Anda di halaman 1dari 10

KSL 4063 PERKEMBANGAN KERJAYA

SEMESTER I SESI 2021/2022

TUGASAN KUMPULAN:
TAJUK DEBAT
BEKERJA (TIDAK SAMBUNG PENGAJIAN)

NAMA PENSYARAH:
FATIN NURSYAHIRAH BINTI SUHAIMI

DISEDIAKAN OLEH:
HAZIQAH SUMAYYAH BINTI OMARRUDIN (D21314106)
NURHAZIQAH BINTI NORHALIMI (D21314051)
TUN AMIRAH IRDINA BINTI AMIN ZAKUAN (D21313940)
MUHAMMAD HAMDI BIN HASBULLAH

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 HUJAH PIHAK PEMBANGKANG

2.0 PEMBANGKANG SATU

2.1 PEMBANGKANG DUA

2.2 PEMBANGKANG TIGA

3.0 PENGGULUNGAN

4.0 KESIMPULAN

5.0 RUJUKAN

2
1.0 PENGENALAN

Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian
mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang untuk digunakan dalam memenuhi keperluan
dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Kerjaya ini ada pelbagai bentuk dari segi , bidang tugas ,
tempat dan masa, dan identiti. Di dalam kelas perkembangan kerjaya kami diberi tajuk berkerja
lebih baik daripada sambung belajar. Setiap hujah yang diberikan adalah hasil daripada pencarian
di internet. Seperti yang telah di debatkan pada 22 December . Antara hujah utama kami ialah,
menimba pengalaman sebenar sebagai pihak pembangkang dimana isi hujah itu di huraikan oleh
pembangkang satu. Seterusnya, mengumpul pendapatan dimana hujah pula dihuraikan oleh
pembangkang dua dan di sokong oleh pembangkang tiga, dah yang terakhir adalah penggulungan.

3
2.0 HUJAH PIHAK PEMBANGKANG

PEMBANGKANG SATU

Definisi bekerja ialah merupakan suatu amalan manusia yang disuruh dan dituntut oleh agama
Islam. Malah tujuan manusia bekerja ialah untuk mencari sumber rezeki bagi menanggung diri
sendiri, kaum keluarga dan membantu orang lain. Bagi melahirkan pekerja Muslim yang
profesional, para kaunselor di Malaysia disarankan supaya membimbing para pelajar di sekolah
mahupun di Institut Pengajian Tinggi berdasarkan tiga peringkat. Peringkat-peringkat itu ialah
peringkat sebelum memilih kerjaya, peringkat semasa melaksanakan kerja dan peringkat selepas
menyelesaikan kerja. Dengan memfokuskan tiga peringkat perkembangan ini bakal-bakal pekerja.
Muslim akan memahami, menyedari dan seterusnya mengamalkan ciri-ciri pekerjaan yang
diredhai Allah. Dalam menyempurnakan pekerjaan tersebut, manusia akan berhadapan dengan
pelbagai masalah sama ada masalah gaji dan upah, hubungan dengan ketua atau majikan,
hubungan dengan rakan sekerja, peralatan kerja, cara mengurus kewangan dan sebagainya.
Untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran sesuatu pekerjaan secara profesional, individu
itu haruslah berbincang dengan seorang kaunselor. Perkara ini sedang dan akan ditekankan
kepada pelajar sejak di bangku sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Antara salah satu sebab mengapa segelintir daripada mereka gemar untuk terus bekerja daripada
menyambung pengajian adalah ingin merasa gaji lebih awal berbanding rakan lain yang
meneruskan pengajian ke kolej atau universiti. Boleh kumpul wang lebih awal untuk persiapan hari
tua, beli rumah, kereta dan sebagainya. Tambahan pula, pada hari ini gaji seorang yang hanya
memegang kelayakan sijil SPM boleh melebihi RM2500 berbekalkan pengalaman yang ada! Siapa
yang tidak mahu memilih untuk bekerja berbanding belajar. Seperti yang kita ketahui rakyat kini
lebih menginginkan pekerjaan yang bergaji tinggi kerana kos sara hidup masakinipun kalau masih
dengan pekerjaan gaji rendah pun takkan memadai dan rakyat sendiri terbeban dengan gaya
hidup masa kini. Selain itu, terdapat banyak kelebihan yang dapat kita lihat antaranya ialah bantu
sara keluarga hal ini kerana dengan adanya pendapatan sendiri kita boleh menanggung hal-hal
perbelanjaan dirumah.Zaman kini ramai orang muda yang telah mula melibatkan diri dalam bidang
pekerjaan sama ada membuka bisnes sendiri atau melakukan pekerjaan yang diminati oleh
mereka, dengan adanya insiatif yang disediakan oleh kerajaan maka ia telah membuka peluang
yang baik untuk orang yang baru hendak berjinak sehingga berjaya.

