Anda di halaman 1dari 22

MUZIK DENGAN PERGERAKAN

Terdapat lima jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks.


Anatara pergerakannya adalah:

Gerakan Mengikut Lirik Lagu
Gerakan Asas Dengan Muzik
Interpretasi Muzik Dengan Gerakan
Gerakan Bebas Dengan Muzik
Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema



KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk
penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas
respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri
sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi
melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal. Oleh itu respon
kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran
di bilik darjah kerana Dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh
dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak-kanak yang memang suka bergerak.
Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik. Kanak-kanak mengembangkan
kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang mereka alami dengan apa yang
mereka dengari, lihat dan rasai.




DEFINISI PERGERAKAN

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan (
learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling utama dan
merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan
daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan
sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Pergerakan adalah perlakuan
atau aksi individu yang boleh berlaku secara, automatis, spontan, terurus
(melibatkan perancangan yang lebih tersusun), melalui postur, gerak isyarat, dan
pelbagai pergerakan badan. Bagi pendekatan Dalcroze irama adalah pendekatan asas
dalam pendidikan muzik, irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan
murid/kanak-kanak, elemen irama dan dinamik - berkait rapat dengan pergerakan,
Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan ritardando dapat
dialami difahami dan diekspresikan dengan badan.

PENGLIBATAN

Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan
penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu :
mendengar
merasai (feel)
berimaginasi kuat (strong imagination)
mengintepretasi bunyi
bertindak/respon/bergerak


JENIS PERGERAKAN ASAS
Bukan lokomotor : tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik.
Lokomotor : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap, bergolek,bergalop,
skip, berputar, melompat.
Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada
aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan
tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi.



PERGERAKAN KREATIF
Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik
melalui pergerakan.


UNSUR-UNSUR PERGERAKAN

TUBUH BADAN : pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagian anggota
badan.
RUANG : penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan.
DAYA : kualiti pergerakan.
PERKAITAN : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan orang lain atau
objek-objek.



TUJUAN PERGERAKAN KREATIF

1. kebebasan melahirkan idea dan perasaan
2. pengawalan pergerakan
3. kemahiran pergerakan
4. keseronokan dan kepuasan
5. kesedaran imej kendiri
6. kesedaran estetik
7. apresiasi bentuk seni
8. kartasis(melepaskan ketegangan perasaan)
9. pemahaman budaya
10. sosialisasi
11. penyelesaian masalah
12. alat pembelajaran akademik
13. teraputik



APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN

1. Irama
menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu
yang mudah sambil menyanyi.

2. Meter dan tekanan
gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter
triple. Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 ) 8

3. Melodi
guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya
bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama. Kelak dapat
ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih
luas, juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan
badan dalam pergerakan kreatif.

4. Bentuk
pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa. Kemudian
murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa
lagu.

5. Harmoni
dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat
diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

6. Ekspresi
pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit,bila muzik
lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk
menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk
menunjukkan mud.

7. Warna ton
pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe.

8. Jalinan
pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk
atau fomasi.



PERANCANGAN P & P
1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan.
2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki.
3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman
4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa terangkan bahawa
pergerakan memerlukan disiplin.




















DEFINISI PERGERAKAN
Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh
seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat
tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan
tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan
beredar.

Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan
seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar.
Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam
tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya
menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik
, pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK
Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi
dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan
yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan
menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh
itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran
pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak
boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.



TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan
meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat
dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik
serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini
sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang
berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti
suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka
berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat
muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang
cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan
mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-
bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik,
pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi
atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai
kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini
mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada
berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah
persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai
dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.

Kecerdasan Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan
mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap
menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih
cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti
bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan
kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau
mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan,
keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas
dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti
yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti
jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola
sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa
kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang
tinggi.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul,
mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di
bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta
berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan
matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam
kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan
Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan
minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya
tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka,
Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu,
mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh
aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola
abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik
dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya
yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.

Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan
kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara
menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan
badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan
yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya
menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang
lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang
berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi
penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal.


PENDEKATAN DALCROZE

Pengenalan

Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang
pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam
konsep-konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk.
Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan
improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui
gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa
badan manusia merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk
menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah mehasilkan 3 elemen
yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada 3 komponen tersebut telah
menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini.

Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas, namun
kaedah ini masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah pendidikan yang
terkandungdalam kaedah ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid, member peluang kepada murid-murid untuk
memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan sejajar dengan teori
pendidikan kini.

Falsafah, Konsep dan Teknik

Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau
mendapati bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi
terhadap muzik yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan
teknik permainan alat muzik. Malah mereka mempunyai masalah dalam memainkan
irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan pic dan intonasi. Oleh itu, beliau
telah mengasaskan satu pendekatan untuk member pendidikan muzik yang menyeluruh
kepada pelajar-pelajar muzik.

Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi
muzik selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak
setuju dengan cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi
muzik di mana teori muzik di ajar secara atas kertas. Pada pendapat beliau muzik
berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak tidak dapat mendengar bunyi muzik
dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya bunyi muzik harus diperkenalkan
dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa yang dipelajari dengan
bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah Dalcroze.

Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan
pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakn.
Pembelajara muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan
penerangan guru sahaja. Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai
pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsep-konsep muzik
dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan
dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan
sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep muzik
secara mendalam dan berkesan. Prosese pengajaran dan pembelajaran notasi dan
teori akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai
pengalaman muzikal.

3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan
improvisasi. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan
keran Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep
asas muzik seperti irama adalah melalui gerakan.

Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak
terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon
badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa
semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri
pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia
adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada
itu, elemen-elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya
juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan.

Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan
menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka
setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan
lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada
gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti
angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan
ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada
semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.

Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran
pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni.
Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari
konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat
membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system Do Tetap di
mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga
dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic.
Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan
Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru
dengan menggunaka piano dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak
dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk
penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang
dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep
muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat
improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang
sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang
memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak,
guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep
yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.


TAHAP ASAS AWAL MUZIK DAN GERAKAN PERKEMBANGAN PERINGKAT
KEBANGSAAN

Sebelum anda mula memikirkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan
gerakan dan pengalaman muzik bagi anak-anak, penting untuk memahami dasat atau
tahap awal perkembangan muzik peringkat kebangsaan. Mendengarkan dan bergerak
mengikut music, menyanyi dan bermain alat muzik memberikan gambaran deskriptif
perkembangan muzik bermula lahir hingga 5 tahun yang telah digariskan oleh Music
Educators National Conference (MENC) menyatakan mengenai pembelajaran muzik
untuk kanak-kanak.

Peringkat Kebangsaan untuk Pendidikan Muzik

Taman Kanak-kanak (2-4 tahun)

Perkembangan muzik amat penting kepada anak-anak sebelum di hantar ke taman
kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran muzik untuk membesar. Dengan
meningkatnya jumlah tempat perjagaan anak, penjagaan anak sekolah, dan program-
program intervensi awal untuk kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak berisiko
tinggi menunjukkan bahawa maklumat tentang keperluan muzik bayi dan anak-anak
perlu disediakan dan juga peringkat-peringkat muzik patut ditetapkan untuk
pembelajaran muzik anak-anak.

MENC menyatakan:

1.Semua kanak-kanak mempunyai potensi muzik.
2.Anak-anak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan dalam
mempelajari muzik
3.Anak-anak yang masih kecil mampu mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis
melalui idea-idea muzik.
4.Anak-anak yang belajar muzik sejak awal dari pelbagai latar belakang.
5.Anak-anak perlu pengalaman sebagai contoh dari bunyi muzik, aktiviti dan bahan-
bahan.
6.Anak-anak tidak boleh dibebani dengan keperluan untuk memenuhi matlamat
prestasi.
7.Bermain adalah aktiviti anak-anak.
8.Anak-anak belajar dengan baik dalam persekitaran fizikal dan social
9.Persekitaran pembelajaran yang pelbagai amat diperlikan untuk memenuhi
perkembangan anak-anak.
10.Anak-anak memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan.


BERGERAK MENGIKUT MUZIK

Umur Perkembangan

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula:
bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang
berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi
aktif ketika muzik dimainkan.

4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:
bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula
menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan
kepala atau wajah kearah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik:
bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi
lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan
ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan
pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

18 bulan 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat:
bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula
mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik
yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik
di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli
keluarga memainkan alat muzik.

2 - 3 tahun Mula menari:
kanak-kanak bertatih berupaya untuk menari mengikut muzik dengan menekuk lutut,
berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih
suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Dia menunjukkan
peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam
permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia boleh berbaring atau duduk dengan
tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat:
pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu
beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin
suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya,
percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai
menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat penting baginya untuk
mengekspresikan dan mengkomunikasikan idea dan emosi untuk mengembangkan
kemahiran bahasa.

4 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik:
anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia
dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap
pendengaran aktif. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan
meningkat.

5 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula:
meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan
pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Dia
mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh
melompat, melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-gerakan tari berirama
muzik. Dia juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.


MENYANYI

Peringkat umur

Lahir 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah muzik:
Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan
perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara
berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik,
kumuran, jeritan dan mula bercakap yang bukan-bukan mengulangi suara seperti ba-
ba-ba.

6 18 bulan Bercakap bukan-bukan makin meningkat, memuat karakteristik muzikal
lebih jelas:
ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi
aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara
semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu
masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.
18 bulan 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu
seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak
yang mudah diingat, menggunaka suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain.
Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-
lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.

3 - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula:
sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin
secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang
dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

4 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat:
anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada
dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan
lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam
kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia
berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan
meningkat:
Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK

Peringkat umur

6 9 bulan

Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan
bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah
tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan
tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk
menghasilkan bunyi.

18 bulan 2 tahun

Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah
melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan
peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

2- 3 tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan
minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat
membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas.
Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya
sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.

4- 5 tahun

Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini,
anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan
pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta
lagu sendiri.



ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK

Membuat muzik dengan memainkan alat muzik boleh menjadi salah satu bahagian
yang paling menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak bergerak balas
terhadap alat muzik, dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada
bunyi daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain. Alat irama, yang
nyata adalah alat muzik, banyak memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk
fokus pada eksplorasi kreatif. Setiap alat berbeza, mereka mudah digunakan dan
mereka boleh dimainkan dengan pelbagai cara yang menarik.

Alat muzik

Segitiga (tringles)
-Yang bergantung pada seutas tali dengan bebas. Ia mengetuk dengan lembut.
Segitiga ini menghasilkan bunyi yang indah.
Claves

-claves yang tebal dan sempurna diperbuat daripada kayu keras. Letakkan satu clave di
telapak tangan anda dan lagakan dengan clave lain.
Irama kayu(rhythm sticks)

-dimainkan secara berpasangan. Ia boleh menjadi halus atau bergerigi. Dimainkan
dengan memegang satu irama kayu dan memukul dengan yang lain, atau
menggosokan sepanjang kayu tersebut.
Blok kayu ( wood blocks)

-kecil, blok kayu yang berongga menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk blok kayu
ringan dengan kayu atau penukul getah keras.
Maracas

-dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan dipenuhi dengan biji atau batu kerikil.
Goyang dengan perlahan, mengikut jeda untuk menghasilkan irama.
Gendang (dram)

-menghasilkan pelbagai jenis bunyi, bergantung pada bagaimana ia dimainkan.
Gendang boleh dimainkan dengan jari, tangan, atau buku jari atau dengan paluan.
Bunyi gendang terbaik ketika dipukul dengan sentuhan melenting cepat sehingga kulit
di atas gendering boleh bergaung.
Jingle bells

-dipasang pada plastik atau kain dan boleh digoncang dengan tangan atau diikat pada
pergelangan kaki atau pergelangan tangan.
Rebana (tambourines)

-kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu
atau plastic dengan plastic atau kulit gendering dan set kecil alat bunyian yang
diletakkan disekeliling rebana. Anda boleh mengetok dengan tangan atau jari,
menggoncang rebana atau mengabungkan kedua-dua tindakan tersebut.


BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

Bahan Cara menggunakan

Syal/ selendang (scarves)

-berikan syal yang ringan kepada kanak-kanak, berwarna warni supaya syal tersebut
dapat bergerak ke atas dan ke bawah dan juga di sekeliling tubuh badan mereka.
Selain itu, juga boleh menggerak-gerakkan selendang bolak-balik dengan cepat,
melambai-lambai berulang-ulang mengikut irama. Kanak-kanak juga boleh berputar
dalam lingkungan syal, mencampakkan syal dan menagkapnya. Guru perlu
membimbing kanak-kanak supaya menggunakan syal dengan cara pergerakan yang
sesuai mengikut muzik. Mereka akan bergerak bebas di persekitaran untuk melakukan
aktiviti ini.
Pita (streamers)

-untuk nampak lebih menarik, kanak-kanak boleh menggunakan pita yang panjang. Ia
akan bergerak dan bergoyang mengikut pergerakan yang dilakukan. Apabila di letakkan
di lantai.
Gelung (hoops)


Beanbags

-Anda boleh menempatkan beberapa bulatan di lantai dan membiarkan anak-anak
mempelajari pelbagai cara untuk bergerak di dalam lingkaran, dalam dan keluar
daripada lingkaran, dan di luar gelung tersebut. Dorong anak anda untuk
bereksperimen dengan memasukkan sebahagian tubuh mereka di dalam lingkaran dan
sebahagian tubuh lain di luar. Misalnya, meminta anak-anak, "anda boleh meletakkan
kedua kaki di dalam lingkaran dan membiarkan tangan anda berjalan-jalan di luar
lingkaran itu?" Mereka juga boleh menggunakan gelung untuk melompat dengan
menggangap gelung tersebut sebagai tali untuk melatih kemahiran melompat.

Berikan beanbag kepada setiap kanak-kanak(mempunyai pelbagai warna dan bentuk
yang berlainan). Guru atau ibu bapa perlu menunjukkan pergerakan supaya mereka
dapat mengikuti: meletakkan beanbag di kepala anda, dan berjalan mengelilingi bilik
tanpa membiarkannya jatuh. Letakkan beanbag di bahu, lengan, siku, kaki anda.
Letakkan di belakang, dan merangkak di sekitar bilik. Meletakkannya di lantai, dan
melompat di atasnya. Duduk di beanbag anda. Roll atas bantal. Melemparkannya ke
udara, dan menangkapnya dengan kedua tangannya. Menggabungkan kegiatan
beanbag dengan pita.
Posted by psikomotor48 at 10:07 AM

Anda mungkin juga menyukai