Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN KOMUNIKASI MASSA

(KDDM 2043)

BAB 5 : KONSEP MEDIA TAKRIFAN


MALAYSIA
PENDAHULUAN
 Penguasaan media dapat dianggap sebagai suatu kuasa
yang utama dalam pemerintahan sebuah negara.
 Media kini tidak hanya menjadi alat penghubung, tetapi
juga sebagai salah satu kuasa yang sangat penting.
 Siapa yang dapat menguasai informasi, dialah yang akan
menguasai pemerintahan.
 Maklumat yang tepat & boleh dipercayai yang tersebar
melalui media massa merupakan nadi dalam proses
demokrasi.
 Peranan media massa ditentukan oleh proses
tanggungjawab sosial ke atas masyarakat melalui
penyebaran maklumat yang tepat & jitu.
KONSEP MEDIA TAKRIFAN MALAYSIA
TAKRIFAN YANG MENEKANKAN PENYEBARAN ATAU PENGIRIMAN
 Menurut takrifan ini, komunikasi berlaku sekiranya terdapat
pergerakan usaha daripada satu pihak.

 Di sini, dengan hanya mengirimkan @ menyampaikan maklumat


fikiran @ emosi kepada orang lain, komunikasi dikatakan telah
berlaku.

TAKRIFAN YANG MENEKANKAN PERKONGSIAN MAKNA


 Merupakan satu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat
membentuk & berkongsi di antara satu sama lain dengan tujuan
untuk mencapai persefahaman.
 Isyarat @ maklumat dihantar untuk memberitahu makna yang
berlainan kepada individu.
 Contoh: Masalah “jurang komunikasi” sering berlaku di antara ibu
bapa dengan anak-anak.

 Jurang komunikasi ini terjadi disebabkan oleh kedua-dua pihak


tidak dapat bersetuju dengan apa yang mereka bicarakan kerana
ibu bapa & anak-anak mempunyai perspektif mereka yang
tersendiri.

 Kita sering mengangap bahawa sesuatu maklumat itu akan


memberi makna yang sama kepada semua individu.

 Hakikatnya, setiap individu memproses maklumat yang diterima


berdasarkan pengalaman & persekitarannya.

 Dua individu yang berasal daripada latar belakang yang sama tidak
semestinya mempunyai tafsiran yang sama terhadap sesuatu
maklumat.
 Pengalaman individu itu sendiri & juga matlamat hidupnya akan
mempengaruhi bagaimana ia mentafsirkan sesuatu maklumat itu.

TAKRIFAN YANG MENEKANKAN PEMBUJUKAN


 Kebanyakan aktiviti komunikasi yang dilaksanakan sekarang ini
mempunyai unsur-unsur pembujukan.

 Komunikasi bertindak sebagai proses penyampaian ransangan yang


lazimnya dilakukan secara lisan bertujuan untuk menukar tingkah laku
individu lain.

 Dengan kata lain, komunikasi berlaku apabila satu sistem @sumber


cuba mempengaruhi sistem lain @ sasarannya dengan
memanipulasikan beberapa simbol alternatif yang boleh disampaikan
melalui saluran yang menghubungkan mereka.
TAKRIFAN KOMUNIKASI YANG MENEKANKAN ASPEK TINGKAH LAKU
 Apabila seseorang individu berkomunikasi, beliau bukan bertindak
terhadap maklumat yang sampai kepadanya.

 Sebaliknya, apabila individu berkomunikasi ia berusaha untuk mencari


maklumat yang boleh digunakan bagi mengatasi permasalahan yang
dihadapinya.

 Lebih tepat lagi, ia merupakan salah satu cara bagaimana seorang


individu mencari & menyebarkan maklumat tentang realiti keadaan di
sekeliling agar dapat mengawal @ memandu perjalanan hidupnya
secara sendirian @ berkelompok.
HUBUNGAN ANTARA MEDIA & STRATIFIKASI SOSIAL
 Peranan & fungsi media massa adalah berlainan bagi tiap-tiap
golongan elit, menengah & bawahan.

