Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH ( BBA 7232 )

68000 AMPANG, SELANGOR D.E.


TEL: 03-42808317 / FAKS : 03- 42808325

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN PASUKAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN PASUKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

RASIONAL

Kaedah dan pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dapat mengisi atau merentasi setiap aspek
pendidikan. Khidmat “murid membantu murid” dijangka lebih berkesan dan memahami curahan
perasaan rakan sebaya mereka.Golongan murid ini wajar diberi pendedahan asas
perkhidmatan menolong serta kemahiran asas kaunseling yang lain.

Kemahiran yang dimiliki itu diharapkan dapat menjadikan diri mereka sebagai pendengar yang
empati dan rela memberi pertolongan dalam membentuk budaya sekolah.Sejajar dengan
falsafah PRS “ Bantu diri untuk membantu orang lain”, wajarlah PRS ini ditubuhkan untuk
menjelajah potensi diri, membina keyakinan diri dan berusaha mempertingkatkan kemahiran,
kepimpinan dan keupayaan menolong.

MATLAMAT

Penubuhan PRS diharapkan dapat membina kelompok pelajar yang mampunyai keyakinan diri
yang tinggi, mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan perkhidmatan menolong
yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang kondusif dan merangsang
pembangunan manusia.

OBJEKTIF

Selepas program murid terpilih ini :

1. Boleh menguruskan emosi dan sahsiah dengan kemahiran asas kaunseling


2. Boleh menjadi PRS terlatih dan dapat menjadi pendengar yang baik dan bekeupayaan
membantu rakan.
3. Boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling, memperluas khidmat melalui projek
membantu yang dijalankan oleh PRS.
4. Boleh berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi
pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin sekolah.

PENUTUP

Program penubuhan PRS ini dibentuk atas empat objektif besar iaitu membolehkan murid atau
peserta membina kesedaran kendiri, mempraktikkan komunikasi berkesan, mengaplikasikan
kemahiran asas kaunseling serta maklum balas serta respon yang fasilatator.Pengendalian
penubuhan PRS ini juga diharap dapat mencapai hasrat dan objektif program.

Disediakan oleh :-

……………………
( EN. S. INDRAN )
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
SK Taman Bukit Indah , Ampang.
SELANGOR DARUL EHSAN.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………. ………………….
SEBARAN UNTUK GURU

TUAN/GURU

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling akan
menubuhkan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan menjalankan program di sekolah ini.

Program ini merupakan satu program murid yang terlibat dilatih sehingga dapat membantu diri
dan rakan sebaya mereka dalam bidang yang berkaitan dengan akademik dan sahsiah.Kajian
mendapati rakan sebaya lebih berpengaruh dan berkesan sebagai tempat meluahkan perasaan
dan masalah murid. Oleh itu program ini perlu dilaksanakan bagi membolehkan proses
membantu dijalankan secara lebih teratur dan berkesan.

Murid yang menyertai program ini akan dilatih dengan kemahiran-kemahiran asas menolong
sebelum mereka dibenarkan menjalankan perkhidmatan tersebut. Antara kemahiran yang
dilatih adalah seperti berikut:

1. Kemahiran membantu rakan sebaya

2. Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

3. Kemahiran membuat keputusan yang baik.

Di samping menjadi rakan kepada rakan sebaya mereka, mereka juga boleh menjadi
pembantu kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Antara peranan yang boleh
dimainkan oleh PRS adalah :

1. Menjadi “role model” kepada murid lain.

2. Menjadi fasilitator bagi sesuatu kelompok di sekolah seperti kelompok kemahiran


Belajar dan sebagainya.
3. Membantu menjalankan orentasi murid baru.

4. Menjalankan perkhidmatan menolong.

Kebanyakan aktiviti di atas telah dijalankan di sekolah secara formal. PRS ditubuhkan untuk
membantu menggerakan aktiviti-aktiviti ini dengan lebih teratur dan bekesan.

Adalah dimaklumkan bahawa Pembimbing Rakan Sebaya tidak boleh sama sekali mengambil
alih tugas-tugas perkhidmatan kaunseling yang telah dipertangungjawabkan kepada guru
bimbingan dan disiplin di sekolah.

Sukacita sekiranya tuan/puan dapat berkerjasama untuk menjayakan program ini.Atas


perhatian dan kerjasama tuan/puan berikan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………
( EN. S. INDRAN )
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
SK Taman Bukit Indah , Ampang.
SELANGOR DARUL EHSAN.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………. ………………….
MAKLUMAN KEPADA MURID

Kepada :

Semua murid,
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Ampang.

PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menubuhkan program
PRS di sekolah ini. Program ini merupakan suatu program yang menarik yang perlu anda
sertai. Melalui program ini, anda berpeluang :

1. Memberi idea mengharmonikan budaya sekolah yang kondusif.


2. Mampu membantu rakan-rakan secara aktif dalam bidang pelajaran
3. Memberi pengalaman baru dalam pengurusan.

Dengan hormatnya, anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam program ini. Untuk
keterangan lanjut, sila hubungi guru bimbingan dan kaunseling anda. Keperihatinan anda
didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang ikhlas,

……………………
( EN. S. INDRAN )
Guru Bimbingan Sepenuh Masa
SK Taman Bukit Indah , Ampang.
SELANGOR DARUL EHSAN.
KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

1.0 RASIONAL

Khidmat murid membantu muri merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah.Bilangan murid yang ramai
kadangkala menyebabkan Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak dapat memenuhi keperluan
murid dari sudut perkhidmatan menolong. Pada ketika inilah PRS boleh memainkan peranan
secara berterusan dan berkesan. Walau bagaimanapun pertolongan tidak akan dapat dilakukan
sekiranya PRS tidak dilatih dan dibimbing. Atas aiasan tersebut kursus ini wajar dijalankan
dalam masa para peserta dilatih meningkatkan kemahiran menjalankan sesi kaunseling.

2.0 MATLAMAT

Membina satu kumpulan murid (PRS) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan
membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

3.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan selepas kursus ini,peserta akan:

3 Memahami dan menguasai keahiran asas komunikasi dan berupaya


mempratikkannya dengan rakan-rakan/guru/keluarga dan orang lain.

4 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling


supaya dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan rakan.

5 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan


kelemahan diri.
6 Membina strategi meningkatkan potensi diri serta meminimakan kelemahan diri
supaya dapat membina sikap positif.

7 Memahami sifat-sifat murid dan aspirasi merek serta dapat membantu diri dan
rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.

8 Membina daya dorongan untuk membentuk budaya saling membantu, hormat


menghormati dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT KURSUS


Tarikh :
Tempat :

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid tahap dua: Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

6.0 INPUT KURSUS


6.1 Konsep Asas PRS
6.2 Kesedaran kendiri
6.3 Asas komunikasi
6.4 Asas Kaunseling

7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN


7.1 Ceramah
7.2 LDK
7.3 Riadah dan permainan
7.4 Kuliah
8.0 BAHAN DAN PERALATAN
8.1 Nota dan ceramah
8.2 Persembahan Powerpoints
8.3 Lain-lain bahan/ peralatan kursus/keperluan kursus

9.0 JANGKAMASA KURSUS


3 Hari 2malam

10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA


Penaung : Gurubesar

Penasihat : Penolong kanan 1

Pengerusi : Penolong kanan HEM

Setiausaha : Guru Bimbingan dan Kaunseling

Bendahari : ……………………………….

Kem.Komandan: …………………………........

AJK : Penginapan
Peralatan
Makanan
Riadah
Pengangkutan

Anda mungkin juga menyukai