Anda di halaman 1dari 28

APORAN PROGRAM KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU

NAMA PELAKSANA

: PUTRI BALKISH BINTI MOHD YUSOFF

NAMA PROGRAM

: KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU

NAMA PRASEKOLAH

: SK PULAU GAJAH

TARIKH

:11 OGOS 2011

MASA

:09.45-9.45 PAGI

Latar belakang program

Saya telah sepakat dengan rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin Nasir untuk melaksanakan

program

ini.

Sebenarnya

program

ini

adalah

program

serampang

dua

mata.

Kami

mahu meneruskan usaha kami pada praktikum fasa 1 iaitu program membaca sempena masuk ke

Tahun Satu. Program semester lepas mendapat maklum balas yang positif dan pujian dari pihak

pentadbiran, khususnya PK1 dan Guru Besar. Kami telah mengahsilkan kertas kerja dan modul

pelaksanaan. Idea dan kerja kami ini dirancangkan akan diteruskan di prasekolah meskipun sudah

ketiadaan kami. Apa yang menyedihkan, PK1 telah berpindah ke Gua Musang beberapa bulan

selepas itu. Ini menyebabkan program tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan kehilangan orang kuat sekolah.

Kerja kursus PRA 3110 ini menghendaki saya melaksanakan program prasekolah yang

melibatkan kerjasama ibu dan bapa. Pada mulanya guru prasekolah saya merancang membuat

satu majlis Hari Jadi. Kertas kerja telah saya buat, namun ada beberapa kekangan seperti cuti

mengejut pada hari Khamis dan menghampiri bulan puasa telah menyebabkan program ini

dibatalkan.

Saya mengambil keputusan berbincang dengan guru prasekolah untuk melaksanakan

program membaca untuk murid-murid yang lemah. Beliau bersetuju dan menyokong usaha kami

.saya mencari seberapa banyak bahan di internet mengenai program membaca kanak-kanak

prasekolah. Ternyata bahan yang sangat membantu adalah terhad. Saya bertekad untuk membuat

modul sendiri bersama-sama Hisyam. Saya telah memperbaiki kertas kerja lama untuk

disesuaikan dengan program baru ini.

Perbincangan dan kolaborasi

Saya dan Syam telah berbincang dengan Guru Prasekolah, Guru Besar, Jurulatih Utama

Prasekolah iaitu Pn.Siti Mariam dan Pn.Norsiah ketika pemantauan prasekolah berbintang.

Perbincangan dengan Guru Besar sememangnya memberikan banyak motivasi kami. Guru Besar

sangat berbangga dengan usaha yang ingin kami laksanakan ini dan telah memberi sedikit

sebanyak idea beliau dalam proses penambahbaikan kerja. Perbincangan bersama JU dan Guru

Prasekolah juga banyak mendapat tindak balas positif. Pn.Norsiah sangat bersetuju dengan

kertas kerja kami dan telah menyemak bahan-bahan serta instrumen diagnostik yang telah kami

lakukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat respons yang jauh lebih

baik daripada jangkaan kami.

Persediaan program

Membukukan buku modul

Kami terlalu sibuk pada minggu ini. Setelah saya berhempas pulas menyiapkan kertas kerja dan

telah mendapat kelulusan, saya memperbaiki buku modul yang akan diserahkan kepada ibu bapa

nanti. Buku modul ini telah disalin cetak dan dibukukan.

Susun atur tempat

Kelas disusun atur mengikut kesesuaian program. Kami menempatkan ibu bapa dan murid duduk

di atas karpet untuk keselesaan. Manakala Guru Besar serta barisan guru duduk di atas kerusi

sesuai dengan majlis formal.

Papan layar dan projektor

Kami telah membuat surat permohonan pinjaman papan layar dan projektor. Percubaan sistem

telah dilakukan sehari sebelum program.

(Rujuk Lampiran)

Surat jemputan ibu bapa

Surat jemputan kepada ibu bapa telah dikirim melalaui anak mereka sendiri.

(Rujuk Lampiran)

Pembikinan slide dan video

Saya

mengambil

tugasan

menyiapkan

persembahan

slide

untuk

hari

esok.

Selain

mempermudahkan taklimat,ini juga penting bagi menarik perhatian audiens dalam sesi taklimat

nanti.

Semasa program

Berikut adalah tentatif program :

7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa

8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat

8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar

8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG

8.45 pagi -oleh guru Prasekolah

8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.

9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca dijalankan.

9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar kepada ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)

9.45 pagi- Majlis bersurai

Saya menyediakan keperluan-keperluan pada pagi ini iaitu memastikan projektor beraksi

dengan baik dan lancar. Susun atur dipantau agar kelihatan lebih sempurna. Kehadiran ibu bapa

disambut dengan salam dan senyuman daripada pihak kami. 07.45 pagi adalah masa untuk ibu

bapa mendaftar. Keadaan jelas menunjukkan hanya para ibu yang datang. Terdapat dua orang ibu

bapa murid tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Namun kehadiran ibu bapa lebih baik

daripada yang dijangkakan.

Pada hari itu, saya memegang dua tugas pada satu masa iaitu sebagai pengerusi majlis dan

juruteknikal. Boleh dikatakan saya agak terkejar-kejar tetapi saya dapat mengatasinya. Rasa

gementar tetap ada ketika mengacarakan majlis. Sesi mempengerusikan majlis tetap berjalan

lancar meskipun tanpa teks MC.

Ucapan alu-aluan Guru Besar membuka gerbang program ini. Banyak ilmu yang diselitkan

dalam

ucapan

alu-aluannya

termasuklah

serba

sedikit

menganai

program

ini.

Alhamdulillah,respons yang baik jelas tergambar daripada riak wajah ibu-ibu ini. Terlihat dari

senyuman mereka menggambarkan betapa besarnya harapan mereka ingin mendapatkan sesuatu

dalam program ini.

Ucapan diteruskan dengan ucapan Guru Prasekolah selaku tuan rumah yang mengizinkan

kami melaksanakan program ini di prasekolah jagaannya. Beliau yang merupakan anak jati

kampung ini sedikit banyak dapat membantu kami membina hubungan dengan masyarakat di sini

khususnya ibu bapa murid. Kepercayaan masyarakat kampung terhadap beliau telah sedia terbina

dan ini memudahkan kami untuk melaksanakan program bersama masyarakat. Di sinilah saya dapat melihat rupa ibu yang persis anak mereka. Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika anak ini kelihatan kemas ke sekolah, begitu juga si ibu kelihatan rapi.

Senyuman mereka juga seiras manisnya. Sebaliknya 2 orang murid bernama Adam Firdaus dan

Adam Haris tidak dapat hadir bersama ibunya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Kedua-

dua murid ini bukan sahaja tidak dapat mengenal huruf tetapi salah seorang daripadanya tidak

mahu membuka mulut apabila ditanya. Saya terasa agak terkilan dengan ketidakhadiran mereka

pada program hari ini.

Penerangan seterusnya oleh Mohd Hisyamuddin bin Nasir. Sifat mesra dan peramahnya

telah menarik perhatian audiens pada masa itu. Tambahan pula kelebihannya bercakap dialek

kelantan dapat memonopoli program itu sepenuhnya. Secara keseluruhannya para ibu mendengar

penerangan ini dengan baik. Penerangan berbantukan LCD projektor juga dapat memberi

pengalaman baru pada masyarakat kampung Pulau Gajah ini. Taklimat tentang peranan ibu bapa

juga ditekankan di sini kerana program ini adalah melibatkan 70% penglibatan ibu bapa dan murid

berbanding hanya 20% peranan kami dan guru prasekolah dan selebihnya adalah peranan PK1

dan Guru Besar sebagai pemantau projek. Di sini kami telah tekankan kepentingan peranan ibu

bapa dalam memndidik anak mereka adalah lebih berkesan daripada orang lain yang mendidik.

Beberapa teori dan kajian telah dijelaskan kepada ibu bapa ini mengenai penglibatan ibu

bapa dalam kejayaan anak mereka. Teori Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa

penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang tinggi.

Manakala Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana memberi

kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. Ini

telah membuktikan bahawa penglibatan ibu bapa dalam menetukan kejayaan anak adalah besar.

Satu lagi dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi

dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang

lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Ini sudah cukup

membuktikan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam akademik anak mereka adalah sangat

penting.

Kami menerangkan teori ini kerana kami yakin bahawa ada ibu bapa yang terdetik untuk

mempersoalkan peranan guru sebagai pendidik. Kami bersedia untuk mendengar soalan seperti

ini Apa guru lakukan di sekolah? Padahal kami menghantar anak kami ke sekolah untuk belajar membaca. Tetapi mengapa kami perlu terlibat sama?

Ini adalah soalan yang saya jangkakan akan ada. Jangkaan meleset apabila mendapati para

ibu tidak bertanyakan sebarang soalan. Kami menganggap mereka telah faham tentang apa yang

telah disampaikan.

Dalam penerangan ini juga diterangkan konsep prasekolah seperti apa itu prasekolah,

pendekatan yang digunakan, penempatan murid mengikut umur dan tunjang-tunjang yang diajar

di prasekolah. Ini penting bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan

prasekolah. Selain itu ibu bapa difahamkan tentang kepentingan bermain, berlakon, menyanyi dan

melukis. Ibu bapa khususnya masyarakat kampung perlu mengetahui bahawa proses

pembelajaran kanak-kanak adalah selaras dengan KSPK iaitu Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan yang mempunyai enam tunjang utama. Dan tunjang-tunjang inilah yang diserapkan

kepada kanak-kanak prasekolah melalui pendekatan bermain, projek, inkuiri dan lain-lain. Perkara

yang lebih menarik lagi, kanak-kanak prasekolah telah diminta menyanyi lagu di sini senang,di sana senang beramai-ramai. Walaupun mungkin ibu bapa mengaggap menyanyi adalah perkara

yang kecil dalam pendidikan, namun kami menekankan bahawa menyanyi adalah sebahagian cara

kanak-kanak belajar.

Penerangan buku Klinik Cepat Membaca Anakku

Ibu

bapa

diedarkan

sebuah

buku

modul.

Tunjuk

cara

pengguna

an

buku

modul juga diterangkan secara berperingkat. Kami menekankan kaedah membaca konvensional

iaitu kaedah abjad yang telah digunakan sekian lama. Para ibu juga diingatkan agar tidak

melangkau bahan bacaan ini melainkan telah menguasai kemahiran sebelumnya. Kaedah masteri

digunakan dalam modul kami agar kanak-kanak belajar daripada mudah ke sukar. Selain itu dapat

mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan yang baharu. Sebagai contoh aktiviti membunyikan

suku kata tertutup. Murid perlu menguasai suku kata terbuka dahulu barulah mempelajari suku

kata tertutup. Seperti ba ( suku kata terbuka),bas(suku kata tertutup).

Dalam buku modul ini juga terdapat gambar kartun dan dialog yang memberi kata-kata

semangat seperti Tahniah,anda telah menguasai ABC. Ini dapat memotivasikan anak mereka di

samping memberi peringatan kepada ibu bapa agar tidak kedekut memuji anak mereka. Saya juga

menggunakan nama murid yang sudah pandai membaca sebagai bahan bacaan buku

ini. Sebanyak 10 kekerapan bacaan yang perlu ditanda dalam buku ini. Ibu bapa hendaklah

menanda (X) pada ruangan 10 kali baca. Ini bermaksud kanak-kanak hendaklah mengulang

sesuatu bahan bacaan sebanyak 10 kali berturut-turut. Pembelajaran dikira berjaya setelah anak

dapat membaca dan mengulangi benda yang sama sebanyak 10 kali. Idea ini telah diberikan oleh

Tuan Guru Besar yang baik hati dan tidak lokek berkongsi idea. Ibu bapa juga diterangkan bahawa

mereka perlu perlu menyerahkan buku tersebut kepada Guru Prasekolah setiap hari Khamis untuk

semakan dan komen.

Selepas sesi taklimat tamat, sesi soal jawab dibuka kepada ibu bapa yang ingin mengajukan

soalan. Namun tiada sebarang soalan diajukan. Kami hanya menggalakkan ibu bapa tidak segan

untuk mengadu dan bertanya kepada guru di sekolah jika terdapat masalah. Majlis diakhiri dengan

dan penyerahan cenderahati kepada Guru Besar, Guru Prasekolah dan Ibu bapa yang sudi hadir

pada hari itu. Tirai majlis ditutup dengan surah Al-Ikhlas dan sesi bergambar. Para ibu nampak

senang dalam aktiviti bergambar dan sememangnya program ini dapat mengeratkan lagi

hubungan guru, ibu bapa dan murid.

Selepas

Kami sibuk mengemas semula barang-barang yang dipinjam dan mengatur semula kelas ke

keadaan asal. Perasaan penat berbaur dengan rasa gembira dan lega. Saya berasa program ini

lebih bermakna daripada program Hari Jadi yang dibatalkan tempoh hari. Menjelang hari Ahad,

awal persekolahan minggu depan iaitu bersamaan 14.07.2011, saya mendapati murid bernama

Airil Zuprie telah dapat membatangkan suku kata terbuka dengan lancar. Hal ini membuatkan saya

berpaling beberapa kali ke arahnya untuk mendapatkan kepastian. Apabila saya bertanya kepada

murid ini siapa yang mengajar menyebut suku kata, dia menyebut ibu dan abangnya mengajar di

rumah. Sudah pasti hubungan anak-beranak lebih bermakna jika sesuatu perkara dilakukan

bersama-sama.

Beberapa murid lain mjenunjukkan perubahan positif yang agak perlahan. Namun saya yakin

jika penglibatan ibu bapa berterusan akan memberi kesan yang positif kepada anak mereka.

Daripada tugas sebagai pembina modul berpindah kepada tugas seorang pelajar. Saya masih

mengumpul bahan untuk dijadikan bahan bacaan yang membantu saya mengajar kanak-kanak

lebih cepat membaca. Teknik KUMON yang berasal dari luar negara telah mula bertapak di

Malaysia. KUMON yang lebih tertumpu kepada pembelajaran masteri sama seperti bahan yang

telah saya rancangkan dalam modul ini.

Usaha menyiapkan laporan kerja kursus dilakukan lebih mudah memandangkan saya hanya

perlu mengingat dan merangka isi laporan. Pemprosesan maklumat dilakukan dengan kadar agak

cepat memandangkan semua bahan telah ada. Namun kekangan masa tetap memaksa saya

melakukannya secara cepat dan sempurna.

Keperluan program

Program ini dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan guru, ibu bapa dan murid dalam

akademik murid itu sendiri. Program ini penting memandangkan murid enam tahun bakal ke tahun

satu pada tahun hadapan. Kesedaran daripada tahap kemahiran mambaca yang lemah dalam

kalangan murid ini menyebabkan saya melaksanakan program ini. Saya percaya tidak ramai

rakan-rakan lain yang memilih untuk melakukan projek seperti ini. Namun saya merasakan ini

adalah pelaburan masa panjang. Dan sudah pasti Guru Besar serta Guru Prasekolah bersetuju

dengan program yang kami jalankan ini. Tujuan utama program ini adalah menyediakan murid

yang boleh membaca sebelum masuk ke Tahun Satu. Penglibatan ibu bapa juga adalah satu

penyelesaian yang difikirkan sesuai dengan matlamat program ini. Sekurang-kurangnya ibu bapa

mereka tahu tentang kelemahan anak mereka dalam membaca. Dan mungkin ada yang dapat menyelami perasaan guru yang mengajar membaca dan berfikir bukan mudah mengajar membaca kepada anak. Di samping melayan drama Melayu di kaca televisyen, ibu boleh

mengajar anak mereka membaca. Walaupun sekejap namun ibu bapa harus menjadikan masa

keluarga itu berkualiti dan harus diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung dapat

memupuk budaya membaca dalam komuniti keluarga.

Kelebihan program

Banyak kelebihan yang diperolehi daripada program ini. Saya dapat mengenali para ibu murid

dengan lebih dekat serta membaca personaliti mereka. Program ini juga memupuk nilai kasih

sayang bukan sahaja antara ibu bapa dan murid, tetapi juga warga sekolah SKPG. Program ini

dapat melahirkan murid yang boleh membaca seperti Aiman dan Daniel(murid yang sudah

menguasai membaca). Program ini juga dapat melibatkan hubungan ibu bapa, murid dan guru

secara berpanjangan berbanding dengan Majlis Sambutan Hari Jadi atau Hari Bakat atau Kebun

sains. Ini kerana tiada satu pun ibu bapa yang sanggup melihat anaknya tidak pandai membaca.

Jadi ibu bapa akan berusaha mengambil masa untuk mengajar anak mereka walaupun tidak lama.

Hubungan ibu dan anak yang semakin akrab akan menambah rasa harga diri. Tambahan pula jika

ibu bapa memberi pujian dan ganjaran kepada anak mereka apabila berjaya menguasai sesuatu

unit modul. Si anak juga lebih merasa diberi perhatian jika ibu bapa mengajar mereka dengan

kasih sayang. Kekuatan program ini juga terletak kepada sesi penerangan yang dijalankan oleh

Syam yang begitu menyakinkan para ibu dan murid. Boleh dikatakan semua ibu senang dengan

cara beliau. Kawalan murid prasekolah juga sentiasa dipantau dari masa ke masa agar tidak

menganggu majlis. Penggunaan bahan elektronik sebagai bahan persembahan dapat menarik

tumpuan audiens. Mungkin ini adalah perkara baharu bagi masyarakat Pulau Gajah dan mungkin

tidak. Namun animasi serta warna yang menarik dapat menarik perhatian audiens. Gambar anak-

anak mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga dipersembahkan. Semua ibu yang

hadir serta tetamu VIP dihadiahi buah tangan kurma eklusif habatus sauda yang ditaja oleh

pembantu prasekolah yang dermawan. Bukti kekuatan program ini adalah ada antara ibu yang

sudah berani datang ke prasekolah mendekati anaknya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Ini menunjukkan kesedaran didalam diri ibu bapa bahawa pentingnya

penglibatan ibu bapa dalam mencorakkan kejayaan anak- anak.

Kelemahan

Mungkin rupa buku ini tidak menarik kerana difotostat. Penggunaan unit juga tidak jelas iaitu saya

tidak mengasingkan satu unit dengan satu unit yang lain dalam muka surat yang berasingan.

Saya juga berasa agak kurang bersedia ketika menjadi pengerusi majlis dan menjadikan majlis ini

santai dan bersahaja. Saya tidak menyelitkan pantun pada setiap agenda baru. Sebaliknya hanya

kata alu-aluan yang biasa digunakan dalam majlis. Majlis juga dilakukan secara ringkas sahaja

memandangkan audiens yang kurang 30 orang. Murid yang berada di kawasan hadapan V.I.P agak

menganggu program. Kadang-kala mereka tidak dapat duduk diam dan mengusik antara satu

sama lain. Ini menyebabkan mereka bising dan hilang kawalan. Saya berasa agak kecewa apabila

video yang saya hasilkan tidak dapat dimainkan semula dalam format mediafile. Sepatutnya video

ini akan dimainkan esok. Saya tidak dapat menukar format video ini kerana terlalu banyak kerenah

teknologi yang memeningkan.

Penambahabaikan

Mungkin saya boleh meminta sponsor daripada pihak sekolah ingin mencetak buku ini berwarna

bagi tujuan daya penarik. Pembantu prasekolah juga sebaik-baiknya duduk bersama murid-murid

bagi memudahkan kawalan murid. Saya juga telah menggantikan video dengan gambar-gambar

murid prasekolah yang diselitkan di persembahan power point. Sebagai penambahbaikan pada

masa akan datang, saya akan membuat modul ini lebih sistematik dengan meletakkan nombor

unit pada setiap kemahiran yang perlu dikuasai. Pada masa akan datang juga saya harus

menyelitkan pantun pemanis ayat untuk menyerikan lagi sesuatu majlis. Saya juga harus lebih

bersedia dan cekap mengandalikan majlis formal supaya kelihatan lebih yakin dan mengurangkan

kesilapan dalam mengacarakan sesuatu majlis.

5.0.

Refleksi kendiri

Penerimaan tugas pada sebulan lepas menggambarkan kesibukan saya semakin

bertambah. Komitmen terhadap persiapan fail dan praktikum semakin dibebankan dengan

tugasan yang agak rumit apabila tugasan menghendaki saya mengadakan satu program

prasekolah bersama penglibatan ibu bapa. Hati berasa lega apabila guru prasekolah ingin

merancang majlis Hari Jadi di Taman Perbandaran Tengku Anis. Namun rancangan ini telah

dibatalkan setelah saya menyiapkan kertas kerja yang lengkap kerana cuti mengejut pada hari

program dan menghampiri bulan puasa. Setelah kecewa dengan kejadian tersebut, saya dan

rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin telah berbincang dan bersepakat untuk mengadakan

program yang lebih baik. Nasihat dan pendapat yang diberikan oleh Pensyarah Pembimbing yang

mengatakan bahawa lakukan program yang luar daripada kebiasaan membuatkan saya tiba -tiba

berfikir mengenai program membaca. Pada semester lepas, di sekolah yang sama;saya telah

menghasilkan kertas kerja mengenai program persiapan ke Tahun Satu. Dalam kertas kerja ini

saya mengusulkan beberapa cadangan kepada sekolah untuk mengadakan kelas Anjung,

program Buddi(Budaya Didik Diri) dan anak angkat bagi usaha mewujudkan murid prasekolah

yang boleh membaca. Ini adalah tugasan yang diberikan oleh Guru PK1,Tuan Said. Hari praktikum

terakhir pada semester lepas, Guru Besar dan PK1 telah membuat satu jamuan untuk semua guru.

Alangkah terkejutnya saya apabila kertas kerja ini dijadikan salah satu agenda jamuan pada hari

itu. Ini menunjukkan betapa besarnya penghargaan pihak pentadbiran terhadap usaha saya.

Saya telah mengedit semula kertas kerja yang sedia ada untuk disesuaikan dengan

program baru ini. Saya sangat bersemangat dalam melaksanakan tugasan ini, namun terlalu

banyak tugasan yang saya pikul baik belakang dan depan tabir. Secara jujurnya saya banyak

melakukan kerja-kerja belakang tabir seperti penyediaan bahan modul, pencarian kaedah sesuai

membaca, membuat diagnosis, kertas kerja yang perlu diperbaiki beberapa kali dan persembahan

slide power point dan video. Saya tersepit dengan dengan tugasan Buku Rancangan Mengajar

yang memerlukan komitmen yang tinggi juga. Jadi, saya terpaksa bersengkang mata sehingga

lewat malam. Saya merasakan Ramadhan tahun ini menuntut banyak kesabaran. Sehinggakan

saya tidak larat melakukan sunat Tarawikh pada setiap hari. Namun ada kalanya saya gagahkan

diri merebut peluang Ramadhan yang datang hanya setahun sekali sahaja. Badan terasa sungguh

lesu dan sakit sehinggakan terpaksa menahan diri daripada minum minuman sejuk untuk

mengelakkan kemudaratan. Dengan keadaan yang sakit belakang akibat membuat RPH dan kerja-

kerja menaip, saya terpaksa meneruskan juga usaha itu. Saya sudah tiada masa lagi untuk

melengahkan masa. Namun saya ada sesekali keluar bersama rakan-rakan untuk menghilangkan

bosan dengan tekanan kerja. Saya percaya akan lebih segar dan bertenaga setelah berehat

beberapa jam tanpa mengusik kerja. Dan kemudian meneruskan semula kerja-kerja tertangguh.

Kesannya saya lebih banyak idea untuk menulis dan memperbaiki kelemahan tugasan. Di sini

saya dapat mengurus tekanan dengan lebih baik dan positif. Begitu juga dalam dunia guru yang

sebenar, pasti lebih banyak rintangan yang perlu diharungi. Saya perlu lebih bijak dalam

menjadikan suatu cabaran dan masalah menjadi peluang dan idea.

Pencarian bahan pada awal-awal mendapat tugasan boleh dikatakan sukar. Tetapi saya

tidak berputus asa mencarinya pada hari-hari berikutnya. Alhamdulillah, saya memperolehi bahan

yang saya cari. Namun tidak semua bahan dapat membantu sepenuhnya. Saya perlu bijak mengambil serba sedikit point dan mix kesemua bahan ini. Banyak bahan yang diperolehi

dalam Bahasa Inggeris termasuk buku rujukan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya hanya

menterjemah keseluruhan ayat bagi memudahkan kerja dan tidak terlalu terikat dengan ayat yang

skema. Saya akui kerja mengalih bahasa bukan satu perkara yang digemari oleh guru pelatih

seperti saya. Namun, bahan bacaan dalam Bahasa Melayu sangat terhad. Ini memaksa saya lebih

proaktif dan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang untuk saya lebih jinak dengan bahasa

asing. Tambahan pula, Bahasa Inggeris sangat penting selepas Bahasa Kebangsaan dan perlu

dikuasai oleh setiap pelajar. Saya memasang cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke tahap lebih

tinggi. Dan saya percaya bahawa saya akan menghadapi masalah pada masa akan datang jika

tidak membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris dari sekarang.

Dua hari sebelum pelaksanaan program, pemantauan prasekolah berbitang telah

dilakukan oleh JU QIT Pengakalan Chepa. Pn.Norsiah masih mengenali wajah saya walaupun

hanya berjumpa sekali di sekolah beliau pada Program Bina Insan Guru Semester ini. Saya

menggunakan peluang ini untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama beliau serta

rakannya, Pn.Siti Mariam. Keadaan menjadi kecoh dengan kemesraan dan sikap bersahaja yang

dirujukkan oleh mereka. Saya begitu senang dengan cara kerja dan idea yang diberikan oleh

mereka. Kertas kerja kami mendapat pujian daripada mereka. Beliau juga mencadangkan agar

kami memilih tajuk ini sebagai tajuk tesis pada masa akan datang. Sebenarnya saya sudah

merancang dari awal lagi untuk menjadikan tajuk tugasan sebagai kajian lanjutan untuk pada

masa akan datang. Oleh itu,ini adalah tapak permulaan saya bagi meneruskan langkah

seterusnya. Ini juga adalah satu eksperimen untuk saya melihat keberkesanan program ini kepada

kanak-kanak yang belum mengenali huruf dan membatangkan suku kata. Saya juga merancang

ingin melakukan program ini di prasekolah yang bakal saya praktikum pada tahun hadapan.

Pada hari saya mempengerusikan majlis, saya tidak merasakan penggunaan teks

pengacaraan majlis itu sangat penting. Saya hanya mencatat senarai pemberi ucapan dan tentatif

program yang penting sahaja di kertas kecil. Walaupun pada hakikatnya saya gementar dan takut melakukan kesilapan. Saya hanya berfikir bahawa audiens hanya ingin mendengar saya bercakap dan bukannya mencari kesalahan saya. Itulah kata -kata En.Aminuddin (jabatan Bahasa

Melayu) sewaktu sesi kuliah di semester 2 tahun persediaan yang masih tersemat segar di

ingatan. Mungkin saya boleh memperbaiki kemahiran berucap dengan menyelitkan pantun

sebagai pemanis kata pada masa yang lain.

Masalah teknikal juga berlaku pada awal-awal pagi di saat saya sedang menyambungkan peralatan di laptop. Masalah berlaku apabila imej yang dipancarkan di papan layar tiada item button. Guru IT yang berusaha mulai temui jalan buntu,manakala saya bertekad unt uk tidak

menggunakan persembahan slide sebagai tanda kecewa. Namun beberapa saat kemudian, keadaan menjadi baik. Saya telah melakukan setting pada control pannel dan mencuba semua

butang fungsi. Dengan bangganya saya berjaya melakukan perkara yang tidak diketahui oleh

Guru IT. Adakalanya kita tidak boleh berdiam diri walaupun sesukar manapun masalah itu. Ini

mengajar saya untuk melakukan sedaya upaya usaha menyelesaikan masalah. Hati saya mulai

lega dan fokus terhadap perjalanan program seterusnya.

Dalam usaha menyiapkan kerja kurusus ini pula, saya dikejutkan dengan berita pecah

rumah yang terletak selang sebuah rumah saya. Saya sebenarnya sudah merasakan sesuatu pada

malam itu. Saya berusaha tidak mahu tidur kerana risau dengan keselamatan saya dan harta saya.

Tambahan pula,saya keseorangan di rumah. Rakan serumah saya semuanya junior semester 4

dan telah pulang ke kampung minggu lepas kerana tugasan SBE. Alhamdulillah,saya dalam

keadaan baik dan saya percaya Allah ada untuk melindungi saya. Saya buang semua masalah itu

untuk fokus kepada tugasan tetapi masih ada sisa-sisa kebimbangan itu. Saya mengambil

keputusan untuk bermalam di rumah Wani yang terletak agak jauh. Mungkin ada hikmah semua

ini. Mungkin dengan cara ini, saya akan dapat berkongsi idea dan bahan dengan mereka semua

dalam melaksanakan tugasan. Serba sedikit dapat mengurangkan rasa bimbang terhadap

keselamatan saya. Saya membawa barang-barang berharga di dalam kereta juga sebagai langkah

persediaan. Fikiran saya agak terganggu dengan keadaan yang terjadi. Namun saya hanya

berusaha dan bertawakal kepada Allah. Mungkin inilah perkara yang saya perlu hadapi pada masa

akan datang. Bukan ini yang saya minta,tetapi maklumlah ramai guru yang dihantar ke kampung-

kampung pedalaman dan duduk seorang diri. Tambahan pula, ada yang anak dara menambah

rasa risau dalam diri keluarga dan tuan diri. Saya perlu bersedia dengan keadaan ini semua jika

takdir tertulis begitu.

Banyak perkara yang saya pelajari daripada pelaksanaan tugasan ini. Kerjasama dengan

ramai orang sangat baik. Proses percambahan minda hasil kolaborasi daripada pihak-pihak yang

berpengalaman semestinya menjadikan saya sebagai seorang yang matang. Saya juga banyak

bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya, Mohd Hisyamuddin. Saya akui banyak

percanggahan pendapat dan selisih faham antara kami berlaku. Tetapi kami selalu berbincang dan

meluahkan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain. Kami cuba mencari jalan penyelesaian

terbaik. Kami mempunyai kelebihan masing-masing. Alhamdulillah,kami dapat bersatu dengan

saling melengkapi kekurangan masing-masing. Dalam kerja kumpulan, persamaan bukanlah

perkara terpenting dalam menjayakan sebuah tugas. Tetapi apa yang penting bagi saya

bagaimana proses penyerapan dan penambahbaikan itu berlaku sehingga menghasilkan tugasan

terbaik. Saya banyak belajar mengawal perasaan tertekan dan kecewa sejak kebelakangan ini.

Saya sedari bahawa perasaan marah hanya akan membawa masalah lain yang lebih buruk. Jadi,

saya akan bertenang dan berfikir secara relevan.

Setelah melaksanakan tugasan ini,kepercayaan saya kepada kelebihan penglibatan ibu bapa

dalam menghasilkan anak yang berpotensi lebih mendalam. Baru sahaja 3 hari melaksanakan

tugasan ini, Airil Zupri yang sebelum ini belum menguasai kemahiran huruf, telah dapat membaca

suku kata seperti ca,ci,co,cu dan ce. Inilah bukti bahawa penglibatan ibu bapa dalam

perkembangan anak sangat penting. Saya merasakan program ini telah berjaya kesan daripada

kebolehan membaca ini. Perasaan gembira dan terharu tidak dapat digambarkan dengan kata-

kata. Inilah perasaan seorang guru yang mula bercambah dalam jiwa saya. Saya yakin banyak lagi

peluang untuk saya curahkan idea dan tenaga kepada anak didik pada masa akan datang. Saya

berharap saya akan terus bersemangat menghadapi dunia guru pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai