Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2013 HBML2103

Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

Pengenalan

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia berusaha untuk mengubahsuai sistem pendidikannya. Wawasan ini bertujuan menuntut kestabilan ke arah pertumbuhan produktiviti yang hanya dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan bersedia untuk turut serta sepenuhnya dalam ekonomi dunia abad kedua puluh satu. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin kea rah pengubahsuaian ini ialah pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi menetapkan sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja bagi menghadapi cabaran abad yang akan datang. Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi budaya dan amalan yang sedia ada di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan perlu berubah dari segi pembelajaran secara menghafal kepada bentuk pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti, dengan mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar perlu lebih bertanggungjawab ke atas keperluan pendidikannya, manakala ibu bapa dan masyarakat pula perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangani sesuatu perubahan.

(ii) Objektif Penulisan/Penyelidikan Antara objektif penulisan berkenaan Sekolah Bestari adalah untuk: a) membantu sekolah memahami konsep dan amalan sekolah bestari. b) mengenal pasti amalan bestari yang boleh dilaksanakan oleh sekolah dengan sumber yang sedia ada. c) menggalakkan guru-guru di sekolah mengambil inisiatif, meningkatkan diri dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran, prngurusan dan infrastruktur yang ada. d) menggalakkan guru-guru yang berada di sekolah menggunakan teknologi, khasnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya untuk mencapai tahap pembestarian yang semakin tinggi.

Setiap sekolah adalah komuniti yang unik dan tersendiri. Kementerian Pelajaran tidak dapat menyediakan satu acuan yang boleh diguna pakai oleh semua sekolah untuk melaksanakan pembestarian sekolah. Usaha, inisiatif dan inovasi pihak sekolah mengikut acuan mereka sendiri adalah faktor yang membawa kejayaan kepada pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

(iii) Definisi Konsep Sekolah Bestari Kamus Oxford mendefinisikan bestari sebagai cerdik, pintar, tajam akal, kelihatan segar, bergaya serta menonjol dalam masyarakat (clever, ingenious, quick-witted, bright and fresh in appeatance, neat fashionable, stylish and conspicuous in society) Kamus Dewan Edisi keempat pula mentakrifkan bestari sebagai segak, pintar, bijak, pantas serta berkelas tinggi. Manakala Kamus Digital Oxford Besta, Bestari bermaksud berpendidikan, berpengetahuan luas, berbudi pekerti baik,cekap, cerdas, pandai, pintar serta bergaya.

Guru Bestari

Guru bestari ialah guru yang bijak, berketerampilan, mengamalkan budaya ilmu, bersahsiah mulia, mempunyai kompetensi kecerdasan emosi dan sosial, mengamalkan nilai-nilai integrity, bertanggungjawab dan ber akauntabiliti, menganggap kerja sebagai ibadah, menguasai pelbagai bahasa serta mempunyai kepakaran dalam bidang ICT. Guru bestari ialah guru yang mempunyai ciri-ciri di atas serta komited terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka secara bijaksana.

Mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010), setiap tenaga kerja di negara ini perlu celik teknologi maklumat, berkemahiran mempunyai kualiti berikut : a) berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir ysng tinggi; b) berkemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara berkesan; dan c) mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi,menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif. Inisiatif pembentukan Sekolah Bestari merupakan sebahagian daripada projek Koridor Raya Multimedia Malaysia. Sekolah bestari Malaysia ditakrifkan sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran Era Teknologi Maklumat.

Ciri-ciri Sekolah Bestari adalah seperti berikut : i. ii. iii. mempunyai falsafah bahawa semua pelajar boleh belajar; mempunyai kurikulum yang mengambil kira keupayaan dan keperluan semua pelajar; mempunyai persekitaran yang kondusig bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran; iv. mempunyai system pentaksiran yang berterusan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran; v. vi. pengetua dan guru besar yang professional; dan penglibatan serta sokongan tinggi daripada ibu bapa dan komuniti.

Sekolah bestari di Malaysia mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada sekolah-sekolah yang sedia ada. Antaranya sekolah bestari disalurkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN) untuk berkongsi maklumat melalui teleconferencing, pengkalan data dan mel elektronik. LAN menyediakan laluan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat (suara, video, data dan teks). Jaringan ini membolehkan perkongsian maklumat antara pelajar, guru dan kemudahan fizikal. Ini menggalakkan kerjasama antara guru dan pelajar bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu Sekolah Bestari juga dihubungkan melalui jaringan kawasan yang luas (WAN) ke sekolah lain, organisasi, daerah, Negara dan dunia. Sekolah Bestari turut memberi peluang kepada pelajar menjalani pembelajaran jarak jauh. Pembestaria sekolah adalah proses yang dilaksanakan untuk mewujudkan sesebuah sekolah yang mempunyai cirri-ciri seperti di atas. Cirri-ciri ini melibatkan proses pembestarian yang cuma akan dapat dijayakan dengan kerjasama semua pihak yang berkepentingan iaitu guru, pengetua dan guru besar, staf sokongan, pelajar, ibu bapa, dan komuniti. Di antara langkah-langkah proses pembestarian adalah : i. ii. iii. iv. v. mewujudkan visi dan misi sekolah; menilai semula situasi sekolah; mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah; mewujudkan pelan pembestarian sekolah; dan menilai semula kemajuan pembestarian dan mengambil tindakan yang bersesuaian.

