Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK. BANDAR TAHUN 2010.

Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Bandar telah dijalankan dengan jayanya bermula dari 30 Julai 2010 sehingga 1 Ogos 2010. Program ini melibatkan semua unit beruniform sekolah iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan TKRS. Program perkhemahan ini telah diadakan di padang SK Bandar. Ia disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Bandar iaitu seramai 125 orang. Semua guru dan kakitangan sekolah turut bersama-sama menjayakan program ini. Program ini adalah anjuran bersama Unit Ko-kurikulum, Unit Kurikulum dan Panitia Agama Islam. Tema program ini ialah Berdikari Asas Kendiri. Objektif utama program ini ialah untuk memupuk pengetahuan tentang kepentingan ko kurikulum dalam mengharungi masa depan. Berikut adalah tentatif program yang telah dijalankan: Jumaat (30 Julai 2010) Peserta dari tahun 4 dan 5 mendaftarkan diri di tapak perkhemahan bermula dari pukul 3.00 petang. Selepas mendaftar, mereka dibahagikan mengikut kumpulan aktiviti masing-masing. Setelah dibahagikan mengikut kumpulan, dengan bimbingan guru pembimbing, para peserta bersama-sama bergotong-royong mendirikan khemah di tapak yang telah ditetapkan. Setelah selesai mendirikan khemah, para peserta minum petang dan seterusnya mendirikan solat Asar secara berjemaah di masjid berhampiran. Peserta-peserta yang belum selesai mendirikan khemah menyambung semula aktiviti mereka selepas selesai mendirikan solat Asar. Setelah selesai, semua peserta makan malam dan seterusnya membuat persiapan diri untuk menghadapi waktu Magrib dan Isyak di dewan SK bandar. Aktiviti yang dijalankan di waktu malam ialah bacaan surah Yassin, solat hajat dan Program Bistari Solat (teori). Para peserta tidur pada pukul 11.00 malam setelah selesai minum malam.

Sabtu (31 Julai 2010) Aktiviti dimulakan dengan bersolat Subuh berjemaah. Selepas selesai minum pagi, aktiviti diteruskan dengan senaman pagi dan latihan kawad kaki. Selepas itu, para peserta tahun 4 dan 5 menyertai Program Kem Bistari Solat (praktikal) dan peserta tahun 6 menyertai taklimat motivasi UPSR dan bengkel persediaan UPSR. Selepas rehat, peserta tahun 4 dan 5 terlibat dengan aktiviti asas ikatan dan pertandingan membuat gajet. Berikut adalah keputusan pertandingan gajet: Johan Naib Johan Ketiga Keempat : Cengal : Merbau : Sepetir : Meranti

Selepas selesai makan tengahari dan solat Zohor berjemaah, para peserta tahun 4 dan 5 terlibat dengan aktiviti Persembahan Kebudayaan. Berikut adalah keputusan pertandingan Persembahan Kebudayaan: Johan Naib Johan Ketiga Keempat : Meranti : Merbau : Sepetir : Cengal

Peserta tahun 6 masih terlibat dengan bengkel UPSR. Mereka menyertai aktiviti seterusnya setelah selesai bengkel UPSR. Selepas selesai minum petang dan solat Asar berjemaah, semua peserta termasuk tahun 6 terlibat dengan aktiviti pertandingan sukaneka. Antara acara yang di pertandingkan ialah Magic Ring, Golden Ball, Black Pearl dan Golden Money. Berikut adalah keputusan pertandingan sukaneka: Johan Naib Johan Ketiga Keempat : Merbau : Cengal : Sepetir : Meranti

Aktiviti yang dijalankan di waktu malam ialah Ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Nur Muhammad Osman. Ceramah ini dijalankan selepas selesai solat Isyak berjemaah. Selepas minum malam, para peserta tidur.

Ahad (1 Ogos 2010) Aktiviti dimulakan seawal pukul 4.30 pagi di mana telah diadakan Qiyamulail di dewan SK Bandar. Ia diimamkan oleh Ustaz Mohd Jamali bin Basirun. Selepas selesai solat Subuh dan sarapan pagi, para peserta terlibat dengan aktiviti senaman pagi. Selepas selesai bersenam, semua peserta perkhemahan terlibat dengan aktiviti Kawad Kaki yang dilatih oleh pegawai polis bantuan yang dijemput iaitu En. Sidin bin Hj. Othman dan dibantu oleh En. Mohd Amin bin Hj. Othman. Para peserta dilatih asas kawad kaki yang betul. Setelah selesai kawad kaki, semua peserta minum pagi. Kemudian, majlis penyampain hadiah dan Majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Bandar Tahun 2010 diadakan di dewan SK Bandar. Tetamu Kehormat yang telah dijemput untuk majlis perasmian penutup ialah Tn. Hj. Abdullah Sani bin Sahbudin. Beliau sempat memberikan ucapan untuk meningkatkan motivasi murid-murid SK Bandar memandangkan beliau adalah anak jati Kg. Bandar. Beliau turut menyumbangkan derma RM 1000.00 untuk pihak sekolah dalam membiayai program-program yang dirancang. Selepas selesai majlis perasmian penutup, para tetamu, guru-guru dan para peserta makan tengahari. Semua peserta bersurai pada pukul 12.30 tengahari.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Bandar Tahun 2010 dapat dijalankan dengan jayanya tanpa berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan semua guru dan peserta perkhemahan yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

Sentiasa Menghayati Kecemerlangan

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.................................................... (LAFIZULNIZAM BIN ABDUL LATIP) Setiausaha Ko-kurikulum SK Bandar.

.............................................

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai