Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010 (Asas PRS 2010)

13 sehingga 14 Mac 2010 Sekolah Menengah (P) Jalan Air Panas


DISEDIAKAN OLEH:

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort, 47000, Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor No. Tel: 03-6038 8101 / No. Faks: 03-6038 8102 Blog: http://iqclassmanagement.blogspot.com Emel: iqclassmanagement@yahoo.com

PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya adalah sesuatu yang biasa kita dengari diperingkat sekolah menengah. Ia merupakan seelompok pelajar yang dipilih bagi membantu kerja-kerja atau tugasan yang berkaitan dengan bimbingan, latihan dan juga motivasi dikalangan pelajar sekolah yang sebaya dengan mereka. Peranan mereka cukup besar di sekolah. Namun, ramai dikalangan pelajar dan ada juga dikalangan guru-guru yang tidak berjaya mengenalpasti dan melihat peranan PRS ini lebih dari sekadar peranan mereka di sekolah sahaja. Kelompok pelajar yang bernaung dibawah PRS merupakan kelompok pelajar yang telah diberikan kesedaran dan memahami keperluan untuk menjadi manusia yang terbaik bukan sekadar pelajar sahaja. Mereka ini kebiasaannya sudah memiliki kecerdasan emosi yang tinggi tetapi perlu dibimbing agar kecerdasan itu tadi dapat digunakan untuk membantu orang lain disamping memperbaiki diri mereka sendiri. Sebagaimana yang kta ketahui, gejala keruntuhan moral hari ini kebanyakannya dikatakan bermula dari kelompok remaja dan belia yang terdedah dengan dunia yang pelbagai. Begitu juga apabila ia menular dikalangan pelajar sekolah. Rakan sebaya merupakan faktor yang terhampir untuk menyebabkan seseorang mereka terjebak ke dalam sebarang tingkahlaku keruntuhan akhlak. Oleh yang demikian, ahli PRSlah merupakan kelompok pelajar yang paling hampir kepada mereka yang seharusnya digembeling dan dijadikan contoh untuk membina generasi sebaya mereka. Mereka perlu diberikan latihan yang cukup, bimbingan yang jelas serta motivasi yang berterusan untuk sentiasa menjadi yang terbaik, memperbaiki diri sendiri untuk membantu orang lain. Kami di IQ Class Management, dengan ini menawarkan KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010 atau Asas PRS 2010 sebagai salah satu cara membantu guru-guru untuk menambahkan kemahiran kepada peserta melalui pembelajaran melalui pengalaman serta bimbingan daripada fasilitator berpengalaman. Pastinya, kami akan menyediakan cadangan-cadangan kursus susulan bagi menambah lagi kemahiran dan persiapan terbaik buat ahli PRS di sekolah-sekolah.

MATLAMAT AKHIR KURSUS


Peserta akan dapat memahami dengan jelas siapakah dia PRS, peranan dan tanggungjawabnya sekaligus menghayati semangat kesukarelaan dalam menyertai PRS.

OBJEKTIF KURSUS
Selepas menyertai kursus ini, pelajar akan dapat; 1. Mengetahui apa itu PRS; 2. Mempelajari ciri-ciri asas PRS; 3. Memahami peranan PRS serta; 4. Mengenali PRS melalui konsep R.E.L.A.

JANGKAMASA DAN TARIKH PERLAKSANAAN KURSUS


Jangkamasa perlaksanaan adalah selama 2 hari 1 malam. Bermula 3.00 petang hari pertama (13 Mac 2010) sehingga jam 4.00 petang hari kedua (14 Mac 2010).

TEMPAT PERLAKSANAAN KURSUS


Tertakluk kepada persetujuan dan perbincangan.

SASARAN PESERTA KURSUS


Maksimum 80 orang peserta dari kalangan pembimbing rakan sebaya. Tertakluk kepada syarat yang ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.

PIHAK PENGANJUR KURSUS


Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Jalan Air Panas

KOS PENGANJURAN KURSUS


RM 2,000.00 untuk bilangan pelajar maksimum seramai 80 orang sahaja. Untuk setiap pelajar yang lebih, bayaran dikenakan untuk setiap orang pelajar sebanyak RM20.00 sahaja. Bilangan pelajar hendaklah ditentukan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum dari tarikh KURSUS berlangsung. Kami akan sediakan bahan untuk peserta iaitu; 1. Buku Nota Peserta, 2. Alatulis seperti pen dan kertas A4; 3. Fail peserta; serta 4. Sijil Penyertaan.

KOS SEWAAN TEMPAT PERLAKSANAAN KURSUS


Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

JADUAL PERJALANAN KURSUS


Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 3.

PELAN PEMBELAJARAN KURSUS


Sila rujuk kepada lampiran di mukasurat 4.

PENUTUP
Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan kecemerlangan peserta yang menyertai kursus ini secara khususnya dan keseluruhan pelajar secara amnya. Apa yang diharapkan daripada ASAS PRS 2010, akan dapat memberikan pengukuhan dan menambahkan pengertian bimbingan dalam hidup peserta disamping menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya kursus ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang.

LAMPIRAN SENARAI TEMPAT DAN KOS SEWAAN KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010 (Asas PRS 2010)
BIL 1. 2. 3. NAMA TEMPAT KOS SEORANG (RM) 35.00 50.00 50.00 50.00 55.00 55.00 KOS x 80 ORANG PESERTA (RM) 2,800.00 4,000.00 4,000.00 4,000.00 4,400.00 4,400.00 JUMLAH KOS + KOS PERUNDINGAN IQ CLASS MANAGEMENT (RM) 4,800.00 6,000.00 6,000.00 6,000.00 6,400.00 6,400.00

De Congkak Forest, Sungai Congkak SUKIDA Resort, Semenyih Kem El-Azzhar, Morib Banting Ulu Kali Training Centre, Batang Kali, 4. Hulu Selangor 5. Kem Bumi Jati, Jalan Kebun Shah Alam 6. Warisan Sembilang Resort Tertakluk kepada perubahan semasa.

JADUAL KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010 (Asas PRS 2010)
HARI MASA 4.30 pagi 5.15 pagi 6.15 pagi 7.45 pagi 8.15 pagi 9.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.45 tengahari 2.30 petang 3.00 petang 4.15 petang 5.15 petang 6.30 petang 7.30 malam 8.45 malam 9.15 malam 10.45 malam 11.30 malam Pendaftaran dan taklimat awal peserta Minum petang dan Solat Asar berjemaah Aktiviti Taklimat dan Pemecah Bendungan Makan malam dan bersiap diri Solat Maghrib berjemaah, Tazkirah Maghrib dan Diskusi Petang Solat Isyak berjemaah Asas PRS 1 Minum malam dan persiapan diri Tidur HARI PERTAMA (13 Mac 2010) HARI KEDUA (14 Mac 2010) Bangun dan bersiap diri Qiyamullail dan Diskusi Pagi Solat Subuh berjemaah dan Tazkirah Subuh Senaman Pagi Sarapan pagi dan bersiap diri Asas PRS 2 Minum pagi dan Solat Sunat Dhuha Asas PRS 3 Makan tengahari dan solat Zohor berjemaah Resolusi dan Majlis Perasmian Penutup Asas PRS 2010 Bersurai

LAMPIRAN PELAN PEMBELAJARAN KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2010 (Asas PRS 2010)

Bil 1.

Tajuk Slot Aktiviti Taklimat dan Pemecah Bendungan Tazkirah Maghrib dan Diskusi Petang

Objektif
1. Mengetahui peraturan dalam Asas PRS 2010; 2. Mengenali fasilitator; 3. Memulakan perkenalan awal dengan peserta lain; serta 4. Membentuk kumpulan sepanjang Asas PRS 2010. Tajuk: Membina Fokus Yang Betul 1. Memahami sebab mengapa mereka berada di PEMIKiR 2010; serta 2. Mengetahui fokus sebagai seorang pembimbing rakan sebaya yang berkesan. Tajuk: Siapa PRS? 1. Mengenali rakan dalam kumpulan; 2. Membina kejelikitan dalam kumpulan; 3. Mengetahui apakah itu PRS serta; 4. Memahami ciri-ciri seorang pembimbing. Tajuk: Pupuk Matlamat Yang Jelas 1. Memahami kepentingan matlamat yang jelas; serta 2. Membina matlamat dalam kehidupan sebagai pembimbing. Tajuk: KesukaRELAan sebagai ahli PRS 1. Memahami semangat sukarela di dalam PRS; 2. Mengetahui konsep R.E.L.A sebagai pembimbing serta; 3. Mendorong diri untuk mejadi PRS yang terbaik. Tajuk: Apa Peranan PRS? 1. Memupuk rasa bertanggungjawab di atas amanah yang diberikan; 2. Menjelaskan peranan yang perlu diambil serta; 3. Menanamkan keyakinan bantu diri untuk bantu orang lain.

Modus Operandi Taklimat, permainan bermodul dan LDK

2.

Ceramah pendek dan bengkel

3.

Asas PRS 1

LDK

4.

Tazkirah Subuh dan Diskusi Padi Asas PRS 2

Ceramah pendek dan bengkel Permainan bermodul

5.

6.

Asas PRS 3

Simulasi dan Permainan bermodul

Anda mungkin juga menyukai