Anda di halaman 1dari 7

Lawatan ilmiah 2013 LAWATAN KE AGENSI PARALIMPIK Laporan sebelum lawatan Bagi memenuhi kehendak kurikulum bagi kursus

PJM 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, semua pelajar semester 5 diminta untuk mengadakan lawatan ke agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa. Bagi lawatan ini, kelas G5.1 akan mengadakan lawatan bersama-sama G5.2. Oleh itu, sebelum mengadakan lawatan beberapa mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat pertama telah diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa (AJK) bagi mengendalikan program ini bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Kami juga telah membuat pemilihan tempat lawatan yang hendak dilawati. Semasa pemilihan AJK, kami sebulat suara memilih Muhammad Dzul Ikhraam sebagai pengerusi dan Nurul Husna sebagai penolong pengerusi. AJK yang lain juga telah dilantik seperti setiausaha, bendahari dan AJK yang lain. Malah, setelah pelbagai rundingan yang dilakukan semasa mesyuarat dilaksanakan, kami telah memilih agensi Paralimpik sebagai pusat yang ingin dilawati. Agensi Paralimpik telah dipilih kerana bersesuaian dengan kurikulum kami yang akan menjadi guru Pendidikan Khas kelak. Majlis Paralimpik Malaysia adalah sebuah badan sukan induk yang

bertanggungjawab dalam mewujudkan peluang penyertaan dan kepimpinan dikalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah, badan ini bertanggungjawab dalam memastikan penganjuran dan aktiviti sukan bagi OKU. Seterusnya, mesyuarat kali kedua telah dibuat. Perjumpaan kali ini adalah bertujuan untuk membincangkan persiapan yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa. Hal ini memastikan semua perancangan yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Malah, mesyuarat ini diadakan untuk memastikan semua urusan telah selesai disempurnakan oleh ahli jawatankuasa yang terlibat sebelum lawatan diadakan. Contohnya, AJK pengangkutan, makanan, dan protokol. Akhir sekali, kami berharap perancangan yang diatur berjalan dengan lancar ketika lawatan ini berlangsung.

Lawatan ilmiah 2013 Laporan semasa lawatan pada 28 Februari 2013, kami telah memulakan lawatan ke agensi Paralimpik. Semua guru pelatih kelas G5.1 dan G5.2. para guru pelatih diminta berkumpul di garaj bas pada pukul 6.45 pagi agar dapat sampai ke Stadium Hoki Jalan Duta tepat pada pukul 8.00 pagi. Pada masa ini saya melihat semua guru pelatih sangat bersemangat untuk melaksanakan program lawatan ke agensi Paralimpik ini.

Gambar 1 dan 2 : Sebelum bertolak

Tepat jam 7 pagi kami bertolak ke Stadium Hoki Jalan Duta. Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit daripada Institusi Perguruan Kampus Ilmu Khas. Akhirnya, pada pukul 7.45 pagi kami sampai ke destinasi. Kami sempat bersarapan sebelum memulakan ceramah mengenai Paralimpik. Sarapan kami disediakan oleh AJK makanan yang ditugaskan.

Gambar 3 : Guru pelatih bersarapan

Lawatan ilmiah 2013 Tepat jam 8.00 pagi, kami telah disambut oleh En Mohan Goveindasamy, Pengawai Eksekutif Majlis Paralimpik Malaysia. En Maohan juga memberi taklimat kepada kami mengenai agensi Paralimpik di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diberi kami telah diberi pendedahan mengenai Majlis Paralimpik yang ditubuhkan pada 18 Mei 1989. Tujuan ditubuhkan Majlis Paralimpik ini adalah bertujuan untuk membangunkan Orang Kelainan Upaya (OKU). Agensi ini merupakan sebuah badan pengawalan sukan kebangsaan (NGO) bagi OKU. Organisasi ini bukan bermotifkan keuntungan dengan status sosial dan sukarela. Agensi ini juga diiktiraf dan disokong oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Visi badan ini ditubuhkan adalah untuk membentuk satu masyarakat OKU yang progresif, produktif, yakin, berdaya saing, relevan dan berintegrasi dengan masyarakat melalui pergerakan sukan Paralimpik. Misi agensi ini pula adalah berdedikasi ke arah pencapaian kecemerlangan dalam perancangan perkhidmatan dan pelaksanaan Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi bagi kepentingan kualiti hidup bagi OKU.

Gambar 4 dan 5 : Semasa mendengar taklimat

Tepat jam 10.15 pagi kami selesai mendengar taklimat mengenai agensi Paralimpik Malaysia. Sebelum bertolak, semua guru pelatih, pensyarah dan En Mohan bergambar sebagai kenangan. Sebelum pulang ke IPGK Ilmu Khas, kami telah dijemput atau digalakkan untuk menyertai Sukan Integrasi bersama OKU Pada 2 Mac 2013.Tepat jam 10.30, kami bertolak pulang ke Institut dengan pelbagai pengalaman

Lawatan ilmiah 2013 dan perasaan yang dapat digunakan semasa menjadi guru kelak. Contohnya, membantu murid OKU berjaya dalam bidang sukan yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.

Laporan selepas lawatan Selepas mengadakan lawatan, semua guru pelatih telah dikehendaki untuk menyediakan laporan mengenai lawatan yang dijalankan kepada pensyarah masingmasing. Kami juga telah mengumpul maklumat dan gambar-gambar untuk menyiapkan laporan yang dikehendaki. Kami juga menyedari bahawa kerjasama, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi perlu ada dalam diri setiap guru pelatih agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kami juga berharap supaya semester yang akan datang kami dapat melakukan lawatan ke agensi-agensi lain yang lebih bermakna agar mendapat pengalaman yang berharga seperti pengalaman lawatan ke Majlis Agensi Paralimpik.

Lawatan ilmiah 2013 Laporan Lawatan Ke Sukan Integrasi Mari Cergas Bersama OKU

Pada 2 Mac 2013, seramai 30 orang guru pelatih telah menyertai Sukan Integrasi bersama OKU. Malah, terdapat juga permainan tradisional yang dijalankan secara serentak di Taman Metropolitian, Kepong. kami mengambil keputusan untuk bertolak lebih awal untuk mengelakkan daripada tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Tepat jam 7.00 pagi, semua guru pelatih telah bersiap sedia untuk bertolak menggunakan 5 biji kereta yang disediakan sendiri oleh guru pelatih. Malah, kami juga sempat menyediakan sarapan agar dapat bersarapan terlebih dahulu untuk memberi tenaga sebelum bermain. Perjalanan ke sana mengambil masa sejam. Kami telah sampai tepat pukul 8.00 pagi. Kami mengambil keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu sementara menunggu pihak penganjur menyiapkan segala persiapan. Kami terpaksa menunggu kira-kira 3 jam kerana ramai peserta dalam kalangan OKU tidak menghadirkan diri tepat pada waktunya. Semua guru pelatih diberi peluang untuk bermain bersama OKU. Contohnya, permainan catur, congkak, batu seremban, dadu beracun, sarang burung, , berbasikal dan bola sepak.

Gambar 1 dan 2 : Semasa menunggu permainan bermula.

Lawatan ilmiah 2013 Pertandingan dimulakan pada pukul 11.00 pagi. Saya telah mengambil peluang ini untuk bermain dalam permainan congkak. Semua guru pelatih berpecah ke tempat permainan masing-masing. Contohnya, Adilah dan Firdaus terlibat dengan permainan catur bersama dengan golongan cacat pendengaran, Atiqah, Azianida, Azwin dan Solehah pula terlibat dengan permainan sukaneka. Walaupun panas terik, saya

mendapati bahawa semua guru pelatih masih bersemangat untuk bermain dan memenangi pertandingan tersebut.

Gambar 3 dan 4 : Semasa permainan dijalankan

Semua permainan ditamatkan

pada pukul 4.30 petang. Saya dapat melihat

semua wajah guru pelatih keletihan tetapi tetap bersemangat. Semasa sesi penutup dan pencapaian hadiah, saya mendapati semua guru pelatih mendapat hadiah. Contohnya, dalam aktiviti sukaneka, congkak, berbasikal mendapat tempat pertama. Malah, saya dapat melihat semua guru pelatih berpuas hati dan bergembira semasa bermain. Ramai juga guru pelatih mendapat hadiah daripada cabutan bertuah. Pengalaman yang paling bernilai semasa Sukan Integrasi Mari Cergas Bersama OKU ialah kami mendapat banyak kawan baru daripada golongan OKU terutamanya rakan- rakan yang bermasalah pendengaran. Rakan-rakan baru yang kami dapat juga sangat mesra terutamanya apabila melihat kami boleh menggunakan bahasa isyarat dan berkomunikasi bersama mereka. Malah, banyak cerita dan pengalaman yang diceritakan kepada kami sangat berguna kepada kami sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru bagi kanak-kanak masalah pendengaran.

Lawatan ilmiah 2013

Gambar 5 dan 6 : Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

Akhir sekali, pelbagai pengalaman, gelak tawa, hadiah yang kami dapat pada hari tersebut pasti tidak dapat dilupakan. Malah, ia menjadi titik permulaan kepada kami untuk lebih dekat lagi dengan OKU sebelum kami melangkah menjadi seorang guru kelak. Tepat jam 6.00 petang, kami bertolak pulang ke IPGK Ilmu Khas dengan membawa pelbagai pengalaman baru yang sangat berguna.

Anda mungkin juga menyukai