Anda di halaman 1dari 16

1.0 PENGENALAN Semua guru pelatih PISMP semester 7 perlu menjalankan aktiviti bimbingan kelompok di sekolah praktikum masing-masing.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Setiap pelajar perlu menyediakan kertas kerja sebelum menjalankan aktiviti bimbingan kelompok dan seterusnya perlu menulis laporan berkenaan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Pengelolaan aktiviti ini adalah sangat bersesuaian untuk memupuk semangat cintakan dunia pendidikan dan menyayangi murid-murid. Menurut Tohirin (2007 : 170) definisi bimbingan kelompok adalah satu cara memberikan bantuan kepada individu melalui bimbingan secara kelompok. Jadi dapat disimpulkan bahawa bimbingan kelompok merupakan bimbingan yang diberikan secara berkelompok. Jika dikaitkan dengan keperluan sekolah bimbingan ini merupakan bimbingan yang diberikan secara kelompok kepada murid-murid sama ada pada peringkat pengembangan, penyuburan dan juga pengayaan.

KERTAS KERJA AKTIVITI BIMBINGAN KELOMPOK GURU PELATIH PISMP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

1.0

PENGENALAN Projek bimbingan kelompok ini merupakan komponen kerja kursus bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak kanak (EDU 3107). Projek ini adalah dalam bentuk projek individu untuk menggalakkan aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Melalui program ini juga kami dapat mengenali dengan lebih dekat lagi klien kami iaitu murid sebagai langkah persediaan untuk memasuki alam pekerjaan.

2.0

NAMA PROGRAM Program bimbingan kelompok ini dinamakan sebagai permainan Radio Rosak yang akan dijalankan ke atas murid murid di sekolah guru pelatih menjalani praktikum iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

3.0

RASIONAL Program ini adalah satu usaha pencetus untuk melahirkan insan murid yang bersemangat juang yang tinggi dalam pendidikan. Disamping itu program ini adalah untuk memotivasikan murid yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah supaya lebih bersemangat dalam menuntut ilmu tanpa berputus asa.

4.0

MATLAMAT Matlamat utama projek bimbingan kelompok ini diadakan adalah untuk melahirkan insan yang aktif dan progresif dari segi (JERIS) iaitu jasmani, emosi rohani, intelek dan sosial. Disamping itu matlamat program ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Projek ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid- murid disamping dapat member pemahaman kepada murid mengenai kepentingan mematuhi arahan dan kepentingan mendapatkan sumber yang betul dan boleh dipercayai dalam menuntut ilmu.

5.0

OBJEKTIF
Objektif utama Projek Bimbingan Kelompok ini dijalankan adalah untuk :

5.1 Memperkembangkan kemahiran komunikasi secara intrapersonal dan interpersonal murid 5.2 Memotivasikan murid dengan meningkatkan keyakinan diri yang positif 5.3 Membantu murid untuk memahami konsep pentingnya untuk mendapatkan maklumat mengenai pelajaran melalui sumber yang betul 5.4 Mendisiplinkan murid dalam kehidupan seharian.

6.0

SASARAN Murid murid Tahun 6 Gemilang Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

7.0

TEMPOH Aktiviti bimbingan kelompok ini akan diadakan:


Tarikh : 12 Februari 2012 (Isnin) Masa : 11.00 12.00 tengahari Tempat : Surau SK Seri Indah Nama aktiviti : Radio Rosak

8.0

TENTATIF PROGRAM

MASA

PERKARA

11.00 pagi

Berkumpul di Surau sekolah.

11.05 pagi

Sesi suai kenal dan taklimat mengenai peraturan permainan

11.10 pagi

Pembahagian kumpulan

11.15 pagi

Permainan Radio Rosak dimulakan

11.45 pagi

Murid terakhir melaporkan pesanan Radio Rosakkepada guru

Refleksi aktiviti bersama murid 11.50 pagi Bersurai 12.00 tengahari

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Wisel Kertas A4 Marker pen JUMLAH

kuantiti 1 biji 2 helai 1 batang

Harga 1 x rm1.90 1 x RM 3.20

Jumlah RM 1.90 RM 3.20 RM 5.10

10.0

PENUTUP

Diharapkan dengan program bimbingan kelompok yang dijalankan ini dapat menyuntik semangat murid untuk belajar dengan lebih tekun dan sekaligus berusaha untuk menjadi insan yang lebih positif dalam kehidupan seharian. Selain itu adalah menjadi harapan agar program ini dapat melahirkan insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

___________________________

__________________________

(WAN NURUL AQILAH BT WAN AZIZAN) Setiausaha, Program bimbingan kelompok.

( PN. ROSMAWATI BT MD ALI Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

3.0 LAPORAN PELAKSANAAN

i)

Sebelum Sebelum melaksanakan aktiviti bimbingan kelompok bersama murid murid di

sekolah, saya terlebih dahulu merancang dan menyediakan kertas kerja untuk pelaksanaan program tersebut. Perancangan ini dibuat sebelum saya ke sekolah lagi. Antara pilihan rancangan bimbingan kelompok yang dapat dijalankan adalah berbentuk bimbingan kelompok peringkat pengembangan, penyuburan atau pengayaan. Saya telah membuat keputusan untuk menjalankan aktiviti bimbingan kelompok peringkat pengembangan untuk meningkatkan potensi murid dalam kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi adalah sangat penting kepada murid tahap dua malahan lagi kepada murid tahun enam memandangkan mereka perlu lebih yakin untuk menempuh Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Aktiviti bimbingan kelompok ini telah dirancang untuk dijalankan terhadap murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

Pada hari pertama di Sekolah Kebangsaan Seri Indah, saya telah berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk mendapatakan maklumat berkenaan program bimbingan kelompok yang sering dilakukan di sekolah berkenaan. Pada awalnya beliau mencadangkan agar saya menyertai aktiviti bimbingan kelompok sekolah iaitu Program Kupetik Bintang. Program ini akan dijalankan keatas murid tahap satu. Saya diminta untuk bersama sama membantu beliau untuk mengendalikan program tersebut dan pada masa yang sama saya juga perlu menyediakan aktiviti tambahan sendiri bagi memenuhi keperluan tugasan kerja kursus. Dengan itu saya telah mencari sedikit bahan dan maklumat mengenai Program Kupetik Bintang. Namun demikian seminggu selepas itu saya dimaklumkan bahawa Program Kupetik Bintang terpaksa ditangguhkan mengikut arahan pihak atasan. Oleh yang demikian saya terpaksa mencari alternatif lain untuk menjalankan kerja kursus bimbingan kelompok ini.

Setelah membuat perbincangan semula dengan kaunselor sekolah saya memilih untuk mendapatkan murid Tahun Enam semula bagi menjalankan aktiviti bimbingan
6

kelompok ini. Beliau telah membantu saya untuk berkomunikasi dengan guru kelas tahun enam bagi mendapatkan keizinan untuk menjalankan aktiviti dengan muridmuridnya. Namun demikian waktu untuk menjalankan aktiviti tidak dapat ditetapkan memandangkan murid tahun enam agak sibuk dengan urusan pelajaran mereka. Saya perlu bersedia pada bila bila masa sahaja untuk menjalankan aktiviti tersebut. Oleh yang demikian saya memilih aktiviti yang agak ringkas dan menarik bagi memudahkan urusan saya menjalankan aktiviti bersama murid Tahun Enam. Berikut merupakan butiran aktiviti yang akan dijalankan :

Nama aktiviti : Radio Rosak Sasaran : 10 Orang murid (Tahun 6 Gemilang) Tempat : Surau sekolah

ii)

