Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2019


SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
1.0. PENDAHULUAN
Perkembangan pendidikan pada abad ke 21 ini telah melangkaui sempadan dan tidak hanya
tertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata –mata. Oleh kerana itu,
Unit Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Tinggi Bukit Mertajam akan menganjurkan Karnival Sukan
& Permainan bermula 06 Ogos 2019. Karnival ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
dan pengalaman yang lebih meluas kepada para pelajar tingkatan 6 akan kepentingan kokurikulum
dalam kehidupan dan pendidikan mereka. Di samping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat dan
keupayaan memimpin dan menguruskan aktiviti kokurikulum masing –masing dan melepaskan
beban tekanan pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 RASIONAL
Kebanyakan pelajar –pelajar menunjukkan sokongan padu terhadap aktiviti –aktiviti permainan
yang memerlukan ketahanan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental dan juga keseimbangan
emosi. Selain itu, pelajar- pelajar juga berminat dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran yang
boleh membentuk peribadi dan sahsiah seorang pelajar berteraskan kurikulum kokurikulum yang
jarang dilakukan di sekolah –sekolah. Justeru itu, aktiviti ini boleh menjadi wadah kepada pelajar
bagi melahirkan pelajar- pelajar yang cerdas minda dan fizikal serta mempunyai kemahiran dalam
pelbagai bidang dan dapat mengendalikan pelbagai aktiviti kea rah meningkatkan kecemerlangan
diri.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Anggaran Penyertaan = 400 pelajar
Para pelajar yang terdiri daripada
a. Tingkatan 6 atas – lelaki & perempuan ( anggaran 180 pelajar)
b. Tingkatan 6 bawah – lelaki & perempuan (anggaran 220 pelajar)

4.0. TARIKH CADANGAN


06 OGOS 2019 (SELASA)

1
5.0. TEMPAT
BOLA TAMPAR – GELANGGANG BOLA TAMPAR
BOLA SEPAK - PADANG
BOLA KERANJANG – GELANGGANG BOLA KERANJANG
PETANQUE - PADANG
BOLA JARING - PADANG
BOLA BALING – PADANG
OLAHRAGA – PAVILLION

6.0. MATLAMAT
Melahirkan pelajar sekolah yang berdsiplin, komited, berdaya saing dan melahirkan insan yang
berkemahiran dalam bidang kokurikulum.

7.0. OBJEKTIF
7.1. Melahirkan generasi yang faham, menghayati dan mengamalkan akhlak mulia serta mampu
memberi sumbangan kea rah kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara;
7.2. Menyediakan peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan kepimpinan;
7.3. Membentuk generasi yang bersemangat berpasukan, memiliki keterampilan diri, berdaya
saing, semangat juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.

8.0. JAWATANKUASA PROGRAM


(Sila Lihat Lampiran 1)

9.0. ANGGARAN BELANJAWAN


(Sila Lihat Lampiran 1)

10.0 JANGKAUAN ISU DAN IMPAK AKTIVITI


10.1 Pelajar dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepimpinan.
10.2. Pelajar dapat memiliki semangat berpasukan, keterampilan diri, berdaya saing, semangat
juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran hidup di alam pembelajaran.
10.3. Pelajar dapat meluaskan minda dan pengalaman.

2
11.0. PENUTUP
Kami berharap program yang dicadangkan ini akan dilaksanakan dan akan berjalan dengan lancar
serta mencapai matlamat dan objektif. Terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang
memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

-------------------------------------------- ----------------------------------------
(HASBULLAH B. AHMAD) (LEONG SHEAN LOONG)
Penyelaras Sukan Tingkatan 6 Ketua Unit Kokurikulum Tingkatan 6
SMK Tinggi Bukit Mertajam SMK Tinggi Bukit Mertajam

Disahkan oleh;

------------------------------------------
(GOK POH SUAN)
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Tinggi Bukit Mertajam

3
LAMPIRAN 1

8.0. JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung 1 : En. Mohd Nazri b. Bahari


(Pengetua Cemerlang SMKTBM)

Penaung 2 : Cik Gok Poh Suan


(Penolong Kanan Tingkatan 6)

Pengerusi : En. Leong Shean Loong


(Ketua Unit Kokurikulum Tingkatan 6)

Setiausaha : En. Hasbullah b. Ahmad


(Penyelaras Sukan & Permainan)

Bendahari : Pn. Noorhayati bt. Ujar


(Penyelaras Unit Beruniform)

Ahli Jawatankuasa Kecil

1. PERSEDIAAN TEMPAT :

a) En. Kandasamy Puvirajan


b) En. Sim Keam Tat

2. URUSETIA :

a) Pn. Ainon Rosmaria bt. Mat Hussin


b) Pn. Kamisah bt. Kambali
c) Pn. Susilawati bt. Shaary
d) En. Lew Poh Cheang

3. PERALATAN :

a) Pn. Nur Hashimah bt Abdul Hamid


b) Pn. Chua Bee Fang
c) Pn. Norliza bt. Dali
d) Pn. Oh Saw Loon

4. KESELAMATAN /RAWATAN :
a) Pn. Masrita bt. Muhammad Zain
b) Pn. Norasmimi bt. Ghazali
c) Pn. Premalatha a/p Padbathan
d) Pn. Periyanaayagi a/p Karpayah
e) Pn. Che Samrah bt. Sharif

4
5. JADUAL DAN BORANG PERTANDINGAN :

a) Ketua Guru Penasihat

6. HADIAH :
a) Ketua Guru Penasihat Sukan Permainan
b) AJK Kelab Sukan

7. PERASMIAN PENUTUP :

a) Pn. Suriana bt. Mat Ghani


b) Pn. Rohaiza bt. Hashim
c) Pn. Norzihana bt. Hamzah

5
LAMPIRAN 2

PUNCA –PUNCA KEWANGAN

1. Hamper daripada Koperasi Bhd. SMKTBM RM 660.00


Jumlah RM660.00

AGIHAN PERUNTUKAN

BIL PERMAINAN PERUNTUKAN CATATAN


(RM)
1 Bola Tampar Hamper : Pengurusan dan
Johan (RM 50) Pertandingan
Naib Johan (RM30) dikendalikan oleh ahli
Tempat 3 : (RM 20) Kelab
2 Bola Sepak Hamper : Pengurusan dan
Johan (RM 50) Pertandingan
Naib Johan (RM30) dikendalikan oleh ahli
Tempat 3 : (RM 20) Kelab
3 Petanque Hamper : Pengurusan dan
Johan (RM 50) Pertandingan
Naib Johan (RM30) dikendalikan oleh ahli
Tempat 3 : (RM 20) Kelab
4 Bola Keranjang Hamper : Pengurusan dan
Johan (RM 50) Pertandingan
Naib Johan (RM30) dikendalikan oleh ahli
Tempat 3 : (RM 20) Kelab
5 Bola Jaring Hamper : Pengurusan dan
Johan (RM 50) Pertandingan
Naib Johan (RM30) dikendalikan oleh ahli
Tempat 3 : (RM 20) Kelab
6 Bola Baling Hamper : Pengurusan dan
Johan (RM 50) Pertandingan
Naib Johan (RM30) dikendalikan oleh ahli
Tempat 3 : (RM 20) Kelab
JUMLAH RM 660.00

Anda mungkin juga menyukai