diambil oleh kerajaan bagi meletakkan dunia pendidikan
di daerah ini ke tahap yang boleh bersaing dan selamat.

Antara Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:

i. Pihak kerajaan perlu mengadakan rundingan antara golongan pendidik dengan pihak
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian tinggi dalam memperkenal dan
menentukan dasar-dasar yang baru agar ia lebih konsisten serta mampu memuaskan
hati kepada semua pihak.

ii. Pemimpin seharusnya melihat dan menggesa kerajaan yang ada sekarang untuk
mengutamakan pembangunan prasarana pendidikan di luar bandar. Pihak Kementerian
Pendidikan perlu meningkatkan kemudahan dengan memperhatikan lebih banyak peralatan
elektronik seperti komputer, LCD, projektor dan makmal komputer untuk menggalakkan
pendedahan dan kebiasaan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran digital supaya
dapat menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran.

iii. Pihak kerajaan perlu bertegas dalam mempertahankan setiap dasar yang ingin
dilaksanakan agar ia tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab sekiranya dasar yang mahu dilaksanakan itu benar-benar baik.
Tuan Yang Dipertua Dan Sidang Dewan Dihormati,

Norma kehidupan kian berubah. Pembelajaran digital telah menjadi satu keperluan dalam
global dunia pendidikan. Mengakui juga wujudnya kekangan dalam pendidikan dalam talian
seperti masalah capaian internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap murid itu sendiri,
guru sebaliknya perlu memikirkan cara untuk memastikan penyampaian ilmu itu tetap
diteruskan dan usaha luar biasa ini tidak terkecuali memerlukan komitmen pelbagai pihak
yang tidak berbelah bahagi. Akhir kata, dipercayai segala usaha yang dilaksanakan akan
dapat memperlihatkan kesannya apabila transformasi pendidikan dijadikan wadah dalam
pendidikan masa kini dalam memberi keutamaan terhadap pembangunan prasarana Digital
dan infrastuktur di kawasan luar bandar khususnya sekolah-sekolah daif di Sabah dan
Sarawak .

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan
memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Anda mungkin juga menyukai