Anda di halaman 1dari 5

0

KERTAS KERJA CADANGAN






BENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN
DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010
(BAKAT 2010)



13 sehingga 14 Mac 2010
Sekolah Menengah (P) Jalan Air Panas


DISEDIAKAN OLEH:
IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort,
47000, Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor
No. Tel: 03-6038 8101 / No. Faks: 03-6038 8102
Blog: http://iqclassmanagement.blogspot.com
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com

1

PENGENALAN
Organisasi merupakan sebuah pergerakan yang disertai oleh sekumpulan manusia. Mereka melakukan sesuatu
tugasan atau tanggungjawab berdasarkan objektif yang ditetapkan. Kebiasaannya organisasi akan diwakili oleh
pemimpin dan pasti setiap pemimpin akan ada pengikutnya. Organisasi amat perlu dalam kehidupan kita seharian.
Ini disebabkan oleh cara hidup manusia yang mementingkan kehidupan sosial. Bermula dari organisasi kekeluargaan
sehinggalah kepada persyarikatan atau perjabatan yang diwujudkan oleh kerajaan atau swasta.

Namun seringkali bermain diminda kita, bagaimana organisasi ini mampu berkesan. Berkesan kepada persekitaran
atau masyarakat setempat. Kadangkala juga kita dengar, bagaimana organisasi ini gagal berfungsi dengan baik yang
akhirnya berpecah atau bercerai bagi sesebuah keluarga. Ada juga yang dapat kita dengari atau lihat keberjayaan
sesebuah organisasi yang akhirnya memberikan manfaat kepada persekitarannya. Si ketua berperanan dengan baik
sehinggakan para pengikutnya bekerja keras dan menyumbang sebaik mungkin untuk organisasi mereka. Akhirnya
kesungguhan sumbangan itu bukan sahaja dapat dirasakan oleh organisasi tersebut bahkan masyarakat yang dapat
kita lihat dan fahami seperti tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh sesetengah pihak swasta atau pergerakan
organisasi bukan kerajaan yang terus menyalurkan pelbagai manfaat yang dapat dikongsikan semua rakyat di negara
ini.

Maka, Bengkel Asas Kepemimpinan dan Asas Tadbir Organisasi 2010 atau lebih dikenali sebagai BAKAT 2010 telah
kami bina bagi merungkai rahsia keberjayaan pengurusan sesuatu organisasi yang berkesan. Bengkel yang
dibentukkan modulnya selama 2 hari 1 malam akan mengetengahkan kemahiran asas khususnya buat pelajar-pelajar
sekolah menengah, bagaimana daya kepemimpinan mereka yang baik dan hebat akan mampu mendorong organisasi
ke arah lebih cemerlang. Tidak setakat itu sahaja, mereka juga perlu melengkapkan diri mereka dengan beberapa
kemahiran penting yang juga dimuatkan di dalam modul BAKAT 2010.

MATLAMAT AKHIR PROGRAM
Peserta akan dapat memperbaiki penampilan diri sebagai pemimpin serta dapat memimpin rakan-rakan organisasi
dengan berkesan.

OBJEKTIF PROGRAM
Selepas menyertai program ini, pelajar akan dapat;
1. Membentuk penampilan pemimpin yang berkaliber;
2. Memperbaiki komunikasi dalam organisasi;
3. Menambah kemahiran bermesyuarat serta;
4. Mempelajari teknik berkesan mengetuai organisasi.

JANGKAMASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM
Jangkamasa perlaksanaan adalah selama 2 hari 1 malam. Bermula 3.00 petang hari pertama (13 Mac 2010) sehingga
jam 4.00 petang hari kedua (14 Mac 2010).

TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM
Tertakluk kepada persetujuan dan perbincangan.

SASARAN PESERTA PROGRAM
Maksimum 80 orang peserta dari kalangan kepimpinan pelajar. Tertakluk kepada syarat yang ditentukan sendiri oleh
pihak penganjur.

PIHAK PENGANJUR PROGRAM
Unit Displin
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Air Panas

KOS PENGANJURAN PROGRAM
RM 2,000.00 untuk bilangan pelajar maksimum seramai 80 orang sahaja. Untuk setiap pelajar yang lebih, bayaran
dikenakan untuk setiap orang pelajar sebanyak RM20.00 sahaja. Bilangan pelajar hendaklah ditentukan dalam
tempoh sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum dari tarikh program berlangsung.
2


Kami akan sediakan bahan untuk peserta iaitu;
1. Buku Nota Peserta,
2. Alatulis seperti pen dan kertas A4;
3. Fail peserta; serta
4. Sijil Penyertaan.

KOS SEWAAN TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM
Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

JADUAL PERJALANAN PROGRAM
Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

PELAN PEMBELAJARAN PROGRAM
Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 4.

PENUTUP
Perlaksanaan BAKAT 2010 ini akan meninggalkan pengharapan besar pihak sekolah kepada generasi kepimpinan
baru sekolah agar dapat melaksanakan tugasan serta amanah yang diberikan dengan berkesan dan sistematik.
Melalui kursus yang ringkas dan padat, pastinya, hasil tidaklah mampu memberikan kesan yang besar kepada
pelajar. Segala usaha yang dibuat, anggaplah ia sebagai sentuhan pertama yang memerlukan tugasan lanjutan buat
kali kedua, ketiga dan seterusnya. Harapan kami, dengan hadirnya BAKAT 2010, akan mampu memberikan
pembelajaran serta pengalaman kepada peserta untuk menjadi peribadi yang berkesan di dalam sesebuah
organisasi. Moga-moga kita dapat melahirkan generasi yang juga akan berkesan untuk keluarga, masyarakat dan
negara mereka.





