Anda di halaman 1dari 3

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Selamat Pagi dan Salam Malaysia


Madani…

Kepada Semua Warga MITS Sabak Bernam,

Terima Kasih pengerusi majlis,

Yang Berusaha,

Pn Sharifah bt Abdul Razak


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Wan Ropiah bt
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En, Othman
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru Kanan, Guru-guru, Tuan-tuan, Puan-puan dan para pelajar yang saya
kasihi sekalian.

1. Sedar atau tidak, di kala pandemik yang melanda negara selama lebih
daripada dua tahun ini memberikan banyak impak negative dan positif
dalam kehidupan seharian kita. Anatara yag terkesan ialah sektor
pendidikan. Antara impak positif adalah berkaitan pendigitalan pendidikan.
Akibat kekangan untuk keluar, pihak kerajaan dan yang terbabit telah
mengambil inisiatif untuk menggunakan digital sebagai salah satu cara
orang ramai bekerja serta ke sekolah.
2. Masihkah kita ingat dengan terma bekerja di rumah, bekerja secara dalam
talian dan kelas secara dalam talian? Tidak dilupakan juga kebanyakan
latihan di sekolah turut diberikan dalam bentuk digital menggunakan tema
gamifikasi. Budaya ini masih diteruskan sehingga hari ini dan ya, sekarang
ianya juga tidak asing dan telah menjadi sebahagian daripada norma
masyarakat kerana ianya turut membawa kesan positif pada sesetengah
pihak.
3. Transformasi digital dalam dunia pendidikan banyak memberikan impak
positif dan manfaat terhadap masyarakat. Walaupun pada mulanya ia
menjadi dilema serta cabaran hebat, namun akhirnya, hari ini ia
memberikan pelbagai impak positif terhadap guru serta pelajar. Yang
seronoknya, transformasi ini membuatkan ramai pihak mempunyai akses
terhadap kelas, latihan dan maklumat berkaitan pendidikan.
4. Kepentingan pendidikan digital dalam pendidikan telah menjadi bualan
hangat oleh pelbagai pihak dek kerana ramai yang semakin cakna akan
kesan positif penglibatan digital di dalam dunia pendidikan. Pembelajaran
dalam talian didefinasikan sebagai pengajaran menggunakan internet dan
teknologi berkaitan untuk pembangunan dan penyediaan bahan
pengajaran, penyampaian dan juga pengurusan kursus menggunakan
platform bersesuaian.

5. Penggunaan teknologi digital juga membolehkan pelajar untuk menjadi


lebih berdikari terutamanya pelajar sekolah menengah dan ke atas. Hal ini
kerana mereka boleh mengakses bahan pembelajaran di mana sahaja pada
bila-bila masa tanpa had. Belajar sendiri sudah mula menjadi norma apabila
pelajar-pelajar ini ingin mencari maklumat tambahan berkenaan dengan
topik atau tajuk yang ingin dipelajari hanya dengan kemudahan di hujung
jari.
6. Sejak tahun 2019 Kementerian Pendidikan telah membekal id google
classromm kepada setiap pelajar dan guru-guru di seluruh
Malaysia.Kemudian pada 2020 dinaik taraf kepada platform DELIMA.Usaha
ini bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan digital dalam kalangan
pelajar dan guru-guru.
7. Pada tahun persekolahan 2023,KPI JPN negeri Kedah mensasarkan
penggunaan 60% pelajar dan 98 % guru untuk log masuk id delima dalam
sebulan .Jesteru melalui pelancaran ini saya amat berharap agar pelajar
dan guru-guru dapat merealisasikan hasrat JPN Kedah. Amatlah rugi jika
kemudahan ini tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini melancarkan


Pendidikan Digital Peringkat SMK Ayer Hitam 2023. Sekian, Wabillahi al-taufiq
wal hidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Anda mungkin juga menyukai