Anda di halaman 1dari 8

Artikel

KUALA LUMPUR: Pemahaman gaya hidup baru yang dianggap moden dengan pergaulan tanpa batasan dan
pengaruh budaya barat tanpa tahu membezakan mana yang baik dan buruk adalah punca keruntuhan moral di
kalangan gadis remaja kini.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan
institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja kini daripada terus menjadi kes-kes
jenayah.
"Kurangnya nilai-nilai murni dalam diri remaja itu menyebabkan punca keruntuhan moral.
"Kurangnya didikan agama juga merupakan punca gadis remaja kini senang terjerumus dalam masalah sosial
seperti dadah, maksiat, dan menjalin hubungan songsang," katanya kepada Bernama.
Tinjauan Bernama mendapati kalangan remaja berpendapat hubungan erat dan komunikasi yang baik antara ibu
bapa dan anak perempuan amat penting bagi mengelakkan anak mereka terpedaya dengan teman lelaki dan
kenalan baru.
Nadyra Zaidi, 19, berkata gadis remaja perlu berhati hati dengan lelaki dan tidak terlalu percayakan lelaki
"Sebagai seorang perempuan tidak perlu ikut perasaan dan perlu pandai berfikir mana yang baik dan
buruk...lelaki sekarang bukanlah sebaik yang disangka-sangkakan," katanya
Kakitangan awam Suryati Wangiman, 24, berpendapat perempuan cepat mempercayai lelaki kerana sifat lelaki
yang pandai mengambil hati perempuan.
"Pada masa yang sama perempuan cepat jatuh hati dan menyayangi lelaki, mungkin lelaki menjanjikan sesuatu
kepada perempuan itu sehingga sanggup menyerah maruah diri yang amat berharga," katanya.
Pelajar Muhammad Syabil Sukri, 15, berpendapat ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak
supaya tidak terjerumus ke dalam gejala ini.
Kakitangan awam Norsheeda Din, 24, berkata pendidikan agama sangat penting dan media massa perlu
memainkan peranan dalam memaparkan tentang betapa pentingnya maruah seseorang wanita agar mereka
tidak sewenang-wenangnya menggadaikan maruah begitu sahaja.
Ahmad Riduan Abdullah, 28, pula berpendapat remaja perempuan kini berhadapan dengan keadaan yang
bahaya kerana banyak kes pembunuhan, lari rumah dan kes rogol.
"Remaja kini mudah terpedaya dengan lelaki yang baru dikenali...mereka juga kurang didikan agama...tidak
malu berpeluk dan bercium di tempat umum dengan berpakaian menjolok mata.
"Mereka mudah sangat melayan lelaki, apabila lelaki menghadiahkan barangan berjenama dan bagi duit belanja
mereka mudah melabelkan lelaki terbabit baik," katanya.
Ahmad Riduan berkata, peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak
perempuan supaya mereka mengambil tindakan berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kesopanan supaya lelaki
lebih menghormati mereka.
"Ibu bapa juga perlu ambil berat tentang masalah anak-anak supaya mereka akan mencari ibu bapa mereka

sendiri daripada mencari lelaki untuk menyelesaikan masalah dan ia dapat mengelakkan anak gadis mereka dari
terjerat atau terhutang budi".
Beliau berkata ada juga ibu bapa terlalu memanjakan anak perempuan mereka dan percayakan seratus peratus
kepada teman lelaki anaknya sehingga mereka tidak sedar anak mereka dalam bahaya.
Guru sekolah menengah, Norazimah Salleh, 25, berpendapat pelajar perempuan sekolah kini terlalu terpengaruh
dengan bahan bacaan novel berunsur cinta.
"Cerita-cerita cinta dalam novel juga boleh mempengaruhi gadis remaja hanyut dibuai perasaan.
"Masalah remaja ini juga berpunca daripada masalah dalaman diri mereka sendiri kerana terpengaruh dengan
rakan-rakan yang sudah ada teman lelaki," katanya
Norazimah berkata, segelintir remaja bermasalah ini sanggup mengadai maruah diri semata-mata untuk
kebendaan dan daripada segi sudut psikologi ada antara mereka ini kekurangan kasih sayang dan perhatian
keluarga.
"Gadis remaja ini ingin mencuba rasa disayangi, dibelai oleh kenalan," dan menurutnya sebab itu ibu bapa perlu
ambil tahu setiap pergerakan anak perempuan mereka walaupun sibuk bekerja. - BERNAMA

Ulasan Artikel
Berdasarkan artikel di atas dapat dinyatakan bahawa gaya hidup baru yang dianggap moden dengan
pergaulan tanpa batasan dan pengaruh budaya barat tanpa tahu membezakan mana yang baik dan buruk
adalah punca keruntuhan moral di kalangan gadis remaja kini. Kurangnya nilai-nilai murni dalam diri remaja itu
antara penyebab berlakunya punca keruntuhan akhlak serta moral. Kurangnya didikan agama juga merupakan
punca remaja kini senang terjerumus dalam masalah sosial seperti dadah, maksiat dan menjalin hubungan
songsang. Hubungan erat dan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak perempuan amat penting bagi
mengelakkan anak mereka terpedaya dengan teman lelaki dan kenalan baru bagi mengelakkan berlakunya seks
luar nikah dan pembuangan bayi.
Sebagai seorang perempuan hendaklah menjaga maruah diri dan janganlah dengan mudah
menyerahkan mahkota kesucian diri dari dinodai oleh seseorang lelaki tanpa ada ikatan yang sah. Malah
seseorang perempuan hendaklah memikirkan sebaik-baiknya dan janganlah dengan mudah mengikut hati dan
perasaan dalam membuat sesuatu keputusan. Pendidikan agama sangat penting dan media massa perlu
memainkan peranan dalam memaparkan tentang betapa pentingnya maruah seseorang wanita agar mereka
tidak sewenang-wenangnya menggadaikan maruah begitu sahaja. Peranan ibu bapa amat penting dalam
memberikan didikan agama kepada anak-anak perempuan supaya mereka mengambil tindakan berjaga-jaga
dan sentiasa menjaga kesopanan supaya lelaki lebih menghormati mereka. Ibu bapa juga perlu ambil berat
tentang masalah anak-anak supaya mereka akan mencari ibu bapa mereka sendiri daripada mencari lelaki untuk
menyelesaikan masalah dan ia dapat mengelakkan anak gadis mereka dari terjerat atau terhutang budi.
Segelintir remaja bermasalah ini sanggup mengadai maruah diri semata-mata untuk kebendaan dan
daripada segi sudut psikologi ada antara mereka ini kekurangan kasih sayang dan perhatian keluarga. Gadis
remaja ini ingin mencuba rasa disayangi, dibelai oleh kenalan dan menurutnya sebab itu ibu bapa perlu ambil
tahu setiap pergerakan anak perempuan mereka walaupun sibuk bekerja.

Penulisan Esei
Apakah pendapat anda tentang perbuatan seks luar nikah dan sumbang mahram dan sebagai insan
yang bermoral apakah tindakan anda ?
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 23 :
Maksudnya : "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anakanak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak
saudara kamu yang lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan
kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari
isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telah pun
menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan)
bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik
sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha
Pengampun, lagi Maha mengasihani."

Semua agama melarang perlakuan seks luar nikah. Islam sendiri melarang perlakuan zina seperti yang
dinyatakan dalam Surah al-Israa, Ayat 32 :
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan
yang jahat (yang membawa kerosakan).
dan dalam Surah an-Nur, ayat 2:
Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya disebat. Masing-masing 100 kali sebat (pukulan),
janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada
orang mukmin.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya,
disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka. (Hadith diriwayatkan oleh
Thabrani Ibni Abbas)
Daripada ayat-ayat di atas, jelas menunjukkan kesalahan zina itu amat berat dan merupakan dosa besar selain
daripada syirik dan bunuh.

Sebagai seorang yang berpegang teguh pada agama islam dengan jelas telah dinyatakan di
dalam Al-Quran perbuatan seks luar nikah dan sumbang mahram adalah suatu dosa besar yang mana
Allah Taala melaknat sesiapa yang melakukan perbuatan seks luar nikah dan sumbang mahram.
Bukan sahaja agama islam melarang perbuatan seks luar nikah dan sumbang mahram malah
penganut agama lain juga melarang perbuatan tersebut yang mana ianya di luar daripada nilai-nilai
murni serta kemanusiaan.

Sebagai seorang guru saya berpendapat perbuatan seks luar nikah dan sumbang mahram
adalah suatu perbuatan yang sangat tidak berperikemanusiaan yang mana ianya boleh menyebabkan
gadis atau wanita yang melakukan perbuatan itu di hina malah perbuatan itu tidak harusnya berlaku
dalam zaman yang membangun serta serba canggih ini. Ini menunjukkan betapa tidak bertamadunnya
masyarakat yang mengamalkan seks luar nikah dan sumbang mahram. Di mana sebagai seorang ibu
bapa atau seseorang yang lebih dewasa sewajarnya kita menjaga serta mempertahankan maruah
kaum wanita di bawah jagaan kita malah sebagai bapa kita seharusnya dan wajib bagi seorang bapa
menjaga anak gadisnya dari melakukan sesuatu perkara yang menjatuhkan maruah sesebuah
keluarga. Justeru itu kita hendaklah bersama mendidik serta mendedahkan kepada para pelajar serta
ahli keluarga betapa tidak bermoralnya seseorang yang mengamalkan seks luar nikah dan sumbang
mahram.
Terdapat beberapa kaedah dalam menangani tingkah laku seks luar nikah dan sumbang
mahram antaranya adalah seperti berikut:-

a. Melaporkan Kejadian Sumbang Mahram


Mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia tidak
dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat di ambil ke atas penceroboh dan ia mungkin
mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana di ancam oleh penceroboh,
rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun
dirogol dan mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan kejadian
itu. Tingkah laku sumbang mahram ini juga dapat ditangani jika adanya pengawalan dan pencegahan
dibuat secara berterusan. Antaranya mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi
kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap
orang yang dibawah tanggungjawab kita. Pencegahan juga harus dibuat dengan memberi kesedaran
pentingnya kejadian ini dilapor seterusnya peruntukan hukuman yang lebih berat agar penceroboh
akan menyedari akibat dan kesan perbuatan mereka tersebut. Seterusnya mereka akan lebih takut
untuk mendekatinya serta mengulangi perbuatan tersebut. Pencegahan juga dapat dilaksanakan
dengan menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan (bukan ditertawakan), tidak
dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh. Pengawalan dapat dibuat dengan cara memberi
pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa.
Di Malaysia, terdapat agensi dan kumpulan Ngo's yang boleh memberi bantuan dan sokongan kepada
mangsa. Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN),
Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Manakala untuk
penempatan dan perlindungan, terdapat Pusat Perlindungan Wanita di bawah pengurusan Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN), JKM dan dibawah persendirian atau pertubuhan.
Di bawah Majlis Agama Islam Selangor sebuah Pusat Perlindungan Wanita telah diwujudkan iaitu
Baitul Ehsan, lokasinya di Sabak Bernam Selangor. Permohonan untuk memasuki pusat berkenaan
boleh dipohon secara sukarela atau atas perintah Mahkamah. Selain itu, di Jabatan Agama Islam

Selangor terdapat satu unit khusus yang dikenali sebagai Unit Khidmat Nasihat dan rundingcara
keluarga yang boleh boleh di akses secara hadir sendiri ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah
(PAID) dan berurusan di unit Rundingcara Keluarga, melalui talian telefon, surat atau memfailkan
aduan dan boleh juga melalui e-mail: ict@jais.gov.my atau melayari laman webnya:
http://www.jais.gov.my. Mangsa yang perlu pengukuhan emosi dan bantuan peringkat awalan boleh
berhubung untuk diberi panduan dan bimbingan sebelum mengorak langkah ke arah tindakan susulan
yang menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang yang terpakai dalam negeri Selangor.
Pihak persendirian dan Ngo's juga boleh dirujuk antaranya seperti Pertubuhan Darul Islah Selangor
(PERKID), International Muslim Women's Union (IMWU), Badan Kebajikan Wanita Selangor
(BAKAWANIS), Unit Mubalighat JAIS, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS),
Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sahabat Hospital TAR, Pertubuhan
Mawwaddah cawangan Selangor dan sebagainya.
b. Peranan Media
Peranan media dan juga kempen dari pihak yang bertanggungjawab adalah penting. Media
harus memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui cara-cara yang terbaik atau tempat-tempat
yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Perlu didedahkan bahawa kejadian tersebut bukan
kesalahan mangsa dan mereka harus bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut. Mangsa
harus tahu bahawa ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan walaupun ia
adalah perkara yang telah lama berlaku, mangsa masih boleh mendapatkan pertolongan. Adalah
penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan.
c.

Hukuman

Kaedah yang seterusnya adalah berkaitan dengan hukuman. Hukuman yang lebih berat perlu
diberikan agar jenayah seksual dapat dibendung sewajarnya. Kajian yang telah dibuat oleh Dr Abdul
hadi Zakaria (1998), mengatakan hukuman-hukumanyang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat
aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah kali pertama inses dilakukan,
ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan
hukuman. Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam
memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor
perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh
undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa.
Walaubagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat. Rogol muhrim adalah satu
jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah
dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi
teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian adalah wajar hukuman
yang berat perlu diberikan agar kejadian inses ini dapat ditangani. Kaedah seterusnya dengan
mewujudkan undang-undang atau mengkaji semula undangundang yang memperuntukkan bahawa
sesiapa yang mengetahui satu kes inses atau sumbang mahram ini wajib melaporkannya sama ada
ianya telah berlaku atau sedang berlaku.

Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang
Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol.
Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa
kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang
perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.
Hukuman :
Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.

http://www2.bharian.com.my/articles/Gadisremajamasakinimudahterjebakmasalahsosial/Article
http://repo.uum.edu.my/1815/1/11.pdf
http://eprints.utm.my/6510/1/FizwaniMSarkawi2008_MengenalPastiPuncaKaedahMenangani.pdf
http://www.jais.gov.my/?q=article/sumbang-mahram-suatu-perbincangan

Anda mungkin juga menyukai