Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPr


ANNUAR HAJI MUSA
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG


TAHUN 2021
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
MALAYSIA (K-KOMM)

9 JUN 2022 (KHAMIS), 10.00 PAGI


KOMPLEKS K-KOMM, PUTRAJAYA
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia

Terima kasih saudara/saudari Pengacara Majlis

Yang Berhormat Datuk Zahidi Zainul Abidin,


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Yang Berbahagia Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek,


Ketua Setiausaha

Yang Berusaha Puan Mastura Ahmad Mustafa,


Timbalan Ketua Setiausaha
(Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif)

Yang Berusaha Encik Ma. Sivanesan,


Timbalan Ketua Setiausaha
(Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital)

Yang Berusaha Encik Mazlan Abd Mutalib


Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)

Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi


dan Multimedia Malaysia.

YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
dihormati sekalian.

1. Pertama sekali, saya sesungguhnya berasa amat teruja dan gembira


kerana saya ini adalah kali pertama saya dapat berpeluang bersama-
sama dengan saudara dan saudari, khususnya para penerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021.
Sesungguhnya, majlis yang diadakan ini memberi kesempatan
kepada saya untuk bertemu dan beramah mesra dengan saudara

2
dan saudari, seterusnya juga meraikan penerima APC Tahun 2021
K-KOMM.

2. Majlis APC ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan


penghargaan terhadap kecemerlangan yang ditunjukkan oleh warga
K-KOMM. Mereka yang terpilih bagi anugerah ini adalah merupakan
yang terbaik dalam kalangan terbaik yang telah melalui tapisan dan
penilaian dari pelbagai aspek; khususnya aspek pengetahuan,
kemahiran dan penghasilan kerja serta penilaian aspek kualiti
peribadi.

3. Saya difahamkan penerima APC K-KOMM 2021 secara


keseluruhannya ialah seramai 654 orang. Majlis yang dilangsungkan
pada hari ini pula melibatkan 362 penerima dari Putrajaya, Selangor
dan Kuala Lumpur. Baki penerima APC yang lain akan merasai
kemeriahan majlis seperti hari ini menerusi majlis APC yang akan
diadakan mengikut zon; iaitu di zon utara, zon selatan, zon timur, zon
Sabah dan juga zon Sarawak.

4. Secara keseluruhannya, saya amat bangga dengan pencapaian dan


keberhasilan yang diserlahkan oleh semua warga K-KOMM
sepanjang tahun 2021. Kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun
2021 perlu diteruskan lagi pada tahun ini dengan penuh semangat.
Pencapaian dan kualiti kerja yang ditunjukkan tentunya telah
diterjemahkan dengan pencapaian cemerlang menerusi beberapa
inisiatif dan program K-KOMM untuk Keluarga Malaysia.
Inisiatif-inisiatif dan program-program seperti Jelajah Aspirasi
Keluarga Malaysia, PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan program
JENDELA; semua ini diusahakan dan dilaksanakan untuk

3
memberikan impak dan outcome yang tinggi kepada Keluarga
Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Cetusan idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh pihak


Kerajaan bukannya retorik atau slogan sembarangan semata-mata,
tetapi ia merupakan semangat yang diterapkan Kerajaan dalam
pentadbiran negara, yang mana kepentingan dan kesejahteraan
rakyat dipelihara bagaikan menjaga sebuah keluarga. Mengambil
contoh sebuah keluarga, andai kata ada dalam kalangan anak kita
yang lemah dari segi pembelajaran, sudah tentu kita akan memberi
lebih tumpuan kepada anak ini. Apatah lagi jika ada ahli keluarga kita
yang kurang bernasib baik dalam kehidupan, pasti kita juga akan
menghulurkan bantuan dan tidak akan membiarkan mereka
bersendirian menanggung penderitaan.

6. Begitulah juga ibaratnya dalam pentabiran Kerajaan pada hari ini.


Keluarga Malaysia terutamanya daripada golongan B40 dan M40
yang terkesan akibat pandemik, akan terus diberi fokus serta
keutamaan dalam mendapat manfaat daripada program-program
dan bantuan-bantuan oleh Kerajaan.

7. Keterangkuman! Kebersamaan! dan Kesyukuran! merupakan tiga


teras utama di bawah gerbang Keluarga Malaysia yang perlu
difahami dan dihayati oleh seluruh warga K-KOMM. Teras ini akan
menjunjung dan menyokong nilai-nilai Keluarga Malaysia
berpaksikan Keluhuran Perlembagaan Persekutuan seperti yang
termaktub dalam Rukun Negara.

4
8. Tiga teras utama yang saya sebutkan sebentar tadi itulah yang
dijelmakan menerusi program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.
Program ini adalah manifestasi hasrat dan komitmen Kerajaan, untuk
meningkatkan usaha menyebarluaskan konsep dan hala tuju
Keluarga Malaysia, agar ia dapat difahami dan dihayati setiap lapisan
masyarakat. Tuntasnya, ianya adalah seiring dan sejalan dengan
perjalanan kita dalam memulihkan dan mengembalikan negara
daripada impak krisis berkembar kesihatan serta ekonomi yang
sedang kita lalui.

9. Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini akan diadakan di


setiap negeri di Malaysia ini. Dalam setiap siri jelajah, pelbagai
program telah disediakan untuk memberi kemudahan dan
kefahaman mendalam kepada semua berhubung konsep Aspirasi
Keluarga Malaysia. Siri jelajah ini akan memudahkan rakyat
mendapat maklumat terus berkenaan bantuan dan perancangan
yang ditawarkan kerajaan menerusi perkhidmatan kaunter bergerak
yang tersedia dalam setiap siri jelajah.

10. Selain itu, Kementerian melalui jabatan dan agensi di bawah


Kementerian akan melaksanakan pelbagai sesi bersama-sama
rakyat dalam setiap siri jelajah bagi menyelesaikan isu-isu yang
tertangguh. Ini adalah pendekatan Kerajaan dalam membantu
meringankan beban rakyat secara turun padang.

11. Sehingga kini sudah empat (4) siri Jelajah Aspirasi Keluarga
Malaysia yang dilaksanakan bermula di Johor, Perlis, Sabah dan
Terengganu. Pada setiap siri jelajah, K-KOMM mengambil bahagian
secara langsung untuk membawakan pelbagai perkhidmatan kepada
rakyat. Ini memberikan nilai tambah baharu yang akan mendasari

5
setiap usaha ke arah meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan
ke arah yang lebih baik.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. K-KOMM adalah tunjang utama Kerajaan yang menyokong padu


seruan konsep Aspirasi Keluarga Malaysia dan menyahut inisiatif
menerusi PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang telah diuar-uarkan
dalam pengumuman Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Menteri
Kewangan.

13. Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk


menyediakan peranti berupa sebuah tablet kepada mahasiswa
Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga
B40 dalam memastikan akses digital mereka terjamin lantas
membantu meningkatkan proses pengajian mereka.

14. Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini merupakan salah satu


usaha kerajaan bagi merapatkan jurang digital dengan menambah
baik elemen mampu milik peranti terutamanya mahasiswa golongan
B40.

15. Sekali pandang kita semua dapat melihat bahawa inisiatif ini
membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan
pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk
komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital
antara semua kelompok Keluarga Malaysia. Seperti yang saya
sebutkan sebelum ini, bagaikan menjaga sebuah keluarga besar,
Kerajaan terus fokus terhadap kelompok masyarakat yang
memerlukan perhatian tertentu.

6
16. Walaupun inisiatif ini baharu sahaja memulakan langkahnya, ketika
ini kerajaan sudahpun menimbang memperluas PerantiSiswa agar
tidak hanya terhad kepada pelajar di bawah KPT, malah
berkemungkinan besar akan turut dibuka juga kepada institusi di
bawah kementerian lain yakni Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Pertimbangan ini akan mengambil kira permohonan oleh
institut pendidikan guru di bawah KPM, terutama bagi pemberian
peranti bagi mereka di bawah kategori B40.

17. Roll out yang pertama bagi PerantiSiswa ini membabitkan kos
sebanyak RM450 juta dan dijangka memberi manfaat kepada kira-
kira 350,000 mahasiswa. Mahasiswa ini akan mendapat manfaat
serta memudahkan mereka mengikuti aktiviti pembelajaran dalam
talian, melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan sebagainya.
Mereka ini terdiri daripada pelajar golongan B40 di IPT awam (IPTA)
dan swasta (IPTS), politeknik serta kolej komuniti bawah
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sedang mengikuti
pengajian peringkat diploma, diploma lanjutan serta ijazah sarjana
muda, layak memohon inisiatif itu.

18. Saya perlu menekankan di sini bahawa peranti yang akan diedarkan
kelak ialah peranti berbentuk tablet jenama terkenal yang dilengkapi
aksesori, termasuk papan kekunci dan sudah pasti ianya bukanlah
peranti berkualiti rendah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

19. Perkara utama lain yang kita di K-KOMM ini sedang giat usahakan
dan laksanakan ialah gerak kerja di bawah inisiatif Jalinan Digital

7
Negara atau JENDELA. Matlamat utama JENDELA ini adalah untuk
menjadikan kesalinghubungan sebagai keperluan asas untuk
memacu peralihan negara kita ke arah masyarakat digital
berpendapatan tinggi. Menerusi JENDELA ianya akan dapat
mempercepatkan kesalinghubungan digital negara melalui
penggunaan akses mudah alih, gentian dan tanpa wayar tetap yang
meluas, serta memberi laluan kepada teknologi 5G, di bawah
Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025).

20. Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA dalam memperluaskan liputan dan


mengukuhkan kualiti pengalaman jalur lebar kepada pengguna di
negara ini dijangka akan dapat mencapai sasarannya menjelang
akhir tahun. Prestasi semasa JENDELA dalam suku pertama 2022
menunjukkan Fasa 1 JENDELA hampir mencapai sasaran penuh.
Liputan 4G ketika ini sudah mencapai 95.52 peratus. Dalam hal ini,
ianya menghampiri sasaran K-KOMM bersama-sama syarikat
telekomunikasi iaitu sebanyak 96.9 peratus. Sejumlah 7.027 juta
premis telah menggunakan jalur lebar sehingga 31 Mac 2022, hanya
sedikit lagi untuk mencapai sasaran sebanyak 7.5 juta premis,
manakala kelajuan Internet pula berada pada 40.13 Mbps melepasi
sasaran Fasa 1 JENDELA iaitu 35 Mbps.

21. K-KOMM akan terus bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi


untuk mencapai sasaran mengikut pelan Jalinan Digital Negara
(JENDELA), di samping berada di landasan dalam usaha
memperluas liputan 4G. Kemajuan suku pertama ini menunjukkan
pencapaian kerjasama yang kukuh antara pengendali, SKMM serta
agensi berkaitan untuk memperluas liputan dan mengukuhkan kualiti
pengalaman jalur lebar Keluarga Malaysia. Ketika ini menerusi laman
web JENDELA, pengguna mudah alih boleh menghantar maklum

8
balas, menyemak liputan mereka dan meneliti laporan rangkaian
daripada rakan pengguna.

22. Sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.815 juta pengguna telah beralih
daripada 3G kepada 4G, mewakili 86.6 peratus berbanding jumlah
keseluruhan pelanggan 3G sebanyak 2.097 juta. Dari segi peralihan
rangkaian pula ia merekodkan 99.3 peratus, dan berdasarkan
maklumbalas daripada SKMM ini ialah satu pencapaian yang sangat
menggalakkan.

23. Rangkaian 4G juga akan terus kita tambah baik supaya dapat
menawarkan liputan lebih mantap kepada pelanggan selepas
perkhidmatan rangkaian 3G ditamatkan secara berperingkat sejak
akhir tahun lalu. Saya difahamkan walaupun wujudnya pelbagai
cabaran dalam tempoh peralihan itu, namun jumlah pelanggan yang
berdepan masalah liputan lemah adalah kecil.

24. Sekadar mengimbas kembali, ingin saya nyatakan bahawa


rangkaian 3G telah ditamatkan berkuat kuasa 31 Disember 2021,
manakala 4G sedang diperkukuh sebagai sebahagian daripada
inisiatif JENDELA yang bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur
komunikasi digital Malaysia sebagai persediaan untuk pelancaran
5G.

25. Menyentuh tentang pelaksanaan 5G ini, hakikatnya JENDELA juga


telah menyediakan inisiatif berkualiti tinggi untuk rangkaian wayarles
5G yang mana SKMM telah mengenal pasti tiga jalur iaitu jalur
rendah, jalur sederhana dan jalur tinggi, mengikut negara-negara
lain. Dalam mengorak langkah ke arah ini, kita di K-KOMM telahpun
melancarkan 5G pertama negara pada 10 November yang lalu.

9
26. Jika ujian kelajuan dilakukan, pengguna akhir boleh melihat
beberapa kelajuan megabit sesaat untuk peranti serasi 4G, tetapi 5G
lebih hebat kerana ianya boleh menyampaikan sehingga 15 kali lebih
laju dari 4G yang sedia ada.

27. Pun begitu, tuan/ puan tidak perlu bimbang dengan pelancaran 5G
kelak. Ini kerana ianya tidak akan menjejaskan kesalinghubungan 4G
kerana kedua-dua rangkaian digunakan secara bebas, bahkan
rangkaian itu akan menyokong lebih banyak peranti, termasuk
peranti Internet pelbagai benda.

Hadirin yang dihormati sekalian,

28. Banyak manfaat yang akan kita peroleh menerusi 5G. Antaranya
ialah kita boleh melihat data berkelajuan tinggi dan aplikasi
kependaman ultra rendah akan muncul, terutamanya dalam
penggunaan industri. Ini sangat penting dalam era revolusi industri
dan beberapa aplikasi menegak lain yang memerlukan kependaman
sangat rendah.

29. Gabungan penggunaan 5G dan artificial intelligence (AI) juga penting


dalam pertanian pintar untuk menganalisis data pH, baja dan suhu
dari bahagian terpencil dengan penggunaan sensor atau pengesan
untuk mengesan.

30. Penggunaan yang lazim dalam ekosistem bandar pintar, sebagai


contoh, Langkawi mendemonstrasikan penghantaran dan
pemantauan bagi tujuan penguatkuasaan dengan menyediakan

10
kamera trafik di lokasi strategik untuk mengenali dan menganalisis
tingkah laku manusia.

31. Dalam industri minyak dan gas, Petronas telahpun mengaplikasikan


pada penggunaan robot autonomi untuk melakukan pemeriksaan,
striming video 4K dan beberapa sensor lain untuk operasi mereka.

32. Justeru, usaha-usaha kerajaan telah dilaksanakan dengan


perancangan yang jelas, dan berharap sinergi serta penyelarasan
dalam kalangan agensi berkaitan akan diperkukuh bagi memastikan
rancangan itu dapat dilaksanakan seperti yang telah diatur.

Hadirin yang dihormati sekalian,

33. Pencapaian K-KOMM dalam menepati sasaran Aspirasi Keluarga


Malaysia ini sesungguhnya telah membuktikan komitmen,
kesungguhan, dan kecekalan warganya dalam menyahut seruan
kepemimpinan negara untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Andai diteliti dan diperhalusi, hakikatnya warga K-KOMM itu sendiri
ialah sebahagian daripada Keluarga Malaysia itu. Maka saya ingin
menyeru kepada seluruh warga K-KOMM agar bersama-sama untuk
terus berusaha dengan gigih dalam semua tugasan kita supaya
segala apa yang kita usahakan itu dapat memberi manfaat kepada
Keluarga Malaysia.

34. Dalam kita menjalankan tanggungjawab kita kepada organisasi, kita


juga mestilah mendukung sikap amanah dan menjunjung integriti kita
ke tahap yang tertinggi sekali. Amanah dan integriti ini bukan sahaja
memberi harga terhadap diri sendiri malah organisasi, rakyat dan
negara secara keseluruhannya akan mendapat manfaat serta

11
kesejahteraan daripadanya. Kehancuran sesebuah organisasi,
budaya, dan tamadun lampau semuanya berpunca daripada sikap
amanah yang tercalar dan kerosakan integriti dalam diri warganya.

35. Sikap tidak berintegriti bermaksud tergolong dalam kalangan mereka


yang munafik seperti mana hadis berikut:

36. “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya, maka ia adalah munafik yang
tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia
mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya,
(empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita, ia berdusta,
apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar, ia mengenepikan kebenaran
(menegakkan benang basah)” (H.R. Ahmad)

37. Ayuh kita menyuburkan sikap amanah dalam diri, dan mengukuhkan
integriti dalam diri kita semua. Saya juga ingin menyeru supaya
amalan sikap seronok bekerja, bertanggungjawab dan amanah
dibudayakan dengan mengamalkan sikap penuh amanah serta
bertanggungjawab dan berintegriti.

Hadirin yang dihormati sekalian,

38. Akhir kata, saya mendoakan agar kita semua diberi keberkatan oleh
Allah SWT di dalam menggalas amanah dan tanggungjawab untuk
menghubung rakyat, menggerak ekonomi digital, membina
masyarakat bermaklumat serta memperkasa industri kreatif.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.


12

Anda mungkin juga menyukai