Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN

Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia,

Terima kasih diucapkan kepada pemimpin majlis Tuan Pengerusi, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
menegakkan bahtera keadilan, barisan para pembangkang yang alpa dengan kabaikan teknologi, para hadirin dan warga
yang dihormati sekalian. Berdirinya puteri puteri bijak bestari di sini sebagai proksi pihak pencadang yang utuh dengan
hujah-hujah ampuh akan menegakkan kebenaran tajuk perbahasan kita pada hari ini. Lembut bicara pemudah kata, awal
bismillah pembuka kata meniti spesifikasi tajuk perdebatan yang berbunyi teknoklogi di hujung jari memantapkan jati diri
remaja.

** Nah, sudah jelas lagi terang-benderang pendefinisian tajuk perbahasan kita pada hari ini diterjemahkan satu persatu
agar jelas pandangan pihak pembangkang supaya tidak kelabu mengutarakan hujah-hujah mereka kelak. **

BANTAHAN

Sidang hadirin yang dimuliakan sekalian,


Menelusuri hujah saya yang pertama pasti saja pihak pembangkang akan teruja dengan kelebihan teknologi bagi
mereka dan lantas terus saja membeli gajet mahupun sebarang teknologi yang ada di kedai. Seperti yang diperkatakan
oleh perdana menteri, takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di
Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang
dihadapi dalam kehidupan seharian. Nah bunyi saja sudah memikat hati, apatah lagi merasai nikmat menggukan teknologi
tersebut.

Persoalannya pada hari ini, apakah yang dapat membuktikan bahawa teknologi dapat memantapkan lagi jati diri remaja?
sudah tentu pihak kerajaan melihat tajuk ini dari perspektif yang lebih besar dan bukan seperti katak di bawah tempurung.
Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan orang muda di negara ini sebagai sebuah masyarakat yang
sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.

Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat muda negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti
perkembangan di dalam dan di luar negara. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Malah manusia dapat berkomunikasi
satu sama lain dengan menggunakan jaringan internet dan dapat mempunyai rakan yang berada di hujung dunia dengan
aplikasi seperti facebook, twitter, instagram dan banyak lagi.

Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau
perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa.

Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya? Jelaslah bahawa kemajuan teknologi dapat
merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain walaupun berada di benua yang berbeza.

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan sekalian,

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh hamba tak kata.Begitulah mukadimah bicara saya yang kedua di bawah kata
kunci ____________
Sebelum kawujudan internet, hanya sebilangan remaja mendapat peluang untuk mempromosikan karya kreatif mereka
secara meluas, sama ada novel, cerpen, fotografi, filem, atau seni visual yang lain. Hari-hari ini, ekspresi kreatif
merupakan salah satu manfaat teknologi yang jelas. Sesiapa sahaja dengan komputer - walaupun hanya telefon pintar -
boleh menghasilkan dan berkongsi idea atas talian, di mana beribu-ribu orang berpotensi dapat melihatnya.. contohnya
kisah, ‘izinkan saya yg berhormat’ , Tangerine, sebuah filem penuh panjang yang dibuat di Los Angeles dengan iPhone
dan sebuah aplikasi $ 8. Terbukti bahawa teknologi juga dapat menjadi platform bagi remaja agar dapat mencungkil bakat
dalam pelbagai bidang dan membantu mereka menjadi seseorang yang berguna pada negara.

Remaja juga dapat menjadi usahawan mahupun dalam usia muda dengan bantuan internet. Contohnya terdapat banyak
usahawan usahawan muda yang sudah mendapat gelaran dato dan datin seawall umur 20 – an kerana teknologi yang
membantu mereka pada usia remaja mereka. Contohnya, datin vivy sofinas dan dato’ fadzarudin yang Berjaya pada usia
yang muda.
Oleh itu, fikirkanlah wahai pihak pembangkang yang kelihatan goyah dengan hujah-hujah pihak pencadang, susah dahulu
lebih baik atau susah kemudian yang lebih baik. Jika pihak pembangkang sudah insaf, marilah kita bersama-sama
menyokong tajuk perbahasan kita pada hari ini. Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, ayuh kita menuju
kebenaran.

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Tamatlah sudah hujah-hujah saya yang bernas lagi jitu bagi menyatakan kebenaran pihak pencadang bahawa
teknoklogi di hujung jari memantapkan jati diri remaja . Tidak ada apa-apa yang mampu mengubah pendirian kami walau
pun ribut tsunami yang melanda. Kebenaran tetap akan terpancar tatkala kebatilan melenyapkan diri akibat ditimpa
musibah kepalsuan. Sekali lagi kami menegaskan, bekerja makan gaji adalah jauh terlebih baik daripada bekerja sendiri.
Sekian, salam perbahasan saya mengundur diri. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai