Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 2)

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

(GBM 1103)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR FARHAN HAKIMI BIN NARIZAM

ANGKA GILIRAN 2020192310124

KAD PENGENALAN 020828100529

KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)

NAMA KURSUS BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

KOD KURSUS GBM 1103

NAMA PENSYARAH SARIMAH BINTI AWANG

TARIKH HANTAR 27 MAC 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


saya iaitu Puan Sarimah binti Awang kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan agar saya tidak leka dan memberikan tunjuk ajar. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan agar saya dapat membaiki segala kesalahan
ketika menyiaapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam penyiapan kerja kursus ini.Terima kasih.

2
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 4

2.0 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 5-8

3.0 KESIMPULAN 9

RUJUKAN 10

3
PENDAHULUAN

Pembelajaran merupakan medium yang penting dalam melahirkan modal insan yang akan
memacu pembinaan negara. Hal ini kerana, modal insan yang hebat harus dilahirkan
dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi seiring dengan negara-negara lain bagi
mengelakkan daripada menjadi “katak di bawah tempurung”. Pada abad ke 21 ini,
pendidkan di Malaysia telah berkembang disebabkan oleh arus zaman yang semakin maju.
Disebabkan hal ini, kerajaan Malaysia telah melakukan inovasi seperti pembelajaran secara
bersemuka dan maya bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selesa. Hal ini bertepatan
dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Perubahan norma baharu disebabkan Pandemik Covid 19 pada dunia kini telah
mencetuskan pelbagai pembaharuan dalam segala aspek termasuklah pendidikan. Sistem
pendidikan negara kini lebih tertumpu kepada kelas di atas talian berbanding dengan kelas
bersemuka bagi mengurangkan kadar risiko penyebaran virus ini. Oleh hal yang demikian,
kebanyakkan pelajar di seluruh negara harus mengikutinya bagi mengurangkan risiko
penyebaran virus ini.

Namun begitu, tidak kesemua pelajar yang selesa dengan perubahan norma baharu
ini. Pembelajaran di atas talian dipengaruhi oleh kekuatan internet telah menyebabkan
sesetengah pelajar mempunyai masalah bagi meneruskannya. Seharusnya, kerajaan
Malaysia mengambil berat akan masalah ini agar pelajar lain tidak ketinggalan dengan
pembelajaran mereka.

4
2.0 CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar semasa pandemic Covid 19 ini
ialah kelemahan pemancaran internet di suatu kawasan. Perkara ini amatlah penting
bagi mengekalkan suasana pembelajaran bagi seorang pelajar. Jika perkara ini tidak
dipandang serius maka seorang pelajar itu akan ketinggalan berbanding dengan
rakan-rakannya. Namun begitu, perkara ini tidak boleh dijadikan alasan kerana
kerajaan Malaysia telah membelanjakan hampir RM 413 juta ringgit pada tahun 2016
bagi membina Pusat Internet 1 Malaysia yang telah dibina hampir di setiap desa di
dalam melaysia. Pembinaan tersebut bertujuan untuk mengekalkan jaringan
penduduk luar bandar seiring dengan kemajuan pusat daripada aspek ekonomi,
perhubungan mahupun pendidikan.

Disebabkan hal ini, pelajar-pelajar dapat menyewa komputer yang berada di


sana bagi meneruskan pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa pelajar-pelajar harus
bersaing bagi mendapatkan computer di tempat tersebut. Namun begitu sebagai
seorang pelajar yang berintergriti, mereka boleh bergerak ke tempat tersebut dengan
lebih awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Selain itu, menerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan multimedia Malaysia


(SKMM) telah melakukan program penaiktarafan internet pada tahun 2013 dan pada
masa kini hampir kesemua desa mempunyai kekuatan telco yang seimbang. Melalui
pernyataan tersebut, setiap desa akan mempunyai salah satu daripada telco-telco
yang kuat pancarannya seperti Digi, Maxis Celcom atau yang lain-lain. Disebabkan
hal ini, pelajar haruslah bijak memilih langganan Telco bagi mendapatkan pancaran
internet yang paling sesuai agar tidak mempunyai kesukaran dalam pembelajaran
semasa.

5
Kedua, terdapat juga pelajar yang mengajukan masalah pendapatan semasa
yang kurang disebabkan pandemik covid 19 bagi membeli laptop serta melanggani
internet. Hal ini disebabkan oleh kejatuhan ekonomi semasa bagi setiap negara di
dunia. Kesan ini bukan sahaja dapat dilihat daripada aspek ekonomi, namun sektor
pembangunan dan pendidikan juga terjejas. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan
sektor pekerjaan yang semakin berkurang. Perkara ini kadangkala dapat
menjejaskan juga pelajar kerana sesetengah daripada mereka gemar untuk
melakukan kerja sambilan sebagai hobi pada hujung minggu bagi mendapatkan
sedikit wang saku daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Namun begitu, kerajaan Malaysia melalui belanjawan 2021 telah


mengagihkan wang sebanyak RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan
perbelanjaan bagi meningkatkan sektor pendidikan. Hal yang demikian, dapat
membantu mengurangkan beban kewangan pelajar lebih-lebih lagi pada aspek
kemudahan internet. Disamping itu, kewangan ini juga melalui Inisiatif Jalinan Digital
Negara (JENDELA) dapat dimohon kepada Jabatan Pembelajaran Negeri di negeri
masing-masing bagi menerima RM 180 untuk membiayai sedikit wang bagi
melanggani intenet.

Bagi pelajar yang tidak mampu membeli laptop ataupun komputer, maka
mereka haruslah pergi ke pusat internet 1 Malaysia berdekatan bagi meneruskan
pembelajaran. menurut presiden ikatan guru-guru muslim Malaysia (i-guru) iaitu
mohd Azizie Hasan bahawa jika penolakan belanjawan ini dilakukan maka ianya
mungkin akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian (PdP)
secara dalam talian. hal ini selari dengan pendidikan Malaysia yang meminta guru-
guru untuk melakukan perubahan teknik pengajaran selari dengan gaya abad ke 21.

6
Ketiga, pelajar haruslah memberi kerjasama serta berdisiplin sepanjang
pembelajaran dalam talian. Tidak dinafikan bahawa pembelajaran atas talian bahawa
pada masa sekarang membolehkan pelajar-pelajar mempunyai kelonggaran waktu
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, haruslah sebagai seorang
pelajar untuk berdedikasi dalam waktu sepannjang pembelajaran berlangsung.
Pelajar haruslah menepati waktu dan tidak lewat untuk memasuki kelas jika tiada
kekangan yang berlaku.

Hal ini dibicarakan kerana baru-baru ini, media sosial telah menyebarkan
suatu berita yang tidak enak didengar oleh masyarakat iaitu seorang guru yang
menunggu pelajarnya untuk memasuki kelas dalam talian. Berita ini amatlah sedih
didengar kerana ianya telah melambangkan identiti yang buruk tentang imej pelajar
di Malaysia. Kita seharusnya, menghormati guru dengan memasuki kelas lebih awal
daripada mereka.

Selain itu, pelajar juga haruslah menghormati seseorang guru itu dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan. Tidak dinafikan bahawa pembelajaran dalam
talian memerlukan kos internet yang tinggi bagi menghubungkan pelajar dengan
guru dalam perisian “Google Meet” atau “Zoom”. Namun begitu, ianya tidak boleh
dijadikan alasan untuk seorang pelajar bagi keluar daripada kelas tersebut dengan
lebih awal. Tidak dinafikan bahawa perlakuan ini dikawal sepenuhnya oleh kehendak
pelajar dan tidak mampu dihalang oleh guru. Namun, haruslah pelajar-pelajar berfikir
tentang perbuatan mereka yang akan menjejaskan masa hadapan yang akan
datang.

7
Keempat, pembelajaran atas talian amatlah memerlukan pengetahuan
sepenuhnya dalam mengaplikasikan pembelajaran abad ke 21. Disebabkan hal ini,
pelajar-pelajar haruslah bijak untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang
perisian-perisian yang dapat digunakan dalam menambah baik tugasan yang
diberikan oleh guru. Hal ini dibicarakan kerana masih ramai pelajar-pelajar yang
lemah dalam penguasaan siber. Perkara ini haruslah diambil serius agar pelajar-
pelajar dapat mengekalkan tahap kondusif dan bersedia dalam apa jua keadaan
semasa pembelajaran.

Aplikasi-aplikasi seperti “Google Classroom” haruslah digunakan selalu agar


pelajar dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dengan guru serta rakan yang
lain. Jika perkara ini tidak dilakukan, maka guru-guru akan menjadi lebih sukar dalam
menyampaikan ilmu dan megurangkan tahap keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran.

8
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian amatlah memberi impak kepada


perubahan norma kehidupan bagi pendidikan di negara kita. Namun begitu,
perubahan ini tidak mendatangkan kerugian kepada pelajar malah menambahkan
keuntungan. Hal ini kerana, penguasaan kemahiran komputer dapat membantu
pelajar pada dewasa kelak bagi menceburi bidang pekerjaan. Perkara ini amatlah
penting bagi bersaing dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan seperti guru, kerana,
pekerja pejabat, kontaktor dan lain-lain lagi. Akhir kalam, saya berharap agar pelajar-
pelajar dapat menempuhi segala cabaran semasa pembelajaran dalam talian
dengan cekal sehinggalah pandemik covid 19 ini berakhir.

9
RUJUKAN

1. Dr. Faridah, Dr hajjah Hashimah, Norhiza & Zairinah, 2014, Wacana Penulisan,
SASBADI sdn. bhd
2. Siti Hajar Abdul Aziz, 2009, Bahasa Melayu II, Oxford Fajar, SDN .BHD

3. Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Mohammad Rezal Hamzah (2016). Faktor peramal tingkah laku kesihatan di media
sosial dalam kalangan pelajar di Universiti Awam Malaysia. Tesis PhD. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

5. BERNAMA, Berita Harian Online, 2 April 2020, muka surat 18

10

Anda mungkin juga menyukai