Pencapaian pelaksanaan pembestarian boleh diukur dengan melihat cirri-ciri pelajar yang dihasilkan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah, kemahiran guru, dan penglibatan komuniti.

Hasil pelaksanaan pembestarian sekolah boleh diukur melalui elemen-elemen utama seperti berikut : i) ii) iii) iv) v) pelajar yang aktif; guru sebagai pemudah cara dalam pembelajaran; pentadbir sebagai pengurus berkesan; pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ; dan penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peranan Pengetua Sekolah adalah institusi yang menyediakan dan menawarkan kemudahan pendidikan kepada masyarakat. Oleh itu, bagi memastikan institusi ini bergerak dengan lebih berkesan dan cemerlang, ia memerlukan individu berketerampilan bagi mengendalikannya. Kecemerlangan dan kejayaan sekolah adalah tanggungjawab besar pengetua untuk mentadbirnya. Pengetua perlu memainkan banyak peranan bagi memastikan sekolahnya berjalan dengan lancar dan mencapai kecemerlangan serta menjadi sekolah berkesan. Menurut Ibrahim Mamat (2001), pengetua memainkan pelbagai peranan iaitu mengurus, memimpin, mentadbir, menyelia dan menjadi pakar rujuk. Menurut beliau lagi, peranan ini melibatkan beberapa perkara besar iaitu :

1) Membentuk falsafah sekolah Dalam membentuk falsafah sekolah, pengetua memainkan peranan membentuk idea kerana mereka bertanggungjawab menentukan matlamat dan objektif sekolah serta membentuk budaya. Pengetua perlu mengutarakan misi dan visi sekolah serta menggerakkannya melalui kerjasama dan komitmen kakitangan di bawahnya.

2) Membentuk struktur sekolah Pengetua juga berperanan membentuk polisi dan memperuntukkan pelbagai sumber bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang ditetapkan. Ia dilaksanakan melalui agihan tugas oleh pengetua kepada kakitangan bawahan seperti guru penolong kanan dan guru-guru khusus yang lain.

3) Mengurus dan memotivasikan kakitangan sekolah Bagi memastikan segala perancangan yang dirancang berjalan lancar, pengetua juga perlu mengurus dan memotivasikan guru, pelajar dan kakitangan sokongan supaya mereka melakukan dan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dan sudah ditentukan.

(iv) Perbincangan/ hasilan penyelidikan

Kajian ini adalah cuba melihat secara umum persepsi guru-guru terhadap konsep sekolah bestari. Tumpuan khusus penyelidikan saya adalah berfokus kepada 20 orang responden, iaitu para guru yang mengajar di sekolah saya. Walaupun sekolah ini adalah sekolah gred B yang terletak di daerah Hulu Perak namun kami tidak terpinggir daripada mengaplikasikan sumber ICT sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, selari dengan hasrat kerajaan. Saya telah menjalankan soal selidik untuk mengenalpasti tahap pemahaman dan persepsi guru-guru di sekolah ini khususnya berkenaan persepsi mereka berkenaan konsep Sekolah Bestari yang diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kefahaman Konsep Sekolah Bestari Hasil daripada soal selidik terhadap responden berkenaan dengan tahap kefahaman mereka berkenaan konsep Sekolah Bestari, saya dapati kesemua daripada responden sangat bersetuju bahawa Sekolah Bestari merupakan salah satu komponen utama Projek Koridor Raya Multimedia serta sekolah itu sendiri diwujudkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni. Mereka juga faham kewujudan Sekolah Bestari menekankan kepada pembinaan dan pembangunan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dan mengaplikasikan pendekatan dan strategi terbaik serta berkesan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebilangan besar daripada responden sangat faham kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk menyediakan kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. (IT). Mereka juga faham penubuhan Sekolah Bestari akan turut berubah mengikut masa, pembentukan staf yang professional di samping sumber-sumber pendidikan yang canggih dan keupayaan pentadbiran secara berterusan. Mereka juga sangat bersetuju bahawa Sekolah Bestari memerlukan guru yang berkemahiran serta proses sokongan daripada pelbagai pihak supaya ianya berfungsi secara berkesan. Pelbagai program yang telah dijalankan serta dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pembestarian sekolah dan pembudayaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti P & P, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Tambahan pula mereka terlibat secara langsung

dengan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS), Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), EMIS(data dan maklumat guru,staf dan murid) yang memerlukan mereka bekerja secara atas talian dan mengaplikasikan teknologi maklumat secara optimum.

Objektif Sekolah Bestari

Hasil daripada soalselidik berkenaan objektif Sekolah Bestari pula, kesemua daripada 20 responden sangat setuju bahawa Sekolah Bestari dapat menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. Selain itu Sekolah Bestari turut dapat membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Mereka juga turut setuju sekolah ini dapat mendemokrasikan pendidikan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan penglibatan pihak yang berkepentingan.

Pedagogi Sekolah Bestari

Selain itu, persepsi mereka terhadap pedagogi yang diamalkan oleh Sekolah Bestari ialah pengurusan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu pembelajaran melalui pengalaman dan menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti yang diamalkan. Manakala gaya pembelajaran pula yang melalui suatu proses yang holistik melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial (JERIS). Konsep ini turut mereka amalkan walaupun mengajar di sekolah aliran biasa. Responden turut setuju gaya pembelajatan amat sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Proses pembelajaran pula berlaku secara aktif dan konstruktif di mana pelajar membina pengertian sendiri daripada input yang diterima. Selain itu, salah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan Sekolah Bestari ialah penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran di Sekolah Bestari

Bagi kemahiran di Sekolah Bestari pula, mereka secara majoriti telah bersetuju dengan pernyataan, kemahiran berfikir secara terancang oleh guru akan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Selain itu kemahiran berfikir juga membolehkan pelajar mempunyai visi dan misi serta bersifat optimistik. Mereka turut bersetuju bahawa kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantu guru mempertingkat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran ini penting supaya dapat meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi pelajar.

(v) Penutup/Kesimpulan

Sekolah Bestari di Malaysia merujuk kepada sekolah yang memberikan peluang teknologi maklumat interaktif. Ia memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses pengurusan. Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah tugas yang kompleks serta memerlukan pelbagai perubahan sama ada tersurat atau tersirat seperti perubahan polisi, prosedur dan amalan yang sedia ada. Perwujudan Sekolah Bestari diharapkan dapat mengubah budaya berasaskan ingatan dan pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir secara kreatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah. Hal ini disebabkan oleh objektif Sekolah Bestari itu sendiri yang memfokuskan usha melairkan kanak-kanak bestari, iaitu individu yang kreatif dan berupaya menjana maklumat baru. Mereka dianggap sebagai pemikir yang dapat mengeluarkan semula pengetahuan. Kanak-kanak ini diharap dapat membuat keputusan selepas menganalisis dan mengambil kira semua pilihan yang ada apabila menghadapi sebarang situasi yang baru. Bukan itu sahaja, Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut mengharapkan bahawa Sekolah Bestari memberi penekanan dan fokus kepada pelajar secara menyeluruh dalam domain intelektual dan afektif. Justeru itu teknologi baru digunakan bagi mengembangkan peranan pengajaran dalam meningkatkan kualiti pengajaran kea rah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu. Hubungann interaksi harian antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar memberi ruang dan peluang kepada proses pembelajaran berkenaan nilai sosial dan moral, kemahiran interpersonal dan norma-norma sosial. Selama ini mereka tidak diberikan maklumat yang jelas berkenaan Sekolah Bestari. Jadi, sokongan daripada coordinator ICT dan pengetua perlu bagi membina ilmu dan keyakinan guru-guru membimbing pelajar menggunakan teknologi ICT. Jelas di sini, pentingnya memahamkan pendidik berkenaan konsep sekolah Bestari bagi menjayakan hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan negara. Selain itu, guru-guru juga perlu digalakkan menghadiri kursus-kursus bagi meningkatkan dan memantapkan kemahiran-kemahiran ICT dan latihan secara berterusan. Kelak guru-guru mampu menggunakan ICT dalam pengajaran mereka secara optimum. Orang lain yang sangat beruntung tidak lain dan tidak bukan murid-murid yang diajar oleh mereka. Namun demikian, masih lagi terdapat sesetengah guru yang berpengalamantidak dapat menerima perubahan yang dilakukan. Mereka mungkin tetap dengan cara mereka bekerja. Orang yang akan rugi adalah mereka dan tempiasnya

adalah anak-anak didik mereka. Secara keseluruhannya Sekolah Bestari adalah salah satu medium untuk membantu negara melonjak ke zaman maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa depan negara. Perkembangan Sekolah Bestari ini merupakan sekolah yang melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan luas serta dapat bersaing menjelang wawasan 2020. Pelaksanaan Sekolah Bestari ini penting kepada negara Malaysia seiring dengan hasrat menjayakan Pemindahan Teknologi Multimedia Super Corridor (MSC) serta menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Selain itu, pelaksanaan Sekolah Bestari ini diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai hub perhubungan dan telekomunikasi antarabangsa serta menjadi model kecemerlangan pendidikan serantau.

Bibliografi

Abdul Ghani Samsuddin & Norhashimi Saad (1997). Era globalisasi : Kelas Pengajaran. Seminar Kebangsaan Pendidikan guru, Universiti Putra Malaysia, 4 6 April 1997.

Amir Awang. (1992). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Modul pengajaran dan pembelajaran bestari Bahasa Melayu. (1999). Bahagian Pendidikan Guru , Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdullah Hassan., & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran interpersonal untuk guru bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai