Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih yang dipertua dewan, yang saya hormati rakan-rakan barisan pembangkang, yang

disengani barisan kabinet kerajaan serta seisi dewan yang sudi bersidang bersama kami. Selamat
bersidang, assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Tuan yang dipertua ,ahli ii berhormat sekalian ,

Memegang mandat selaku yang amat berhormat perdana Menteri sekali lagi , pada malam ini suka
untuk saya bertindak menggagaskan satu usul cadangan demi kemaslahatan sejagat :

Usul pada mala mini berbunyi :

Pembelajaran atas talian suatu keperluan kearah Malaysia maju

Tuan yang dipertua , sebelum saya mengorak Langkah dengan lebih jauh , izinkan saya melakukan
pendefinisian usul frasa demi frasa . kami pecahkan usul kepada 3 pendefinisian utama.

Usul Yang pertama adalah pembelajaran atas talian , menurut kamaluddin ahmad 2006 dalam
penulisannnya yang bertajuk pembelajaran dalam talian kearah Malaysia Maju dan sejahtera ,
pembelajaran dalam talian dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menggunakan system
ataupun komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan
kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran pelajar ii .

Tuan yang dipertua ,

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, pembelajaran dalam talian menjadi suatu istilah
yang amat popular dan juga mempunyai pelbagai tafsiran dan juga persepsi terhadapnya. Secara
kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa pembelajaran dalam talian ini melibatkan penggunaan
computer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan juga bahan-bahan pembelajaran
melalui atas talian.

Pembelajaran dalam talian merupakan satu alat yang digunakan untuk menyampaikan serta
mempelajari tentang Sesuatu ilmu yang dikehendaki. Internet memainkan peranan yang penting
dalam hal ini bagi membantu pelajar memahami konsep yang disampaikan. Selain itu, internet
ataupun lebih dikenali pembelajaran dalam talian semakin penting sekarang. Pada masa ini banyak
aplikasi disediakan dalam talian bag pelajar-pelajar bag mengikuti pembelajaran pada peringkat yang
lebih tinggi.

Oleh demikian , usul yang kedua adalah Malaysia maju , menurut kamus dewan bgi definisi maju
ialah negara kaya yang sebahagian terbesar ekonominya bergantung pada industry dan
penduduknya menikmati taraf hidup yang tinggi .

Tuan yang dipertua ,

Berdasarkan laman web rasmi perdana Menteri Malaysia, Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat
menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika
yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil
dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya
terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Tidak akan wujud Malaysia yang maju
sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi
sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka.
Tuan yang dipertua ,

definisi akhir yang menjadi titik tolak perdebatan adalah perlu . menurut kamus dewan edisi
keeempat adalah perlu boleh ditakrifkan sebagai keharusan yang tidak dapat dielakkan . maka disini
tuan yang dipertua , secara keseluruhan , kami ingin mengatakan bahawa Pembelajaran dalam talian
sememangnya pilihan terbaik . Namun, ini bermakna pembelajaran dalam talian merupakan satu
inovasi yang memudahkan guru dan pelajar.

Tuan yang dipertua ,

Oleh yang demikian , kami diperwakilan kerajaan melampirkan 2 indikator yg ingin kami buktikan
dalam perbahasan ini

1. Banyak maklum balas dari guru dan pelajar bahawa pembelajaran dalam talian
memudahkan hasil kerja mereka dan boleh atur masa dengan senang kita melakukan
pembelajaran dalam talian di rumah .
2. Pihak NGO perlulah bergabung bersama kerajaan dalam membantu memberikan peranti
mudah alih kepada pelajar yang datang dari keluarga susah agar dapat memajukan teknologi
di Malaysia .

Tidak berakhir disitu kami ingin mengemukakan 2 tuntutan dari meja perwakilan ke meja
pembangkang

1. Berikan bukti keberkesanan bahawa pembelajaran secara bersemuka ini kearah Malaysia
maju
2. Berikan bukti keberkesanan bahawa pembelajaran secaea bersemuka ini boleh
memudahkan hasil kerja guru dan pelajar .

Seterusnya yg dipertua kami akan menyampaikan hasil gerak kerja kami bermula dengan Menteri ke
2 iaitu dibawah kata kunci menjimatkan kos yg rendah . kemudian Menteri ke 3 dibawah kata kunci
menjimatkan masa pelajar . seterusnya Menteri ke 4 dibawah kata kunci sokongan dari ibu bapa .
dan yang terakhir skali Menteri ke 5 memegang dibawah kata kunci Pembelajaran dalam talian
mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar dan guru.

Tuan yang dipertua ,

Berdasarkan laman web Astro awani , Melalui kajian yang dilakukan oleh Vanderbit University di
Amerika Syarikat pada tahun 2015 mendapati bahawa hamper 92% responden yang terdiri dari
pelajar pelbagai bidang dan fakulti bersetuju bahawa pembelajaran secara atas talian adalah lebih
efektif dan berkesan berbanding pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran secara
konvesional . Manakala hamper 3% dari bilangan keseluruhan responden masih memerlukan kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka , dan baki hampir 5% responden adalah neutral . Ini
menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran dalam talian adalah pilihan pelajar masa kini .

Kajian ini amat jelas menunjukkan keberkesanan dan jelas membuktikan pembelajaran dalam talian
sangatlah efektif dan kami di perwakilan kerajaan ingin menegaskan bahawa pembelajaran dalam
talian adalah amat penting bagi kemajuan negara , mohon untuk terus mencadang .

Anda mungkin juga menyukai