Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN INDIVIDU

KMS4073 MEDIA
DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

ANALISIS JURNAL:
“PERANAN MEDIA SEBAGAI ALAT
KESEDARAN SOSIAL DALAM KALANGAN
ORANG KURANG UPAYA DI MALAYSIA”

NAMA ALJAZIRA BIN ZAINAL

NO. MATRIK D20313086

PENSYARAH MOHD DINUL SYAMIL HARIS


(1) Pengenalan
Jurnal yang saya pilih bagi melaksanakan tugasan ini ialah jurnal yang mana membahaskan
tentang bagaimana media memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kesedaran
sosial dalam masyarakat terhadap golongan Orang Kurang Upaya di Malaysia.
(2) Perbincangan mengenai pembangunan yang di bawa
Pembangunan yang ingin diketengahkan dalam jurnal ini meliputi pembangunan dari segi
kesedaran sosial masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebajikan dan memberi
sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan bantuan dari
segi kewangan agar mereka berpeluang untuk mendapat taraf pendidikan yang baik dan
dapat melakukan aktiviti sosial seperti masyarakat biasa melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Tambahan lagi, jurnal ini menekankan tentang kesedaran sosial yang menekankan aspek
layanan yang sama rata, adil dan saksama diberikan kepada golongan ini untuk merasai
kehidupan yang sama dengan manusia lain tanpa berlakunya penindasan hak dan
meminggirkan golongan minoriti di Malaysia.
(3) Cabaran / Halangan
Cabaran ataupun halangan yang dihadapi untuk mewujudkan kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan menjaga kebajikan OKU adalah masyarakat itu sendiri yang masih
mempunyai tahap kesedaran yang rendah sehingga kerap meminggirkan hak golongan
OKU di Malaysia. Contoh yang paling ketara adalah seperti hak-hak golongan OKU untuk
menerima maklumat yang tepat melalui media. Hal ini kerana kurangnya pemaparan hak-
hak hakiki golongan OKU melalui perantaraan media menyebabkan ia menghalang
pembangunan masyarakat terhadap golongan OKU. Hal ini menyebabkan mereka ditindas
dan sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan dengan baik kepada golongan ini untuk
menjalani kehidupan yang semakin rumit dan sukar.
(4) Isu-isu lain yang berkaitan.
Isu-isu lain yang berkaitan adalah melibatkan penerangan fungsi-fungsi media sebagai alat
kesedaran sosial bagi membangunkan masyarakat. Antara fungsi media untuk mewujudkan
kesedaran sosial adalah untuk menyediakan banyak maklumat mengenai kesamarataan
hak-hak golongan OKU kepada umum. Pengaliran maklumat mengenai hak sama rata ini
boleh disampaikan melalui internet dan masyarakat dapat berbincang mengenai isu ini
secara menyeluruh dan terbuka dengan memberi pandangan dan respons. Daripada
perbincangan inilah yang mampu mewujudkan kesedaran umum terhadap golongan OKU
yang ditindas dan semakin dipulaukan ini. Isu lain yang dibawa dalam jurnal ini melibatkan
isu peminggiran hak golongan OKU oleh masyarakat. Kesedaran yang rendah terhadap hak
dan kebajikan golongan OKU menyebabkan golongan ini dipinggir dengan teruk
terutamanya peminggiran dalam kerjaya dan masa hadapan golongan OKU ini.
(5) Kesimpulan
Secara keseluruhannya, sebagai masyarakat yang ingin membangun, kita hendaklah
mempunyai kesedaran untuk memberi satu bentuk layanan yang sama rata terhadap
golongan OKU tanpa perlu meminggirkan mereka atas kekurangan yang ada pada mereka.
Sebaliknya, pihak berwajib dan masyarakat secara umumnya perlu mencari satu alternatif
bagi membantu golongan OKU mendapatkan hak mereka seperti hak pendidikan, kerjaya
dan kewangan agar mereka boleh hidup dengan baik dan sempurna seperti manusia lain
tanpa sebarang penindasan dan peminggiran.
(6) Rujukan
Rosli, H. F., Wan Mahmud, W. A., & Mahbob, M. H. (2016). Peranan Media Sebagai

Alat Kesedaran Sosial dalam Kalangan Orang Kurang Upaya di Malaysia (The Role

of Media as A Social Awareness Tool Among The Disabled In Malaysia). Jurnal

Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 32(2), 471–488.

https://doi.org/10.17576/jkmjc-2016-3202-24

Anda mungkin juga menyukai