Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROGRAM SAMBUTAN TAHUN BARU CINA - SILANG BUDAYA TINGKATAN 6

TAHUN 2019

TARIKH

1 FEBRUARI 2019

TEMPAT

BLOK TINGKATAN 6

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM TINGKATAN 6

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM


KERTAS KERJA
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA - SILANG BUDAYA
TINGKATAN 6
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
TAHUN 2019

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini bagi tujuan bagi penganjuran satu program yang memberi pendedahan
kepada semua pelajar tingkatan 6 mengenai budaya kaum Cina, menyemarakkan semangat perpaduan
dalam kalangan pelajar -pelajar tingkatan 6 khasnya warga SMK Tinggi Bukit Mertajam serta
mendedahkan pelajar -pelajar tingkatan 6 terhadap budaya kaum Cina melalui silang budaya.

2.0 PENGENALAN

Program Tahun Baru Cina - Silang Budaya merupakan aktiviti dianjurkan oleh Unit
Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Tinggi Bukit Mertajam. Program ini melibatkan semua pelajar
tingkatan 6. Unit Kokurikulum Tingkatan 6 merancang untuk menganjurkan program Sambutan
Tahun Baru Cina -Silang Budaya untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga tingkatan 6 SMK
Tinggi Bukit Mertajam yang berbilang kaum melalui aktiviti kebudayaan.

Program ini bertujuan untuk menekankan kepentingan persefahaman kebudayaan pelajar –


pelajar tingkatan 6. Melalui program tersebut, pelajar -pelajar akan lebih menyedari kepentingan
perpaduan antara pelbagai kaum dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka
tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Selain itu, program ini dapat memperkuatkan
kerjasama pelbagai etnik dalam aspek bantuan sepanjang program ini dilaksanakan.

3.0 MISI

Sebagai pihak penganjur, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran program
ini dan berjanji:
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tingkatan 6 supaya
dapat membentuk pelajar -pelajar yang berketrampilan.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang dirancang.
3.3 Menjaga nama baik tingaktan 6 sebelum, sapanjang dan selepas pelaksanaan program.
3.4 Menjalin hubungan silaturahim yang rapat dan kukuh dalam kalangan warga tingkatan 6 agar
menyedari kepentingan saling menghormati dan tolenrasi sebagai kriteria utama dalam
menjamin keharmonian dalam kalangan pelajar tingkatan 6.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa kami telah menetapkan beberapa matlamat penganjuran program iaitu:
4.1 Membentuk dan menerapkan perpaduan dan hormat-menghormati dalam kalangan pelajar –
pelajar.
4.2 Mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan pelajar –pelajar tingkatan 6.

4.3 Menyemai rasa cinta terhadap sekolah yang terdiri daripada pelajar -pelajar yang berbilang
kaum, bangsa dan agama.

4.4 Melahirkan pelajar -pelajar yang berketrampilan dalam kesukarelaan, kepimpinan, transformasi
idea dan sebagainya.
5.0 OBJEKTIF

Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:

5.1 Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dengan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam palajaran, sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti supaya bekerjasama dalam
suasana pelbagai budaya.

5.2 Kemahiran kumunikasi yang ditunjukkan semasa menjalankan pemasaran, perbincangan dan
perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa. Setiap urusetia menyampaikan idea dengan jelas
dan tersusun serta menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi. Kemahiran bukan
lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh, nada suara dan hubungan mata) yang berkesan,
mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan menggunakan bahasa kebangsaan
dan bahasa antarabangsa.

5.3 Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dengan sentiasa
memounyai strategi untuk medapatkan bahan-bahan, menganalisis masalah secara kendiri,
mencari, mengumpul dan menggunakan maklumat yang sesuai. Urusetia juga membuat
keputusan yang rasional dan merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran, meneroka masalah, mencari penyelesaiannya dengan mengumpul dan mengurus
maklumat, memastikan pelaksanaan tugasan yang konsisten dan sistematik dengan perancangan
yang kukuh serta mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan.

5.4 Kemahiran membina nilai, sikap, etika dan profesionalisme dengan menunjukkan integriti
antara perbezaan kaum dalam barisan urusetia supaya sedia memberi pertolongan dan bantuan
secara sukarela. Selain itu, setiap urusetia dapat melaksanakan tanggungjawab dengan integriti
dan menunjukkan sikap kesukarelaan untuk melakukan kerja dengan penuh amanah.

5.5 Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dengan
mengenal pasti masalah yang dihadapi sepanjang masa persediaan program ini. Urusetia harus
mengenal pasti hubungan pelengkap yang diperlukan untuk mensintesis masalah. Keputusan
diklasifikasikan sebagai bukti terbaik dalam konteksnya dan dipertimbangkan dengan sempurna
berdasarkan maklumat yang tepat dan memberikan perhatian yang mendalam terlebih dahulu
terhadap sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
5.6 Kepimpinan dan kerja berpasukan dengan menunjukkan daya kepimpinan dan kerjasama
berpasukan yang sangat berkesan dan mudah membantu rakan-rakan secara proaktif tanpa
mengira bangsa dan agama demi mementingkan integrasi dan perpaduan kaum. Perpaduan
antara kerja berpasukan untukmencapai matlamat yang disepakati dapat membantu
menyelesaikan satu tugasan.

5.7 Kemahiran pengurusan dan keusahawanan dengan sentiasa mempamerkan keupayaan


merancang aktiviti secara sistematik dan berupaya mengagihkan tugasan kepada ahli
jawatankuasa serta sentiasa berupaya melaksanakan aktiviti untuk mencapai objektif.

5.8 Kemahiran kreatif dan inovatif dengan dapat mempamerkan kebolehan mencadangkan idea
yang baru dan sentiasa merebut peluang dalam semua aspek kerja seperti pemasaran dan hiasan
pentas. Tambahan pula, urusetia dapat sentiasa merentas halangan, berani meneroka idea yang
baru, mengemukakan cadangan penyelesaian yang sesuai dan bersedia untuk menerima
perubahan.
6.0 TEMA

“ Budaya Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan”


Seiring dengan objektif pelaksanaan program, pihak urusetia telah memilih tema “Budaya
Dipamerkan, Perpaduan Diutuhkan” sebagai tema program. Pihak penganjur berhasrat dapat
memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar –pelajar
tingkatan 6 melalui aktiviti kebudayaan.

7.0 ANJURAN

Unit tingkatan 6
SMK Tinggi Bukit Mertajam

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini akan diadakan pada:

Tarikh : 1 Februari 2019


Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi – 8.50 pagi

9.0 TEMPAT KEJOHANAN

Tempat pelaksanaan program yang dicadangkan ialah blok tingkatan 6.

10.0 PUBLISITI

Pihak jawatankuasa mencadangkan publisiti diadakan menggunakan kaedah berikut:


 wassap
 Flyers

11.0 CADANGAN PERASMI

Cadangan perasmi pembukaan dan penutup program:


1.En. Mohd Nazri b. Bahari.
Pengetua Cemerlang
SMK Tinggi Bukit Mertajam2.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

15.1 Jumlah peserta : 160 peserta


15.2 Jumlah urusetia : 30 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Ketibaan Para Hadirin

15.4 Ucapan Penolong Kanan tingkatan 6


Cik Gok Poh Suan akan menyampaikan ucapan.

15.5. Program Silang Budaya berlangsung

15.11 Mengemas
Pihak urusetia akan mengemaskan dan membersihkan dewan tingkatan 6 dan blok tingkatan
6.

15.12 Bersurai

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

18.0 PENUTUP

Dengan segala hormatnya, adalah menjadi harapan besar kami agar permohonan
penganjuran aktiviti dan bantuan kewangan mendapat sokongan dan kelulusan daripada
Tuan. Akhir sekali, semoga program Sambutan Tahun Baru Cina- Silang Budaya Tingkatan
6 yang bakal dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya
peserta program ini. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan
dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya
demi menjunjung aspirasi dan citra universiti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang
dan seimbang dari segenap aspek. Segala sokongan daripada Tuan amat dihargai dan
didahului dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

LEONG SHEAN LOONG GOK POH SUAN


Ketua Unit Kokurikulum Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Tinggi Bukit Mertajam SMK Tinggi Bukit Mertajam
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM TAHUN BARU CINA - SILANG BUDAYA
TINGKATAN 6 SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

Pengerusi
En. Mohd Nazri b. Bahari
Pengetua Cemerlang SMK Tinggi Bukit Mertajam

Penyelaras
En. Leong Shean Loong
Ketua Unit Kokurikulum
SMK Tinggi Bukit Mertajam

Penasihat Utama
Pn Aida Masnawi bt. Yusop

Pemantau
Pn Zauyah bt. Osman
Pn. Che Nora bt. Md Said

Photo Booth:

Bahasa Inggeris
Koperasi
Nama Pelajar :
1. Ang Shi Yun -PAUPM
2. Nur Izzati bt. Rosli - PAUPM
3. Nur Alissa bt. Mohd Wanizam - PAUTM
4. Too Wei Noong - PAUM
5. Voon Qiao Xian - PAUKM
6. Harcana - PAUKM

Tanglung:
Alam Sekitar
Pengajian Am
Gerakan Pengguna Siswa
Nama Pelajar:
1. Muhammad Aiman b. Anuar -PAUM
2. Ashraf Daniel b. Johari -PAUIA
Kaligrafi:
Interact
Setia

Nama Pelajar:
1. Chou Tze Ying - PAUKM
2. Tan Yee Rou - PAUKM
3. Tan Lay Chin - PAUTP
4. Lim Song Huang - PAUUM

Origami:
Bahasa dan Sastera Melayu
Ekonomi

Nama Pelajar:

1. Nurhanis natrah bt. Mohd NorHisham – PAUMP


2. Nurul Syahzanani bt. Noor Azly - PAUMP
3. Nur Nashirah bt. Rafie - PAUMP
4. Siti Aishah Fadzil - PAUMP
5. Nur Najwa bt. Md. Akhir - PAUMP
6. Nurul Aini Asyraf bt. Mohd Hafida - PAUMP
7. Ow An Long - PAUSM
8. Jason Ng - PAUSM
9. Ooi Wen Sieh - PAUSM
10. Tan Heng Keat - PAUSM
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
PESTA SILANG BUDAYA

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

1 Feb 2019 (Jumaat)


Dewan Tingkatan 6
Padang belakang dewan
7.00 pagi Persediaan Pameran & Demo tingkatan 6

7.15 pagi Ketibaan Tn Pengetua

Dewan Tingkatan 6
Padang belakang dewan
7.25 pagi Ucapan Penolong Kanan Tingkatan 6 tingkatan 6

7.30 pagi Pameran & Demo

10.35 malam Mengemas

11.30 malam Bersurai

*Aturcara program tertakluk kepada perubahan semasa


LAMPIRAN C
BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM
3 Sumbangan
- Penolong Kanan Tingkatan 6 300.00
- Sekolah 150.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 450.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL PERKARA RM (RM)
1 Pengurusan
1.1 Alat-alat tulis kaligrafi 50.00
1.2 Kertas A4 dan kertas warna merah 50.00
1.3 Cetakan & Fotokopi 50.00 200.00
2 Pameran dan Hiasan Pentas
2.1 Backdrop 200.00
200.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 400.00

Anda mungkin juga menyukai