Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LARIAN SATU MURID SATU SUKAN SATU MALAYSIA (1M 1S 1M)

Tanggal 2 Julai 2011 yang lalu, Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) telah mengadakan larian serentak Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Jam 7.15 pagi, Guru Penolong Kanan Satu, Ustaz Haji Mohd Tarmizi Abdullah telah menyampaikan perutusan daripada KPM seterusnya merasmikan acara larian serentak tersebut. Jam 7.30 pagi, para peserta diminta memanaskan badan sebelum larian bermula. AJK Dokumentasi bersiap sedia untuk merakam gambar dan video semasa larian dimulakan. AJK Keselamatan dan Kecemasan pula bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang larian. Acara dimulakan dengan pelepasan peserta lelaki tepat jam 7.45 pagi seterusnya diikuti peserta perempuan. Para peserta dilepaskan menggunakan wisel yang telah disediakan oleh AJK Persiapan tempat dan peralatan. Acara larian berlangsung dengan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kesulitan. Sepanjang acara berlangsung, semua AJK yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan baik, bahkan kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan walaupun tugasan yang dilakukan di luar bidang kuasa yang telah diamanahkan pada awalnya. Di sinilah pentingnya semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan AJK Pelaksana. Lebih kurang jam 8.30 pagi, beberapa peserta terawal telah sampai di garisan penamat. Bagi kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Ahmad Irfan Adnan, tempat kedua Mohd Ridzuan Ibrahim dan tempat ketiga Mohd Syukri Rahim. Manakala bagi kategori perempuan pula, tempat pertama dimenangi oleh Nor Dalila Ahmad Sanusi, diikuti Nur Nazurah Che Samsuria tempat kedua dan tempat ketiga Nurin Syahirah Noor Izzuddin.

Tugas mencatat nama, nombor dan masa pemenang bagi setiap kategori berjalan dengan lancar kerana adanya lorong khas bagi setiap kategori dan AJK bertugas bagi

setiap check point. Selepas berehat seketika, acara diteruskan dengan nyanyian lagu rasmi Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia yang dinyanyikan dengan penuh bersemangat oleh semua pelajar dan para guru. Acara berakhir dengan jayanya. Tepat jam 10.00 pagi, acara diteruskan pula dengan program sekolah. Terdapat pelbagai acara lain yang diadakan sepanjang program tersebut antaranya ialah Majlis Tilawah Quran, Pertandingan Roket Air dan Pertandingan Futsal dan Bola Jaring. Kesemua aktiviti ini berlansung secara serentak dengan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kesulitan. Acara sekolah berakhir dengan jayanya dan mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada semua pelajar dan para guru. Program tamat pada jam 1.45 petang.

Laporan disediakan oleh, . (Norehan Abd Rahim) Setiausaha Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia

4 Julai 2011

Anda mungkin juga menyukai