Anda di halaman 1dari 6

Tuesday, May 31, 2011

Muzik Dalam Bilik Darjah


Aktiviti Apresiasi Muzik (Muzik masyarakat Malaysia) :
i. Mendengar muzik Malaysia dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama
dan dinamik
ii. Menonton video persembahan muzik Malaysia dan menghuraikan ciri-ciri teknik persembahan.
iii. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk
menyampaikan konsep muzik berkenaan
iv. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dalam bentuk grafik
v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik Malaysia yang diperdengarkan
Aktiviti Apresiasi Muzik ( instrumental )
i. Mendengar muzik instrumental dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur,
irama dan dinamik
ii. Menonton video persembahan muzik instrumental dan mengklasifikasikan warna ton alat-alat muzik
iii. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk
menyampaikan konsep muzik berkenaan
iv. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dalam bentuk grafik
v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik instrumental yang diperdengarkan

Muzik Dalam Bilik Darjah merangkumi:
1. Pergerakan lokomotor & bukan lokomotor
2. Pergerakan Kreatif
3. Teknik pernafasan (latih vokal kanak-kanak)
4. Renj suara, register suara & koir
5. Nyanyian Berharmoni (dron, bordun & ostinato)
6. Fungsi & konsep muzik dalam lagu
7. Teknik nyanyian (kanak-kanak)
8. Aktiviti Muzikal (penghargaan Kanak-kanak)
9. Apresiasi Seni Muzik (umum)
10.Masalah nyanyian kanak-kanak.

DEFINISI PERGERAKAN

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah
pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan
berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti
melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini
dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan
rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea
, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif
digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-
konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK
Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau
aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam
bentuk elemen muzik.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
ii.Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar,
meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan
kendiri).
iii. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan)
pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).
iv. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran
heuristik).
v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan
(kaedah pendekatan berkonsep).
vi. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.
Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential.
ii. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan
kepekaan atau sensitivity terhadap aspekaspek muzik
iii. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.
a. Imitasi (Mengajuk Balik)
b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.
e. Literasi menulis dan membaca nota muzik
iv. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat
v. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada
pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya
mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
i. Kemahiran Muzikal Nyanyian
ii. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
iii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada
aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon
kepada muzik.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui
penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.


KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam
situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya
dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan
fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai
aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan
tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya.
Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud
di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah
seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya
menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat
menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh
menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau
muzik.
Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan
permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata
muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik.
Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di
dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada
berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik,
bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan
komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.
Kecerdasan Kinestetik
Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian
atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya,
mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain.
Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea,
perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan
kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas
dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan
dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal,
permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera,
polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat
kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola
abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan
seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh
itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek
berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar
terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang
dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap
pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh
aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak,
perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang
mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.
Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk
menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk
ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut
Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu
masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang
berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan
yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal
Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak
1. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan
2. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang.
3. Hujung rangkai mengandungi rima.
4. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.
5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.
6. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.
7. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.
8. Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai