Anda di halaman 1dari 1

Dasawarsa ini, penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet menjadi

kewajipan bagi segenap manusia. Evolusi teknologi yang pesat membangun telah
banyak merubah cara hidup manusia pada hari ini. Misalnya, penggunaan surat telah
digantikan dengan emel yang hanya menggunakan alam maya untuk berhubung dan
perkhidmatannya adalah percuma. Kemajuan yang dikecapi manusia pada hari ini
menjadi satu bukti bahawa kita hendaklah terus berevolusi untuk memanfaatkan
teknologi. Hal ini kerana tamadun yang maju adalah tamadun yang sentiasa menambah
baik kehidupan mereka khususnya anggota masyarakat agar kita dapat duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Antara sektor yang perlu
meraikan penggunaan teknologi masa kini dan meninggalkan cara konvensional adalah
sektor pendidikan. Maka, wajar untuk kita bincangkan apakah kelebihan pendidikan
secara maya atau pengajaran & pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian?

Pendidikan secara dalam talian dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan
cara yang lebih mudah serta interaktif buat para pelajar. Berbeza dengan pembelajaran
secara bersemuka, pendidikan maya memerlukan guru dan pelajar berinteraksi melalui
tablet, komputer atau telefon. Guru-guru perlu menyediakan bahan pembelajaran secara
video dan mengajar melalui webinar atau panggilan video kepada anak muridnya. Kita
akui, cara ini kurang memberikan kepada pelajar khususnya kanak-kanak yang
memerlukan pembelajaran secara bersemuka. Tetapi, guru boleh menggunakan video
interaktif yang terdapat secara percuma di Internet. Pelajar juga boleh mencari sumber
pembelajaran yang lebih banyak berbanding hanya bergantung kepada buku teks.
Malah, terdapat banyak aplikasi seperti quiz yang dapat memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran secara dalam talian untuk guru dan pelajar. Bak kata pepatah Melayu,
laut yang ditimba tidak akan kering. Selagi kita ada kemahuan untuk mencari dan
menyampaikan ilmu, pasti ada jalan yang terbaik untuk kita mengecapi niat murni itu.

Dari sudut pandang yang lain, pendidikan secara maya dapat memberi keselesaan atau
suasana yang kondusif kepada pelajar dan guru. Jika di sekolah, pelajar perlu memakai
pakaian seragam yang bagus untuk mendisiplinkan mereka tetapi apabila di rumah,
pelajar tidak perlu untuk berpakaian seragam dan hanya memakai pakaian mengikut
keselesaan mereka. Selain itu, pendidikan secara maya di rumah membolehkan pelajar
untuk fokus dengan lebih baik kerana kurang gangguan daripada pelajar atau raka
sekelas. Tapi realitinya, masih ramai pelajar di luar bandar yang ssukar untuk mengikuti
pendidikan secara maya. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah melakukan tindakan untuk
meningkatkan infrastruktur Internet di seluruh negara agar pendidikan secara maya ini
dapat dinikmati oleh segenap penduduk di Malaysia.

Kelebihan lain pendidikan secara maya adalah ia dapat meningkatkan kemahiran


teknologi dalam kalangan guru dan juga pelajar. Umum mengetahui, pendidikan secara
maya memerlukan kemahiran teknologi pelajar untuk akses masuk ke dalam aplikasi
pembelajaran dalam talian. Pelajar perlu mendapatkan talian Internet yang stabil untuk
melalui proses pendidikan maya secara lancar. Di waktu negara kita menghadapi
pandemik COVID-19, kita dapat menyaksikan guru-guru menggunakan pelbagai kaedah
khususnya penggunaan teknologi untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid.
Situasi ini telah membuatkan warga pendidik untuk berfikir di luar kotak dan
menghasilkan bahan pengajaran yang terbaik menggunakan teknologi yang ada.
Intihannya, pendidikan secara maya dapat meningkatkan kemahiran teknologi dalam
kalangan guru serta pelajar secara langsung atau tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai