Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

KOKO WORKSHOP TINGKATAN 6

TAHUN 2021

TARIKH

25.08.2021 -26.08.2021

TEMPAT

DI KEDIAMAAN MASING -MASING ATAS TALIAN

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM TINGKATAN 6 & UNIT UNIFORM TINGKATAN 6
SMK TINGGAI BUKIT MERTAJAM

1
KERTAS KERJA
PROGRAM SILANG BUDAYA
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK AIDILFITRI
TINGKATAN 6
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
TAHUN 2021
1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini bagi tujuan bagi penganjuran satu program yang memberi pendedahan
kepada semua pelajar tingkatan 6 akitiviti yang dijalankan dan dilaksanakan oleh setiap unit
kokurikulum tingkatan 6 serta memahami fumgsi dan peranan setiap unit kokurikulum tingkatan 6 di
SMK Tinggi Bukit Mertajam bagi menyemarakkan semangat kerjasama dan memupuk jati diri yang
tinggi terhadap tingkatan 6 SMKTBM dalam kalangan pelajar -pelajar tingkatan 6 khasnya. Di
smaping itu program ini bertujuan mendedahkan pelajar -pelajar tingkatan 6 terhadap budaya
mempelajari dan mengenali setiap unit kokurikulum tingkatan 6 dengan lebih dekat lagi.

2.0 PENGENALAN

Program Koko Workhop ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
Tingkatan 6 bersama Unit Uniform tingkatan 6. Program ini melibatkan semua unit koko iaitu
uniform, kelab persatuan dan sukan permainan tingkatan 6 SMK Tinggi Bukit Mertajam. Bersesuaian
dengan hasrat untuk mengeratkan integrasi antara kaum dalam kalangan warga tingkatan 6 SMK
Tinggi Bukit Mertajam serta untuk memperkenalkan setiap unit koko tingkatan 6 kepada semua
pelajar. Unit Kokurikulum tingkatan 6 dan Unit Uniform tingkatan 6 merancang untuk menganjurkan
program Koko Worshop bagi memupuk semangat cintakan koko tingkatan 6 dalam kalangan pelajar
Tingkatan 6 SMK Tinggi Bukit Mertajam melalui pelbagai unit koko yang ditawarkan di SMK
Tinggi Bukit Mertajam.

Program ini bertujuan untuk menekankan kepentingan kefahaman dan saling bekerjasama dalam
setiap unit koko di tingkatan 6, khususnya pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Tinggi Bukit Mertajam.
Melalui program tersebut, pelajar –pelajar akan lebih menyedari kepentingan kokurikulum dalam
kehidupan mereka sebagai pelajar seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka
tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Selain itu, program ini dapat memperkuat
kerjasama pelbagai etnik dalam aspek bantu -membantu sepanjang program ini dilaksanakan.

3.0 MISI

Sebagai pihak penganjur, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran
program ini dan berjanji:
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah supaya dapat membentuk
pelajar -pelajar yang berketrampilan.
3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang dirancang.
3.3 Menjaga nama baik pengurusan tingkatan 6 sebelum, sapanjang dan selepas pelaksanaan program.
3.4 Menjalin hubungan silaturahim yang rapat dan kukuh dalam kalangan pelajar tingkatan 6 SMK
Tinggi Bukit Mertajam agar menyedari kepentingan saling menghormati dan tolenransi sebagai
kriteria utama dalam menjamin keharmonian pelajar tingkatan 6 SMKTBM

4.0 MATLAMAT
Pihak jawatankuasa kami telah menetapkan beberapa matlamat penganjuran program iaitu:
4.1 Membentuk dan menerapkan kerjasama dan homat-menghormati dalam kalangan pelajar -
pelajar.
4.2 Mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan pelajar –pelajar tingkatan 6 SMK Tinggi
Bukit Mertajam.
4.3 Menyemai semangat cintakan kokurikulum dalam pelajar yang berbilang kaum, bangsa dan
agama.
4.4 Melahirkan pelajar -pelajar yang berketrampilan dalam kesukarelaan, kepimpinan, transformasi
idea dan sebagainya.
2
5.0 OBJEKTIF

Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai:

5.1 Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dengan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam kokurikulum, sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti -akitivti yang dianjurkan dan
menjalin kerjasama dalam suasana pelbagai budaya.

5.2 Kemahiran komunikasi yang ditunjukkan semasa menjalankan pemasaran, perbincangan dan
perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa. Setiap urusetia menyampaikan idea dengan jelas
dan tersusun serta menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi. Kemahiran bukan
lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh, nada suara dan hubungan mata) yang berkesan,
mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan menggunakan bahasa kebangsaan
dan bahasa antarabangsa.

5.3 Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dengan sentiasa
mempunyai strategi untuk medapatkan bahan-bahan, menganalisis masalah secara kendiri,
mencari, mengumpul dan menggunakan maklumat yang sesuai. Pelajar- pelajar tingkatan 6
juga membuat keputusan yang rasional dan merancang strategi untuk mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran, meneroka masalah, mencari penyelesaiannya dengan mengumpul
dan mengurus maklumat, memastikan pelaksanaan tugasan yang konsisten dan sistematik
dengan perancangan yang kukuh serta mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan.

5.4 Kemahiran membina nilai, sikap, etika dan profesionalisme dengan menunjukkan integriti
antara perbezaan kaum dalam barisan urusetia supaya sedia memberi pertolongan dan bantuan
secara sukarela. Selain itu, setiap urusetia dapat melaksanakan tanggungjawab dengan integriti
dan menunjukkan sikap kesukarelaan untuk melakukan kerja dengan penuh amanah.

5.5 Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dengan
mengenal pasti masalah yang dihadapi sepanjang masa persediaan program ini. Peljar-pelajar
tingkatan 6 harus mengenal pasti hubungan pelengkap yang diperlukan untuk mensintesis
masalah. Keputusan diklasifikasikan sebagai bukti terbaik dalam konteksnya dan
dipertimbangkan dengan sempurna berdasarkan maklumat yang tepat dan memberikan
perhatian yang mendalam terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan.

5.6 Kepimpinan dan kerja berpasukan dengan menunjukkan daya kepimpinan dan kerjasama
berpasukan yang sangat berkesan dan mudah membantu rakan-rakan secara proaktif tanpa
mengira bangsa dan agama demi mementingkan integrasi dan perpaduan kaum. Perpaduan
antara kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati dapat membantu
menyelesaikan satu tugasan.

5.7 Kemahiran kreatif dan inovatif dengan dapat mempamerkan kebolehan mencadangkan idea
yang baru dan sentiasa merebut peluang dalam semua aspek kerja seperti pemasaran dan hiasan
pentas. Tambahan pula, urusetia dapat sentiasa merentas halangan, berani meneroka idea yang
baru, mengemukakan cadangan penyelesaian yang sesuai dan bersedia untuk menerima
perubahan.

3
6.0 TEMA

“ KOKURIKULUM MENGUKUHKAN INTEGRASI ANTARA PELAJAR”


Seiring dengan objektif pelaksanaan program, pihak urusetia telah memilih tema “Kokurikulum
Mengukuhkan Integrasi Antara Pelajar” sebagai tema program ini. Pihak penganjur berhasrat agar
dapat memupuk kerjasama dan saling memberi komitmen yang padu dalam kalangan pelajar –pelajar
tingkatan 6 SMK Tinggi Bukit Mertajam melalui Koko Workshop

7.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum Tingkatan 6 & PISPA Tingkatan 6


SMK Tinggi Bukit Mertajam
Jln Seri Bukit
14000 Bukit Mertajam

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini akan diadakan pada:

Tarikh : 25 Ogos- 26 Ogos 2021


Hari : Selasa & Rabu
Masa : 3:00 ptg – 5:30 ptg

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat pelaksanaan program yang dicadangkan ialah di kediamaan masing -masing (Perintah
kawalan Pergerakan PKP)

10.0 CADANGAN PERASMI

Cadangan perasmi:

1. Cik Gok Poh Suan


Penolong Kanan Tingkatan 6

4
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

15.1 Jumlah peserta : 154 peserta


15.2 Jumlah urusetia : 11 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C
15.0 PENUTUP

Dengan segala hormatnya, adalah menjadi harapan besar kami agar permohonan penganjuran aktiviti
mendapat sokongan dan kelulusan daripada Tuan/Puan. Akhir sekali, semoga program Program Koko
Workshop Tingkatan 6 yang bakal dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak
terutamanya peserta program ini. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan
dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya demi
menjunjung aspirasi dan citra sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari
segenap aspek. Segala sokongan daripada Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ribuan
terima kasih.

Disediakan oleh;

LEONG SHEAN LOONG


Ketua Unit Kokurikulum Tingkatan 6
Program Koko Workshop
SMK Tinggi Bukit Mertajam
Sesi 2021

Disemak & Disahkan oleh;

(GOK POH SUAN)


Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Tinggi Bukit Mertajam
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI

STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM KOKO WORKSHOP
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM

Penasihat : Tn Pengetua, En Shamsuddin b. Hussien


Pengerusi : PK Tingkatan Enam, Cik Gok Poh Suan
Timbalan Pengerusi : KU Kurikulum, Pn Che Noora bt Md Said
KU HEM, Pn Masrita bt. Muhammad Zain
KU Kokurikulum, En Leong Shean Loong

JAWATANKUASA GURU

1. PROTOKOL PERTANDINGAN
En. Leong Shean Loong
En Habullah b. Ahmad (Penyelaras Sukan dan Permainan)
Pn. Noor Hayati bt Ujar (Penyelaras Unit Uniform)
Pn. Aida Maswani bt Mohd Yusop (Penyelaras Kelab Persatuan)

2. PERSIAPAN KELENGKAPAN
Ang Kah Ko (Pengerusi PISPA)
Joseph Tan En Hang (PISPA)
Roy Samuel a/l Manogaran (PISPA)
Pn. Masrita bt. Muhammad Zain (KU HEM)

3. SIJIL
Goh Min Rou (Pengerusi Pasukan Pandu Putei Klover Kedua)
Tang Joo Wen (PBSM)
Noor Asshira bt Bahari (PISPA)
En Leong Shean Loong

4. PENGACARA MAJLIS
Azrul Haziq B. Azmei (PISPA)
Anis Adiba Bt. Azizuddin (Pasukan Pandu Puteri Klover)
En Leong Shean Loong

5. DOKUMENTASI
Pn Che Noora bt Md Said
Avinaash a/l Loganathan (PBSM)
Tang Ying Er (PBSM)
Visali a/p Murugan (Pasukan Pandu Puteri Klover)
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
PROGRAM KOKO WORKSHOP

TENTATIF PROGRAM
Tarikh AKTIVITI LOKASI
25/08/2021 Pembentangan slide power point setiap
unit kokurikulum Di kediamaan masing -masing
secara atas talian
-Pelajar tingkatan 6 atas mengambil
bahagian untuk unit koko yang bukan
mereka menjadi ahli.

- Pelajar -pelajar tingkatan 6 bawah


wajib masuk ke semua pembentangan
slide power point setiap unit
kokurikulum.

- Setiap pembentangan ambil masa 15


minit sahaja

26/08/2021 Setiap unit kokurikulum menyediakan Di kediamaan masing -masing


video bertemakan patriotisma. secara atas talian

-semua pelajar tingkatan 6 atas dan 6


bawah mengambil bahagian

-selepas menonton video, pelajar -


pelajar mengisi borang google form
untuk menjawab soalan yang
disediakan.
LAMPIRAN C
BELANJAWAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM JUMLAH (RM)


1 Sijil Penyertaan
2.1 Penyertaan 77.00
77.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 77.00

Anda mungkin juga menyukai