Anda di halaman 1dari 15

Soalan 1

1.0 PENGENALAN

Dalam keadaan masyarakat sekarang, sebahagian ibu bapa bekerja sehingga tidak
mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsang anak-anakn di rumah. Ibu bapa dari
keluarga yang kurang benrasib baik pula kurang memberikan perhatian tantang kepentingan
stimulasi pada usia awal kanak-kanak ini. Menurut Rohaty (2003) dalam kajiannya di
Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran
mereka. Sedangkan ibu bapa daripada keluarga golongan berada biasanya sibuk bekerja dan
kurang meluangkan masa bagi melayan karenah anaka-anak mereka kearah penyediaan
pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Akhirnya ibu bapa
kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anak secara maksimum.

Namun megitu, terdapat pelbagai isu yang bekaitan dengan penglibatan ibu bapa di
prasekolah. Masalah yang pertama ialah berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap
pendidikan prasekolah. Sebagai Negara yang mempunyai massyarakat majmuk, persepsi ibu
bapa akan betapa pentingnya pendidikan prasekolah sangat beragam dan masih ramai
dikalangan ibu bapa yang masih tidak menyedari kepentingan pendidikan awal kanak-kanak.
Ibu bapa dari keluarga yang kurang bernasib baik pula lebih cenderung menganggap
pendidikan prasekolah adalah sesuatu yang tidak penting. Ini dikuatkan lagi apabila mereka
ini tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan praskolah.
Persepsi ibu bapa yang rendah mengenai kepentingan pendidikan prasekolah ini
mengakibatkan penglibatan mereka yang sangat rendah.

Selain itu juga, kekangan masa juga merpakan salah satu faktor yang menyebabkan
kurangnya penglibatan ibu bapa di prasekolah. Ibu bapa biasanya mesti bekerja untuk
menyokong kewangan keluarga sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk terlibat
dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak prasekolah. Keadaan ini menjadi lebih
teruk apabila latar belakang pendidikan ibu bapa itu sendiri juga rendah sehingga mereka
tidak menyedari kepentingan peglibatan mereka di prasekolah. Bagi ibu bapa yang berada
pula, mereka bernaggpaan bahawa sudah memadai dengan membayar harga yang mahal
kepada pihak sekolah untuk anak-anak mereka. Kesibukan mereka juga antara alasan yang
sering diberikan untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anak-anak di prasekolah.

Faktor yang keempat pula adalah persepsi guru tentang penglibatan ibu bapa yang
dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman guru itu sendiri. Persepsi guru
biasanya ialah berkaitan sejauh mana ibu bapa boleh terlibat didalam membuat keputusan di
prasekollah, sejauh mana ibu bapa boleh membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas dan sejauh mana ibu bapa boleh dilibatkan dalam kurikulum di prasekolah.
Guru-guru biasanya kurang melibatkan ibu bapa kerana mereka beranggapan ibu bapa tidak
mempunyai masa akibat terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Menurut Thomas
(1987), menyatakan masalah ini timbul apabila guru enggan bekerjasama dengan ibu bapa
yang bukan daripada golongan professional.
2.O LAPORAN DAN PERBINCANGAN

2.1 Tabika Perpaduan Desa Darul Naim, Kota Bharu.

Tabika yang dipilih untuk kajian ialah ialah Tabika Perpaduan Desa Darul Naim
Daerah Kota Bharu. Tabika Perpaduan Desa Darul Naim merupakan tadika yang ditubuhkan
dibawah seliaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan. Melalui
perkongsian maklumat oleh Cikgu Maziah, tahap penglibatan ibu bapa di tabika tersebut
adalah amat menggalakkan. Boleh dikatakan hampir 90% ibu bapa yang menghantar kanak-
kanak di tabika itu sentiasa mengikuti setiap program yang dianjurkan samada di peringkat
kelas, peringkat daerah mahupun di peringkat negeri.

Pihak tabika sentiasa menganjurkan aktiviti yang boleh melibatkan ibu bapa dan
aktiviti tersebut dilakukan pada hujung minggu mahupun ataupun pada cuti persekolahan. Ini
kerana kebanyakan ibu bapa yang menghantar kanak-kanak ke tabika tersebut merupakan ibu
bapa yang bekerja. Antara gotong royong merupakan aktiviti wajib yang dijalankan pada
setiap tahun. Melalui aktiviti gotng royong ini guru dan ibu bapa bekerjasama melakukan
kerja-kerja penambahbaikan tabika seperti mengecat, membuat landskap, membersihkan
kawasan sekolah, dan sebagainya. Selain daripada itu juga, guru Maziah juga sering
mengadakan jamuan bersama ibu bapa dan penduduk setempat pada hari-hari istimewa
seperti Majlis Hari Jadi Kanak-kanak, Jamuan Hari Raya, Jamuan Akhir Tahun dan lain-lain
lagi. Untuk membantu cikgu Maziah dalam menjalankan program, Jawatankuasa Penyelaras
Tabika Perpaduan (JPTP) dilantik pada setiap awal tahun yang terdiri daripada kalangan ibu
bapa. JPTP merupakan tulang belakang yang banyak membantu cikgu Maziah dalam
mengjayakan setiap program yang diadakan.

Berdasarkan hasil perbincangan saya bersama cikgu Maziah, saya berpendapat


bahawa peranan guru merupakan elemen yang terpenting dalam mewujudkan penglibatan ibu
bapa di sekolah. Peribadi cikgu Maziah yang lemah lembut serta berbudi bahasa
menyebabkan dia disenangi oleh ibu bapa di tabika itu. Melalui perbincangan bersama cikgu
Maziah juga, saya dapati cikgu Maziah juga tidak lokek dalam memberikan cenderamata
kepada ibu bapa sekiranya mereka menghadirkan diri ke setiap aktiviti yang dianjurkan.
2.2 Tabika Kemas Desa Arif, Kota Bharu.

Tabika keduan yang dipilih ialah Tabika Kemas Desa Arif, Kota Bharu Kelantan.
Tabika Desa Arif merupakan tabika dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar
Daerah Kota Bharu. Melalui hasil meklumat yang diperolehi, penglibatan di tabika Kemas
Desa Arif juga amat membaransangkan. Melalui temubual yang dilakukan bersama guu
tabika tersebut iaitu cikgu Raihanna, pihak tabika kemas sering menganjurkan aktiviti-aktiviti
yang dapat menarik penglibatan ibu bapa. Antara aktiviti yang sering diadakan pada
peringkat parlimen ialah Kursus keibubapaan. Kursus ini merupakan wadah terpenting
jabatan dalam mendidik ibu bapa agar menyedari tanggungjawab dan peranan mereka dalam
pendidikan anak-anak. Setiap tahun, pogram ini mendapat sambutan yang amat
menggalakkan kerana pada setiap tahun pengisian program ditambah baik dari semasa ke
semasa.

Selain itu juga, pihak tabika sentiasa melaksanakan aktiviti yang dapat menarik
perhatian ibu bapa untuk turut sama menjayakan aktiviti yang dianjurkan. Antara aktiviti
yang sering mendapat perhatian daripada ibu bapa juga ialah Hari Potensi yang dianjurkan
pada setiap tahun. Melalui Hari Potensi ini, kanak-kanak dapat mengembangkan potensi serta
bakat yang ada didalam diri mereka. Antara acara yang di pertandingkan ialah petandingan
nasyid, pertandingan tarian, pertandingan sajak dan macam-macam lain. Aktiviti sebegini
memang menjadi kegemaran ibu bapa dan boleh dikatakan hampir kesemua ibu bapa terlibat
samaada dari segi melatih kanak-kanak dan sokongan kepada anak-anak mereka.

Hasil perbincangan saya bersama guru tabika ini, kami berpendapat bahawa aktiviti
jamuan merupakan aktiviti yang serimg mendapat kehadiran dan penglibatan ibu bapa yang
tinggi. Komitmen ibu bapa terhadap aktiviti jamuan atau pun dengan kata lain “aktiviti
makan–makan” amat membaransangkan. Ada diantara ibubapa yang tidak lokek turut sama
menyumbang juadah untuk memeriahkan lagi majlis. Selain itu juga, untuk menarik
penglibatan ibu bapa yang ramai, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah dilakukan pada cuti
hujung minggu memandangkan ramai ibu bapa pada masa ini terpaksa bekerja untuk
menampung kos sara hidup yang semakin menigkat pada hari ini.
3.0 FAEDAH DAN MENFAAT PENGLIBATAN IBU BAPA

Terdapat banyak kajian-kajian yang telah dijalankan tentang kepentingan penglibatan


ibubapa dalam pendidikan anak-anak. Kajian yang dijalankan oleh Epstein (2002), mendapati
penglibatan ibubapa yang aktif serta berkualiti dalam pendidikan anak-anak akan memberi
manfaat kepada 3 pihak iaitu pihak anak itu sendri, pihak ibubapa dan pihak sekolah.

3.1 Menfaat kepada kanak-kanak

a) Meningkatkan Keyakinan Diri Kanak-kanak

Penglibatan ibu bapa akan meningkatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak terutamanya
keyakinan dari segi komunikasi, bergaul dengan rakan-rakan dan interaksi dengan guru.
Kanak-kanak prasekolah terutamanya yang berumur lima dan enam tahun yang baru
mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak kebanyakannya sukar untuk menyesuaikan
diri dengan suasana baru sama ada bersama dengan rakan mahupun guru. Hal ini amatlah
penting bagi seorang guru untuk menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dan dapat
menarik perhatian mereka. ( Paezah Abd Halim, 2017 )

b) Mewujudkan kesinambungan pelajaran di sekolah ke rumah

Ibu bapa yang terlibat dalam pendidikan anak-anak dapat mewujudkan hubungan
kesinambungan antara rumah dan sekolah. Hal ini kerana di rumah, ibu bapa dapat
menyambung dan memperluaskan aktiviti yang telah dipelajari oleh anak-anak di sekolah.
Ibu yang prihatian akan snentiasa mengikuti perkebangan pelajaran anak-anak mereka.

3.2 Menfaat kepada ibu bapa

a) Ibu bapa secara tidak langsung akan terlibat dengan murid

Matlamat utama penglibatan ibu bapa adalah untuk merapatkan lagi hubungan diantara guru
dan ibu bapa kanak-kanak. Melalui penglibatan ibu bapa disekolah, ianya telah mewujudkan
jalur komunikasi secara tidak langsung dan telah melibatkan ibu bapa didalam pendidikan
kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak prasekolah
adalah sangat penting. Hal ini kerana penglibatan ibu bapa bersama anak-anak akan dapat
memudahkan ibu bapa dalam memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran
diprasekolah di samping membimbing dan mendidik anak-anak di dalam pembelajaran
mereka. ( Paezah Abd. Halim, Faridah Yunus, Universiti Kebangsaan Malaysia). Guru juga
boleh meminta ibu bapa supaya terlibat secara aktif di dalam pendidikan anak mereka.
b) Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah
tingkah laku anak-anak

Melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru, ibu bapa secara tidak langsung dapat
mempelajari kaedah mahupun cara-cara yang digunapakai oleh guru dalam mengatasi
masalah tingkah laku kanak-kanak di prasekolah. Menurut Morrison (1978), pengertian
daripada penglibatan ibu bapa yang komprehnesif adalah proses aktualisasi daripada potensi
ibu bapa mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka
sendiri dan keluarga.

3.3 Faedah kepada guru

a) Guru memperolehi idea-idea baru dan maklumbalas secara langsung

Idea-idea baru dan maklum balas secara langsung daripada ibu bapa mengenai tingkah laku
serta perkembangan kanak-kanak ini akan diperolehi oleh guru melalui penglibatan ibu bapa
di tabika. Selain itu juga guru dan ibu bapa dapat berkongsi masalah dan berbincang langkah-
langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh,
untuk mengatasi masalak ketidakhadiran kanak-kanak, maklum balas daripada ibu baapa
dengan segera dapat diperolehi oleh guru dan guru dapat memahami mengapa situasi tersebut
terjadi. Oleh itu guru dapat melakukan penambahbaikan untuk mengatasi masalah tersebut.

b) Meningkatkan ilmu pengetahuan guru

Status ekomoni kanak-kanak dan ibu bapa yang berbeza budaya, pendidikan dan latar
belakang boleh boleh menyumbang kepada peningkatkan ilmu pengetahuan. Ini dapat di
lihat melalui hasil interaksi antara guru bersama ibu bapa. Pada kebiasaanya, kanak-kaank
yang mempunyai ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, biasanya
biasanya memiliki perkembangan yang lebih pesat perkembangannya berbanding kanak-
kanak yang dibesarkan didalam keluarga yang kurang berpendidikan. Melalui penglibatan ibu
bapa bersama guru, contohya seperti jururawat, guru dan ibu tersebut akan dapat bertukar-
tukar maklumat dan pengalaman dan kepakaran mereka didalam bisang masing-masing.
3.0 KESIMPULAN

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa salah satu kunci pengajaran yang berjaya
adalah mewujudkan hubungan peribadi dengan pelajar di dalam dan di luar sekolah (Epstein
1998; Heath, 1983; Moll, Amanti, Neff, & González, 1992). Dengan mengetahui minat
kanak-kanak, keluarga dan perkara rutin di rumah, guru boleh menggunakan maklumat yang
telah diperolehi itu mendapatkan kejayaan didalam sesi pengajaran dan pembelajarannya dan
menghasilkan murid yang berkualiti. Penyertaan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran juga
banyak membantu kanak-kanak untuk terus melakukan aktiviti, berani untuk tampil ke
hadapan dan berkeyakinan untuk bergaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. Hal imi secara
tidak langsung akan dapat meningkatkan pencapaian kanak-kanak kerana mendapat
kerjasama daripada ibu bapa. Kanammah, Melissa & Shahizan (2013) dalam kajiannya
mendapati pembelajaran pelajar di sekolah banyak dipengaruhi oleh peranan ibu bapa seperti
membantu memeriksa kerja rumah serta memberi semangat kata-kata nasihat.
Soalan 2

KERTAS CADANGAN

TABIKA PERPADUAN DAERAH KOTA BHARU,


KELANTAN

KERTAS CADANGAN

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA BERSAMA


JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA
PERPADUAN (JPTP)
DAERAH KOTA BHARU

TARIKH : 8 MAC 2017 ( RABU )


MASA : 7.30 PAGI- 2.00 petang
TEMPAT : DATARAN KADA, KOK LANAS

ANJURAN BERSAMA : TP MELOR


: TP DESA DARUL NAIM
: TP SRI MOLONG
: TP KOK LANAS
: TP TAMAN MAKMUR CENDANA

KERTAS CADANGAN SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA


BERSAMA JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN (JPTP)
DAERAH KOTA BHARU

1. Tujuan

Kertas konsep ini bertujuan menjelaskan konsep, objektif dan tatacara


perlaksanaan program.

2. Pengenalan

Program ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif gabungan


bersama Guru-Guru Tabika Perpaduan Daerah untuk memberi pendedahan
serta menonjolkan potensi kanak-kanak tabika bersama ibubapa dalam
mengadakan aktiviti berimpak tinggi.

3. Objektif: Program

i. Memberi peluang kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan menonjolkan


bakat dan potensi yang terpendam dalam diri.

ii. Untuk mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti luar kelas.

iii. Salah satu penghargaan kepada ibu kanak-kanak sempena sambutan


Hari Wanita Sedunia

iv. Menekankan kesedaran berkerjasama dalam mengeratkan hubungan


dan memastikan kelancaran program

v. Mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa/ penjaga, guru dan


masyarakat setempat.
4. Perancangan Program
4.1 Tarikh, Tempat dan Sasaran Penglibatan
▶ Tarikh : 8/3/2018
▶ Hari : Rabu
▶ Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
▶ Tempat : Dataran Kada, Kok Lanas

5. Tentatif Program

7.30 pagi - Ketibaan ibu bapa/ penjaga dan kanak-kanak


8.30 pagi - Senamseni Perpaduan Kanak-Kanak Tabika Perpaduan bersama
ibu bapa Gabungan 5 Buah Tabika Perpaduan.
9.30 pagi - Minum Pagi
10.00 pagi - Pertandingan “Queen of my Heart”
11.00 pagi - Pertandingan Decorasi Cup Cake Bersama Ibu
12.00 tghari - Persembahan Dikir Kreatif JPTP
1.00 tghari- Penyampaian Hadiah
1.30 tghari – Makan Tengahari & Bersurai
*** Tertakluk kepada perubahan semasa.

6. Implikasi Kewangan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BI PERKARA JUMLAH (RM)


L

1. PA System RM300.00

2. Hadiah RM2.12 x 164 kanak-kanak RM347.00

3. Makan Minum RM2.00 x 164 kanak-kanak RM328.00

4. Banner RM61.00

5. Minum Pagi RM1.00 x 164 kanak-kanak RM164.00

JUMLAH RM 1200.00
Pelarasan setiap Kelas RM1200 /5 buah Kelas = RM200 setiap kelas

8. Penutup
Pengelolaan program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada
para pegawai, guru, ibu/ bapa dan kanak-kanak untuk mengeratkan
hubungan dengan harapan ia akan menjadi satu instrumen kearah
mewujudkan kesefahaman dan saling hormat menghormati serta
meningkatkan tahap toleransi yang tinggi di kalangan ahli dalam membentuk
konsep 1 MALAYSIA.

Disediakan oleh,

...............................................
( PN HASNI BINTI )
GURU KELAS
TABIKA PERPADUAN SRI MELOR

Disahkan Oleh,

..........................................
(DIANA BINTI AHMAD MUSTAFFA)
PENOLONG PEGAWAI PERPADUAN
DAERAH KOTA BAHRU

Diluluskan Oleh,

..........................................
(EN NAZRI BIN MUHAMMAD)
PEGAWAI PERPADUAN
DAERAH KOTA BHARU

1.0 CARA UNTUK MENGGALAKKAN PENGLIBATAN IBU BAPA


a) Seminar atau motivasi keibubapaan

Untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa, ianya bermula dengan memberikan maklumat dan
mendidik ibu bapa tentang selok-belok bagaimana untuk terlibat dan mengapa ia penting.
Kenyataan ini amat menyedihkan kerana banyak ibu bapa tidak tahu bagaimana dan apakah
yang perlu dilakukan untuk benar-benar terlibat di dengan pendidikan dan aktiviti anak-anak
mereka di tabika. Adalah penting untuk guru menganjurkan satu program pendidikan untuk
ibu bapa yang menawarkan tip dan cadangan yang dapat menjelaskan bagaimana mereka
boleh terlibat. Program-program ini juga harus memberi tumpuan kepada faedah peningkatan
penglibatan ibu bapa. Untuk menarik minat ibu bapa untuk menghadiri seminar ini boleh
dikatakan agak mencabar, tetapi ramai ibu bapa akan hadir jika pihak tabika menawarkan
makanan, insentif, atau hadiah untuk menarik minat mereka. .

b) Penganjur bersama
Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur bersama untuk sesuatu aktiviti contohnya seperti
berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan,membuat hari
keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat perkembangan sosial
kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ibu
bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dimana mengadakan
hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti seperti diberi satu kertas bergambar dan
harus kanak-kanak tersebut mencari gambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti
tersebut diadakan diluar sekolah, contohnya seperti zoo. Sekarang ini, ibu bapa juga kerap
dilihat dalam aktiviti di luar tadika seperti menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium
dan taman hiburan. Penglibatanibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu
daripada atas ke bawah.Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru
daripada inisiatif ibubapa pada andaian tadika pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa
yang harusdilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti tadika. Ibu bapa
perludididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan
tadika berkenaan dapat dicapai

c) Teknologi
Di era sains dan teknologi kini dunia hanya berada dihujung jari. Terdapat banyak cara untuk
berkomunikasi yang boleh digunakan oleh guru di era teknologi yang semakin canggih ini
seperti e-mel, teks, media sosial, dan lain-lain. Perlbagai aplikasi yang terkini yang
ditawarkan yang membolehkan guru berkomunikasi dengan pelajar seperti aplikasi Wassup,
Facebook, Telegram, dan sebagainya. Berkomunikasi dengan ibu bapa secara berterusan
adalah ramuan penting untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa didalam setiap aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak tabika. Sekiranya ibu bapa tidak meluangkan masa untuk menjejaki
anak mereka, maka guru perlu berusaha untuk memberitahu ibu bapa tentang kemajuan anak
mereka dan setiap aktiviti yang akan dilakukan untuk meningkatkan perkembangan anak-
anak mereka.

d) Guru sukarela

Pihak sekolah juga boleh menjemput ibu bapa untuk membentangkan ceramah atau
demonstrasi mengenai pengetahuan atau kemahiran khusus . bapa untuk menjadi guru
sukarela di bilik darjah. Melalui aktiviti guru sekarela ini ibu bapa secara tidak langsung
boleh berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka mengenai kerjaya mereka. (Eteyn
Nasuha, 2014 ). Sebagai contoh guru boleh menjemput ibu bapa yang bekerja sebagai bomba
untuk menceritakan tentang langkah-langkah keselamatan ketika kebakaran dan sebagainya.
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa terdapat empat peranan yang dimainkan oleh
ibubapa yang dapat menyumbang kepada pembelajaran kanak-kanak iaitu ibu bapa sebagai
guru, ibu bapa sebagai penyokong, ibu bapa sebagai peguam dan ibu bapa sebagai pembuat
keputusan (Henderson & Bella, 1994). Di samping itu, ibu bapa yang telah didedahkan
dengan aktiviti pembelajaran di prasekolah boleh mempraktikkan aktiviti tersebut di rumah
juga. Hal ini bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkenaan aktiviti pembelajaran
yang menyeronokkan yang akan dilakukan oleh mereka sama ada di prasekolah mahupun di
rumah. ( Eteyn Nasuha, 2014 )

2.0 KESIMPULAN
Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanakmemainkan
peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia dikalangan kanak-kanak. . Ibu
bapa juga adalah pendidik pertamadan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan
dengan guru-gurupembimbing di tadika. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti
sesebuah program tadikadengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika.
Penglibatanibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu
sendiri.Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di tadika dan ibu
bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik

Dengan menjadi menjadi rakan kongsi yang baik, diharapkan penglibatan pihak ibu
bapa dan komuniti setempat akan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran
anak-anak mereka di sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah di
siplin di sekolah. Ini kerana tugas bagi penambahbaikan pendidikan anak-anak bukan sahaja
menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti
setempat. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia
adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru
dan ibu bapa,penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan
muridsecara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berwawasan.

( 2994 patah perkataan )

RUJUKAN
Blog http://paikankb.blogspot.my/2009/05/konsep-asas-penglibatan-ibu-bapa-dalam.html (
Raflan paikan Kb, 2009 )

jurnal http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/14-
PAEZAH-ABD-HALIM.pdf ( Paezah Abd Halim, 2017 )

Blog http://blogcikgufatin.blogspot.my/2014/10/penglibatan-ibu-bapa-di-dalam.html
( Eteyn Nasuha, 2014 )

Tesis,
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2004_6211_76f2caa46d9a4
ba598c3383a918c35b6.pdf
( Norazlina Binti Md Lazin, 2016 )

Blog https://www.livestrong.com/article/155828-importance-of-parent-involvement-in-
early-childhood/ (Andrea Pac, 2017)

Buku, Unit Prasekolah (2007) Kukurikulum Prasekolah kebangsaan, Pusat Perkembangan


Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai