Anda di halaman 1dari 8

NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA

PENGENALAN

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanakkanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka. Di dalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.

OBJEKTIF PERMAINAN

DOMAIN Sosial Kognitif Afektif

OBJEKTIF Kanak-kanak belajar bekerjasama dengan kumpulan. Kanak-kanak belajar meneka dan membuat andaian dengan menggunakan deria sentuh dan meneka bunyi suara. Kanak-kanak juga belajar mematuhi peraturan dan menjaga rahsia di mana pemain tidak boleh memberitahu nama pemain yang dipegang oleh 'nenek' ketika sedang meneka nama mereka. Dapat meningkatkan koordinasi otot - sarat, kelajuan, imbangan, kelenturan dan daya tahan secara minimum.

Psikomotor

SENARAI KEPERLUAN Bilangan pemain : Tidak terhad dan mesti lebih daripada empat orang. Lebih ramai lebih baik. Bahan : Lagu Nenek Si Bongkok Tiga Sehelai sapu tangan atau kain penutup mata Sebatang kayu sebagai tongkat Tempat : Kawasan lapang di dalam ataupun di luar rumah.

TUJUAN PERMAINAN Pemain yang matanya ditutup akan mencari pemain lain dan cuba meneka namanya.

PERATURAN PERMAINAN Penutup mata Nenek tidak boleh dibuka semasa meneka nama pemain. Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri semasa nenek menekanya. Jika nenek meneka nama betul maka pemain itu akan jadi ganti nenek Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh nenek.

CARA BERMAIN Pilih seorang pemain menjadi nenek. Mata nenek ditutup dengan sapu tangan atau kain penutup mata. Pemain lain membuat bulatan sambil berpegang tangan. Nenek memegang tongkat dan berada di tengah bulatan. Pemain menyanyikan lagu sambil mengelilingi nenek. NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA SIANG MALAM ASYIK BERJAGA MENCARI CUCU DI MANA ADA. NENEK KU KAHWIN DENGAN ANAK RAJA. Semasa pemain mengelilingi nenek sambil menyanyi, nenek hanya berdiam diri sambil menggerakkan tongkat dan membongkok-bongkok badan beraksi seperti orang tua. Selepas selesai menyanyi, pemain duduk mencangkung dan mendiamkan diri. Nenek' pula menyanyikan lagu : CUCU-CUCU TAK DAPAT LARI, NENEK TUA BANYAK SAKTI, SEKARANG NENEK MENCARI GANTI, SIAPA YANG KENA DIA YANG JADI. Nenek akan meraba-raba mencari dan cuba menangkap pemain. Seterusnya Nenek perlu meneka nama pemain yang dipegangnya. Jika betul tekaan nenek,maka pemain itu akan menjadi nenek pula. Jika salah nenek boleh meneka nama sehingga 3 kali. Selepas meneka tiga kali, jika masih salah nenek perlu mencari orang lain pula sehingga betul tekaannya.

TEKNIK PERMAINAN

Penempatan pemain Pemain membuat bulatan mengelilingi 'nenek'. Pemain menyanyikan lagu nenek-nenek si bongkok tiga, 'nenek' membongkokkan badan dan berjalan seperti orang tua. Pemain bergelak ketawa kemudian duduk, 'nenek' akan mencari pemain sebagai ganti. Pemain akan senyap ketika 'nenek' mencari cucu, pemain yang kena tangkap akan menjadi pengganti kepada 'nenek' sekiranya tekaan nama betul oleh nenek.

KATEGORI PEMAIN

Dimainkan oleh lelaki dan juga perempuan. Pemain hendaklah melebihi 4 orang pemain. Salah seorang pemain akan menjadi 'nenek' dan matanya akan ditutup.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang luas dan lapang yang membolehkan pemain bermain dengan selesa dan bebas. Kawasan permainan hendaklah ditandakan bagi mengelakkan pemain bergerak terlalu jauh yang mungkin menyebabkan kecederaan dan membahayakan pemain yang menutup mata.

Pastikan tiada benda-benda yang boleh mencederakan pemain ketika permainan seperti batu, serpihan kaca dan lain-lain benda yang merbahayakan pemain. Pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap dan sesuai. (terutama sekali kasut)

CARA MENENTUKAN PEMAIN MENJADI NENEK Sebelum permainan dimulakan, seorang daripada pemain haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek undian akan dibuat secara lai lai lu tam plong akan dijalankan.

Siapa dikalangan pemain yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya menggunakan sapu tangan/kain untuk menjadi nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berkelakuan seperti nenek tua yang buta.

LOKASI PERMAINAN Kawasan lapang seperti halaman rumah, padang atau gelanggang badminton. Kawasan permainan hendaklah ditanda atau dihadkan.

KOS PERMAINAN/BARANG PERMAINAN Tiada peralatan diperlukan kecuali penanda untuk menandakan kawasan permainan, sapu tangan/kain penutup mata dan tongkat. Secara tidak langsung ia tidak memerlukan sebarang kos untuk bahan-bahan yang diperlukan dalam permainan tersebut.

ORGANISASI PERMAINAN

CUCU

NENEK

KONSEP KENDIRI

Menurut Mok Soon Sang(2002), konsep kendiri ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, kekuatan dan tingkah laku kendiri seseorang individu. Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan penyesuaian dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya dapat menghasilkan kendiri positif dan kegagalan mengakibatkan kendiri negatif.

Permainan nenek si bongkok tiga dapat mewujudkan konsep kendiri positif dalam kalangan kanak-kanak kerana melalui permainan ini kanak-kanak diberi peluang untuk berusaha untuk mencapai kejayaan. Dalam permainan setiap individu berusaha untuk berjaya supaya mereka tidak meneka oleh individu yang berperanan sebagai Nenek manakala individu yang berperanan sebagai Nenek pula akan berusaha sedaya upaya untuk meneka siapa yang dicari olehnya. Oleh itu, dalam permainan ini setiap kanak-kanak berusaha untuk mencapai matlamat masing-masing. Semangat berusaha ini adalah penting bagi kanak-kanak untuk mencapai matlamat dan objektif dalam kehidupan mereka. Nilai berusaha yang diamalkan dalam permainan ini turut akan menjadi amalan kanak-kanak dalam kehidupan harian mereka. Melalui ini, dapat membuat kesimpulan bahawa permainan ini membantu membina konsep diri kanak-kanak.

Konsep kendiri positif juga dapat dibina apabila seseorang mendapat peluang untuk berasa bangga terhadap diri sendirinya dan berani mencuba. Berani mencuba merupakan satu perkara yang perlu ada pada setiap individu kerana tanpa mencuba kita tidak dapat mencapai matlamat atau berjaya dalam sesuatu perkara. Nilai berani mencuba dapat dipupuk menerusi permainan ini apabila salah seorang daripada kanak-kanak berani untuk memainkan peranan nenek di awal permainan. Bukan itu sahaja, kanak-kanak lain juga secara automatiknya dapat mengamalkan nilai berani mencuba apabila mereka mengambil bahagian dalam permainan ini dan cuba untuk mencapai kejayaan.

Menurut Mok Soon Sang (2002), individu yang mempunyai konsep kendiri adalah individu yang mudah diterima oleh orang lain. Seseorang yang dapat menyesuaikan diri ke arah penerimaan kendiri biasanya berperasaan kasih sayang dengan keluarga, kawan ataupun gurunya di sekolah. Menerusi permainan nenek si bongkok tiga, kanak-kanak diberi peluang untuk membina konsep kendiri mereka supaya mereka mudah diterima oleh orang lain. Mereka

dapat kenal tingkah laku yang disenangi dan kurang disenangi oleh orang lain. Perasaan yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai dirinya.

Kesimpulannya, konsep kendiri sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu. Cara interaksi seseorang individu dalam persekitarannya biasanya mencerminkan konsep kendirinya, yang merangkumi nilai positif dan negatif yang diintegrasi dari persepsi penilaiaan dan harapan orang lain, terutamanya orang yang difikir penting. Oleh itu, adalah penting sebagai seorang guru prasekolah untuk menyediakan peluang bagi kanakkanak untuk membina konsep kendiri pada usia yang muda lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagi menyediakan peluang kepada kanak-kanak guru prasekolah boleh menggunakan permainan tradisional seperti nenek si bongkok tiga supaya kanak-kanak lebih seronok mengambil bahagian.

ESEI REFLEKTIF

Nilai-nilai murni Permainan penting untuk kehidupan kanak-kanak kerana ia membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Permainan- permainan yang telah dirancang ini dapat mempengaruhi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak kerana ia dapat memupuk nilainilai murni dalam diri mereka. Seseorang yang mempunyai nilai-nilai murni selalunya disanjung tinggi dalam kalangan masyarakat walaupun seseorang itu tidak berpendidikan tinggi nilai-nilai murni adalah penting untuk dipegang dan dipraktikkan. Permainan-permainan yang dirancang ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berbudi bahasa, tolongmenolong dan hormat-menghormati. Apabila kanak-kanak mengambil bahagian dalam permainan mereka secara tidak langusng akan mempraktikkan nilai-nilai murni tersebut. Di samping itu, hubungan yang erat dan harmoni dapat dibina antara satu sama lain. Maka wujudlah perkembangan sosial dalam diri kanak-kanak..

Peraturan Sosial

Permainan-permainan yang dirancang juga dapat mempengaruhi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak kerana ia dapat menyedarkan kanak-kanak tentang peraturan sosial. Peraturan sosial bermaksud cara pergaulan atau cara berkomunikasi dengan orang lain. Sewaktu bermain kanak-kanak diberi peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Berk (2005) dalam bukunya : Infants, Children and Adolescents, pada peringkat awal kanakkanak (3 tahun 6 tahun), kanak-kanak berupaya untuk menginterpret, meramal dan mempengaruhi respons emosi orang lain. Selain itu, mereka juga dapat menguasai peraturan yang relevan dalam moral dan tingkah laku. Sekiranya, kanak-kanak dapat memahami perasaan orang lain dan dapat bertindak dengan bijak dalam mengelakkkan perselisihan faham, wujudlah perkembangan sosial dalam dirinya. Melalui ini, kanak-kanak dapat menguasai peraturan sosial iaitu berinteraksi secara sopan, berbudi bahasa, batasan pergaulan dan hormat-menghormati. Oleh itu, bagi menggalakkan perkembangan tersebut aktiviti permainan memainkan peranan penting. Menerima Kekalahan dan Kemenangan (berfikiran positif)

Perkembangan emosi dapat digalakkan menerusi permainan-permainan yang dirancang kerana keputusan permainan menjadikan kanak-kanak berfikiran positif. Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina. Setiap permainan yang dirancang mempunyai kemenangan dan kekalahan. Kanak-kanak yang mengalami kekalahan berpeluang untuk belajar dari kesalahan. Mereka juga akan mendapat pengajaran bahawa kekalahan adalah bukan selama-lamanya begitu juga dengan kemenangan. Dengan berfikiran demikian, kanak-kanak dapat menguruskan emosi mereka secara tidak langsung. Mereka dapat memahami emosi mereka sendiri dan menguruskannya dengan cara yang betul. Contohnya, kanak-kanak yang kalah dalam satu permainan berupaya untuk menguruskan emosi dan memotivasikan diri mereka untuk berjaya dalam permainan yang akan datang. Hal ini dapat memperkembangkan emosi mereka dan menjadikan mereka lebih yakin akan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai