Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 2)

PENDIDKAN ISLAM

(GBM 1103)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR FARHAN HAKIMI BIN NARIZAM

ANGKA GILIRAN 2020192310124

KAD PENGENALAN 020828100529

KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)

NAMA KURSUS BAHASA MELAYU KONTEKSUAL

KOD KURSUS GBM 1103

NAMA PENSYARAH DAN JABATAN SARIMAH BINTI AWANG

TARIKH HANTAR 31 MAC 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


DARIPADA PENSYARAH

PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


saya iaitu Puan Sarimah binti Awang kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan agar saya tidak leka dan memberikan tunjuk ajar. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan agar saya dapat membaiki segala kesalahan
ketika menyiaapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam penyiapan kerja kursus ini.Terima kasih.

2
ISI KANDUNGAN PERKARA

1.0 PENGENALAN 4

2.0 ELEMEN PENTING PROTOKOL 5-6

3.0 KEPENTINGAN PROTOKOL DALAM SESEBUAH MAJLIS 7-8

4.0 KESIMPULAN 9

RUJUKAN 10

3
1.0 PENGENALAN

Protokol merupakan suatu elemen yang dapat melambangkan jati diri seseorang.
Perkara ini berkait rapat dengan kesantunan seseorang apabila ditempatkan ke
dalam sesebuah situasi. Seseorang itu haruslah bijak dalam mempersuaikan diri
dalam apa-apa jua keadaan yang berlaku. Setiap protokol berbeza mengikut garis
panduan yang bergantung dengan sesebuah majlis.

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat protokol


bermaksud peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi. Pernyataan tersebut
menyatakan bahawa setiap majlis yang mempunyai susun atur formal perlulah
mempunyai protokol dan haruslah bagi seseorang untuk mengikuti setiap undang-
undang protokol bagi melincinkan gerak atur majlis.

Mokhtar, 1993 mendefinisikan protokol sebagai perkataan yang membawa


maksud peraturan yang telah diterima oleh semua pihak sama ada dalam amalan
hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat atau dalam pelbagai
istiadat atau majlis rasmi dan tidak rasmi. Selain itu, Abdullah, 2002 mendefinisikan
protokol sebagai peraturan dalam majlis rasmi. Protokol termasuklah hal yang
menyentuh sesiapa yang harus didahulukan, dikemudiankan serta kedudukan meja
dalam sesuatu majlis.

Terdapat lima jenis Majlis formal yang wujud di negara kita iaitu majlis Istiadat
seperti Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran,menyampaikan surat
tauliah dan mengangkat sumpah oleh Menteri. Kedua, majlis rasmi dan formal
seperti majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk
seseorang ketua negara asing. Ketiga, majlis rasmi tetapi tidak formal iaitu majlis
yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan sempena hari
kebangsaan. Keempat, majlis tidak rasmi tetapi formal seperti dianjurkan oleh pihak
swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh
Perdana Menteri atau Menteri. Kelima, majlis tidak rasmi dan tidak formal seperti hari
keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.

4
2.0 ELEMEN PENTING PROTOKOL

Setiap protokol mempunyai keunikan yang tersendiri berkait dengan sesebuah majlis
yang dilakukan. Dalam setiap protokol keunikan itu dibezakan dengan beberapa
elemen dasar bagi menghormati sesebuah majlis tersebut. Dengan wujudnya
tatacara tersebut maka hubungan sosial antara hadirin di dalam majlis tersebut dapat
dieratkan kerana wujudnya kesantunan. Dengan ini, taraf kesantunan seseorang itu
dapat ditonjolkan dan dijadika ikutan pada masyarakat yang lain.

Antara elemen yang wujud dalam etika protokol ialah etika perkenalan. Iaitu
cara seseorang untuk bertutur dengan orang lain dalam sesebuah majlis. Hal ini
berkait rapat juga dengan pangkat dan taraf seseorang. Perkara ini harus diambil
berat agar dapat menjaga taraf sosial masing-masing. Walaupun perkara ini berkait
rapat dengan taraf yang bermaksud kepentingan sendiri namun disebabkan oleh
protokol, kita haruslah mengikutinya agar keadaan majlis menjadi harmoni. Antara
contoh salam perkenalan yang kebiasaannya digunakan ialah dengan menyapa
seseorang yang pangkat lebih tinggi dari kita dengan meletakkan perkataan tuan,
dato’ atau tuanku. Antara larangan yang harus dielakkan dalam melakukan salam
perkenalan ialah dengan menyoalkan tempat tinggal, memberikan senyum sinis
serta bercakap kasar dan meninggikan suara.

Kedua, elemen yang penting dalam etika protokol ialah pemakaian. Pakaian
merupakan suatu elemen dasar yang terpenting dalam suatu majlis. Hal ini kerana
pakaian melambangkan identiti seseorang itu. Melalui pakaian, seseorang itu
haruslah bijak menyesuaikannya dalam sesuatu majlis. Misalnya, jika seseorang itu
menghadiri majlis tadarus Al Quran, haruslah baginya untuk berpakaian baju melayu
serta bersampin atau jika seseorang itu menghadiri majlis perasmian pejabat
haruslah baginya berpakaian baju kemeja, bertali leher dan berseluar slack.
Disamping itu, penggunaan minyak wangi juga merupakan sampingan daripada etika
pemakaian. Minyak wangi memainkan peranan yang penting bagi menutupi bau-bau
yang kurang enak dihidu dan membantu seseorang itu untuk lebih mudah bergaul
dengan orang lain dalam sesebuah majlis.

5
Ketiga, elemen yang penting juga dalam sesebuah majlis ialah etika makan di
meja. Seseorang itu haruslah menunjukkan kesopanan serta adab ketika berkongsi
meja bersama dengan dif-dif kehormat yang lain ataupun masyarakat. Hal ini
bertujuan untuk melambangkan identiti jati diri seseorang. Dengan menunujukkan
etika yang baik dalam majlis makan, ianya dapat meningkatkan lagi susun atur
protokol sesebuah majlis. Antara perkara-yang dilarang semasa majlis makan ialah
menggunakan tangan untuk menyuap makanan, melagakan sudu dan pinggan
sehingga wujudnya bunyi yang kuat dan mengambil makanan yang lebih jauh
daripada kita apabila memulakan makan.

Selain itu juga, susunan meja makan juga salah satu daripada etika protokol
majlis makan. Hal ini kerana, seseorang yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi
atau dikenali sebagai dif kehormat haruslah didahulukan kerana ianya merupakan
salah satu daripada kod etika protokol. Perkara ini bukannya bertujuan untuk
mewujudkan diskriminasi terhadap taraf seseorang tetapi untuk melambangkan
betapa formalnya sesebuah hadirin itu dalam melaksanakan protokol sesebuah
majlis.

6
3.0 KEPENTINGAN PROTOKOL DALAM SESEBUAH MAJLIS

Antara kepentingan protokol di dalam sesebuah majlis ialah bagi mewujudkan


keharmonian di dalam sesebuah majlis. Hal ini kerana dengan protokol sesebuah
majlis itu dapat menjaga status dan orang kenamaan. Dengan terjaganya nama
orang kenamaan maka ianya akan mewujudkan sifat saling menghormati dan
melambangkan kekuasaan orang atasan. Kekuasaan orang atasan haruslah
ditonjolkan agar dapat menjadi contoh utama serta disanjungi dan dihormati. Hal ini
kerana kehormatan seseorang bergantung kepada pangkat dan taraf diri.

Selain itu, protokol juga diadakan bertujuan untuk menjaga sensitiviti dan
perasaan dif-dif kehormat. Hal yang demikian kerana apabila wujudnya sesuatu
majlis yang mempunyai taraf yang sama dikalangan hadirinnya maka kekuasaan
seseorang di situ tidak akan menonjol. Misalnya, jika seorang raja mencemar duli di
suatu kawasan maka mereka haruslah melakukan suatu kawasan yang khas untuk
baginda berada. Mereka tidak boleh meletakkan raja setaraf dengan rakyat kerana
bimbang akan menimbulkan kejanggalan dan pada masa yang sama melukakan hati
sang raja.

Disamping itu, protokol dapat memastikan keutamaan dan penghormatan


kepada jawatan seseorang dif kehormat. Hal ini kerana dengan wujudnya protokol
seperti etika majlis makan yang mengutamakan dif-dif kehormat untuk duduk di
barisan hadapan dapat membuatkan mereka menjadi gembira serta dihargai.
Disebabkan hal ini, mungkin di antara kalangan mereka akan menjadi lebih prihatin
terhadap orang-orang bawahan dengan memberikan bantuan atau sebaliknya. Jika
perkara ini berlaku, maka kesusahan yang dialami oleh semua pihak di Malaysia
dapat dikongsi Bersama bak kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing”

7
Akhir sekali, protokol dapat menjadikan diri masyarakat berdisiplin dan
berakhlak. Dengan wujudnya peraturan serta kod etika protokol maka para hadirin
haruslah mengikutinya dan pada masa yang sama ianya dapat membentuk jati diri
dan keperibadian masyarakat. Hal ini kerana dengan wujudya kod etika pemakaian,
masyarakat akan menjadi lebih peka tentang sesuatu majlis dan bijak dalam
menyesuaikan diri. Hal ini bagi melambangkan kesantunan pemakaian dalam
kalangan jati diri mereka.

8
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, protokol amatlah memainkan peranan yang penting dalam


sesebuah majlis bagi menjaga kemaslahatan bersama. Hal ini kerana, dengan
menjaga perasaan di antara ahli majlis ianya dapat mewujudkan keharmonian.
Bukan itu sahaja, dengan etika protokol juga ianya dapat mendidik masyarakat kea
rah yang lebih baik. Hal ini kerana peraturan kod etika yang membuatkan
masyarakat peka jika diletakkan dalam suatu majlis. Akhir kalam, walaupun protokol
ini hanya mementingkan sebelah pihak iaitu golongan atasan, namun, kita sebagai
rakyat haruslah menyanjungi mereka. Hal ini kerana, wujudnya pengorbanan mereka
bagi melindungi kita. Contohnya, perlindungan raja kepada rakyatnya atau
pengorbanan Menteri dalam mentadbir suatu kerajaan dan negara. Kita haruslah
menghormati mereka dengan sepenuh hati agar menjadi rakyat yang bersifat
patriotik iaitu cinta akan negara.

9
RUJUKAN

1. Mukhtar Mohd Tohar, (2005), Panduan Protokol Dan Etiket Sosial, Bukit Kayu Hitam,
Kedah, Penerbit Universiti Utara Malaysia
2. Khairudin Muhammad, M. A. (2020), Bahasa Melayu Kontekstual, Kuala Lumpur,
Oxford Fajar Sdn.Bhd
3. Ramian Abdul Wahab, (2014), Pengurusan Majlis Dan Atur Cara: Elemen Penting
Protokol, Kuala Lumpur, Oxford Fajar Sdn.Bhd
4. Kamus Dewan Edisi Keempat, (2017), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka
5. Samsudin Wahab, (2006), Panduan Protokol Dan Tatatertib Majlis, Kuala Lumpur,
Publishing House

10

Anda mungkin juga menyukai