Anda di halaman 1dari 4

Bismillahhirahmanirahim

Terima Kasih tuan yang dipertua , Perwakilan kerajaan , perwakilan pembangkang serta seisi
dewan yang bersidang kesemuanya.

Assalamualaikum wbt dan Salam pedebatan , Hadirin . Pada hari ini , dewan bersidang untuk
membahaskan satu usul yang cukup bernas lagi menarik untuk diperdebatkan .Usul Hari ini
masih kekal sama iaitu “TELEFON PINTAR MENINGKATKAN PENCAPAIAN
AKADEMIK MURID”

TUAN YANG DIPERTUANSaya sebagai menteri ke-2 , pastinya menolak definisi usul yang telah
dibangkitkan oleh ketua pembangkang sebentar tadi iaitu “TELEFON PINTAR TIDAK
MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK”. Kesalahan utama pihak pembangkang ialah mereka
tidak menunjukkan pendirian yang jelas dan tersendiri untuk menunjukkan bahawa usul mereka
pada hari ini wajar ditolak .

Selesai sudah masalah pentakrifan usul dan menegakkan kembali pentakrifan kami dibarisan
kerajaan.

Tuan yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujahnya , seterusnya saya akan membidas hujah yang


dikemukan oleh ketua pembangkang sebentar tadi . Ketua pembangkang mengatakan bahawa
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Tuan yang Dipertua,

menyusul kepada hujah kami yang kedua di bawah kata kunci iaitu,
DARI ASPEK TELEFON PINTAR MENINGKATKAN PENCAPAIAN
AKADEMIK
Penggunaan Telefon pintar menyemarakkan lagi semangat murid untuk belajar .
Tuan yang Dipertua ,
SATU hal yang perlu diakui, sistem pendidikan hari ini seharusnya didigitalkan
selari dengan perkembangan dunia teknologi komunikasi ditambah pula dengan
senario pada 2021 yg lalu yang dihimpit penularan pandemik COVID-19.
Malah hal ini turut disentuh Mantan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

Menurutnya, menyegerakan proses mendigitalkan bidang pendidikan akan


memudahkan lagi guru, murid juga ibu bapa berdasarkan situasi semasa

Dalam meniti arus kemodenan ini ,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA telah menggariskan
satu peningkatan baharu selaras dengan peredaran zaman iaitu pembelajaran abad ke-21. Hal
ini dikatakan demikian kerana ,dengan menggunakan peralatan teknologi terkini seperti
telefon pintar juga dilihat dapat membantu Pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc)
dengan lebih baik. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan telefon pintar dilihat
sangat sesuai dengan jiwa generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih interaktif serta mampu menambah keceriaan selain
merangsang minat pelajar.

Tambahan pula, kaedah PdPc lebih berkesan dalam dunia pendidikan terkini kerana
pelajar didedahkan dengan pembelajaran tanpa syarahan apabila sesi pembelajaran
berlangsung. Tamsilnya ,menggunakan video pembelajaran secara dalam talian dan
pengajaran.Pendidik dapat mempergunakan platform dalam talian untuk
melaksanakan kelas mahupun perbincangan bersama pelajar dengan keberadaan
rangkaian tanpa wayar..

Hal ini kerana, kajian menunjukkan bahwa hampir 90% pelajar tertarik kepada
penggunaan teknologi canggih seperti telefon pintar sebagai sumber
komunikasi,hiburan, dan mencari maklumat dengan menggunakan pelbagai platform
seperti instagram, whatsapp, google dan sebagainyaa .Oleh itu dengan adanya telefon
pintar ini peluang untuk menarik minat mereka untuk belajar secara santai dan efisen adalah
sangat tinggi sekali gus menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar .
HAL INI DAPAT DIBUKTIKAN LAGI
DENGAN KATA KATA YANG DIPETIK DARI AKHBAR BERITA HARIAN YANG
DISIARKAN PADA TARIKH 8 JUN 2021 , iaitu“Kaedah pembelajaran yang lebih
berkonsepkan teknologi seperti telefon pintar bukan sahaja memudahkan murid
memahami sesuatu yang dipelajari, malah dapat memberi pengalaman baharu kepada
pelajar.”

Jelaslah bahawa ,penggunaan telefon bimbit yang efisen dapat membawa implikasi
positif kepada penggunanya terutamanya dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan
pecapaian akademik mereka

Menyusul kepada hujah kami yang ketiga di bawah kata kunci iaitu,
DARI ASPEK TELEFON PINTAR MENINGKATKAN PENCAPAIAN
AKADEMIK

 Tidak dapat dinafikan kehadiran teknologi internet telah dapat mengubah cara manusia
belajar.

Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana teknologi siber yang mudah diakses dengan

telefon pintar dapat menyumbang kepada, pembudayaan membaca dan mencari ilmu

pengetahuan.

Menurut teori telekomunikasi moden, kewujudan media baru dan kemajuan dalam teknologi

maklumat telah sikit demi sedikit meninggalkan media kertas.

Tambahan pula ,Penggunaan teknologi mudah alih seperti telefon pintar membolehkan
pelajar mengetahui isu semasa sama ada dalam negara atau luar negara secara pantas.
Pelajar perlu cakna dengan isu semasa bagi menjadikan mereka berfikiran global,
kreatif dan inovatif
Deduksinya,Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usul yang telah dikemukan oleh pihak
pembangkang gagal menyediakan usul yang relevan. Dengan ini , saya memohon agar semua
pihak memberi komitmen dan pengertian yang serius terhadap usul pada hari ini malah kita
tidak wajar akur dengan arus sonsang ini ,saya memohon maaf sekiranya terkasar
bahasa ,namun saya masih berpegang teguh dengan pendirian saya iaitu telefon pintar
meningkatkan pencapaian akademik pelajar

Tuan yang Dipertua ,saya mohon mencadang

Sekian ,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai