Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG

IBRAHIM,JALAN DATIN HALIMAH,80350 JOHOR


BAHRU,JOHOR.
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN
TUGASAN 2: PERBEZAAN PENGGUNAAN LARAS BAHASA
PANGGILAN

NAMA PENSYARAH : ENCIK SHAMSUDDIN BIN RAZALI


NAMA : RODZIYAH BINTI MOHD RIDZA
NO.ANGKA GILIRAN : 2019122310208
NO.KAD PENGENALAN : 010414-02-0554
OPSYEN : PENDIDIKAN JASMANI (SK)
AMBILAN : JUN 2019
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN JASMANI 1
KOD/NAMA KURSUS : GBM 1103/ BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
TARIKH HANTAR : 1 APRIL 2020

1.0 PENGENALAN
Laras bahasa ialah cara atau gaya bahasa yang digunakan berdasarkan situasi
dalam bidang-bidang tertentu. Seorang penutur akan mengubah laras bahasa
mengikut situasi, topik yang dibincangkan, tujuan perbincangan dan pendengar
secara lisan atau bukan lisan. Laras bahasa juga merupakan satu alat sosial yang
digunakan dalam keadaan tertentu mengikut kesesuaian keadaan. Laras bahasa
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suasana, penutur, pendengar dan tujuan
wacana disampaikan atau diujarkan. Menurut Halliday (1968), laras bahasa
merupakan variasi bahasa yang wujud berdasarkan fungsinya yang dilihat melalui
tajuk wacana, cara atau gaya ia disampaikan oleh penutur. Asmah Hj.Omar (1987)
berpendapat laras bahasa ialah ciri khusus dalam penggunaan bahasa berdasarkan
bidang penggunaannya. Seterusnya, penggunaan laras bahasa yang tepat dan
sesuai mengikut keadaan tertentu akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan
dalam proses penyampaian yang ingin dilakukan, yang mana maklumat yang ingin
disampaikan itu secara tidak langsung akan mudah difahami dengan jelas dan lebih
berkesan penyampaian tersebut serta akan meningkatkan lagi keberkesanan dalam
komunikasi.
2.0 PENGGUNAAN LARAS BAHASA PANGGILAN
Laras bahasa panggilan adalah salah satu jenis laras bahasa yang digunakan
ketika berbual atau berkomunikasi. Sebagai seorang pengucap atau penyampai,
penggunaan laras bahasa panggilan yang tepat dan bersesuaian dengan sesuatu
majlis akan menarik minat pendengar atau rakan bual untuk meneruskan perbualan
secara langsung atau tidak langsung. Laras bahasa panggilan yang bersesuaian
dengan sesuatu keadaan akan mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang
dijalankan. Cara penyampaian atau penggunaan laras bahasa panggilan juga
bergantung kepada situasi tertentu.
Sekiranya menganjurkan sebuah majlis formal atau rasmi, kita perlu
menggunakan sistem panggilan atau bahasa sapaan yang bersesuaian d engan
majlis tersebut. Seperti yang dijelaskan, majlis formal atau rasmi merupakan satu
majlis rasmi sepenuhnya yang mementingkan kehadiran dif-dif jemputan yang besar
seperti raja-raja, menteri-menteri dan mempunyai sistem protokol yang lebih ketat
dan terperinci. Contohnya sebuah majlis yang melibatkan kerabat diraja seperti
majlis pertabalan. Dalam majlis rasmi seperti ini hadirin yang terlibat perlu
menggunakan sistem panggilan yang sopan seperti ‘Tuanku’ digunakan untuk sultan
atau raja dan ‘patik’ digunakan oleh rakyat biasa sebagai kata ganti nama diri kedua
ketika berkomunikasi. Penggunaan sistem panggilan seperti ini akan menyebabkan
hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak lebih akrab dan kelihatan beradab.
Laras bahasa panggilan yang digunakan dalam majlis rasmi mestilah tepat dan betul
supaya dapat memenuhi protokol dalam majlis rasmi tambahan pula hadirin yang
hadir bukan berpangkat biasa. Sistem panggilan dan bahasa sapaan dalam majlis
rasmi amat penting bagi menunjukkan tahap kehormatan dan adab sopan dengan
hadirin yang hadir.