4
Berkaitan isu semasa yang berlaku, menurut Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang
dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menunjukkan 41,161 graduan pada tahun
lepas masih belum bekerja. Bukan itu sahaja, dengan unjuran 75,000 bagi tahun semasa, maka
dianggarkan 116,161 graduan perlu diberikan perhatian untuk kebolehpasaran mereka. Ini sekali
gus mencatatkan bahawa, kira-kira 25 peratus daripada 300,000 graduan pada tahun ini
diunjurkan terjejas peluang mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat
pengajian, akibat kesan pandemik COVID-19, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini
Ahmad. Isu ini menjadi bualan masyarakat kerana telah melibatkan hal pendidikan tetapi kita juga
boleh berusaha dengan cara lain untuk mendapatkan ilmu sama ada menyertai kursus-kursus,
membeli bahan bacaan dan belajar sedikit sebanyak ilmu di Internet agar kita tidak digelar buta
ilmu pada masyarakat dan untuk kepentingan diri kita juga. Sambung belajar ke pusat Pengajian
Tinggi sebenarnya akan menggunakan banyak kos dan akan membebani individu yang tidak
mampu juga bagi pelajar yang tidak mendapat bantuan pengajian walaupun telah membuat
permohonan. Para pelajar juga akan terikat dengan masalah hutang akibat memohon pinjaman
dari PTPTN dan lain-lain lagi.

5
2.1 PEMBANGKANG DUA

Seterusnya , terdapat beberapa kajian data bahawa pada 14 julai 2020 ; sebanyak 80% budak
fresh graduate dalam bidang engineer tidak dapat bekerja , disebabkan oleh majikan pada masa
kini lebih memilih orang yang mempunyai banyak pengalaman pengalaman berbanding fresh
graduate yang tidak mempunyai apa – apa pengalaman .Dalam hal ini kerana , pihak majikan
tidak perlu membuang masa untuk mengajar semula perkara asas dalam membuat kerja kerana
pengalaman yang sudah sedia ada memudahkan semua orang dengan terus bekerja . Demikian
dari situ , kita dapat celik akal bahawa dengan bekerja lebih memudahkan kita pada masa
hadapan berbanding orang yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi .

Dalam konteks ini , saya masih menekankan bahawa denga mempunyai pengalaman bekerja
merupakan aspek paling penting dalam kehidupan kerana jika kita meninjau dari sudut lain , bukan
hanya di sekolah kita dapat memperoleh ilmu , walhal sewaktu bekerja lebih meluas pengalaman
dan bermacam ragam orang kita dapat tempuhi dan lalui . Demikian untuk menerangkan isi ini ,
kita dapat lihat bahawa sekiranya kita bekerja kita dapat berjumpa orang yang kita boleh gelarkan
sebagai “orang makan garam" kerana pelbagai liku hidup , cabaran dan risiko mereka pernah
hadapi . Sekiranya dengan membaca kita hanya boleh lihat dari aspek teori , bukan dari segi
praktikal dan cara berinteraksi dengan orang di luar sana .

Lain pada itu , jikalau kita sudah bersedia untuk bekerja tetapi tidak mahu bekerja dibawah seliaan
orang , tidak mengapa kerana sekrang kerjaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk
orang yang mahu mula bekerja atau berniaga antaranya ialah , Program Inisiatif Belia . Dimana
kerajaan memberi bantuan modal sebanyak RM 150000 untuk menarik minat golongan belia di
luar sana yang mahu menceburi bidang ini . Dalam pada itu , kita dapat tarik anak muda dari
membuang masa dan meganggur . Lain pada itu , secara tidak langsung kita dapat
menguntungkan negara kerana orang luar membeli barangan kita . Mengapa berkata sedemikian ,
kerana keuntunga dan kemajuan negara bergantunug kepada eksport negara , jikalau ramai orang
dari luar negara membeli barangan kita pendapatan pengeluaran barang akan berlaku dan
bertambah. Ini membuktikan bahawa , keuntunga dapat diperoleh berlipat kali ganda berbanding
menyambung pengajian . Di samping itu juga , golongan belia dapat mengelakkan diri dari terlibat
dengan gejala sosial kerana ramai individu sudah mempunyai income sendiri untuk menyara hidup
tanpa perlu melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mencuri atau merompak .

Antara fakta tambahan , sekiranya kita nak berjinak – jinak dalam dunia pekerjaan kita juga boleh
menjalani kursus dan latihan khas yang memang disediakan untuk sesuautu pekerjaan itu sahaja .

6
Contohnya seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dimana mereka menyediakan latihan
based on apa yang jenis bidang yang kita ceburi misalnya jika menjalani bidang perubatan tempoh
kursus ialah tiga tahun dan selepas tamat belajar terus akan terus diserap dibawah Kementeriian
Kesihatan Malaysia tanpa perlu bersaing dengan mana – mana fresh graduate kerana SPA ini
menjamin peluang pekerjaan selepas tamat belajar . SPA ini juga menawarkan elaun setiap bulan
untuk para penuntut sebanyak RM 800 setiap bulan . Ini amat menguntungkan jika kita memilih
untuk melibatkan diri kita untuk menyertai latihan kursus ini berbanding sambung pengajian .

2.2 PEMBANGKANG TIGA

Seterusnya ialah dapat mengasah kebolehan di usia yang muda. Hal yang boleh dibincangkan
mengenai isi ini ialah merupakan faktor utama mengapa pelajar lebih berminat untuk terus bekerja
berbanding untuk menyambung belajar. Hal ini dikatakakan kerana mereka boleh mengasah bakat
mereka yang terpendam tanpa perlu ke kelas atau mengambil peperiksaan di universiti. Hal ini
juga menyebabkan para pelajar yang keluarga nya mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi
tidak dapat menampung kos pembelajaran mereka. Oleh itu dengan terus bekerja mereka dapat
menimba pengalaman dari bidang kerjaya yang mereka kerjakan. Dengan cara tersebut mereka
tidak perlu mengeluarkan wang untuk mendapat ilmu tentang kerjaya. Selain itu, mereka juga
dapat menikmati zaman muda mereka dengan bekerja lebih masa. Hal ini kerana di usia muda
tenaga mereka lebih banyak berbanding tenaga orang yang lanjut usia. Oleh itu dengan bekerja
lebih masa ini mereka dapat menyimpan lebihan wang untuk digunakan pada masa tua.

7
3.0 PENGGULANGAN

Keseluruhan daripada arena perdebatan yang telah dijalankan telah didapati bahawa semua
hujah yang diberkan pihak lawan mempunyai kerelevenan . Namun begitu, untuk mengukuhkan
lagi hujah pihak pembangkang sebagai penggulung saya memegang prinsip atau konsep
pemikiran yang sudah relevan atau menjadi kebiasaan masyarakat iaitu sikit-sikit lama-lama
menjadi bukit. Dimana, konsep ini amat berkait rapat dengan hujah yang pihak pembangkang
berikan iaitu menjana pendapatan,secara umumnya kerja lepasan SPM mahupun diploma tidak
mendapat gaji yang banyak namun begitu apa yang sepatutnya dilihat dari segi positifnya iaitu
walaupun mendapat pendapatan yang sedikit ianya adalah satu jalan yang baik sebagai pemula
berkrja untuk mencuba menstabilkan kadar ekonomi mereka. Kesimpulanya,kami meletakkan
hujah menjana pendapatan sebagai hujah yang sepatutnya di kira sebagai isi penting dalam debat
yang di jalankan

8
4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan daripada hujah-hujah dan penggulungan,kami mengaitkan hujah-hujahan


kami dengan teori tret dan faktor dimana teori tret dan faktor merupakan merupakan teori yang
tertua tentang pemilihan kerjaya. Teori ini sebenarnya menerangkan berkaitan dengan proses
pemilihan kerjaya yang lebih memberikan fokus berkaitan teori perbezaan peribadi individu. Teori
ini menyatakan bahawa setiap individu yang wujud di dunia ini adalah kepelbagaian. Teori ini
mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak kemampuan yang unik. Iaitu tret-tret
tertentu yang dapat diukur dengan tepat konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan
dengan keperluan-keperluan asas dalam beberapa jenis pekerjaan. Selain itu kami mengaitkan
teori tret dan faktor dengan tajuk pendebatan kami ialah berasaskan kes penagih dadah yang di
kaunseling dengan teori tersebut. Ianya adalah pembuktiaan dimana setiap individu mampu untuk
berkerjaya walau dalam apa keadaan. Kesimpulanya kaitan teori tret dan faktor dengan tajuk
pendebatan kami ialah walaupun kita memilih untuk tidak menyambung pelajaran pada peringkat
SPM atau diploma ianya bukan alasan untuk tidak berkerjaya kita mampu meneruskan kerjaya
walaupun bermula dimana-mana platform. Ianya juga mungkin pengaruh daripada ibu ayah
mereka yang mungkin merupakan perniaga. Maka dengan itu, relevanlah kaitan teori ini dengan
tajuk pendebatan dan hujah daripada pihak pembangkang.

9
5.0 RUJUKAN

- Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2000) Kula Lumpur: Bahasa dan Pustaka .

- Mustafa Abdul Rahman, Hadith 40 (/989) (Terjemahan dan Syarahannya).

- Kuala Lumpur:

Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam (/99I) Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

- Isu semasa:Keratan Akhbar

INTERNET

- http://memilihkerjaya.blogspot.com/2012/03/definisi-dan-sejarah-definisi-istilah.html

https://www.academia.edu/17384228/KAUNSELING_KERJAYA_TRET_DAN_FAKTOR_DAN_A
PLIKASI_DALAM_SETTING_PENAGIHAN_DADAH

10

Anda mungkin juga menyukai