Semasa

Aktiviti bimbingan kelompok ini telah dijalankan pada hari Isnin bersamaan dengan 12 Februari 2012. Aktiviti bermula agak lewat kerana guru kelas meminta murid untuk makan terlebih dahulu memandangkan ada segelintir murid yang belum makan pada waktu rehat tadi. Jadi aktiviti ini terpaksa dimulakan agak lewat iaitu pada jam 11.25 pagi. Sedangkan menurut perancangan aktiviti akan bermula pada jam 11.10 pagi. Sebelum aktiviti dijalankan saya telah meminta murid untuk membuat bulatan bagi membuat pembahagian kumpulan. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan. Seterusnya murid diminta untuk beratur di dalam kumpulan masing masing. Semasa murid beratur saya telah memberikan penerangan ringkas mengenai cara untuk bermain Radio Rosak. Peraturan peraturan mengenai permainan Radio Rosak juga dijelaskan kepada murid sebelum permainan dilakukan. Antara peraturan peraturan yang perlu dipatuhi adalah ahli kumpulan yang lain tidak boleh bercakap semasa ahli kumpulan sedang menyampaikan cerita kepada ahli yang lain. Hal ini adalah bertujuan untuk mendisiplinkan murid di dalam permainan dan juga untuk melatih murid supaya tidak bercakap semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Setelah itu, murid perlu menjadi patung sekiranya guru meniup wisel semasa mereka sedang menyampaikan cerita. Murid yang tidak menjadi patung akan diconteng muka menggunakan maker pen. Tujuan hukuman ini dilakukan adalah untuk memastikan murid lebih mematuhi peraturan permainan dan seterusnya dapat mengaplikasikan nilai mematuhi peraturan dalam kehidupan seharian.

Permainan ini dimulakan dengan seorang rakan dari setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk mendapatkan cerita dari Radio Rosak. Guru memberikan kertas kepada murid tersebut dan murid tersebut diberikan masa selama satu minit untuk menghafal dan memahami cerita yang diberikan. Setelah itu murid tersebut menyampaikan berita kepada ahli kumpulan yang berdekatan dalam barisan. Setelah 3
8

minit berlalu saya meniup wisel dan murid menjadi patung. Pada wisel pertama semua murid menjadi patung apabila wisel dibunyikan. Seterusnya wisel kedua dibunyikan dan murid berlumba lumba untuk menyampaikan pesanan kepada rakan yang seterusnya semula. Apabila keadaan menjadi agak bising dan kurang terkawal saya meniup semula wisel ketiga. Pada ketika ini terdapat seorang murid dari kumpulan 1 yang tidak menjadi patung. Sebagai balasan seperti yang dijanjikan murid tersebut diconteng pada muka menggunakan maker pen. Selepas itu permainan diteruskan semula. Murid kelihatan lebih berhati-hati semasa membuat bisikan kerana bimbang mereka tidak peka terhadap bunyi wisel yang akan ditiup oleh guru. Seterusnya saya meniup wisel sekali lagi. Pada mulanya semua murid Berjaya menjadi patung namun setelah menjadi patung beberapa saat, seorang murid dari kumpulan 2 tersenyum dan bergerak kerana terlihat akan aksi patung rakan yang lain yang mencuit hatinya. Murid ini juga diconteng pada muka dengan lukisan janggut kambing. Setelah itu permainan diteruskan semula seperti biasa. Murid yang mendapat bisikan paling akhir iaitu murid yang berada paling akhir dalam barisan perlu melaporkan semula cerita yang diperolehi kepada guru. Kumpulan 2 melapor terlebih dahulu kemudian diikuti dengan kumpulan 1. Cerita dari peserta akhir yang paling tepat dengan cerita asal dikira sebagai pemenang. Hal ini kerana radio yang menyampaikan pesanan tersebut dalam keadaan baik dan tidak rosak kerana dapat menyampaikan pesanan dengan betul. Oleh itu kumpulan 1 dikira sebagai pemenang kerana cerita yang disampaikan lebih tepat berbanding kumpulan 2. Setelah itu murid diberi penerangan mengenai rasional permainan ini dijalankan dan perkaitan dengan kehidupan seharian mereka.

iii)

Selepas

Selepas menjalankan aktiviti ini saya berjumpa dengan guru kelas dan kaunselor sekolah untuk mengucapkan terima kasih kerana telah mmbantu saya menjalankan aktiviti ini dengan jayanya. Setelah itu saya juga memikirkan semula kekuatan dan kelemahan yang terjadi sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. Saya juga mengkaji semula cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan terhadap aktivti tersebut. Saya turut melakukan perbincangan dengan rakan-rakan mengenai cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan sekiranya saya berpeluang lagi untuk menjalankan aktiviti seperti ini.

10

4.0 REFLEKSI

Sepanjang tempoh merancang dan menjalankan kerja Kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini pelbagai pengalaman yang dapat saya lalui. Berdasarkan pengalaman tersebut terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat saya kenalpasti. Kekuatan utama saya semasa menjalankan tugasan ini ialah saya dapat menyediakan kertas kerja untuk aktiviti bimbingan kelompok ini dengan lebih awal. Justeru itu tugasan saya menjadi lebih mudah dan senang kerana saya mempunyai panduan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti bimbingan kelompok di sekolah. Taklimat yang diberikan oleh pensyarah juga sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana kami diberi peluang untuk bertanya dengan lebih jelas mengenai cara untuk menjalankan kerja kursus ini. Bantuan dari kaunselor sekolah juga mudah untuk diperolehi. Kaunselor yang banyak membantu merupakan antara kekuatan yang dapat dikenalpasti sebelum menjalankan kerja kursus ini. Pelbagai maklumat dapat saya perolehi untuk membantu saya dalam melaksanakan bimbingan kelompok bersama murid-murid di sekolah. Kekuatan sepanjang menjalankan aktiviti pula ialah aktiviti yang dijalankan adalah sangat bersesuaian dengan tahap murid tahun 6. Semua murid yang terlibat dengan aktiviti bimbingan kelompok ini sangat seronok dan bersemangat semasa menjalankan aktiviti Radio Rosak yang dijalankan. Kekuatan yang seterusnya ialah arahan yang diberikan kepada murid adalah sangat jelas dan teratur dimana murid dapat mematuhi segala arahan yang diberikan dengan baik sekali. Murid juga mudah faham dan dapat menjalankan aktiviti mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Kekuatan yang seterusnya ialah konsep dendaan yang dikenakan kepada murid yang tidak mematuhi peraturan sangat berkesan untuk mendisiplinkan murid kerana hanya dua orang murid sahaja yang melanggar peraturan dan perlu diconteng mukanya. Seterusnya kerjasama dari guru kelas murid tahun 6 Gemilang juga mudah untuk diperolehi. Bantuan ini juga merupakan salah satu kekuatan yang sangat penting semasa menjalankan aktiviti ini kerana tanpa bantuan guru kelas tersebut saya tidak akan mempunyai masa untuk melakukan aktiviti bersama murid murid tahun 6
11

Gemilang. Hal ini kerana guru kelas tersebut telah memberikan waktu pengajaran dan pembelajarannya selama 40 minit untuk saya menjalankan aktiviti bersama murid muridnya. Kekuatan yang terakhir ialah bantuan dari rakan praktikum yang lain mudah untuk diperolehi. Rakan rakan yang lain sangat membantu saya semasa menjalankan aktiviti bersama murid tahun 6 Gemilang. Selain kekuatan yang dinyatakan di atas, masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenalpasti sepanjang tempoh menjalankan tugasan bimbingan kelompok ini. Kelemahan pertama ialah semasa tempoh pemilihan aktiviti. Saya agak sukar untuk membuat pemilihan aktiviti bagi kerja kursus bimbingan kelompok ini sehingga saya terpaksa memperbetulkan kertas kerja beberapa kali supaya aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan tahap kumpulan sasaran. Manakala kelemahan semasa menjalankan aktiviti pula ialah dari segi pemilihan tempat dan kawasan yang tidak bersesuaian. Kawasan yang dipilih iaitu surau adalah agak sempit. Kawasan surau sekolah yang sempit ini sedikit mengganggu kelancaran aktiviti memandangkan aktiviti yang saya lakukan adalah berbentuk pertandingan antara kumpulan. Oleh yang demikian, rakan rakan dari kumpulan lain dapat mendengar bisikan yang dilakukan oleh kumpulan pihak lawan dan menyebabkan murid kurang fokus kepada kumpulan sendiri. Selain itu, jumlah bilangan murid yang sedikit juga menyebabkan aktiviti kurang menarik kerana kurangnya persaingan antara kumpulan. Kelemahan seterusnya ialah tempoh aktiviti yang singkat menyebabkan murid sedikit tertekan untuk melakukan bisikan dan mengingat cerita yang perlu disampaikan kepada ahli kumpulan yang lain. Murid yang pertama membawa cerita juga sedikit kelam kabut untuk memahami dan mengingat cerita yang diberikan oleh guru kerana sering didesak oleh ahli kumpulan yang lain supaya lebih cepat dan tidak membuang masa. Disamping itu aktiviti dimulakan agak lewat kerana murid-murid diarahkan oleh guru kelas untuk keluar makan terlebih dahulu memandangkan pada waktu rehat murid tidak berkesempatan untuk rehat kerana sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh guru. Jadi masa yang tinggal untuk saya menjalankan aktivit hanya 25 minit. Kelemahan yang terakhir ialah saya sedikit kelam kabut semasa menjalankan aktiviti. hal ini kerana saya perlu
12

menghabiskan segala aktiviti yang telah dirancang dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Setelah diteliti semula terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat saya lakukan bagi memastikan kelancaran aktiviti adalah lebih baik. Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah, saya perlu lebih yakin dalam memilih aktiviti yang ingin dijalankan supaya saya tidak perlu membuat kertas kerja berulang kali hanya kerana ingin membuat pertukaran aktiviti. Selain itu saya juga perlu membuat lebih banyak pembacaan berkenaan dengan aktiviti bimbingan kelompok yang bersesuaian dengan tahap kumpulan sasaran yang ingin saya jalankan. Masalah kawasan yang sempit dapat dielakkan sekiranya saya menempah lebih awal kawasan dewan terbuka sekolah tersebut. Maka Guru Besar akan memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan dewan terbuka sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan adanya kawasan yang lebih besar dan luas murid akan lebih bebas dan seronok untuk menjalankan aktiviti Radio Rosak. Memandangkan sekolah ini mempunyai bilangan murid yang agak sedikit iaitu satu kelas sahaja untuk satu tahun maka sebagai cadangan penambahbaikkan saya boleh menambahkan kumpulan sasaran saya iaitu mencampurkan murid-murid tahun lima dan tahun enam untuk menjalankan aktiviti ini memandangkan tahap mereka adalah hampir sama. Dengan ini masalah kekurangan bilangan murid dapat diatasi.

Disamping itu masalah kekurangan waktu dapat dielakkan sekiranya saya memberitahu dengan lebih jelas kepada guru kelas murid 6 Gemilang berkenaan tempoh waktu yang saya inginkan untuk menjalankan aktiviti bimbingan kelompok tersebut. Oleh yang demikian guru kelas berkenaan akan lebih peka dan faham dengan kehendak tempoh masa yang saya inginkan untuk menjalankan aktiviti bersama muridmurid 6 Gemilang. Saya juga perlu memaklumkan kepada murid dengan lebih awal mengenai tempoh waktu aktiviti supaya murid dapat menguruskan masa mereka dengan lebih baik. Justeru itu murid akan bersiap sedia dengan lebih awal dimana mereka akan makan pada waktu sebelumnya.

13

Selain melakukan penambahbaikan terhadap kelemahan yang diperolehi semasa menjalankan aktiviti, beberapa cadangan penambahbaikan lain juga dapat dilakukan semasa menjalankan aktiviti ini. Setelah berbincang dengan rakan-rakan saya dapati bahawa saya boleh memasang lagu semasa murid sedang berbisik bagi memeriahkan lagi suasana. Saya juga boleh menggantikan tiupan wisel dengan lagu. Sebagai contohnya saya boleh memberhentikan lagu seketika supaya murid menjadi patung dan murid berbisik semula selepas lagu dipasang semula. Seterusnya permainan akan jadi lebih menarik sekiranya saya memberikan bahan amanah untuk dijaga semasa murid-murid membuat bisikan. Bahan amanah yang diberikan perlu berada dalam keadaan yang baik setelah diserahkan kepada guru. Sebagai contohnya kertas dijadikan sebagai bahan amanah dan kertas tersebut tidak berkedut semasa diserahkan semula kepada guru.

14

5.0 LAPORAN BERGAMBAR

Rajah 1 : Murid diberi penerangan mengenai peraturan dan cara

Rajah 2 : Pembahagian kumpulan dilakukan

bermain

Rajah 3 dan 4 : Guru memantau pergerakan murid

Rajah 5 dan 6 : Murid menunggu giliran

15

Rajah 7 dan 8 : Murid menyampaikan pesanan radio rosak

Rajah 9 dan 10 : Guru menconteng muka murid yang gagal menjadi patung

Rajah 11 : Murid membisikkan jawapan akhir kepada guru

Rajah 12 : Antara murid yang mengambil bahagian

16

Anda mungkin juga menyukai