Anda di halaman 1dari 2

OBJEKTIF

Objektif kursus ini adalah seperti berikut:


Menjadi platfom bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat
peribadi untuk kegunaan menjadi lebih cemerlang untuk hari ini dan juga
masa hadapan,
Membangkitkan gaya berfikir yang menyeluruh dan secara kreatif dan
inovatif selari dengan matlamat Malaysia Inovatif,
Membangunkan kecemerlangan diri peserta dalam mengoptimumkan
proses menjadi individu yang berprestasi tinggi,
Membantu peserta mengenali penjenamaan dan personaliti diri bagi
memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi kecemerlangan yang
tepat.
Merancang pembangunan strategik bagaimana menjadi cemerlang
berdasarkan dunia sebenar kepada diri sendiri serta organisasi.
Membentuk paradigma yang unik serta hebat dalam diri setiap peserta


. Seperti berikut:

Berfikir dan Berjiwa Besar;
Segalanya bermula daripada minda. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap
peserta akan ditunjukkan menggunakan kedua-dua belah otak (otak kiri dan kanan) dan
ekspresikan dalam diri mereka. Para peserta akan lebih yakin dan menyerlah dalam
setiap keputusan yang diambil. Apa yang mereka fikirkan lebih terarah kepada perkara
yang positif. Mereka juga akan lebih memotivasikan diri mereka sendiri untuk
melakukan yang terbaik dalam segenap hal.

Pembentukan & Penetapan Matlamat
Setiap individu diperlukan untuk mempunyai matlamat serta sasaran dalam organisasi
dan juga kehidupan masing-masing.
Membina Ketokohan, Keterampilan dan Karisma Diri
Untuk menjadi seorang individu yang berprestasi tinggi, diperlukan ketokohan dan
keterampilan. Para peserta juga akan didedahkan dengan dunia karisma.
Pembentukan Jatidiri
Jatidiri yang sejati diperlukan untuk menjadi seorang insan yang sentiasa cemerlang
dalam aspek yang memberi nilai dalam apa sahaja yang dilakukan.

PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai