Anda di halaman 1dari 2

Melihat penularan wabak Covid-19 secara positif, situasi sebegini telah mendorong warga pendidik di

Malaysia bersemangat padu untuk memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran
seharian. Dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu, pembelajaran secara atas talian telah
dijalankan pada setiap hari untuk mendidik anak bangsa nusa tercinta. Ibu bapa pula akan menjadi
fasilitator dan turut serta mengawasi serta memantau sesi pembelajaran dan kerja sekolah anak-anak
mereka. Murid-murid pula perlu memiliki sifat dedikasi dan kerajinan untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru pada setiap hari.

Kita dapat menyaksikan orang ramai mula menyesuaikan diri kepada budaya norma baharu. Sebelum
ini, kita memang jarang menekankan amalan mencuci tangan secara kerap, penjarakan sosial, memakai
pelitup separuh muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman. Namun, sekarang semua ini tidak lagi
dianggap sesuatu yang janggal atau tidak dititikberatkan. Situasi ini berlaku sedemikian kerana amalan
tersebut amat mustahak sekali pada saat pencegahan Covid-19 terutama setiap kali kita ingin
melangkah kaki ke luar rumah. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah jika kita mahu ke
pasar raya, sudah tentu kita perlu menulis nama penuh dan suhu badan kita sebelum memasuki
kawasan pasar raya. Inilah satu norma baharu yang perlu kita terima dan patuhi pada masa sekarang.
Dalam pada itu, kita akan berasa pelik atau hairan apabila kita melihat khalayak ramai di sekeliling kita

Sejak negara kita dilanda pandemik COVID-19, pendidikan maya telah diperkenalkan secara meluas oleh
kerajaan dalam usaha untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lancar.

Pendidikan maya yang mengutamakan teknologi, maklumat dan komunikasi telah mendatangkan
heterogen impak positif dalam bidang pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan
pelajar berminda kelas pertama.

•Kita perlulah mengenali keistimewaan yang dibawa oleh pendidikan maya dalam melakar landskap
pendidikan negara yang cerah.

• Kaedah pembelajaran secara tersidang ini mmemerlukan kemudahan Internet yang digabungkan
dengan audio, video, grafik dan pelbagai unsur media yang dapat menarik minat dan perhatian murid-
murid.

• Pendidikan maya yang berpusatkan murid sekali gus telah mengubah corak penyampaian ilmu kepada
pada pelajar yang mendahagakan ilmu pengetahuan
• Pendidikan maya tidak lagi mengaplikasikan teknik tradisional yang sudah ketinggalan zaman, iaitu
melibatkan seorang guru mengajar para pelajar di depan kelas dengan menggunakan papan hitam dan
kapur..

• Penggunaan Internet telah menukar cara pengajaran konvensional kepada cara pengajaran berasaskan
jejaring atau pembelajaran maya.

. Dengan kata lain, pembelajaran maya juga sering dikaitkan dengan istilah atau konsep lain seperti e-
pembelajaran, pembelajaran atas talian, pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berasaskan laman web
dan sebagainya.

Melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa B E dan jajaran yang menjadi halangan
untuk seseorang itu belajar, sekali gus memperkasakan ilmu dalam pelbagai bidang.

. Secara tuntasnya, dengan kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet, dan Intranet, serta teknologi
digital, konsep pembelajaran maya seharusnya dimanfaatkan semaksimmungkin oleh semua pihak
kerana konsep pembelajarannya tanpa batasan, tempat dan masa.

Diharapkan dengan adanya konsep pembelajaran maya ini, mutu pendidikan negara akan meningkat,
sekali gus menjadi nilai tambah dan menyediakan alternatif tambahan bagi merangsang minat pelajar
untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai