Anda di halaman 1dari 5

Tajuk: Kajian Pendidikan Khas (Kerja Kursus Berasaskan Ilmu PRA 3109) Tarikh: 14-16 Mac 2011 Masa:

8.00 pagi 5.00 petang Tempat: Persatuan Autistik Kuching (Kuching Autistic Association (KAA)) Peserta: 3 orang guru pelatih PISMP Prasekolah IPG Kampus Rajang. Pada 14 Mac 2011 sehingga 16 Mac 2011, seramai tiga orang guru pelatih PISMP Prasekolah iaitu Khairunnisa Binti Asri, Mohd Nazrin Bin Ahmad dan Siti Hanisah Maziah Binti Sadim telah menjalankan Kajian Pendidikan Khas bagi tugasan KKBI PRA3109. Lokasi yang kami pilih adalah di Persatuan Autistik Kuching(KAA) yang terletak di Jalan Bampfyle Kuching. KAA telah ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa kanak-kanak autisme serta segolongan kumpulan professional pada 18 Januari 1998. KAA telah didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada 6 Mei 1988 dan latihan yang dijalankan di KAA adalah berbentuk Pra-Pendidikan dan PraVokasional. Kami memilih KAA sebagai lokasi untuk membuat kajian adalah kerana menepati kehendak tugasan yang memerlukan kami untuk memilih salah seorang berkeperluan khas yang berusia dalam lingkungan 4 sehingga 8 tahun disamping kedudukan KAA yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal kami kerana tugasan ini dijalankan pada waktu cuti dan kebetulan juga KAA tidak ditutup pada waktu cuti sekolah berbanding dengan Sekolah Pendidikan Khas yang lain. KAA ditubuhkan bertujuan menjaga, melindungi serta memberi pindidikan dan latian yang sewajarnya kepada kanak-kanak yang mengalami autisme supaya mereka mmmpu mengurus diri sendiri mengikut kemampuan mereka. Sehingga Mac 2011, terdapat 45 orang murid autisme yang menuntut di pusat ini. Latihan yang diadakan di pusat ini dikendalikan secara one-to-one untuk pelajar selama 2 jam sehari namun tempoh masa untuk pembelajaran secara kumpulan dan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkumpulan dan kemahiran interaksi sosial juga diperuntukkan.

Seramai 13 orang guru, seorang pentadbir dan seorang penyelia yang bertugas di pusat ini. Pada hari pertama kami di pusat ini, kami telah berjumpa dengan penyelia yang bertugas di pusat ini iaitu Encik Andrew Siew serta Cik Kimberly Sim untuk menyatakan tujuan kami ke pusat ini. Kami juga mendapatkan sedikit sebanyak maklumat mengenai pusat ini serta maklumat murid yang menjalani kelas di sini. Di pusat ini, kanak-kanak autistime akan menjalani dua jenis kelas iaitu Pra-pendidikan dan Pra-vokasional. Di Pra-pendidikan mereka akan menghadiri kelas one-to-one, neurofeedback (NFB) dan latihan di gimnasium dimana mereka akan menjalankan pembelajaran secara berkumpulan dan kemahiran interaksi sosial. Manakala pra-vokasional pula lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti membuat kraf serta kemahiran yang lain seperti melipat sampul surat, membuat kad ucapan sehinggalah aktiviti yang sukar seperti melukis, mengecat dan sebagainya. Pada hari pertama tersebut juga kami telah memilih murid yang hendak dikaji pada keesokan harinya. Seterusnya pada 15 Mac 2011, kami telah memerhati tingkah laku murid yang hendak dikaji berdasarkan soal selidik yang telah dibuat disamping merekod video serta mengambil gambar kanak-kanak yang hendak dikaji. Segala aktiviti yang dijalankan terhadap kanak-kanak tersebut telah mendapat kebenaran daripada pusat ini serta penjaga kepada kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana maklumat mengenai kanak-kanak tersebut adalah sulit. Pada hari terakhir kami telah menemubual guru serta penjaga kepada kanakkanak yang kami kaji. Kerjasama yang diberikan daripada kedua-dua pihak amat memuaskan dan kami telah memperoleh maklumat yang secukupnya bagi

menyempurnakan tugasan yang diberikan. Sebagai tanda kenang-kenangan kami turut bergambar bersama penyelia pusat ini iaitu Encik Andrew Siew.

Penutup: Melalui tugasan ini, kami telah mempelajari banyak maklumat terbaru mengenai kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya kanak-kanak autisme. Kami juga mendapat pengalaman baru melihat sendiri rutin kanak-kanak autisme itu sendiri serta gaya pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Bagi kami, kajian ini sememangnya banyak membantu kami untuk lebih memahami apa yang telah dipelajari semasa kuliah. Pengalaman yang berharga ini akan kami kongsikan bersama rakan-rakan sekelas apabila sampai di IPG nanti serta dimuatkan ke dalam tugasan kami nanti.

Disediakan oleh,

____________________ (Khairunnisa Binti Asri) PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009

Lampiran:

Gambar 1: Pandangan hadapan Pusat Autistik Kuching (KAA)

Gambar 2: Mendengar taklimat daripada Encik Andrew Siew.

Gambar 3: Urutan yang dijalankan bagi membantu perkembangan kanak-kanak autisme.

Gambar 4: Sesi one-to-one

Gambar 5: Sesi neurofeedback bertujuan untuk menggambarkan aktiviti otak dan sering kali dengan tujuan untuk mengawal sistem saraf pusat.

Gambar 6: Realtime yang memaparkan electroencepalograpy untuk menggambarkan aktiviti otak.

Gambar 7: Latihan gimnastik yang diadakan di Persatuan Autistik Kuching.

Gambar 8: Pembelajaran Pra-vokasional yang dijalankan di Pusat Autistik Kuching.

Gambar 9: Semasa sesi menemuramah ibu salah seorang murid yang dikaji.

Gambar 10: Bergambar kenangkenangan bersama Encik Andrew Siew, Penyelia Persatuan Autistik Kuching.

Anda mungkin juga menyukai