GOLONGAN ELIT
 Memerlukan segala maklumat yang sesuai untuk memastikan
keberkesanan dasar & rancangan mereka.

 Contoh: Dalam bidang ekonomi, golongan ini memanfaatkan


media massa semaksimum mungkin untuk kepentingan mereka
seperti ruangan saham, berita-berita ekonomi, perkembangan
perdagangan semasa di arena antarabangsa & sebagainya.

 Manakala golongan elit politik pula memanipulasikan media massa


sebagai alat propaganda.
GOLONGAN MENENGAH
 Menjadikan media massa sebagai satu bidang kemasyarakatan yang
penting, penyumbang ke arah keilmuan, pembentukan ke arah
kesejahteraan masyarakat, sumber maklumat, santapan masa lapang
untuk berehat & penyalur hiburan.

GOLONGAN BAWAHAN
 Media massa dianggap sebagai alat yang memberi hiburan &
keseronokan semata- mata tanpa mengambil manfaat daripada
maklumat –maklumat semasa & kemasyarakatan.
 Golongan ini menjadikan media sebagai suatu kemestian untuk
berhibur.
KOMUNITI MEDIA MALAYSIA
 Pembentukan masyarakat yang aktif menggunakan teknologi media
telah membentuk komuniti media pada hari ini.

 Pembentukan ini merujuk kepada perkembangan media baru yang


dikenali sebagai media alternatif.

 Ia merupakan media yang dikawal oleh rakyat melalui proses kawal


& imbang ke atas media aliran perdana yang dikuasai oleh
pemerintah.

 Kebangkitan media seperti laman web & blog sebagai medium


sosialisasi di kalangan masyarakat dapat membentuk revolusi
media & seterusnya mewujudkan gerakan sosial.
 Gerakan sosial ini secara amnya sering dibangkitkan oleh kelompok
masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat sivil (civil society).

 Masyarakat civil merupakan sebuah masyarakat yang mewujudkan


ruang bagi menyuarakan pandangan & pendapat mereka menerusi
badan bukan kerajaan, non-governmental organization (NGO).

 Dalam konteks alam siber, gerakan sosial wujud menerusi satu


komuniti khalayak yang dikenali sebagai citizen journalism.

 Citizen journalism merupakan khalayak masyarakat yang


memainkan peranan aktif dalam proses mengambil, menganalisis &
menginterpretasi maklumat @ berita yang diterima menerusi
media baru.

 Mereka bertindak sebagai watchdog kepada pemerintah & media


aliran perdana agar maklumat yang disampaikan relevan kepada
pembangunan masyarakat.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI (TMK)
DI MALAYSIA
 Pola penggunaan internet serta peningkatan secara konsisten di
Malaysia telah membuktikan bahawa internet telah menjadi satu
keperluan pada masa kini.

 Isu-isu yang diutarakan melalui forum & blog adalah berdasarkan


fenomena isu semasa sama ada bersifat global mahupun tempatan.

 Ruangan di blog telah digunakan untuk menyuarakan pandangan


serta perkongsian idea.

 Faktor utama yang mendorong kepada perluasan media alternatif


ini adalah akibat sekatan yang dikenakan ke atas media aliran
perdana.
 Kebebasan bersuara & penyampaian maklumat secara bebas
melalui blog telah membawa dimensi baru kepada khalayak.

 Generasi muda telah menggunakan blog untuk berkongsi minat &


mendapat kenalan baru merentasi sempadan bangsa.

 Walaupun pada mulanya blog dianggap sebagai medium baru


dalam konteks persekitaran Malaysia, peningkatan blog di Malaysia
berlaku secara pesat.

 Contohnya, semasa proses pilihan raya umum, kebanyakan calon


yang bertanding telah berkempen menerusi alam siber seperti
laman web, blog politik , emel & khidmat pesanan ringkas (SMS).

Anda mungkin juga menyukai