Majlis tidak formal atau tidak rasmi pula bersifat agak longgar dari segi
protokolnya dan dilaksanakan dalam suasana yang tidak formal dan santai.
Contohnya, majlis anugerah cemerlang sekolah, majlis sukan, majlis perhimpunan,
majlis hari keluarga dan sebagainya dan biasanya dilaksanakan di peringkat jabatan,
universiti, sekolah, rumah dan seumpamanya. Majlis seperti ini juga bersifat dalaman
dan tidak tertakluk kepada peraturan sama seperti majlis rasmi. Majlis tidak rasmi ini
tidak dihadiri oleh dif-dif jemputan pada status yang tinggi dan hanya melibatkan
orang-orang sekeliling seperti guru, ahli keluarga dan sebagainya. Jadi, kita tidak
perlu bertutur seolah-olah menghafal skrip kerana ia lebih kepada pertuturan yang
spontan tetapi mengekalkan adab perbualan. Contohnya sebuah majlis yang
melibatkan keluarga, jadi sistem panggilan yang digunakan adalah panggilan tradisi
mengikut susunan adik-beradik seperti ‘Long’, ‘Angah’, ‘Acu’ dan sebagainya yang
menujukkan tatasusila adik-beradik dalam keluarga. Sistem panggilan seperti ini
akan lebih merapatkan hubungan kekeluargaan dan pada yang sama kita akan
berasa selesa dan lebih akrab . Selain itu, laras bahasa panggilan kurang ditekankan
atau difokuskan dalam majlis tidak rasmi tetapi sekiranya majlis tidak rasmi ini
dihadiri oleh VIP seperti menteri besar atau ketua jabatan negeri adalah penting
untuk pengacara menggunakan laras bahasa panggilan kehormat yang bersesuaian
meskipun berada di dalam majlis tidak rasmi. Antara penggunaan larasa bahasa
panggilan ialah seperti Yang Amat Berbahagia atau Yang Berusaha. Tujuan
penggunaan laras bahasa ini adalah sebagai tanda penghormatan atau
penghargaan ke atas kesudian mereka meluangkan masa melibatkan diri dalam
majlis tidak rasmi yang dilangsungkan itu. Sistem panggilan dan bahasa sapaan
dalam majlis tidak formal ini kurang dititikberatkan dan tiada protokol kerana ia hanya
melibatkan orang-orang yang rapat dan akrab dengan diri kita, jadi bagi memberi
keselesaan dalam majlis tersebut kita hanya menggunakan sistem panggilan yang
sering digunakan oleh kita dengan hadirin yang hadir.

3.0 RUMUSAN
Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian
kita kerana ia mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya
sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan penggunaan bahasa Melayu
sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu
telah mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu
bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa
lain khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi
bahasa rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.
Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu.
Malah hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras
tertentu, terutama laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak
mengalami masalah menggunakan laras sesuai dengan situasi. Ini amat penting bagi
yang amat visible dari segi penggunaan bahasa seperti pemimipin yang terlibat
dalam saluran media elektronik. Oleh itu amat penting bagi golongan ini
menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna serta penggunaan
laras bahasa haruslah berketepatan dengan suasana dan keadaan agar sesuatu
yang disampaikan akan memberi kesan atau menarik perhatian hadirin yang hadir.

5.0 RUJUKAN
Asmah Hj.Omar (1987), Bahasa Melayu II, Siri Pendidikan Guru. Siti Hajar Abdul
Aziz. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Halliday (1968), Bahasa Melayu II, Siri Pendidikan Guru. Siti Hajar Abdul Aziz. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

longman Teks PRA-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1, Goay Teck Chong, Choo Say
Tee, Zainuddin Ahmad, PEARSON LONGMAN, 2007.

Mohd Roji Abdullah, m/s 23, Berita Harian, 24 ogos 2008

Anda mungkin juga menyukai