3

LAMPIRAN

SENARAI TEMPAT DAN KOS SEWAAN
BENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010
(BAKAT 2010)

BIL NAMA TEMPAT
KOS SEORANG
(RM)
KOS x 80 ORANG
PESERTA (RM)
JUMLAH KOS + KOS
PERUNDINGAN IQ
CLASS MANAGEMENT
(RM)
1. De Congkak Forest, Sungai Congkak 35.00 2,800.00 4,800.00
2. SUKIDA Resort, Semenyih 50.00 4,000.00 6,000.00
3. Kem El-Azzhar, Morib Banting 50.00 4,000.00 6,000.00
4.
Ulu Kali Training Centre, Batang Kali,
Hulu Selangor
50.00 4,000.00 6,000.00
5. Kem Bumi Jati, Jalan Kebun Shah Alam 55.00 4,400.00 6,400.00
6. Warisan Sembilang Resort 55.00 4,400.00 6,400.00
Tertakluk kepada perubahan semasa.


JADUAL
BENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010
(BAKAT 2010)

HARI
MASA
HARI PERTAMA (8 Mei 2010) HARI KEDUA (9 Mei 2010)
4.30 pagi Bangun dan bersiap diri
5.15 pagi Qiyamullail dan Diskusi Pagi
6.15 pagi
Solat Subuh berjemaah dan Tazkirah
Subuh
7.45 pagi
Pendaftaran dan taklimat awal
peserta
Senaman Pagi
8.15 pagi Taklimat Kursus Sarapan pagi dan bersiap diri
9.00 pagi Aktiviti Pemecah Bendungan BAKAT 4
10.30 pagi Minum pagi dan Solat Sunat Dhuha Minum pagi dan Solat Sunat Dhuha
11.00 pagi BAKAT 1 BAKAT 5
12.45 tengahari
Makan tengahari dan solat Zohor
berjemaah
Makan tengahari dan solat Zohor
berjemaah
2.30 petang BAKAT 2
Resolusi dan Majlis Perasmian
Penutup BAKAT 2010
4.15 petang
Minum petang dan Solat Asar
berjemaah
Bersurai
5.15 petang Aktiviti Kejelikitan Kumpulan

6.30 petang Makan malam dan bersiap diri
7.30 malam
Solat Maghrib berjemaah, Tazkirah
Maghrib dan Diskusi Petang
8.45 malam Solat Isyak berjemaah
9.15 malam BAKAT 3
10.45 malam Minum malam dan persiapan diri
11.30 malam Tidur


4

LAMPIRAN

PELAN PEMBELAJARAN
BENGKEL ASAS KEPEMIMPINAN DAN ASAS TADBIR ORGANISASI 2010
(BAKAT 2010)

Bil Tajuk Slot Objektif Modus Operandi
1.
Aktiviti Taklimat
dan Pemecah
Bendungan
1. Mengetahui peraturan dalam BAKAT 2010;
2. Mengenali fasilitator;
3. Memulakan perkenalan awal dengan peserta lain; serta
4. Membentuk kumpulan sepanjang BAKAT 2010.
Taklimat, permainan
bermodul dan LDK
2. BAKAT 1
Tajuk: Gaya Kepimpinan
1. Memahami apa itu kepimpinan;
2. Mempelajari gaya-gaya kepimpinan berkesan serta;
3. Membincangkan ciri-ciri pemimpin berkaliber.
LDK
3. BAKAT 2
Tajuk: Komunikasi Berkesan Di Dalam Organisasi
1. Memahami apa yang dikatakan komunikasi;
2. Mempelajari tatacara komunikasi di dalam organisasi serta;
3. Mengaplikasikan komunikasi yang berkesan di dalam organisasi.
Ceramah dan bengkel
4.
Aktiviti Kejelikitan
Kumpulan
1. Membina kesefahaman kumpulan;
2. Mempelajari teknik berkesan dalam perhubungan serta;
3. Membentuk pemikiran terbuka.
Permainan bermodul
5.
Tazkirah Maghrib
dan Diskusi Petang
Tajuk: Membina Fokus Yang Betul
1. Memahami sebab mengapa mereka berada di BAKAT 2010;
serta
2. Mengetahui fokus sebagai seorang pemimpin remaja yang
berkaliber.
Ceramah pendek dan
bengkel
6. BAKAT 3
Tajuk: Mengurus Mesyuarat
1. Memahami apa itu mesyuarat;
2. Mengenali bentuk-bentuk mesyuarat serta;
3. Mengetahui teknik-teknik mesyuarat berkesan.
LDK dan Main Peranan
7.
Tazkirah Subuh
dan Diskusi Padi
Tajuk: Pupuk Matlamat Yang Jelas
1. Memahami kepentingan matlamat yang jelas; serta
2. Membina matlamat dalam kehidupan sebagai pemimpin
teladan.
Ceramah pendek dan
bengkel
8. BAKAT 4
Tajuk: Pemimpin dan Pengikut; Siapa KETUA?
1. Membezakan diantara pemimpin dan pengurus;
2. Membincangkan peranan ketua dan pengikut serta;
3. Memahami fungsi daya kepemimpinan di dalam organisasi.
Permainan bermodul
8. BAKAT 5
Tajuk: Ketua, Pengikut dan Situasi
1. Memupuk rasa bertanggungjawab di atas amanah yang
diberikan;
2. Mengaplikasikan setiap perkara yang telah dipelajari serta;
3. Menguruskan sebuah majlis rasmi.
Main Peranan

Anda mungkin juga menyukai