Anda di halaman 1dari 1

Komunikasi dengan diri sendiri sama ada secara sedar atau secara tidak sedar.

Contohnya berfikir
kerana keberkesanan komunikasi dengan orang lain amat bergantung pada keberkesanan
komunikasi kita dengan diri sendiri.

Komunikasi dengan orang lain secara bersemuka yang memungkinkan setiap individu yang berlawan
bercakap dapat menangkap reaksi orang lain secara langsung (verbal dan nonverbal). Pihak-pihak
yang berkomunikasi berada dalam jarak yang dekat. Komunikasi dua hala ini berlaku secara
serentak, spontan, secara lisan dan bukan lisan (verbal dan nonverbal).

Sekumpulan orang yang mempunyai tujuan yang sama, yang berinteraksi antara satu sama lain
untuk mencapai tujuan bersama, mengenal satu sama lain, dan mengamggap mereka sebagai
sebahagian daripada kelompok tersebut. Contohnya, keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan rapat,
kumpulan perbincangan, kumpulan pemikir.

Komunikasi yang menggunakan media massa sama ada media cetak iaitu majalah, surat khabar atau
peralatan elektronik seperti radio, televisyen, Internet yang dikelolakan oleh suatu lembaga atau
orang tertentu, yang ditujukan kepada sejumlah orang yang terletak di merata lokasi. Maklumat
menerusi media ini bersifat umum, disampaikan secara cepat, serentak, dan secara langsung iaitu
media elektronik

Komunikasi antara seorang pembicara dengan sejumlah besar orang yang tidak dapat dikenali satu
persatu. Komunikasi ini sering juga disebut sebagai pidato, ceramah, atau kuliah (umum). Beberapa
pakar komunikasi menggunakan istilah komunikasi kelompok besar. Komunikasi ini biasanya
berlangsung secara lebih formal dan lebih sukar berbanding dengan komunikasi interpersonal atau
komunikasi kumpulan kecil (kelompok) kerana komunikasi awam menuntut persiapan yang teliti,
keberanian, dan kemampuan untuk menghadapi sejumlah besar khalayak.

Anda mungkin juga menyukai